Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Selasa, September 20, 2011

Alhamdulillah, now I'm at IPTI, Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, kena buat KPLI setahun kat sini. Huhu, nak cite, masa mula-mula sampai sini, memang rasa nak nanges jer sebab rasa culture shocked. Tak biasa dengan sistem. Bayangkan, kami orientasi cuma 2 hari, kemudian, esoknya da start masuk kelas, belajar dan dapat homework sekaligus!!!Hooooo-maiiii-godddd~

Kemudian, tak cukup dengan itu, kami kena masuk kelab, persatuan dan olahraga. Alaaa macam sekolah dulu-dulu tuuu...Huhu..Saya bukan la nak kata tu tak bagus, saya cuma nak stress kat sini, saya terkejut je.huhu. Serius dah lama saya tak terlibat dengan benda-benda macam ni. Sekali bila datang sini diWAJIBkan, mestilah otak saya jammed buat seketika. Opss, bukan seketika, 2 minggu otak saya cramped. Dengan kerja sekolah yang makin menimbun, jadual yang padat dan kepenatan belajar ilmu-ilmu pendidikan yang penuh falsafah, saya akui, saya collapse, dan dengan tragisnya saya angkat bendera putih. Tak larat-tak laratttttttttt. End up, saya nanges.Huwaaa~

But, saya sedar, nanges takkan baikkan keadaan, cuma boleh legakan hati saya je...So, dipendekkan cerita, cuti hari minggu pertama, saya keluar pergi lepak kat Pontian, cuti minggu kedua, saya keluar pergi KL(masa tu, ramai yang balik kampung sbb cuti satu malaysia), semuanya gara-gara tak boleh hidup dalam maktab. Naik gila!huhu...

Saya stress kan di sini, maktab tak salah, maktab saya best jer, cuma saya jer yang terkejut sendiri...Saya jer susah nak cope dengan sume benda ni.But now, dah masuk minggu ketiga. Of courselah kerja dah makin bertambah jugak.Tapi, insya Allah, saya feeling better dan insya Allah, saya akan cuba untuk memautkan hati dengan kerjaya guru ni walaupun pada awlnya, mmg saya tade feeling lah nak jadi cikgu.Huhu..Bukan sebab apa, sebab memang saya tak minattt...Tapi, insya Allah, memandangkan saya dah terjun lam bidang keguruan ni, saya akan cuba buat yang terbaik.Berusaha kan tangga kejayaan!

Apapun, insya Allah, if lepas ni saya lulus KPLI, dan setelah disahkan jawatan, saya nak sambung masters and insya Allah after dat nak mohon biasiswa untuk sambung phD.

Saya taknak berhenti di sini, saya nak lagi dan lagi. Insya Allah, saya tahu, walaupun pasti banyak halangan di hadapan, insya Allah, Allah ada bersama-sama saya. Awak semua, doakan saya taw!

Oye, pagi-pagi tadi, sebelum gi kelas, dapat satu mesej dari mak, "carila cik abe yg juruh2 tu.." lol *slaps my forehead* mommmmm~ :p

Rabu, Julai 20, 2011

Alhamdulillah.
Dah 3 tahun rupanya saya di UK. Itulah, sedar tak sedar. Pejam celik pejam celik, tamat pun akhirnya kembara saya di rantau orang.

3tahun yang penuh air mata dan senyum tawa. 3 tahun yang penuh sakit dan usaha. 3 tahun yang penuh doa dan harapan. Dan 3 tahun yang akhirnya membuahkan kejayaan. Alhamdulillah, syukur tidak terhingga.

Di bawah, saya kongsikan beberapa gambar di hari bahagia saya:-)







Buat sahabat-sahabat diari didie yang masih lagi berjuang, teruskan berjuang! Belajar sungguh-sungguh taw! Sebab bila dah berjaya, dah habis, rasa best sangat!


Love you as always,
diDiE AiNoRi

Ahad, Mac 27, 2011

Salam semua..Sorry, tajuk di atas agak jiwang.ahaks~

Hmm..memandangkan semenjak dua menjak diari ini kelihatan agak tegang, so, hari ni, saya mahu tukar mood kita semua. Jom, layan gambar terbaru hasil kerja tangan saya *dengan bantuan Allah tentunya*; ENJOY~










Psst....saya tido pukul 3 pagi taw nak siapkan benda ni.hihi..Sebab dah start buat pukul 10.30 malam macam tu..Mmm...kulukis rasa cintaku di atas sebiji kek.:-)Nikmatilah!



Love you as always,
diDiE AiNoRi

Rabu, Mac 23, 2011

Apakah saya bisa sukses tanpa motivasi?

Tidak bisa.

Motivasi adalah kekuatan mental
yang menentukan penggunaan dari kemampuan.

Orang yang pengetahuannya luas dan dalam,
sangat berpengalaman tapi tidak bersemangat,
tidak akan menggunakan sedikit pun yang diketahuinya.

Dengannya, dia diperlakukan seperti tidak tahu apa-apa.

Anda hanya akan menjadi setinggi motivasi Anda.

-Mario Teguh-




Marilah KITA bermotivasi!






Love you as always,
diDiE AiNoRi

Isnin, Mac 21, 2011

Salam semua...

Maaf, malam ni, emosi saya tak stabil sikit. Banyak benda berlaku secara serentak. Tapi yang paling menyedihkan ialah ayah kawan saya baru pergi meninggalkan dunia ini buat selamanya. Allah-Allah-Allah...It's really-really a big reminder for me and for us that Allah will take our lives whenever He wants. He don't even postpone it a second.

You, and me, we will dissapear from this Earth one day. No one will remember us except our family and good friends. All of us! No one can escape from this scary day. Oh, it may be scary for me yang banyak dosa ni, but it may be not for you guys out there yang mungkin dah banyak beramal soleh. Huhu...

Astaghfirullah3x...

Yesterday, I felt really-really pissed off with someone. But today, I feel its useless to hate somebody for life is too short to be filled with hatred. I tell you, just love everybody that you know and everybody that know you. They maybe had crossed your heart by mistake, and it really-really affected your harmony life before. But if you think again, maybe..just maybe... they didn't notice that, they didn't even mean to break your heart. They just maybe did that because they love you. Who knows?

So, just think positive no matter what happen in your life, don't forget to say Alhamdulillah anytime you remember Allah or at least before and after you pray do say HIS name. Be blessed and be blissed. I love you guys and I hope Allah will love me so that you guys will love me too! Because there is a hadith that says if Allah loves you, then everybody on Earth and in the Sky will love you as well!

Dari Nabi saw beliau bersabda: “Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.” (HR Bukhari )

Allahuakbar...See, soo beautiful isn't it? :-)

So, tonight, I wanna reshape my mind again. I wanna tell myself that I want to be grateful and graceful for everything that Allah had given me in my life. Alhamdulillah-Alhamdulillah-Alhamdulillah. I don't wanna hate people. I don't wanna think bad about other people anymore. Insya Allah, may Allah help me to go through this challenging life. Till we meet again my beloved readers! I know I always tell you this, but I don't care, I want to say it again, I LOVE YOU!

So here is my present to you. Read it with a peace and clean heart.;-)


So, "Say bye-bye to negative perception, less-benefit debate, sick heart, backbiting ukhuwwah and gloomy winter." You are now a new born baby,ok!

Love you as always,
diDiE AiNoRi.
Salam semua...

Today is monday. And monday is basically my school day. But guess what, now I'm in library to finish all those crazy and crappy homeworks. Huh, sooooo hard to find momentum to do my works. But amazingly I always have momentum to write on this blog. Oh! *Someone slap me please...@.@*

So, what I gotta share with you  guys today? Hmm..Ok, let's share my spring collection photos last year. Enjoy!



A PINK sakura tree;-)


A smoky white flowers..Soo..relaxing scenery..


Ashes flowers again...

 

Not-so-PINKY flowers but still PINK.hihi


I call this white flowers as 'bunga pengantin'. See? Macam bunga pengantin kan?:-P


Sakura flowers once more.


Special single tulip. Sooo bright!

Actually there are still many pictures I wanna share with you guys. But I don't think it's appropriate to share all in this blog. You better visit my facebook if you want to see more ok! Last but not least, sempena musim spring yang aman damai penuh permai ini, ingin saya quote kata-kata seorang sahabat yang amat positif untuk dikongsi bersama.

"Say bye-bye to negative perception, less-benefit debate, sick heart, backbiting ukhuwwah and gloomy winter. Now it's time to say, Hi Spring (Hi Love) !"

 -Ammar *with a bit adjustment by me:-P*


Love you as always,
diDiE AiNoRi

Isnin, Mac 14, 2011

Ya, saya dan anda semua.Kita kena positif! Saya tahu-saya tahu...Kadang-kadang ada perkara yang terjadi dalam hidup ini memberi tamparan yang hebat buat diri kita. Tetapi ingatlah, bahawa kita sentiasa punya pilihan. Sama ada kita hendak memilih untuk menelantarkan hidup akibat tamparan yang hebat itu, atau kita nak terus berlari ke depan dengan menukar kesan tamparan itu kepada kebangkitan. Anda pilih. Mahu yang mana?

Dengar ya! Kita sebetulnya harus sentiasa positif dalam kehidupan ini. Tak kira walau apapun yang terjadi. Kita tidak boleh terlantar atau terbaring terlalu lama. Kita kena bergerak!

Sebab... air yang bertakung terlalu lama pasti akan rosak!

Kereta yang statik di tengah jalan pasti akan mematikan trafik!

Begitu juga dengan kita. Manusia yang terlalu lama tidak memberhasilkan dirinya hanya akan memusnahkan dirinya sendiri!

Saya faham... Bukan mudah untuk bangun semula daripada suatu kekalahan atau suatu keputusasaan, namun begitu kita tetap juga kena bangun.

Dengar aku duhai kawan,
Engkau jiwa-jiwa yang baik dan luhur,
maka,  jangan engkau mempersiakan dirimu.
Jangan engkau mempersiakan keremajaanmu.
Walau engkau jatuh ke dalam lubang Alice Wonderland sekalipun,
tetaplah harus kau kembali mencari jalan pulang.
Tidak ada kalah dalam hidup ini
yang ada hanyalah bagaimana untuk kau berubah.
Kau harus menang dengan bergaya sahabat!

Akhir kata, percayalah, pada sikap yang positif itu wujud seribu pintu kebaikan. Bahkan mungkin bakal membuka jutaan pintu kebaikan buatmu. Lalu, mengapa harus kau berwalang hati? Teruslah berlari, jangan ragu-ragu tentang hidup ini, kerana masa depanmu itu akan pasti penuh dengan keraguan dan ketidaktentuan seandainya engkau tiada pergantungan kepada Tuhan!

Fikir-fikirkanlah...

Love you as always,
diDiE AiNoRi

Ahad, Mac 06, 2011

Salam semua..

Semoga semuanya ceria dan hebat selalu.

Hari ini saja nak share tentang kajian tak rasmi saya berkaitan peribadi-peribadi  yang berjaya.

Ya, orang yang berjaya itu adalah orang yang berbuat sesuatu dalam diam.

Orang yang berjaya  itu biasanya orang yang berbuat sesuatu kerana passion yang dia ada dalam perkara tersebut.

Contohnya, orang yang suka memasak akan memasak dan memasak dan memasak sehinggalah dia pakar dalam bidang masakan.

Orang yang suka menyanyi akan menyanyi dan menyanyi dan menyanyi sehinggalah dia pakar dalam nyanyian.

Orang yang suka menulis akan menulis dan menulis dan menulis sehinggalah dia pakar dalam bidang penulisan.

Orang yang suka menjahit akan menjahit dan menjahit dan menjahit sehinggalah dia pakar dalam bidang jahitan.

Dan begitulah seterusnya dan seterusnya.

Satu lagi, orang yang berbuat sesuatu dengan passion ini lebih berjaya daripada orang yang berbuat sesuatu kerana manusia.

Orang yang berbuat sesuatu dengan passion ini biasanya akan menjadi peribadi yang diminta massa.

Orang yang berbuat sesuatu dengan passion ini biasanya dia tidak sedar yang dia telah berbuat sesuatu yang besar.

Orang yang berbuat sesuatu dengan passion ini biasanya akan menjadi peribadi yang menarik dan disenangi.

Dan biasanya juga orang yang berbuat sesuatu dengan passion ini akan melakukannya dengan sepenuh hati dan akan cuba melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan terbaik.

Ya, maka kesimpulannya, carilah di mana passion anda. Apa sebenarnya yang anda suka lakukan dalam hidup ini dan develop lah skill yang anda minat itu dengan penuh passion.

Ok, itu saja mahu berkongsi. Semoga saya dan anda, kita sama-sama akan bertemu passion kita dan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. All the best everybody! You are the best soul peeps! :-)

Ingat, Orang Berjaya itu Melakukan Apapun Sedaya Upaya!

Oh ya, seperti biasa, saya ada hadiah untuk anda. Inilah salah seorang yang saya kira peribadi yang hebat. Saksikan ya!


Love you as always,
diDie AiNoRi        

Khamis, Mac 03, 2011

Salam sahabat-sahabat sekalian. Apa khabar anda? Harapnya semua dalam semangat dan motivasi yang tinggi.

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya hidangkan anda dengan video ini terlebih dahulu. :)




Nah...sudah tengok? Bagaimana? Terinspirasi dengan ulat beluncas ini? Hihi... Sebenarnya, saya ingin berkongsi suatu kisah. Kisah ini, kisah benar. Biar saya namakan watak dalam kisah ini sebagai Laila.

Laila adalah seorang gadis yang biasa, sekali imbas, tiada langsung keistimewaan padanya. Dia bukanlah seorang yang rupawan. Bukan juga seorang cendikiawan. Dia cuma biasa-biasa saja. Sewaktu kecil, dia selalu menjadi mangsa buli kawan-kawan sepermainannya. Sehinggakan, sampai suatu ketika, dia tidak merasa sekolah itu tempat yang 'best' lagi. Dia malah benci untuk ke sekolah. Kalau boleh, mahu saja dia ponteng kelas supaya dia tidak perlu bertemu dengan kawan-kawannya yang pembuli itu.

Laila adalah seorang anak kecil yang sukar memahami apa yang gurunya ajar di dalam kelas. Terutamanya bahasa Inggeris. Laila pernah dipukul oleh gurunya kerana tidak faham maksud "row" iaitu "garisan" dalam bahasa Melayu. Sebab itu, Laila semakin bencikan alam persekolahannya.

Sifat yakin dirinya semakin menurun. Dia tidak berani untuk menonjolkan bakat yang ada dalam dirinya. Sewaktu di darjah enam, dia pernah diketawakan kerana dia bertanya seorang rakan tentang bagaimana untuk menghasilkan kraf tangan yang begitu kreatif semasa dalam kelas pendidikan seni. Dia terdiam selepas ditertawakan. Malas lagi untuk bertanya itu dan ini.

Pernah suatu ketika, dia berjaya menghasilkan anak patung telur yang sangat cantik. Semuanya dari hasil kerja tangan Laila sendiri. Dari mencari pasir, batang aiskrim dan telur untuk dibuat kepala dan badan anak patung sehinggalah kepada baju dan rambut anak patung, semuanya Laila siapkan. Namun, apabila tiba saat pemarkahan, gurunya pula memperlekeh Laila. Gurunya tidak percaya bahawa Laila yang mencipta sendiri anak patung itu. Dia menuduh Laila meminta tolong daripada ibunya. Laila berasa sangat sedih. Segala usahanya bagaikan tidak dihargai hatta oleh gurunya sendiri.


Masa berlalu, Laila masih budak perempuan yang biasa-biasa. Tidak menonjol dan kerap bersendiri. Laila hilang percaya kepada orang lain kecuali dirinya sendiri. Dia tidak pernah menganggap yang dirinya mempunyai kawan baik kerana baginya tiada orang yang baik di dunia ini melainkan semuanya pembuli dan menunggu masa untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Lama-kelamaan, Laila membesar menjadi budak yang liar. Laila semakin berani memonteng kelas dan roll-call. Di asrama, Laila senang bergaul dengan budak-budak nakal dan seronok membuat bising agar mengganggu ketenangan orang lain. Dia puas dapat membalas semula apa yang pernah kawan-kawan waktu kecilnya buat kepadanya dahulu. Dia berasa dendamnya terbalas dengan cara itu. Laila semakin hilang kawalan.

Namun Allah itu sentiasa tahu apa yang ada dalam dada hamba-hambaNya. Suatu hari, Laila dipanggil oleh guru disiplin sekolahnya. Dua jam Laila 'dibasuh'. Sehingga akhirnya, hati yang keras membatu itu mengalirkan air mata keinsafan. Laila sedar, dia tidak boleh terus begini jika dia ingin berjaya dalam hidupnya. Dia tidak boleh terus dengan disiplin yang buruk ini. Hari itu, Laila menapak keluar dari bilik guru disiplin itu dengan suatu semangat. Ya, Laila mahu berubah!

SPM semakin hampir. Laila berusaha bersungguh-sungguh untuk skor dalam peperiksaan kali ini. Dia tidak kisah lagi apa orang mahu kata tentang dirinya. Baginya, yang berlalu, biarlah berlalu. Dia mahu pelangi yang indah muncul dalam hidupnya. Biarlah pandangan manusia sinis padanya, asalkan dia sendiri hormat kepada dirinya.

Result SPM keluar akhirnya. Alhamdulillah, Laila lulus cemerlang. Walaupun tidak straight A's namun cukup untuk melayakkan dia terbang ke luar negara. Laila berasa sungguh terharu dengan kebaikan Tuhan kepadanya. Setelah apa yang dia lakukan, setelah apa yang telah dia kerjakan, Tuhan masih sayangkannya. Laila berasa sungguh kerdil dihadapan Allah.

Siapa sangka. Dulu, Laila adalah seorang yang paling tidak menonjol. Selalu dibuli, dan memang tiada harapan langsung untuk menjadi salah seorang pelajar tajaan mana-mana institusi. Namun hari ini, Laila sedang belajar di salah sebuah universiti terkemuka di luar negara.

Laila selalu termenung sendiri. Memikirkan bahawa hebat dan ajaibnya hidup yang diatur oleh Allah. Laila kagum. Bukan dengan dirinya. Tapi dengan kekuasaan Allah yang telah menghantarkan hadiah yang sebegini hebat dan agung kepadanya. Laila masih berasa seperti di alam mimpi. Sedar-sedar, tahu-tahu, dia telah sampai ke bumi "orang putih". Sedar-sedar dia bakal menjadi seorang saintis lulusan luar negara.

Allah-Allah-Allah....Tiadalah semua ini tanpa kekuasaan dariMu ya Allah...Begitu bisik Laila.

Sahabat-sahabat, kisah Laila adalah salah satu kisah dari ribuan kisah yang terdapat di dunia ini. Kisah bagaimana luar biasanya aturan dan susunan Allah. Saat Laila merasakan dunianya tidak lagi berguna, Allah memberi Laila kesenangan berlipat-ganda. Kisah Laila adalah contoh kekuasaan Allah yang nyata.

Tawakkal dan usaha, hanya kepada Allah lah sandarannya. Allahu...Moga saya dan anda semua mendapat iktibar dari cerita Laila ini. Sebagai hadiah, saya tinggalkan anda dengan video yang penuh simbolik ini. Saksikan!




Love you as always,
diDiE AiNoRi

Isnin, Februari 28, 2011



Buat jiwa-jiwa yang manis dan sejuk di luar sana, dengarkanlah pujukan ini. Kadang-kadang kita merasa sedih tiba-tiba. Sedih dan sayu dengan malang yang bertimpa-timpa. Kita rasa seolah-olah kita tak punya siapa-siapa untuk kita adukan masalah kita. Kita rasa pilu dan kita pun menangis sendu.

Tapi jiwa-jiwa yang baik dan bersih, ketahuilah, bahawa kita sebenarnya sedang diuji. Bukan untuk menyusahkan kita. Tetapi untuk menambahkan daya tahan diri kita. Siapa yang menguji? Allah...Kerana apa? Kerana Dia nak kita tahu bahawasanya kita ini hamba. Kita tak mampu nak buat segalanya ikut kepala kita walaupun kita rasa kita hebat.

Kerana kita sebenarnya abdi. Hamba yang miskin hina dina. Maka Dia mahu kita kembali dan bergantung kepadaNya. Allah, Dia mahu kita tawakkal...Dia mahu kita mengalami sendiri betapa ajaibnya hidup ini. Betapa indahnya hidup bertwakkal dan bergantung kepadaNya. Kerana Dia mahu kita tahu bahawa Dialah yang berkuasa. Dia yang menghidupkan dan Dialah yang mematikan. Dia yang menurunkan gempa bumi dan Dia jugalah yang mewujudkan bumi yang subur dan damai. Dia yang memusnahkan dan Dia juga yang memelihara. Dia, Maha Bijaksana. Maka, dengarkanlah pujukan ini...Jangan bersedih!

Love you as always,
diDiE AiNoRi

Selasa, Februari 22, 2011

Kali ini saya biar video ini berbicara...saksikan!





Love you as always,
diDiE AiNoRi

Selasa, Februari 15, 2011

Saudaraku dan diri manisku,

Pernahkah kita mendengar kalimat memberdayakan hidup?
Ya, kalimat yang singkat tapi tidak ramai yang kuat untuk melaksanakan.
Berdaya bermaksud berusaha keras melakukan yang terbaik untuk lebih sukses dalam hidup.

Saudaraku, kita sering bicara tentang apa yang mahu kita lakukan esok, tentang cita-cita 20-30 tahun akan datang, tetapi sedar atau tidak, kita lupa tentang apa yang boleh dilakukan hari ini untuk memperbaiki kualiti hidup kita. Mari kita telusuri sebuah hadis yang berbunyi,


Rasulullah bersabda,"Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan. Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di sore hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya sore. Pergunakanlah masa sehatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati” (HR. Bukhori)


Nah..gitu dong..:-)

Kunci Berdaya untuk Berjaya

Saudaraku, manusia ini sifatnya persis orang tua nyanyuk (maaf ya!).  Tak kira peringkat umur, sama saja. Justeru, harus sesama kita ingatkan.

Sekarang, masih mahu tahu apa kuncinya untuk berdaya?
Dengar ini baik-baik ya!

Pertama: Azam

Sudah tentu pertamanya harus punya azam, semangat, cita-cita yang membakar dan berkobar-kobar. Tanpa ini semua, jasad yang hidup pun akan menjadi seperti bangkai bernyawa ataupun mayat berjalan. Mahu gitu? Eeeii..Naudzubillah..

Kedua: Ketegasan 

Saudaraku, azam sahaja tidak mencukupi tanpa disertai dengan ketegasan untuk terus tetap dalam ambisi yang tinggi. Ingat, ketegasan adalah kunci istiqamah. Istiqamah pula selalunya datang bersama ketegasan! Kita justeru harus tegas kepada diri kita sendiri. 

Ketiga: Tidak membuang masa

Tidak mahu mengulas lanjut tentang ini. Cukup anda baca sendiri kalimah daripada Rasulullah yang berbunyi;

"Sebahagian daripada kebaikan islam seseorang ialah dia meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat baginya. " (Diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas)

Keempat: Usaha! Usaha! dan Usaha!

Ya, untuk berdaya, kita kena berusaha. Pelikkan? Bukankah berdaya itu sendiri maksudnya usaha. Tak..sebenarnya tak pelik pun. Untuk makan ubat, kita mesti makan ubat. Seperti itu juga untuk berdaya, kita mesti berdaya. Untuk berusaha, kita mesti berusaha. Faham? Ke berbelit-belit ayat saya? Hihi, ok-ok, kalau dalam bahasa orang kampung saya, mereka sebut, "Keep going!Keep going!" =) Pokoknya, jangan pernah berhenti untuk berusaha.

Seperti firmannya Allah,

"Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allahmelainkan kaum yang kafir”(Q.S Yusuf: 87) ."

Nah..mahu jadi kaum yang kafir? Nauzubillah...

Kelima: Jangan tengok orang yang lebih dari kita

Secara peribadi, saya katakan ini poin penting. Kerana apa? Kerana terkadang kita bisa putus semangat untuk berusaha disebabkan kita 'down' melihat kehebatan orang lain. Kita berasa seolah-olah kita mustahil mencapai seperti mereka. Kita berasa kita teruk. Kita berasa kita jauh lagi. Kita berasa kita tak mampu. Dan berbagai-bagai lagi perasaan yang mendorong putus asa dalam diri muncul.

Sebab itulah saudaraku, jika kita hendak memberdayakan hidup, kita teruskan memberdayakan hidup tanpa kita memandang sejauh mana orang lain telah berdaya dan berjaya. Biarkan mereka, kerana niat kita   untuk memberdayakan hidup itu bukan untuk manusia tetapi hanya untuk Allah semata-mata.

Kita bukan mencari redha manusia, iktiraf manusia, penghormatan manusia. Tetapi kita mencari validation dan verification daripada Allah taala semata.

Kita sedar rezeki adalah ketentuan Allah sejak kita dalam rahim ibu lagi, jadi kita takkan sekali-kali rebah atau lemah walaupun kita masih rendah dan orang lain mungkin sudah gah kerana kita tidak memandang dan menjadikan kejayaan manusia lain sebagai kayu ukur kejayaan peribadi kita.

Keenam: Berdoalah, bertawakkallah.

Saudaraku, sepatutnya, saya letak ini diawal tips lagi. Kerana harus diingat ya, tawakkal dan doa itu sepatutnya ada di permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Tuntasnya harus sepanjang masa! Kerana segala-galanya daripada DIA!

Baiklah, itu dulu perkongsian ringkas buat saudara-saudara dan diri manisku jua. Moga sama-sama mengingatkan ya!

Love you as always,
diDie AiNoRi

Ahad, Februari 13, 2011

Bila hari gelap bertukar terang, mentari pun mula bersinar cemerlang…

Lama sudah tangan ini tidak menari. Kalau ditari pun cuma diatas kertas kajang yang kemudian direnyuk-renyuk kerana ketandusan idea. Dan hari ini cuma ingin berkongsi secebis pengalaman hidup.(*sigh*)

Saudaraku,
Dalam liku ada lurusnya,
dalam pahit ada manisnya,
dalam futur ada bangunnya,
Dan apabila kita melangkah, dengan izin Allah semuanya jadi nyata..=)

Semalam anda mungkin bersedih, rasa tiada sesiapa untuk dituju, rasa seolah-olah dunia ini terlalu sempit untuk bersembunyi, rasa bumi tidak lagi berbumbungkan langit, rasa keseorangan dan tiada kawan-kawan yang memahami, rasa andalah yang paling susah sedunia, dan mungkin juga semalam anda berasa anda seorang yang tidak berguna, dan anda tidak dapat menyumbang apa-apa…

Saudaraku,
dalam susah ada senangnya,
dalam sedih ada gembiranya,
Allah menguji tanda sayang pada hambaNya…

Begitulah warna-warna kehidupan. Ia langsung tidak pelik dan bukan pun ajaib. Allah sentiasa memberi kita ujian dari kanan dan kiri, depan dan belakang hanya untuk menguji dan menolong kita untuk menghadapi esok kerana hanya Allah yang tahu betapa hari esok itu lebih sukar buat kita dan ujian hari ini adalah untuk menguatkan jiwa-jiwa kita. Mengajar kita menjadi lebih teguh, mengasah bakat-bakat kepimpinan diri sendiri yang mungkin belum kita kuasai, dan sesungguhnya Allah lah yang Maha Bijaksana.

Inilah yang biasa saya alami. Jatuh bangun dalam kehidupan buat saya jadi lebih matang dalam berfikir dan menilai sesuatu. Siapa sangka kalau semalam saya terasa seolah-olah hilang segala-gala, tetapi hari ini Allah kurniakan anugerah berlipat-ganda. Sungguh benar Allah berfirman.

“Bersama kesusahan ada kesenangan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan,”
(5-6,Al-Insyirah)

Sewaktu datangnya susah, telinga seakan-akan tuli, hati menjadi buta dan mata tak nampak apa-apa. Telinga seperti tidak pernah mendengar bahawa Allah sentiasa memujuk kita dengan firmanNya,

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran
(Al-Baqarah 2 : 186)

“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan(pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.”
(Ali-Imran:139)

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Al-Baqarah 2 : 286)

Masya Allah, damainya jiwa bila membaca ayat-ayat cinta daripada Kekasih Hati. Sungguh akan hilang sendu dan senyum pun menguntum, bahagia bersemi dan damai pun bertandang. Itulah ayat-ayat Allah dalam Al-Quraanul Karim. Kita sering terlepas pandang, dalam kesibukan melalui hari-hari penuh mehnah.

Kita terlupa untuk menghayati pesanan-pesanan daripada Allah,dan ingatan-ingatan daripada Rasulullah. Tapi percayalah, saat hatimu gersang dengan kemarau cinta dunia, siramlah ia dengan zikrullah dan bacaan-bacaan Al-Quran agar hatimu basah dengan cinta akhirat. Kembali kepada fitrah dan asalmu. Engkau hidup bukan untuk dunia, tetapi dunia ini cuma penerus hidup untuk ke akhirat sana. Tidak berbaloi saudaraku untuk kita menjadi gila di dunia sementara. Gila materi, gila kuasa, gila pangkat, gila nama, gila glamour dan sebarang gila lagi. Entah apa yang kita kejar sebenarnya dengan kegilaan-kegilaan itu. Semuanya memenatkan hati dan menyesakkan otak yang sedia sendat dengan masalah-masalah dunia yang tidak putus-putus.

Maka mari kita celik hati. Bukan saja kena celik IT, tapi celik mata hati itu sendiri. Lihat betapa dunia ini luas dan anda tidak pernah bersendiri. Kerana firman Allah,

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran
(Al-Baqarah 2 : 186)

Betapa Allah sentiasa ada bersama kita. Allah sudah berjanji akan mengkabulkan semua doa-doa kita jika kita taat padaNya. Maka perkataan siapakah yang lebih benar selain Allah?? Oleh itu saudaraku, jangan kalian patah hati, pandang rendah pada diri sendiri, hilang visi dan misi dan meratap sendu setiap hari.

Tiada gunanya semua itu. Jadi sekarang tukar mood anda. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jual kereta lama, jom pandu kereta baru. Ubah suasana, mari melihat dan megkagumi kebesaran Allah pada alam ciptaanNya. Kita semua adalah amazing! We can do beyond the norm! Ingat tu, kita adalah amazing people! Sudahlah fikirkan hari semalam, mari mulakan hidup baru.

Mari memaknakan hidup saudaraku!!

Love you as always,
diDie AiNoRi

Sabtu, Februari 12, 2011

Buat diri yang masih percaya akan adanya embun kasih Illahi,
Persiapkanlah dirimu untuk menjadi orang yang baik.

Ya, jadilah orang yang baik dan orang baik-baik pun akan mendampingimu..
Jadilah orang yang baik agar kau
akan merasa terselimut cinta dari langit dan bumi...
Jadilah orang yang baik agar kau
tidak akan segan meminta apapun dari Tuhanmu...
Jadilah orang yang baik agar kau
merasa aman dan tenteram dalam kalbumu...

Buat diri yang jujur dan amanah,
Jadilah orang yang baik, kerana memang pun engkau jiwa yang baik,
Maka pohonlah agar Allah memperpanjang kebaikanmu
agar dapat dikongsi sesama...

Buat diri yang bersih, berdoalah!
Kerana doa itu senjata mukmin.

Buat diri yang ikhlas, yakinlah!
Semuanya akan baik-baik saja.

Buat diri yang masih berpegang pada takdir Illahi,
Tawakkallah!
moga-moga nanti
Allah pertemukanmu dengan orang yang baik jua...

Buat diri yang sentiasa merindukan Allah dan syurgaNya,
Tetaplah!Tetaplah! Jangan goyah!


Love you as always,
diDie AiNoRi
selebat gerimis di hati..
semisteri air di Laut Mati..
mengapa kau menangis duhai diri?
mengapa kau merasa dunia ini tidak beerti?
mengapa kau meragui kasihnya Illahi?
mengapa kau tidak percaya adanya Allah di sisi?

Kau mencari-cari..
meraba-raba di gelap hati pada malam hari yang sepi..
kau bingung. nanar dalam ramai.
kau tidak mengerti mengapa ini yang harus kau hadapi.
kau menanti, bilakah yang kau mahu akan bisa kau dapati.
kau merasa Tuhan tak lagi menyayangi.

Mengapa?
Mengapa begitu?

Oh, jangan!sekali-kali jangan!
Engkau jiwa yang baik,
jiwa yang rindu,
cuma engkau keliru...

Jangan!sekali-kali jangan!
Engkau sedang menzalimi dirimu..
padahal engkau tidak berhak disakiti..
jasad dan rohmu adalah anugerah terindah dari Illahi,
maka mengapa engkau tegar melukai?

Jangan!sekali-kali jangan!
engkau jiwa yang besar yang dikasihi Tuhan.
engkau jiwa hebat yang benar-benar berpotensi menyengat
engkau jiwa kebal yang kali pada ujian
engkau sebenarnya berambisi tinggi, lalu mengapa kau pilih untuk tersakiti?

Jangan!sekali-kali jangan!
Engkau sentiasa punya satu lagi pilihan.
Iaitu kembali kepada luasnya kehidupan bertuhan.
kembali kepada teduh redup kasih Illahi.
kembali kepada DIA.

Ya, bak kata cendikia; "bersama Tuhanmu, apapun mungkin!"
Terus, jangan cembeng gitu dong!=)

Love you as always,
diDie Ainori

Jumaat, Februari 11, 2011

THINK BIG.

how to think big?

Well, easy. Keep your mind POSITIVE then. :-)


Love you as always,
diDie AiNoRi

Isnin, Oktober 25, 2010

Sekadar motivasi buat diri sendiri yang semakin hilang arah...

Tadi sempat menonton TV dan secara tak sengaja keluarlah sebuah iklan yang cukup menarik kata-katanya.Saya pun amat teruja betul apabila membaca dan mendengar bait-bait ini.

"Who knows how far you would go?"
"What will you sacrifice to make your dreams come true?"

Gulp! Zapp!!Rasa macam pedang tajam memancung leher saya. Ya, siapa yang tetapkan limit saya? Siapa yang tahu sejauh mana saya bisa pergi? Siapa yang tahu sehebat mana saya?

Jawapannya, tiada siapa tahu dan tiada siapa boleh pandai-pandai letakkan limit pada kebolehan saya. Hanya saya sahaja yang bisa memilih dan menentukan haluan hidup dan pencapaian saya. (Of course dengan pertolongan Allah).

Dan untuk mencapai yang terbaik itu, apakah saya sudah melakukan pengorbanan? Pengorbanan masa bermain, pengorbanan masa tidur, pengorbanan masa facebook dan sebagainya?

Ya, seolan kedua itulah yang memenggal leher saya saat ini. Sebab saya kira, saya memang belum betul-betul berkorban!!!

Dan sesungguhnya, kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa pengorbanan. Maka, seharusnya saya dan anda, mari kita sama-sama membuktikan kemahuan kita untuk berjaya itu bukan main-main. Bukan hanya impian atas angin yang terawang-awang tanpa tali matlamat yang jelas.

Pernah dengar kata-kata ini?

"Orang yang berjaya adalah orang yang tak pernah putus asa setelah berusaha."

Kata kuncinya, berusaha! Usaha itu sama maksudnya dengan berkorban. Kerana apa saya kata begitu? Kerana tiada orang yang berusaha di dunia ini terlepas dari melakukan pengorbanan. Kerana usaha itu sendiri bahagian dari pengorbanan!

Justeru, saya ingin menyeru diri saya sendiri dan kalian agar kita sama-sama berusaha dan berkorban untuk mendaki puncak jaya yang tiada had dan batasan. Kerana had dan batasan itu, hanya kita yang tentukan!

Wallahualam...

P/s; Kalau tak percaya, tontonlah video ini;


Sabtu, Jun 12, 2010

Salam...

Hi everybody...
I hope you guys happy today.

I had finished my first week at Rushey Mead School playing a role as a teacher assistant and sometimes a researcher at that school.

I am so fascinated by the atmosphere at my work place.
It IS so positive, friendly, supportive, creative, and what else can say?
I just loved it!=)

The first and second day were a bit horror for me coz I just didn't really get into them.

You know like, they got many type of accents. I could understand some, but sometimes I just like "mmm..hmmmm" when I don't get what they're saying! Hahhaha....

Well, the third day, I still quite depended on my school mentor, who is Mr.Matt Stopp. Huhu...So lucky coz he's quite a supportive and understanding person. He just treated me like a new member there. So, he did give me some ideas of how I can get my direction in these two weeks here.

He did supply me with the info like, what do I really need to do, am I comfortable with the time-table, do I need to add more classes in my time-table or am I fine with that and so on. After all, he's just a nice person.

Plus I did discover something new there. Something that made me reflected on myself much.
Like I really find that I do have a lot, a lot, a lot of weaknesses in myself. If I could list here, I would list these...;

*I'm quite a "neediness" person.
*I'm not really independent, I think.
*I have a difficulty in communicating profesionally with the people who are older than me.
*I am a bit "me, me" person.Selfish in other words.
*I'm lack of sense of humor.
*I'm not really good in time management and not really organized.
*I also did recognized that I don't really know how to describe myself.

After a week at school, I think, I did change a bit. Like, I'm trying to become more responsible, more proactive and more polite in a way of treating other people.

You know like, sometimes it's quite easy to say you're like this and like that, but when you need to get across to someone else, like in the classroom, or in work place, you need to prove yourself that you have such the abilities.

I agree that it is not easy to do but we better try to gain that. You know, maybe it will cost pain to you at the beginning, but it's worth to try anyways!

Better be beaten by trying than winning by lying, isn't it?

Often, you cannot go further if you just stop and static.

You need to move on.

You need to taste the other side of environment in order to add some values to yourself.

Sometimes, people will talk behind you. They will laugh at you. They will judge you.

But as long as you're alive, then anything that people say about you is not a big deal no more.

You just need to be brave to step ahead in your life. Make an improvement. Think big. Ready to face any challenge in front.

Well, sometimes, you can just face all that by putting a smile on your face and just be empathy to the other people.

Hmmm.....so much things that I did reflect, I think. Thank you Allah. I hope this will not make me far from YOU.....

I hope Allah will always guide me in every step in my life. I hope Allah will always be there to help me....

Hmmm....just be more .......


POSITIVE!!!!!

=)

Ahad, Mac 28, 2010

hooreyy!!!Easter Holiday's coming!!

Huhuh...

setelah bertungkus lumus menyiapkan lab report dan c0mputer programming, maka sekarang tibalah waktunya untuk focus on Summer Exam which is after this Easter Break...

Hadui..jealous gaks nengok adik2 first year yang g jenjalan tak ingat dunia. France, Vienna, Switzerland, Ireland and all around the world tuh..

Huhu...tak mengapalah, 2bulan ni, pulun dulu habes-habesan.Pasni nak jalan sampai langit ketujuh pun, jalanlah cik didi oii...

Sementara masih ada ruang, masih punya peluang, study bebetol. Bukankah itu sebabnya saya datang UK jauh2 ni?Kalau tak, baik saya duk Malaysia je. Bukan senang nak sampai ke mari. 2 tahun bergelumang ngan A Level. Huhu...Tak sanggup melepaskan peluang belajar yang sangat bes nih!

Hmm..sebenarnya susah jugak nak balance hormon zaman2 tengah focus exam macam nih.

Kadang sampai rasa malas nak gi program pun ada gak.

Sebabnya, nak study.

Dok pepikir balik, ukur baju di badan sendiri, kalau rasa tak ley jadi multitasking, baik undur diri awal-awal. Dahulukan mana yang dulu. Fokus mana yang lagi penting.

Orang can say anything, but we know ourselves better. So, bertindaklah dengan fikiran, bukan dengan susunan orang.

Hmm...bebaskan fikiranmu....

Bebaskan jiwamu...

Engkau di sini dengan matlamatmu sendiri...

Believe in Allah, believe in yourself.

Don't bother what people say so much, just take the significant one only.

Hmm..k lah, merapu plak...nak sambung study.beruzlah sampai habes exam!=)


Clinical Library,Leicester University,
Didie

Isnin, Mac 08, 2010


Ada ke orang sempurna dalam dunia ni?

Jawapannya, nyaris MUSTAHIL.

Kenapa nyaris? Sebab nabi Adam dan Rasulullah sendiri pun ada buat silap tetapi mereka diampunkan oleh Allah.

Maksudnya, tiada seorang manusia pun yang sempurna, kita semua takkan selamat dari api neraka tanpa rahmat dan syafaat daripada Allah.

Ingat lagi kisah Rasullah? Baginda lupa nak pay attention kat orang buta yang nak tanya baginda something sebab masa tu baginda sibuk berdakwah kepada pembesar-pembesar sehingga kemudian baginda ditegur oleh Allah.

Itu kisah Rasulullah yang maksum. Sentiasa diguide oleh Allah.

Bagaimana pula kita?

Hmm..usahlah lihat kita...

Cukup saya memandang ke dalam diri sendiri...

Ah, banyak buruk dari baik.

Banyak lompang dan lubang yang tak tertampung.

Saya bukan manusia sempurna....

Menyampaikan dan menyeru orang ke arah kebaikan dan ke"optimis"an hidup bukan beerti saya sempurna.

Namun, sampai hari ini, saya bersyukur kepada Allah kerana ketidaksempurnaan saya sentiasa ditampung oleh orang-orang di sekeliling saya...

Kalau di rumah, keluargalah yang menyempurnakan saya. Ma, Abah, Kak Long, Kak CiK, Kak Teh, dan Afiq...

.::Kenangan di National Space Centre, Leicester, UK ::.


Kalau di UK, sahabat-sahabat sayalah yang menyempurnakan hidup saya. Meraka sentiasa menjadi cerminan buat saya.

Melihat mereka membuat saya mereflek diri. Melihat mereka membuat saya sedar diri. Melihat mereka membuat saya katakan pada diri;

"Oh, aku belum sempurna...."

Solatnya, Ukhuwwahnya, pakaiannya, penuturannya, studynya, semuanya....

"Oh, aku belum sempurna...."

So, kapankah saya akan sempurna?

Sepertimana jawapan nyaris MUSTAHIL pada permulaan entry, seperti itu jugalah jawapan di akhir entry.

Menjadi sempurna?
nyaris MUSTAHIL...

Berusaha ke arah kesempurnaan?
Insya Allah...

P/S: Kadang2, sukar melakukan tahap terendah dalam ukhuwwah, berlapang dada dengan sesama saudara...Astaghfirullah, lapangkanlah dada-dada kami....
 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.