Isnin, Februari 28, 2011



Buat jiwa-jiwa yang manis dan sejuk di luar sana, dengarkanlah pujukan ini. Kadang-kadang kita merasa sedih tiba-tiba. Sedih dan sayu dengan malang yang bertimpa-timpa. Kita rasa seolah-olah kita tak punya siapa-siapa untuk kita adukan masalah kita. Kita rasa pilu dan kita pun menangis sendu.

Tapi jiwa-jiwa yang baik dan bersih, ketahuilah, bahawa kita sebenarnya sedang diuji. Bukan untuk menyusahkan kita. Tetapi untuk menambahkan daya tahan diri kita. Siapa yang menguji? Allah...Kerana apa? Kerana Dia nak kita tahu bahawasanya kita ini hamba. Kita tak mampu nak buat segalanya ikut kepala kita walaupun kita rasa kita hebat.

Kerana kita sebenarnya abdi. Hamba yang miskin hina dina. Maka Dia mahu kita kembali dan bergantung kepadaNya. Allah, Dia mahu kita tawakkal...Dia mahu kita mengalami sendiri betapa ajaibnya hidup ini. Betapa indahnya hidup bertwakkal dan bergantung kepadaNya. Kerana Dia mahu kita tahu bahawa Dialah yang berkuasa. Dia yang menghidupkan dan Dialah yang mematikan. Dia yang menurunkan gempa bumi dan Dia jugalah yang mewujudkan bumi yang subur dan damai. Dia yang memusnahkan dan Dia juga yang memelihara. Dia, Maha Bijaksana. Maka, dengarkanlah pujukan ini...Jangan bersedih!

Love you as always,
diDiE AiNoRi

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.