Selasa, Mac 15, 2011


Salam semua..Ok, nak bayar hutang. Ni tazkirah content that I told you in previous entry (iftar jamaei entry, remember?)

Yea..this is the sharing. About the advantages of fasting. Enjoy your reading yea. All the hadiths are so beautiful. Here you go.

.
.
.

Rasulullah s.a.w amat bergembira dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak, bahkan baginda menganjurkan para sahabat supaya bergembira dengan mengisi ketaatan yang penuh sama ada fardhu ataupun sunat bagi menghiasi Ramadhan al‐Mubarak. Dengan sebab itu banyak hadith‐hadith yang menunjukkan kelebihan dan keutamaan Ramadhan dan puasa serta acara sunat yang lain untuk menambahkan lagi koleksi pahala di sisi Allah. Di sini dinyatakan hadith‐hadith antaranya:

1. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d, sabda Rasulullah:

ُMaksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.

2. Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda Rasulullah:

Maksudnya: Puasa sebagai perisai.

3. Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.

4. Hadith riwayat al‐Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat. Firman Allah dalam hadith qudsi:

Maksudnya: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk‐Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang.

5. Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:

Maksudnya: Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.

6. Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id:

Maksudnya: Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun.

7. Hadith riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al‐Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi ε bersabda:

Maksudnya: Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.

8. Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:

Maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga, ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.

9. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan:

Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.


source: usrah remaja


Love you as always,
diDiE AiNoRi

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.