Make millions of mistakes so that you will know what you really need. No worries, be happy, open yourself to possibility, BOOM!!!
RSS

Membunuh atau dibunuh!

Salam Alaik semua~

Menjerit lagi shoutbox di sebelah sana..huhu...

Minggu ni adalah minggu kelima di UK.

Minggu ni boleh dikatakan free jugak la...

Disebabkan meletakkan pilihan 'NO' untuk Notts' Games, maka saya pun punya saaaaaaangat banyak masa free...Hehe...

Besarnya pengaruh NO or YES dalam kehidupan sebenarnya kan?

So, natijahnya, minggu ni saya isi dengan menyiapkan nota-nota yang berselerak dan tak lengkap serta study yang mana-mana lagi belum catch up.

Tapi..sebanyak mana pun masa saya ada, saya hanya mampu memberi kosentrasi penuh pada 2 jam pertama study, lepas tu saya dah kena stop, pergi buat kerja-kerja lain (ie:basuh kain, basuh toilet, vacuum bilik etc..=) hehe..

so, sebenarnya jugak, saya rasa, tak elok pun ada banyak masa kosong ni...

Bak kata pepatah arab, 'masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita..'

huhuh...terkena..terkena...

Betul...sebab tula As-Syahid Hasan Al-Banna kata, 'orang yang sibuk, adalah orang yang banyak masa.'

Sebab, kalau kita sibuk, kita akan buat je semua benda, kita akan nak siapkan je sume benda dgn on time nye..

Tapi bila kita banyaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk sangat masa, kita akan tend to procastinate, tend to delay it first... do it later lah...hehe...

So, kesimpulannya, marilah kita sama-sama menyibukkan diri kita, agar kita tidak dibunuh oleh masa.

"Sesungguhnya, manusia itu di dalam kerugian..."

huk3...

Semoga kita semua tak termasuk dalam golongan yang rugi,ameen...

Kita sebenarnya sentiasa dalam kondisi membunuh atau dibunuh! Maka , berhati-hatilah!


Nota: Saya tengah study kat library ni, hanya berhenti sekejap utk update blog.=P
0 ulasan

autumn in my heart....

Kenapa mesti gambar kucing? ntahlaa...>>>ema, jawab!!!

Sebulan sudah saya di UK untuk tahun kedua ini....

Muhasabah kembali....

Kalau di tahun pertama, saya masih sedang terkial-kial menyesuaikan diri pada hari genapnya sebulan di UK. Tapi hari ini, saya beda....

Banyak bedanya....

Adilah yang dulu, tidak sama dengan Adilah yang kini...

Alhamdulillah, itu tandanya saya belum menjadi manusia celaka!

Bukankah hari ini harus lebih baik dari semalam? =)


Berbalik ke minggu pertama tahun kedua di UK.

Sesampainya dari Malaysia, saya terus menuju ke rumah baru di Windermere Street. Tiba saja di rumah, saya disambut adik2 first year yang menginap di rumah kami untuk beberapa malam. Waktu tu saya pun terdetik; "oh, dah senior rupanya aku! huhu...."

Rasa penat tak terasa bila melihat wajah-wajah polos adik2 first year yang masih homesick dan manja-manja. Hmm... sume perlukan perhatian senior.

Seminggu pertama saya sangat sibuk. Menguruskan adik2 dan study.

Minggu kedua saya diberi amanah untuk menjadi project director bagi program BOOM! untuk student di leicester, especially adik2 junior...

Alamak, bertambah lagi kesibukan!

Mampukah saya menggalas semuanya??

Ah, tipu kalau tiada tekanan. Tetapi semua itu adalah tarbiyyah langsung daripada Allah.

2minggu bertungkus-lumus bersama AJK2 lain untuk merealisasikan BOOM! akhirnya berbaloi....

Alhamdulillah....semua berjalan lancar, Allah menolong, dan Allah melindung....

Walaupun bekerja dengan orang yang tak sama wavelenght, tapi saya sangat suka dengan potensi2 hebat dan kualiti2 bernilai yang mereka ada. Banyak yang saya pelajari daripada sosok2 hebat itu.

Saya personally enjoy bekerja dengan mereka. Sungguh, pengalaman menjadi pengarah projek kali ini amat memberi kesan mendalam kepada hati saya.

Benarlah, semua orang harus diberi peluang untuk beraksi dan mencoret bakat.

Tidak kira mereka itu ikhwah atau bukan ikhwah. Akhowat atau bukan akhowat. Itu tidak penting. Yang penting, percaya bahawa kita semua harus diberi peluang dan yakin akan kebolehan yang ada pada setiap manusia.

Ya, saya dapat mengesan penyakit yang menimpa sesetengah ikhwah dan akhowat kita iaitu mudah BERSANGKA BURUK kepada 'group lain'.

Mungkin kerana kita terlalu atau selalu berada dalam group yang kecil, dalam circle kita-kita saja, seputar itu-itu juga.

Sehingga kita merasakan bahawa group kitalah yang terbaik dan boleh bekerja dengan paling baik dan orang lain tidak boleh menjadi sebaik kita.

Hmm...ini terjadi...terjadi dalam kalangan kita tanpa disedari....

Padahal, sedarlah, sebahagian prasangka itu adalah dosa....

Maka marilah kita sama-sama membersihkan tanah hati kita daripada lalang-lalang dan semak samun dosa yang tumbuh di tanah gersang hati kita. Mari kita siram tanah hati kita dengan benih-benih mahmudah dan kita kutip semua batu-batu dosa yang berat menimbun dalam hati dan kita gantikan dengan baja iman dan taqwa.

Semoga pohon yang tumbuh nanti adalah pohon-pohon keimanan dan keikhlasan yang segar dan sihat. Moga tanah hati kita basah dengan hujan zikrullah....

Jauhkan sangka buruk.

Dakwah itu seribu cara.

Jangan terlalu taksub dengan satu cara.

Jangan terlalu jumud pada satu rasa.

Kita semua berbeda dalam banyak perkara.

Maka raikanlah perbedaan itu.

Manusia senang jika diraikan.

Dan sangat suka jika menerima.

Mungkin kita harus lebih banyak bersabar dengan memberi.

Kerana mereka belum mengerti.

Jadilah sedikit manusiawi tanpa mengorbankan ukhrawi.

Bingkisan hati ini, ingatan untuk kita dan diri sendiri...

Moga ikatan ini kekal selamanya....

Saya sayang ikhwah akhowat semua....

Dan saya sayang juga sahabat2 saya yang lain...

Saya gembira dengan bimbingan kalian, tetapi kadang-kadang saya juga punya pendapat dan pandangan sendiri.

Maafkan kalau saya tidak selari dalam beberapa hal.

Hmm....

Kini sudah tamat minggu keempat, maknanya sebulan genap saya di UK. Saya harap saya akan menjadi lebih matang dalam membuat keputusan, lebih sensitif dalam membaca hati orang, lebih faham akan liku-liku di dunia dan saya amat berharap agar Allah sentiasa memimpin saya di jalanNya..

Ameen.....

(Ah...musim luruh dalam hatiku!!!Apakah akan terjadi pada minggu-minggu mendatang?Wallahualam....)=P

3 ulasan

Kerana PENAT itu MANIS

penatnye...penatnye...penatnye....uwaaaa.....

balik kelas kena g town, pastu kena fikir untuk program, buku berlambak nak kena baca, bilik pun da tak sempat nak kemas, baju nak kena basuh, penatnye, penatnye,penatnye.................

huhu...nak nanges je rase...Tapi, tak boley nanges depan tetamu, depan adik-adik, depan kawan-kawan yang baru balik kelas sebab dorg pon penat gak dan aku takde hak utk ruin kan mood dorg.

Mesti kena dahulukan hak mereka. mulut kena senyum, wajah mesti ceria walaupun dalam hati menjerit, "ya Allah.....nak tumpah dah air mata ni...penatttttt....."

Ya Allah, Kau lebih tahu hatiku yang rapuh ini ya Allah.

Pimpin aku, kuatkan aku dalam menempuh jalanMu...

Biarlah penat yang sepahit hempedu ini berbuah nikmat semanis madu ya Allah....

Ameen...


Tidak perlu TERLALU peduli apa orang kata.

Yang penting kita tahu, apa kita sedang buat.

Kata-kata @ pendapat orang lain hanyalah ibarat CERMIN SISI.

SESEKALI kita menoleh ke cermin itu supaya kita sedar apa bahaya di belakang.

Sesekali, BUKAN selalu!!

Kerana ketahuilah, katak yang pekak telah membuktikan, dia berjaya naik ke puncak tanpa mendengar pandangan khalayak!!! 0 ulasan

dARi HaTi...

Salam...
Buat blogku yg berhabuk, fuh, fuhhhhh...sapu-sapu sket...
#hehe..#

kenapakah blog ini dizalimi?Aduh, ampun kerana sudah lama tidak menulis apa-apa.

Al-kisah hidup manusia, kadang-kadang kita berasa penuh ilmu, dan ilmu itu harus dikongsi, maka seiring, tangan pun menari.

Ilmu ibarat iman, kadang bertambah melimpah-limpah, adakalanya berkurang, kering berkeping-keping. Maka dengan itu, otak jadi dangkal, akal jadi sempit, tangan pun tak lagi mampu menulis bait.

Apa saja yang ditulis bagaikan tiada isi. Kosong. Hanya layak direnyuk dan dibakulsampahkan saja. Tiada apa-apa nilai ilmiahnya di situ.

Kemarau ini mula berpanjangan. Agaknya kerana cuti pada musim panas. hehe...

Alhamdulillah, kini hati terisi lagi.

Tangan pun kembali menari.

Moga hati tidak menyanyi, sebaliknya berzikir mengingat Illahi...=)

Doaku, moga diri ini tabah, tsabat, sabar, sedar, dan istiqamah di jalan ini....Ameen... 0 ulasan

Memberi untuk Berkongsi

Mari kita berkongsi beberapa kilasan bahasa=)

-jangan mencari isteri yang cantik, tetapi carilah kecantikan si isteri.
-biar diri tidak dihargai tapi jangan diri tidak lagi berharga.
-Memberi maaf untuk dimaafkan=)
-Manusia ikhlas, hanya mepunyai satu Tuhan. Sebaliknya manusia yang tidak ikhlas mempunyai beribu-ribu 'tuhan kecil' untuk dijaga.
-lakukan perkara yang orang 'biasa-biasa' buat supaya kita menjadi luar biasa!
-Menyayangi untuk disayangi
-Menghargai untuk dihargai
-Meraikan untuk dirai
-Memahami untuk difahami
-Tujuan menentukan keperluan.
-Pastikan yang mana alat dan yang mana matlamat.
Akhir sekali, ingin saya kongsikan di sini kata-kata hikmah daripada Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzi. Kata beliau;

"Seseorang itu akan jadi sakit jiwa jika mengharapkan ucapan terima kasih daripada orang lain kerana ketahuilah, tidak ramai manusia di dunia ini yang tahu berterima kasih!!" 2 ulasan

Bukan Mudah dong!

salam alaik semua...

Maaf kepada diri sendiri, blog dan sahabat-sahabat sebab dah lama bebenor tak update.huhu...
Adilah..Adilah...

Cuti-cuti Malaysia

Hmm..Okes, nak update ape nih?

Saya start dengan update aktiviti saya dulu ye...

Baru-baru ni, 7hb-10hb/07/2009, saya telah mengembara ke beberapa destinasi di Malaysia. Bermula dari Besut, saya menuju ke Shah Alam-Serdang-Shah Alam-Klang-Shah Alam- dan kembali ke Besut..=)

Inilah Jaulah 4 hari saya di Malaysia, negaraku tercinta. Hehe... Dalam Jaulah kali ni, lengkap dengan daurah dan ziarah sekali! Seronok betul bila dapat bertemu dengan sisters dan murobbi-murobbi yang sudah hampir 10 bulan terpisah.

Core bisnesnya saya berjaulah kali ini adalah untuk menghadiri daurah di Serdang pada 8-9hb. Alhamdulillah...After daurah saya berpeluang bertemu dengan my beloved sister, Kak Nurul. Bukan sahaja bertemu malah kami (saya, yani,fani) telah diberi penginapan percuma satu malam di 'teratak' indahnya. Jazakillah sister!

Kemudian, kami juga diizinkan Allah untuk bertemu dengan sosok-sosok yang juga hebat di INTEC seperti Ustaz Ridha dan isterinya ( Tak lupa baby Aishah yang comellllll sangat!!!), Ustazah Syarifah, Ustazah Saidah dan Ustazah Miza.

Sempat juga Shopping baju labuh dua tiga helai! (Apa daaa.....=P)]

Ada harga perlu dibayar...

'Ala kullihal....seronok pun, seronok juga.However...As usual..being a ghuraba is not as easy as ABC.
You'll always face the obstacles and barriers.

I did.

The probs with mom and dad.

When they ask me many things about this and that... (i mean about usrah)
In other way, I think, there are many 'hikmah' beside all the questions they asked me.

Huh, memang jenuh nak kasi mereka faham apa itu usrah, ustaz mana yang kita ikut, kenapa nak g usrah/daurah jauh-jauh. kenapa budak-budak universiti je ikut usrah, kenapa itu, kenapa ini dan pelbagai musykilah lagi yang ditanya.

Tapi..apapun saya bersyukur. Alhamduliullah... Sekuarang-kurangnya, ibu dan ayah mahu duduk berbincang. Memberi peluang untuk kami adik-beradik menerangkan aktiviti-aktiviti sebenar kami.

Walaupun adakalanya perbincangan mencapai klimaks, namun Allah akhirnya mempermudahkan urusan hamba-hambaNya. Semua isu berjaya dikupas dan dijelaskan dengan baik. Insya Allah mereka faham.
Pada saya, semua soalan-soalan yang ditanya itu benar. Dan relevan untuk ditanya.

Iya la dong, ibu mana sih yang tidak sayang anak??

Pasti mereka risau takut kalau-kalau yang diikut itu ajaran dari mana-mana ntah.

Hmm..alhamdulillah dikurniakan ibu bapa penyayang dan prihatin serta sanggup talking face to face dan heart to heart.

Tidak terus dibangkang sebaliknya diminta penjelasan. Kan manis tu? =)

Ingin menjadi ghuraba itu, bukanlah jalan yang mudah. Namun kita semua tahu, hujungnya pasti indah sekali. Sebagai ganjarannya, kita semua kena berhati-hati. Segala gerak geri kita diperhati. Pantang ada silap, pasti diungkit orang keliling.

Orang melihat semua yang kita perbuat;

Cara solat, cara jaga kebersihan, bagaimana kita score result exam, cara bergaul dan macam-macam lagi. Pendek kata semua sekali la!

So, sama-samalah kita ingat mengingatkan, kuat menguatkan dan saling menolong antara satu sama lain. Sebab 'kita' ni sikit je. Tak ramai. Tetapi kerana hendak meramaikan yang sikit inilah kita yang kena memulakan. Takpe kalau sekarang hanya beberapa kerat, insya Allah lama-lama nanti akan bertambah kerana itulah janji daripada Rabb.

Hmm..okla, rasanya sampai sini dulu kita berkongsi hari ini. KIBAR 20HB,doakan saya berpeluang menyertai!!

p/s: Bukan mudah dong!! 4 ulasan