Rabu, September 28, 2011


Bila penat datang menyinggah
tak daya lagi untuk fikir yang indah-indah
yang ku tahu
hanya merebahkan badan ke lantai rumah~

Bila penat...
Otak terasa berselirat
Tak larat nak fikir berat-berat
Akhirnya, mata terlelap
Dan hati pun berkata,
"Lantaklah, aku penat, nak berehatttttt"

Bila penat....
Selalu ada hati yang tersiat
Tanpa sengaja
Mungkin kerana susunan kata yang ralat

Bila penat...
Nak buat kerja pun liat
Tak tahu mana satu nak buat
Sentuh yang ini tak kena
Sentuh yang itu pun tak kena

Bila penat...
Bila sudah terlalu penat...
Sampai tak tahu macam mana nak cakap
Biarlah air mata saja yang mengungkap
Walau ia menitis saat ku terlelap
Walau ia mengalir tanpa sebab 
Walau apapun
Biarlah
Biarlah ia berbicara tentang penatku
Agar kelak
Saat ku bangun dari tidurku
Hatiku kan terasa lebih muda
Bahagia dan bertenaga

Bila ku sudah terlalu penat
Bila hari-hariku penuh keringat
Bila air mataku sudah menjadi sahabat
Kakiku kadang terasa goyah
Tangan-tanganku terasa lemah
Hati dan jiwaku terasa hilang arah
Sendi-sendiku terasa lumpuh, 
Tulang-tulangku terasa rapuh,
Aku terasa hampir saja rebah,
Menyembah...

Namun,
Hai jiwa-jiwa yang indah, sopan dan ramah,
Satu hal yang jangan pernah kau lupa
ALLAH ITU ADA
Dia yang menyusun
Dia yang menghitung
Dia yang mempergilirkan
Dia yang menghadiahkan
Dia yang menganugerahkan
Dia yang mengurniakan
Dia yang menjanjikan
Dan Dia, Maha Teliti lagi Maha Mengetahui~

Maka susunan Tuhanmu yang manakah yang engkau pertikaikan?

Allahu Allah...
You know most
And You know best~


Love you as always,
diDiE AiNoRi
IPTI, Larkin, Johor

Rabu, September 21, 2011

Manusia adalah makhluk yang indah,
Yang hidupnya dengan fitrah,
Yang hidupnya tidak suka dimarah,
Yang hidupnya tidak selesa difitnah,
Yang hidupnya tidak betah digugah...

Manusia adalah makhluk lemah,
Lemah apabila resah datang menyinggah,
Lemah apabila masalah melimpah-limpah,
Lemah apabila ujian bagaikan air bah
Lemah...Lemah seluruh tubuh, bagaikan lumpuh...

............................................................

will be continued


Cooling down...Cooling down...

Alhamdulillah, baru siap solat Asar. Segala peristiwa tadi berlaku Zohor tadi...Hmm..now dah reda sikit ombak di hati. Biarlah.TAk payah fikir sangat perangai manusia...If nak jaga, ramai sangat hati-hati manusia yang perlu kita jaga dan memang kita tak mampu nak jaga semua orang.Huhuu...

Dunia ini, hanya pinjaman...
Untuk menguji keimanan...
Dunia ini hanyalah tempat
untuk menguji siapakah yang lebih baik amalnya...

Allahu Allah, jika ujian tadi adalah kaffarah dosa-dosaku ataupun ujian itu sebagai pembentuk akhlakku, maka bantulah aku perbaiki peribadiku menjadi lebih rasional dan sabar.

Ampunkan aku dan segala khilafku. Peliharalah aku dari dengki khianat manusia ya Allah..Amiin~

Selasa, September 20, 2011

Salam..

Hi sumer...

Guys, today I feel soooo pissed off dengan beberapa kakitangan yang perasan pangkat tinggi sangat nih. warghhhhhh bengang betol aku!

First tu, aku tanya dia betul-betul, dijawabnya dengan sindiran, second, aku tak wat pape pun kat dia, suka hati dia sindir aku depan kawan-kawan. Dan third pulak, aku pandang jer dia, siap aku senyum, boleh dia dengan sombongnya, tak reply pun senyum aku, tapi sebaliknya siap bagi arahan dengan isyarat je kat aku!! warrrgggghhh aku panas ni, aku panas, memang aku pantang benor la dengan orang mcm ni. And for your info, sume2 manusia ni, POMPUAN!!! yes, kaum aku! wah, wat malu kaum jer.

Adoi, aku da la serabut dengan banyak masalah lain, lagi nak serabutkan otak aku dengan perangai korang. Hmm, tak kuasa aku nak layan, lebih abik aku balik umah, tido, takpon mandi dan solat!habes cite! Suka hati korang la dengan perangai korang. Susah kalo org dah rasa dia bagus sangat niiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Angrynyerr- angrynyerrrrr~~~~

Rasa nak bertukar jadi angry bird jer arrrgggghhh



Alhamdulillah, now I'm at IPTI, Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, kena buat KPLI setahun kat sini. Huhu, nak cite, masa mula-mula sampai sini, memang rasa nak nanges jer sebab rasa culture shocked. Tak biasa dengan sistem. Bayangkan, kami orientasi cuma 2 hari, kemudian, esoknya da start masuk kelas, belajar dan dapat homework sekaligus!!!Hooooo-maiiii-godddd~

Kemudian, tak cukup dengan itu, kami kena masuk kelab, persatuan dan olahraga. Alaaa macam sekolah dulu-dulu tuuu...Huhu..Saya bukan la nak kata tu tak bagus, saya cuma nak stress kat sini, saya terkejut je.huhu. Serius dah lama saya tak terlibat dengan benda-benda macam ni. Sekali bila datang sini diWAJIBkan, mestilah otak saya jammed buat seketika. Opss, bukan seketika, 2 minggu otak saya cramped. Dengan kerja sekolah yang makin menimbun, jadual yang padat dan kepenatan belajar ilmu-ilmu pendidikan yang penuh falsafah, saya akui, saya collapse, dan dengan tragisnya saya angkat bendera putih. Tak larat-tak laratttttttttt. End up, saya nanges.Huwaaa~

But, saya sedar, nanges takkan baikkan keadaan, cuma boleh legakan hati saya je...So, dipendekkan cerita, cuti hari minggu pertama, saya keluar pergi lepak kat Pontian, cuti minggu kedua, saya keluar pergi KL(masa tu, ramai yang balik kampung sbb cuti satu malaysia), semuanya gara-gara tak boleh hidup dalam maktab. Naik gila!huhu...

Saya stress kan di sini, maktab tak salah, maktab saya best jer, cuma saya jer yang terkejut sendiri...Saya jer susah nak cope dengan sume benda ni.But now, dah masuk minggu ketiga. Of courselah kerja dah makin bertambah jugak.Tapi, insya Allah, saya feeling better dan insya Allah, saya akan cuba untuk memautkan hati dengan kerjaya guru ni walaupun pada awlnya, mmg saya tade feeling lah nak jadi cikgu.Huhu..Bukan sebab apa, sebab memang saya tak minattt...Tapi, insya Allah, memandangkan saya dah terjun lam bidang keguruan ni, saya akan cuba buat yang terbaik.Berusaha kan tangga kejayaan!

Apapun, insya Allah, if lepas ni saya lulus KPLI, dan setelah disahkan jawatan, saya nak sambung masters and insya Allah after dat nak mohon biasiswa untuk sambung phD.

Saya taknak berhenti di sini, saya nak lagi dan lagi. Insya Allah, saya tahu, walaupun pasti banyak halangan di hadapan, insya Allah, Allah ada bersama-sama saya. Awak semua, doakan saya taw!

Oye, pagi-pagi tadi, sebelum gi kelas, dapat satu mesej dari mak, "carila cik abe yg juruh2 tu.." lol *slaps my forehead* mommmmm~ :p

Khamis, September 01, 2011

Salam...

Sepertinya, malam ini terasa lain macam. Saya rasa rindu. Rinduuuuuuuuuuuu sangat-sangat. Rindu dekat INTEC, tarbiyyah di INTEC yang lebih tepat. Entah kenapa, setiap kali teringatkan INTEC, cepat benar hati saya tersentuh, mudah benar air mata bertakung, lantas menitis membasahi pipi. Entah, orang lain mungkin takkan faham. Yalah, perasaan ini kan sesuatu yang tak nampak, subjektif dan takkan dapat ditafsir kecuali bagi yang merasa. Mungkin perasaan saya sekarang ni termasuk dalam kategori perasaan yang sukar untuk dijelaskan.

Yang pasti, saya rindu...Kebasahan tarbiyyah di INTEC, tak lagi saya temui di mana-mana pun yang saya pergi...Saya rindukan orang-orangnya...Saya rindukan suasananya...Saya rindukan semuanya...Semuanya tentang INTEC...

Ah, bosan kan mengulang benda sama. Tapi, lantaklah, ni diari saya, memang saya akan tulis apa saja yang saya rasa.

Hmm...aneh! Bukan saya tiada pengalaman pahit di INTEC. Seingat saya banyak! Malah ada yang menyakitkan pun bila diingat-ingat. Tapi...tetap juga saya sayangkan INTEC dan seisi warganya. Betullah, perasaan ini kadangkala ajaib!

Biarlah pengalaman yang sakit itu, sebab pengalaman manis pun tak kurang banyaknya. Mungkin Allah nak mengajar saya langsung melalui pengalaman2 buruk itu. Mungkin Allah ada cerita yang tersendiri untuk saya? Bukankah ada pepatah mengatakan, "everyone is destined a different path"?

Hmm..bukankah ada hadis yang mengatakan, kita takkan dapat lebih dari apa yang telah dituliskan untuk kita dan kita takkan dapat apa yang dikurangkan lebih dari apa yang ditulis untuk kita?

Saya percaya, hanya Allah lah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik sandaran. Perlukah lagi saya terasa sakit dengan segala peristiwa lalu? Sedangkan saya tahu Allah ada ceritaNya untuk saya?

Maka, nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?

Tiada! Tiada yang bisa saya dustakan. Benarlah kata nabi Zakaria, sejak dulu sehingga baginda berambut putih, baginda belum kecewa lagi dalam berdoa kepada Allah. Benarlah juga kata Ashabul Kahfi, "wahai Tuhan kami, berikanlah rahmatMu kepada kami dan sempurnakanlah petunjuk bagi kami dalam urusan kami."

Lagikan nabi juga berdoa penuh yakin, apa lagi saya untuk tidak yakin dan bersandar kepada Allah?

Liku-liku hidup di INTEC memang mencabar, bagai duri menusuk daging juga ada kadang-kadang. Tapi Allah tak pernah lupa hadiahkan madu juga buat saya.

Jika dihalusi semula, mungkin duri-duri itu juga adalah jalan-jalan untuk saya bertemu madu-madu yang manis tu. Hmm..hidup ini memang berseni, memang berfalsafah tak habis. Hehe...Tapi..itulah hidup.

Yang penting, usah difikirkan sangat yang sakit itu, jadikan sempadan untuk hari depan. Yang sakit itu hanya untuk menambahkuatkan sistem keimunan. Biar hati dan jiwa jadi lebih kuat dan kental, kan?

Memang benar, sejak saya kecil, sampai saya besar, belum pernah lagi saya kecewa dalam berdoa kepada Allah. Lalu, apakah kini saya harus berpaling? Tidak, dan tidak mungkin saya akan! insya Allah.

Ya Allah, sesungguhnya segala urusan itu kembali kepadaMu. Aku rindu, dan rinduku ini terkandung seribu satu kisah dan makna. Kebasahan tarbiyyah itu, benar-benar terkesan dalam hatiku. Allahu Allah....

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.