Jumaat, April 01, 2011
Selasa, Mac 15, 2011
source: usrah remaja
Love you as always,
diDiE AiNoRi
Ahad, Mei 31, 2009
Tiadalah makna jika kita hidup tanpa jiwa, hati dan perasaan. Tiadalah rasa manisnya sebuah kehidupan itu tanpa rasa cinta yang mekar di dalam jiwanya.
Kegagalan memanfaatkan fungsi hati yang menjadi enjin penghangat rasa cinta akan membuatkan kita hilang upaya untuk menikmati dunia ini sepenuhnya.
Kerana hidup kita bukanlah berlandaskan matematik, biologi atau sains semata-mata. Jauh sekali hiruk-pikuk politik dan hiburan yang menyesakkan dada.
Tetapi hidup kita ini berkait rapat dengan hati dan jiwa. Kita menggunakan hati dan sentimen perasaan dalam sehari-hari kehidupan kita.
Kita berinteraksi dengan manusia menggunakan perasaan. Kita berkeluarga pada hari ini kerana limpahan kasih-sayang dan cinta yang terpercik dari hati kita.
Dan cinta yang tertinggi itu pastilah lahirnya kerana Allah. Uhibbukum fillah. Menyayangi mereka semua kerana Allah. Bukan cinta murahan yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata.
Setiap manusia mempunyai hak ini. Hak untuk merasa dirinya dicintai dan menyintai. Hak untuk merasakan bahawa ruhnya dekat dengan Rabbnya. Itulah hak kepada rohani kita.
Gagal memenuhi hak ini bermakna kita gagal dalam kehidupan seorang manusia.
Inilah yang terjadi kepada pemuda-pemudi hari ini. Mereka hilang hati dan perasaan kerana jiwa itu tidak dibajai dengan cinta dan kasih-sayang malah diganti dengan racun nafsu yang memamah seluruh rasa kehambaan.
Akibat terlalu mengikut hawa nafsu membuatkan hati dan perasaan kita menjadi semakin kering, tandus dan gersang. Nafsu tidak kenal erti puas dan cukup.Ia seperti air laut. Semakin diteguk, semakin haus.
Lantaran sekian lama bergelumang dengan dosa dan maksiat, hati kita pun menjadi keras, sekeras tanah di musim kemarau.
Sehinggakan tanpa kita sedar, kita telah lupa bagaimana rasanya nikmat menangis kerana Allah.
Nikmat menangis kerana merasa indahnya berada di bawah lindungan Allah. Nikmat berbuat kebaikan kerana Allah. Nikmat berjihad melawan hawa nafsu kerana Allah dan nikmatnya bermunajat di sepertiga malam-malam yang kita lalui.
Saudaraku,
Oleh itu, simbahlah hatimu, siramlah jiwamu dan tumpahkanlah nuranimu dengan limpahan kasih-sayang dan rasa cinta kepada Allah, Pencipta Agung langit dan bumi.
Biar rasa cinta dan sayang itu membelah kegelapan hati kita dengan suluhan cahaya dan hidayah daripada Rabbi.
Mari kita jalankan hak ini. Berilah makan kepada rohani. Kerana jasad kita cuma sangkar. Adapun yang hidup adalah ruh di dalam jasad itu sendiri.
Dekatkanlah diri kita dengan Allah dengan merasai kehadirannya bersama kita. Rasailah betapa sayangnya Allah kepada kita semua.
Allah, kasihNya tidak bertepi. SayangNya tiada ganti di langit dan bumi. Ayuh, kita bersihkan hati ini!
Allah berfirman,
"Wajiblah cintaku kepada orang-orang yang berkasih-sayang kerana Ku" (hadis Qudsi)
Isnin, Mei 11, 2009
Ape erti hidup yerk?Nape dicipta sebagai manusia?
xkan lah saje2 kot Allah nak cipta.
Takkan untuk makan,minum,tidur,belajar,kerja,kahwin pastu mati??Macam ade something tertinggal di celah2 hidup tuh..
Kilang pen dibangunkan pun supaya boleh cipta pen yang boleh digunakan untuk menulis.Tapi,kalau buat kilang pen,tapi sebabnye sesaje.mesti kita pun cakap pembuat kilang tu tak cerdik sebab merugikan duit bina kilang tapi tak tahu sebab ape.
Dah tu,ape kena mengena pulak dengan aku?haa,fikirlah,bakpe Allah cipta engkau.Jawapan di mana2,cume usaha aje untuk tahu.Dan bila dah tahu,kena cakap kat orang lain dan same2 berusaha untuk buat.Kalau buat ramai2,insyaAllah tak susah.
tugasnye 2 saje:
1)Al-baqarah;30
2)Az-zariyat;56
Dan jika masih confius identity,meh tengok video nie,mana tahu boleh jumpa balik identity diri.:)
Ada satu syair mengatakan
“Jika kamu tidak boleh menambah kebaikan kepada dunia,engkau merupakan bahan lebihan dunia”
Moga bermanfaat.
suber:kak ain blog
Ahad, Mei 03, 2009
Seminggu tanpa ujian. Bebasnya hidup, terasa memang mudah semudah-mudahnya. Dengan meng ‘ignore’ kan tekanan exam, hidup saya terasa memang tanpa ujian. Saya dengan bilik saya, dengan computer saya, menyiapkan assignment2 di fasa terakhir, memang langsung tiada tekanan!
2 Mei, jam 4, saya dan ahli usrah sepatutnya naik tren menuju ke Nottingham. Siapa sangka, sewaktu menuruni tangga train station, kaki saya terpele’ot (bahasa orang kampung saya) dan terus saya hilang nikmat sebelah kaki. Langsung lepas tu saya tak boleh jalan 2 belah kaki.
Astaghfirullah...Mungkin ini tandanya Allah masih sayangkan saya. Walaupun saya dah semakin jauh dengan Dia minggu ni, tapi ternyata Allah langsung tidak melupakan saya. Ujian kan tanda sayang Allah pada hambaNya...Alhamdulillah...
Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Tren pun sudah sampai. Rancangan kami untuk berusrah di Notts hampir saja terbatal lantaran keadaan kaki saya yang tidak mengizinkan. Sakit sewaktu minit pertama terpele’ot memang maha hebat. Ngilunya naik ke kepala. Telinga jadi pekak, saya dengan dunia saya, muka pun kalau ditoreh sudah tiada darah, pucat!
Dalam hati terus berdoa, “ Ya Allah, janganlah kaki aku ni patah lagi sekali!”
Dan Alhamdulillah, setelah setengah jam kemudian, sakit saya sedikit reda. Namun, dari pukul 4, tertangguh ke pukul 4.30 petang, barulah kami decide untuk meneruskan rancangan. Kesian kawan-kawan, terpaksa memapah saya naik ke tren.
Sebenarnya, saya amat merasakan bahawa ujian kali ini bukan sebarang ujian. Allah sedang berbicara dengan saya. Berbicara dengan tegasnya kepada saya. Allah sedang menegur kesalahan-kesalahan saya. Dan Allah sedang menguji keikhlasan hati saya.
Bukan semua orang tiba-tiba terpele’ot kaki macam saya. Seramai-ramai orang yang turun tangga train station tu, saya telah dipilih oleh Allah untuk merasa azab itu. Untuk apa? Pasti bukan saja-saja!
Teringat saya sebuah firman Allah;
“Dan jika Kami Berikan rahmat Kami kepada manusia, kemudian (rahmat itu) Kami Cabut kembali, pastilah dia menjadi putus asa dan tidak berterima kasih. Dan jika Kami Berikan kebahagiaan kepadanya setelah ditimpa bencana yang menimpanya, niscaya dia kan berkata, “ Telah hilang bencana itu dariku”. Sesungguhnya dia (berasa) sangat gembira dan bangga, Kecuali orang-orang yang sabar, dan mengerjakan kebajikan, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar.” (11:9-11)
Subhanallah kan?
Terang-terang lagi Allah dah terangkan dalam Al-Quran. Manusia ni kalau diberi nikmat, seronok sangat, mulalah lupa dunia, lupa Tuhan. Tapi once nikmat tu sudah dicabut, terus berputus asa dan sudah melupakan nikmat yang selama ini Allah kurniakan. Bak kata seorang kawan saya , “I have a God, but I’m acting like I don’t have one!” haa...serupa itu la kot manusia ni.
Dan saya tak nak jadi macam tu. Saya nak jadi orang yang terkecuali yang Allah sebutkan dalam ayat tu.
“Kecuali orang-orang yang sabar, dan mengerjakan kebajikan, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar.”
Sebab itu, bila dah merana sakit macam ni, saya paksa juga otak saya supaya muhasabah kembali kesalahan-kesalahan saya minggu ni. Allah takkan uji saja-saja. Allah takkan buat sesuatu main-main. Mungkin ini kaffarah dosa saya. Ya Allah, atas dunia saja sudah sakit begini. Bagaimana di alam barzakh dan di akhirat kelak? Astaghfirullah.
Moga selepas ini, suluh cahaya itu menerangi segenap jiwa saya.... amen....
Khamis, April 30, 2009
Saya menulis untuk mengingatkan diri, mengetuk hati, dan menyedarkan orang yang ingin sedar. Mungkin kadang-kadang, kita dah banyak sangat ilmu di dada, maka nak tak nak, kena cakap jugak. Kena sampaikan jugak. Memang tidaklah salah menyampaikan. Malah digalakkan lagi. Rasulullah sendiri bersabda, "sampaikanlah kepadaku walaupun sepotong ayat".Tapi yang menjadi masalah baru hari ini ialah ramai yang cakap tapi tak buat.
Tahu yang ini tak boleh, tapi buat jugak. Tahu yang itu haram,tapi lakukan jugak. Tahu yang ini jahil, tapi teruskan jugak. Dalam hati bertangguh-tangguh. Takpe....hari ni aku rasa bosan la, sebab tu aku boleh marathon movie..Takpe..hari ni mood aku tak brape baik sangat la, sebab tu aku boleh buang masa dan buat perkara-perkara tak berfaedah ni. Takpe...aku dah lama dah tak kontek mamat ni, dia ni kawan lama aku dulu ni, so, kira nak mengeratkan silaturrahim je. Tak salah kot...Takpe itu,takpe ini....Semua jadi takpe. Apa kita fikir kita ni siapa?
Maaf, saya menulis dengan hati yang 'bengkek'(bahasa orang kampung saya). Mungkin kerana tengah mereflek diri juga.
Kita buat sesuka hati. Sesedap rasa bila kita rasa kita sudah bosan, penat dan letih. Kita tak peduli lagi semua ilmu yang pernah kita semat di dada. Pergi daurah sana sini, buat usrah seminggu sekali, tu tak kira ikut ceramah umum dan kuliyyah online lagi. Ditambah baca buku karangan Al-Maududi,kitab Muntalaq dan Rahiq Maktum. Kita tahu serba-serbi. Tetapi sedarkah kita, ada masa kita lupa diri....Hanyut...hanyut dalam lautan ilmu tanpa amal.
Astagfirullah.. Apa kita ingat semua amalan kita selama ini sudah diterima oleh Allah? Apa kita fikir solat sunat 2 rakaat itu benar-benar ditulis sebagai amalan oleh malaikat?Dan bila kita melakukan jahiliyyah, adakah kita fikir kita tidak akan dihisab? Astaghfirullah......
Kembali ke pangkal jalan. Masa masih berbaki. Pintu taubat masih terbuka. Saya mahu insaf. Anda? Terpulang... wallahualam...
Isnin, April 27, 2009
Mungkin ada di antara sahabat-sahabat yang sudah pun menontonnya. Namun, pada saya, tidaklah salah untuk kita refresh balik mesej yang ingin disampaikan melalui video ini. Insya Alllah, sama-sama kita mengambil iktibar daripadanya.
****sila ke youtube.com untuk melihat bahagian kedua video ini. (highly recomended)
Alhamdulillah…tidak mungkin utk kita mempunyai ruang utk kufur (yakni TIDAK bersyukur)…Mengapa begini???
Cube kte reflect blk diri kte sume;
Dari berjuta-juta sperm, Allah pilih kita utk dijadikan manusia yg mana MANUSIA = SEBAIK2 CIPTAAN
“Sungguh kami telah menciptakan manusia dlm bentuk yg sebaik2nya.” (95:4)
Dan dari berjuta2 manusia di muka bumi ini, Allah pilih kita utk tergolong dlm kalangn hambaNya yg bergelar UMAT ISLAM = SEBAIK2 UMAT.
“Kamu umat Islam adalah umat yg terbaik…” (3:110)
Seterusnya, tidak cukup dgn itu, Allah pilih pula kita untuk tergolong dr kalangan hambaNya yg FAHAM tentang agama Islam…
(interpretation dr hadis Rasulullah: sesiapa yg Allah mengkehendaki baginya kebaikan, Allah akan menganugerahkan kepadanya KEFAHAMAN dalam agama)
Tapi agaknya sejauh manakah Allah akan pilih kita??
Mampukah kita menjadi hambaNya yg sentiasa menjadi pilihanNya??
Sukakah kita utk menjadi seperti sperm yg terputus ekornya dlm perjalanan utk mensenyawakan ovum??
Mahukah kte menjadi org yg tidak dipedulikan Allah…yg tidak menjadi pilihanNya??…yg tidak memenuhi cita rasa Allah?? dan criteria2 yg Allah tetapkan dlm requirementNYA??
Dan sejauh manakah ‘aim’ kita? adakah hanya setakat menjadi hambaNYA yg faham…dan kemudian kita hanya menjadi ‘just another muslim’?
Sebagai seorang yg beragama Islam…sewajarnya kita agree on satu end yg sama…sbb hanya dgn ‘end in mind’ barulah kita dpt mengatur langkah sedikit demi sedikit ke arah long term aim itu…insyaAllah…
Tp apakah ultimate aim yg boleh kita aim for?
Adakah hanya seperti ‘end in mind’ of a secularist..i.e..for e.g nk jadi seorang dr specialist yg berjaya…n that’s it??
Itu je ke kemampuan seorang muslim yg merupakan sebaik2 umat??
Sepatutnya, each n everyone of us (muslim) should aim for jannatulfirdaus…syurga yg paling tinggi di sisi Allah…insyaAllah…
Sbb aim for jannatulfirdaus la yg akan membantu kita utk bersungguh2 dlm study, dakwah dan apa jua yg kita lakukan dlm daily life kita insyaAllah….
Dan sentiasalah berdoa supaya Allah sentiasa memilih kita dalam pilihanNya dan akhir sekali memilih kita utk tinggal di dlm syurgaNYA yg tertinggi i.e. jannatulfirdaus…amin3…insyaAllah…
~post-’talk Prof Latiff’ reflection~
Khamis, April 23, 2009
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....
Sehingga hari ini masih diberi peluang untuk hidup. Alhamdulillah...
Teman-temanku sekalian....
Dengarkanlah, Allah swt berfirman;
“Dan bacakanlah kepada mereka, berita orang yang telah Kami Berikan ayat-ayat Kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang yang sesat. Dan sekiranya Kami Menghendaki nescaya Kami Tinggikan (darjat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah), maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya,dijulurkan lidahnya, dan jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya (juga).Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir. Sangat buruk perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami; mereka menzalimi diri sendiri.”
(Al-A’raf:175-177)
Insya Allah, moga cahaya Allah sentiasa berbisik di hati kita semua. Ameen.....
Ahad, April 19, 2009
1) Kepercayaan kepada prinsip: Hanya aku sahaja yang benar.
Orang yang memiliki ciri ini melihat hanya diri sendiri yang benar, orang lain salah. Hanya dia yang bagus amalannya, orang lain tak bagus. Bila berbicara, hanya bicaranya sahaja yang terbaik. Bila memberi pandangan, hanya ideanya saja yang bernas. Jika dia berhadapan dengan idea orang lain yang lebih baik bahkan disokong oleh dalil dan fakta, dia memandang kecil dan jijik idea tersebut kerana pada pandangannya, ideanya tidak mungkin mengalami sebarang kesalahan. Maksum!
2) Mudah bergembira dengan amalan ketaatan walaupun sedikit.
Bila dia melakukan ketaatan, dia tidak melakukannya dengan perasaan bimbang dan takut jika amalan ini tidak diterima Allah Ta'ala. Bahkan dia merasa gembira dengan amalannya walaupun sedikit. Tidak salah bergembira, tetapi yang salahnya ialah terlalu bergembira dengan amalan kecil sehingga merasa aman daripada perasaan bimbang dan takut kalau
Allah Ta'ala tidak menerima amalan tersebut. Imam Ibnu 'Atoillah al Sakandari radhiyallahu 'anhu mengungkapkan menerusi hikamnya:
Di antara tanda pergantunganmu pada amalan; Kurangnya harapan ketika wujudnya kecacatan (pada amalanmu).
Orang yang begini sifatnya, merasa yakin dengan amalan ketaatan yang dilakukan walaupun sedikit dan mudah merasa gembira. Dia tertipu dengan amalannya sendiri dan kerana itu apabila dia meninggalkan amalan yang biasa dilakukan sekali-sekala, dia masih merasa biasa. Seolah-olah amalan yang biasa dilakukan sebelum ini, kesemuanya diterima oleh Allah Ta'ala. Tiada bimbang, gusar dan takut kalau Allah Ta'ala tidak menerima amalannya sebelum ini.
3) Memandang remeh perkara maksiat.
Apabila dia melakukan maksiat walaupun kecil, dia hanya memandang remeh perkara tersebut seolah-olah ia adalah perkara biasa. Sekadar dosa kecil yang boleh dihapuskan dengan sembahyang dua rakaat. Si miskin ini terlupa bahawa boleh jadi sembahyangnya itu tidak diterima Allah Ta'ala. Berapa banyak pula dosa kecil yang mengundang dosa besar?!
Firman Allah Ta'ala mafhumnya:
Maka janganlah kamu terpedaya dengan (keindahan) kehidupan dunia dan janganlah kamu terpedaya dengan Allah. [Luqman: 33]
Ertinya jangan kamu terpedaya dengan maksiat sehingga kamu sering melakukannya dengan sangkaan bahawa keampunan Allah Ta'ala akan sentiasa mengiringi kamu. Adakah kamu yakin akan terus mendapat keampunan-Nya? Adakah kamu yakin segala amalanmu diterima sehingga mampu menebus dosa maksiat yang kamu lakukan? Yang lebih penting, adakah kamu yakin akan terus beriman dan mati dalam keimanan?? Jangan tertipu dengan amalanmu. Jangan tertipu dengan dosa kecil yang kamu lakukan. Jangan tertipu dengan keluasan rahmat Allah sehingga kamu memandang remeh dosamu itu..
4) Terpedaya dengan keadaan diri sendiri..
Memandang diri sendiri sebagai yang terbaik berbanding orang lain. Orang lain sudah rosak. Akhlak rosak, hidup tiada hala tuju dan bermacam lagi perkara yang tidak boleh diharapkan. Hanya diri sendiri yang tidak rosak. Masih boleh diharap. Sedangkan hakikatnya, apabila dia berpandangan demikian, dia adalah orang yang binasa dengan kebinasaan sebenar! Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda mafhumnya:
Apabila kamu mendengar seseorang berkata, "Orang ramai telah rosak!" Sebenarnya, dia yang rosak!!
Hujjatul Islam al Ghazali radhiyyallahu 'anhu ketika mengulas hadith ini menyebut:
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menyatakan begitu kerana perkataan yang diucapkan ini menunjukkan bahawa orang yang mengucapkannya adalah seorang yang memandang rendah orang lain dan tertipu dengan Allah Ta'ala. Dia merasa aman daripada rancangan Allah Ta'ala dan tidak merasa takut dengan kekuasaan-Nya. Bagaimana mungkin dia tidak merasa takut? Bila dia memandang rendah orang lain dan merasa kagum dengan keadaannya sendiri, ini sudah memadai untuk menunjukkan dia adalah seorang yang jahat!
5) Meninggi diri ke atas pelaku maksiat dan golongan yang tidak sependapat dengannya.
Dia melihat golongan yang melakukan maksiat dengan pandangan meninggi diri. Sepatutnya dia melihat mereka dengan perasaan kasihan dan berusaha membimbing golongan ini agar keluar dari kepompong maksiat. Namun apakan daya, disebabkan dia memandang dirinya sahaja yang terbaik, maka sikap ini menutup pintu hatinya daripada belas kasihan. Seolah-olah dia yakin akan terus terpelihara daripada melakukan maksiat. Begitu juga apabila berhadapan dengan golongan yang kurang ilmunya, dia memandang mereka dengan pandangan enteng. Jika golongan ini bersalahan pendapat dengannya walaupun ternyata pendapat tersebut disokong dengan dalil yang kuat, dia melenting kerana pada pandangannya orang yang kurang ilmu daripadanya tidak boleh bersalahan pendapat dengannya. Seolah-olah dia lebih
tahu segala-galanya.
6) Sukar menerima nasihat.
Dia melihat dirinya tidak perlu kepada nasihat. Lebih-lebih lagi jika nasihat itu datang daripada orang yang lebih rendah ilmu atau amalan daripadanya. Dia tidak perlukan nasihat tetapi orang lain perlukan nasihatnya seolah-olah nasihatnya sudah memadai untuk membimbing orang lain ke jalan yang benar. Mana boleh orang yang lebih rendah martabatnya menasihati dirinya yang lebih baik ini!
7) Suka membanding-bandingkan dirinya dalam pegangan agama dengan orang lain.
Dia suka melakukan perbandingan terhadap dirinya dari sudut ilmu, amalan dan pegangan agama dengan orang yang lebih rendah martabat daripadanya. Lantas dia pun menyangka telah menjadi yang terbaik dan akan terus jadi yang terbaik. Natijahnya dia akan terus merasa senang dengan apa yang ada pada dirinya dari sudut ilmu dan amalan. Tanpa perlu
merasa bimbang...
Dr didie: Saya copy paste article ni dari bulletin post kat friendster.Moga memberi manfaat. Astaghfirullah....
Jumaat, April 10, 2009
"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.
Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.
sumber:iluvislam.com
Selasa, April 07, 2009
Jawab Ibrahim, “kerana hati mereka buta kerana sepuluh perkara.”
1. Kamu kenal Allah,tapi kamu tidak menunaikan suruhanNya.
2. Kamu menyangka kamu Cinta kepada Rasulullah tapi kamu meninggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu berkata mati itu benar tapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur dan kamu bercerita tentang keaiban org lain tetapi kamu lupa tentang keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudaramu tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Astaghfirullah….Sama-sama kita koreksi diri…Astaghfirullah….
Isnin, April 06, 2009
Lepas subuh tadi, sempat saya belek kembali majalah HIDAYAH dari Indonesia yang telah dibaca minggu lepas. “Penyakit para daei”, itulah tajuk yang sangat menyentuh hati saya.
Antaranya, penulis mengingatkan betapa para pendakwah kekadang terlalu sibuk mengajar hingga tidak sempat belajar. Terlalu ghairah menyampaikan hingga kurang menjadi “pendengar”. Terlalu acap ke luar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri.
Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan dakwah secara lisan atau tulisannya. Menjadi akalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar itu-itu juga.
Benar-benar saya terkesima. Pengalaman memberitahu bahawa “hati kecil” sentiasa mengingatkan bahawa pendakwah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Ilmu, kata-kata dan tulisaannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga kekadang tanpa sedar, manusia ditarik bukan lagi kepada Ilahi, tetapi kepada diri sendiri.
Malang, bila pendakwah jadi “peniaga” yang menjaja bahan dakwah dan tarbiah mengikut selera massa. Dan kejayaan diukur oleh gelak getawa dan puji-puja masyarakat atas keterampilan kata dan gaya. Persis seorang selebiti! Mereka tidak lagi berdiri teguh sebagai karang di dasar lautan yang teguh bagaikan “doktor” memberi kepada ummah apa yang menyembuhkan walaupun terpaksa bergelut dengan kepahitan.
Bukan marahkan sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan diri. Mengapa dalam arus ilmu dan maklumat, ceramah dan kuliah, masyarakat sangat kurang berubah? Mengapa jenayah semakin marak? Apakah dakwah kita sudah semakin tawar? Apakah tarbiah kita semakin hambar? Fikir-fikirkanlah. Kata yang datang dari hati… pasti jatuh ke hati. Bukan soal kecerdasan dan gaya, tetapi soal keikhlasan, hikmah dan taqwa.
Mengenangkan itu, teringat saya pada tulisan sendiri pada musim-musim yang lalu. Saya ingin berkongsi semula dengan saudara/i apa yang pernah saya luahkan dalam tulisan bertajuk…
KAU MURABI BUKAN SELEBRITI!
Leaders are learners - pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Begitu saya diingatkan berkali-kali. Malah, satu ungkapan yang sering menjadi pegangan saya ialah saat kita berhenti belajar saat itulah kita akan berhenti memimpin - when you stop learning, you stop leading.
Ya, walaupun saya bukan pemimpin dalam skla yang besar tetapi saya adalah pemimpin keluarga dan setidak-tidaknya pemimpin diri sendiri.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada perbualan bersama Pak Long - orang tua kampung saya pada minggu yang lalu.
“Kau asyik mengajar sahaja, bila kau belajar?” tanya Pak Long pada satu hari.
Saya diam. Saya tahu, Pak Long bukan bertanya sebenarnya, tetapi dia mengingatkan.
“Apa yang kau selalu tulis dan cakapkan tu… betul-betul sudah kau amalkan?”
Saya bertmbah diam. Selain ayah, Pak Long adalah orang yang paling saya hormati… malah saya takuti (kadang-kadang) .
Namun begitu, Pak Longlah tempat saya ‘ziarah’ apabila ada sesuatu keputusan, kemusykilan atau kecelaruan berlaku dalam episod hidup saya. Sejak saya masih di sekolah rendah, hinggalah kini Pak Long adalah ‘guru’ saya.
“Saya hanya penyampai Pak Long. Apa yang saya tulis dan cakap merupakan gugusan pengajaran yang bukan hanya diambil dari pengalaman diri saya tetapi juga orang lain. Saya juga berharap apa yang telah saya sampaikan, dapat juga saya amalkan.”
“Jangan hanya berharap, berusaha!” pintas Pak Long.
“Insya-Allah,” jawab saya pendek.
“Bagus tu. Jangan menulis ‘diri’ sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain’. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.”
Saya mengangguk perlahan. Dalam maknanya kata-kata Pak Long kali ini.
“Pak Long lihat ada kecenderungan sestengah penulis asyik menulis tentang dirinya. Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang ‘aku’nya.”
“Tapi Pak Long, tak salah kalau pengalamannya itu dapat dikongsi oleh orang lain. Malah itu lebih ‘real’ daripada apa yang dialami orang lain.”
“Betul. Tak salah. Tetapi jangan keterlaluan.”
“Kenapa Pak Long?”
“Sebab, kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi. Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri.”
“Kenapa Pak Long?”
Pak Long merenung tajam. Dia faham kali ini saya bukan hanya menyoal tetapi mempersoalkan.
“Pak Long lihat, penulis atau pendakwah masakini tidak syumul dari segi personalitinya. Tak payahlah Pak Long huraikan lebih terperinci… muhasabahlah diri masing-masing.”
“Maksud Pak Long, golongan ini banyak kelemahan? Biasalah Pak Long. Siapa yang sempurna? Apakah hanya apabila semuanya sempurna baru kita boleh berdakwah?”
“Tidaklah begitu. Tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya ‘lebih sempurna’ sedikit daripada golongan yang diserunya.”
“Kalau tidak?”
“Masyarakat akan kecewa, apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin teladani… tidak seperti yang mereka harapkan.”
“Pak Long, sejak dulu kita diajar bertoleransi dalam hal-hal yang begini. Pendakwah tidak sempurna seperti ‘bahan’ dakwahnya. Begitu juga Islam, dengan umat Islam. Islam sentiasa hebat, tetapi muslim adakalanya hebat adakalanya tidak, bergantung sejauhmana mereka mengamalkan Islam itu sendiri!”
“Hujah lama,” balas Pak Long.
“Tapi masih relevan… Pak Long,” saya seakan merayu.
“Kalau hujah tu diputar-balik begini macam mana… Ya, kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu. Jadi kalau begitu, di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?”
Sahih, saya terperangkap. Seperti biasa, hujah Pak Long akan bertambah gagah, kalau disanggah. Justeru, kerana itulah saya selalu ‘melawan’. Pak Long bukan guru - kau diam, aku cakap! Tetapi dia adalah guru yang ‘demokratik’ - prinsipnya: Mari sama-sama kita cari kebenaran.
“Kau tidak pernah terbaca tulisan Dr. Yusuf Al Qaradhawi tentang kelohan seorang intelektual Barat yang baru memeluk Islam? Apa kelohannya?”
“Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal muslim…”
“Tahu pun. Jika intelektual itu kenal muslim, mungkin dia tidak tertarikpun untuk memeluk Islam. Jadi dari segi tertib…siapa yang kita nak perkenalkan dahulu? Muslim atau Islam?”
“Islam Pak Long,” saya akur. Tunduk.
“Ya, itulah maksud Pak Long… pendakwah atau penulis, mesti mengenegahkan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan. “
“Terimakasih Pak Long… selalu-selalulah ingatkan saya.”
“Ingat pesanan Pak Long ni… pendakwah adalah seorang murabbi bukan selebriti!”
(Pesanan Pak Long yang akhir itu sampai sekarang masih ‘menikam’ saya!)
mantap -aku komen lagi-
..::Saya copy dari blog kak long.hehe::...
Ahad, Mac 22, 2009
Lama sudah tangan ini tidak menari. Kalau ditari pun cuma diatas kertas kajang yang kemudian direnyuk-renyuk kerana ketandusan idea. Dan hari ini cuma ingin berkongsi secebis pengalaman hidup.(sigh**)
Saudaraku,
Dalam liku ada lurusnya,
dalam pahit ada manisnya,
dalam futur ada bangunnya,
Dan bila kita melangkah, dengan izin Allah semuanya jadi nyata..=)
Semalam anda mungkin bersedih, rasa tiada sesiapa untuk dituju, rasa seolah-olah dunia ini terlalu sempit untuk bersembunyi, rasa bumi tidak lagi berbumbungkan langit, rasa keseorangan dan tiada kawan-kawan yang memahami, rasa andalah yang paling susah sedunia, dan mungkin juga semalam anda berasa anda seorang yang tidak berguna, dan anda tidak dapat menyumbang apa-apa...
Saudaraku,
dalam susah ada senangnya,
dalam sedih ada gembiranya,
Allah menguji tanda sayang pada hambaNya...
Begitulah warna-warna kehidupan. Ia langsung tidak pelik dan bukan lagi ajaib. Allah sentiasa memberi kita ujian dari kanan dan kiri, depan dan belakang hanya untuk menguji dan menolong kita untuk menghadapi esok kerana hanya Allah yang tahu betapa hari esok itu lebih sukar buat kita dan ujian hari ini adalah untuk menguatkan jiwa-jiwa kita. Mengajar kita menjadi lebih teguh, mengasah bakat-bakat kepimpinan diri sendiri yang mungkin belum kita kuasai, dan sesungguhnya Allah lah yang Maha Bijaksana.
Inilah yang biasa saya alami. Jatuh bangun dalam kehidupan buat saya jadi lebih matang dalam berfikir dan menilai sesuatu. Siapa sangka kalau semalam saya terasa seolah-olah hilang segala-gala, tetapi hari ini Allah kurniakan anugerah berlipat-ganda. Sungguh benar Allah berfirman.
(5-6,Al-Insyirah)
Sewaktu datangnya susah, telinga seakan-akan tuli, hati menjadi buta dan mata tak nampak apa-apa. Telinga seperti tidak pernah mendengar bahawa Allah sentiasa memujuk kita dengan firmanNya,
(Al-Baqarah 2 : 186)
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Al-Baqarah 2 : 286)
“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan(pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.”
(Ali-Imran:139)
Masya Allah, damainya jiwa bila membaca ayat-ayat cinta daripada Kekasih Hati. Sungguh akan hilang sendu dan senyum pun menguntum, bahagia bersemi dan damai pun bertandang. Itulah ayat-ayat Allah dalam Al-Quraanul Karim. Kita sering terlepas pandang, dalam kesibukan melalui hari-hari penuh mehnah.
Kita terlupa untuk menghayati pesanan-pesanan daripada Allah,dan ingatan-ingatan daripada Rasulullah. Tapi percayalah, saat hatimu gersang dengan kemarau cinta dunia, siramlah ia dengan zikrullah dan bacaan-bacaan Al-Quran agar hatimu basah dengan cinta akhirat. Kembali kepada fitrah dan asalmu. Engkau hidup bukan untuk dunia, tetapi dunia ini cuma penerus hidup untuk ke akhirat sana. Tidak berbaloi saudaraku untuk kita menjadi gila di dunia sementara. Gila materi, gila kuasa, gila pangkat, gila nama, gila glamour dan sebarang gila lagi. Entah apa yang kita kejar sebenarnya dengan kegilaan-kegilaan itu. Semuanya memenatkan hati dan menyesakkan otak yang sedia sendat dengan masalah-masalah dunia yang tidak putus-putus.
Maka mari kita celik hati. Bukan saja kena celik IT, tapi celik mata hati itu sendiri. Lihat betapa dunia ini luas dan anda tidak pernah bersendiri. Kerana firman Allah,
(Al-Baqarah 2 : 186)
Betapa Allah sentiasa ada bersama kita. Allah sudah berjanji akan mengkabulkan semua doa-doa kita jika kita taat padaNya. Maka perkataan siapakah yang lebih benar selain Allah?? Oleh itu saudaraku, jangan kalian patah hati, pandang rendah pada diri sendiri, hilang visi dan misi dan meratap sendu setiap hari.
Tiada gunanya semua itu. Jadi sekarang tukar mood anda. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jual kereta lama, jom pandu kereta baru. Ubah suasana, mari melihat dan megkagumi kebesaran Allah pada alam ciptaanNya. Kita semua adalah amazing! We can do beyond the norm! Ingat tu, kita adalah amazing people! Sudahlah fikirkan hari semalam, mari mulakan hidup baru.
Khamis, Januari 01, 2009
Namun, tiba-tiba saya rasa sejuk sangat (seperti biasa, heater wat hal la ni) Adeh…Masa mamai-mamai tu,saya bangun nak pakai sweater,sekali entah macam mana sweater saya terkena lampu bilik.PRANG!!! Lampu tu jatuh dan pecah berderai…huhu…Maka bergelaplah bilik saya…Tetapi anehnya,dalam kemamaian itu, saya cuma senyum tengok lampu tu pecah…sedih tak,marah pun tak (yela..nak marahkan sape???huhu..).
Dalam cahaya yang malap dibantu lampu meja yang belum arwah, saya pun mengutip serpihan-serpihan kaca yang bertaburan…Aduhai lampuku…Jadi satu kerja pula malam-malam mengutip kaca..huhu…
Tetapi,masa ni la saya terfikir sesuatu…Alangkah mudahnya kalau ALLAH nak ambil nikmat daripada kita..Sekelip mata pun dah boleh hilang…Teringat kisah lampu ni masa saya baru beli dari ebay.Saya rasa sayang sangat kat lampu ni sebab 2 bulan saya bermastautin di UK, ini la lampu bercahaya putih yang pertama pernah saya ada….Saya beli lampu ni dengan harga 9.50pounds semata-mata ingin merasa lampu macam kat Malaysia…sebab,kalau tak saya terpaksa guna lampu kuning yang romantic tu je la dalam bilik..huhu..nak study pun susah…
Mungkin sebab saya terlalu sayangkan lampu tu, maka Allah menguji saya hari ini… (mode: senyum lagi…)..nak buat macam mana..biarlah..dah bukan rezeki saya…Belajarlah bersabar dan redho..kan!kan!hehe..
Ataupun,mungkin juga disebabkan minggu ni saya macam tak diuji sangat…Hidup saya bahagia je..Ujian tu ada..tapi,biasa-biasa saja…Maka hari ni s aya pasrah..Rasa bersyukur di dalam hati sebab bila saya dapat ujian, itu bermakna saya masih di bawah perhatian Allah,kan? Leganya,bila mana Kekasih hati masih sayangkan saya…
Saya jadi terfikir,Allah sekadar hilangkan cahaya lampu dari saya…Secebis nikmat sahaja…dan nasib baik jugalah Allah tidak menarik cahayaNya dari hati saya…nauzubillah…Jangan Kau palingkan hatiku daripada cahaya imanMu ya Rabb…ameen…Semoga aku sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangAmu..Aku tahu ya Rabb,cintaMu bahkan tiada bertepi…=)Alhamdulillah….
***Dan malam ni, terpaksalah saya pasang lampu kuning yang sangat romantic ni..huhu…tak mengapalah…***(sigh)
Dr Didie : Mengimpikan lampu 'lip lap' dalam bilik. =P




