Sabtu, Mac 05, 2011

Salam buat sahabat-sahabat yang hatinya bersih dan sejuk.

Sekadar perkongsian. Semalam, saya lihat ada seorang gadis. Katanya, dia telah membuat suatu dosa besar. Dia sedih kerana hatinya sudah kotor dan dia berasa seolah hilang jiwanya. Dia ingin menangis. Tetapi dia merasakan air matanya tidak sudi lagi keluar. Dia berfikir bahawa mungkin Allah sudah benci kepadanya. Allah mungkin tidak mahu memaafkan kesalahannya lagi.

Hatinya hiba. Tapi air matanya tidak mahu keluar-keluar juga. Dia buntu. Mahu sendu, tapi bagaimana? Kalau Allah sendiri tidak mahu mendengar rintihan hati, siapa lagi yang sudi?


Gadis ini berasa seolah-olah hilang diri. Takut untuk melakukan dan mengajak orang berbuat baik lagi kerana dia berasa dia sendiri sangat jahat. Bagaimana mungkin seorang yang melakukan dosa akan bisa mengajak orang lain membuat pahala?

Sedih dan sayu hatinya. Terasa jauh dari rahmat Allah. Gadis ini  baru teringat. Hari ini dia ada Quranic Circle dan dia harus mengisi slot tazkirah dalam QCnya. Termenung panjang dia.

Sekali lagi dia bertanya diri, bagaimana mungkin hati yang kotor ini dapat membersihkan hati-hati orang lain? Tidak mungkin-tidak mungkin...

Ditakdirkan Allah, gadis ini mengadu halnya kepada seorang teman.

Katanya, "Bagaimana saya mahu ke QC sedangkan saya sangat teruk hari ini."

Dibalas rakannya, "Bawalah hati kamu ke sana."

Dijawab semerta, "Bagaimana mahu dibawa hati sedangkan aku tidak punya hati lagi. Hatiku telah kotor."

Sahabatnya tersenyum lalu menutur, "Sememangnya QC itu tempat untuk kita menyucikan hati yang kotor...Oleh itu, bawalah hatimu ke sana. Insya Allah, moga disucikanNya."

Gadis ini terdiam. Sejuk hatinya tiba-tiba. Lalu dia pun melangkah ke QC dengan jiwa yang diserah penuh kepada Allah. Diam-diam dia berdoa,

"Ya Allah, moga aku bukan menjadi penyebab terhalangnya hidayahMu untuk sampai kepada sahabat-sahabatku yang lain. Moga dosa-dosaku bukan menjadi penutup rahmatMu buat teman-temanku.Ameen."

Sekian perkongsian dari kisah gadis yang saya lihat.

Love you as always,
diDiE AiNoRi

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.