Rabu, Julai 27, 2011

Salam semua...Insya Allah, saya ingin mengajak sahabat-sahabat agar sama-sama mendengar apa yang akan dikatakan oleh pemimpin UMNO, Dato Saifuddin, yang sangat saya hormati ini.

Apa yang beliau akan bicarakan adalah apa yang rakyat majoriti selama ini cuba sampaikan. Beliau ialah permata BN yang saya kira satu dalam seribu. Doa saya moga beliau terus konsisten dalam perjuangannya. Syabas Dato'!!!

Rabu, Julai 20, 2011

Alhamdulillah.
Dah 3 tahun rupanya saya di UK. Itulah, sedar tak sedar. Pejam celik pejam celik, tamat pun akhirnya kembara saya di rantau orang.

3tahun yang penuh air mata dan senyum tawa. 3 tahun yang penuh sakit dan usaha. 3 tahun yang penuh doa dan harapan. Dan 3 tahun yang akhirnya membuahkan kejayaan. Alhamdulillah, syukur tidak terhingga.

Di bawah, saya kongsikan beberapa gambar di hari bahagia saya:-)







Buat sahabat-sahabat diari didie yang masih lagi berjuang, teruskan berjuang! Belajar sungguh-sungguh taw! Sebab bila dah berjaya, dah habis, rasa best sangat!


Love you as always,
diDiE AiNoRi

Salam semua...

Alhamdulillah, sekarang saya sudah berada di Malaysia. Pulang dari UK pada 18 Julai dan selamat tiba pada 19 Julai, Alhamdulillah. Segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik telah saya dapatkan, dan kini saya tenang bersama keluarga. Allah Maha Besar~

Hmm..tiba di Malaysia, saya kira, isu BERSIH sudah tamat, namun saya silap. Rupanya isu ini masih hangat di kampung halaman. Saya tidak terkejut melihat perkembangan ini. BERSIH bukan setakat isu keadilan dalam pilihan raya tapi ia lebih kepada isu hak rakyat yang perlu didengari.

Orang kampung saya pun terbahagi dua. Ada yang pro, ada yang cont. Saya? Senyum. Macam biasa, malas nak cakap banyak. Apapun, saya lebih suka untuk berkongsi beberapa video iaitu pandangan dari sudut ulamak pro pemerintah dengan ulamak yang tidak pro mana-mana. Saya kongsikan ya. Kemudian, anda buatlah perbandingan. Bak kata sahabat saya, kurangkan emosi dan dengar dengan hati. Hihi.

Saya mula dulu dengan video ulamak UMNO:




Sekarang, mari kita dengar apa kata Dr. Maza




Sudah anda dengar keduanya? Tarik nafas dulu...Bertenang, dan fikir. Senyum, dan mari kita teruskan dengan video seterusnya. Kembali kita kepada ulamak UMNO:-)



Sampai point ini,  cuba anda renungkan lagi. Apabila sudah hadam, mari saya kongsi sebuah lagi video daripada Dr. Maza.




Alhamdulillah dan tahniah jika anda sudah dengar semuanya. Sekarang, saya tanya anda, sudahkah anda menilai? Sudahkah anda faham isu sebenar?

Saya bukan mahu anda pro atau cont sesiapa. Saya cuma mahu mengajak anda berfikir. Maka fikir-fikirkanlah. Kalau orang kampung saya juga masih berfikir, amat malang jika anda di luar sana sudah berputus asa dan berhenti berfikir.

Sentiasalah berfikir. Sentiasalah membuat perbandingan. Sentiasalah membuat tapisan. Cukup setakat ini dulu. Saya tinggalkan anda untuk berfikir, ok!:-)

Apapun, saya mahu hadiahkan artikel buat ulamak UMNO ini yang saya linkkan dari blog ustaz hasrizal jamil. Sudi-sudikan diri untuk membaca!:)



Senyum santai,
diDiE AiNoRi

Ahad, Julai 17, 2011

Berjuang itu tidak pernah senang
Sebab itu orang kata
"Kalau takut tumbang, jangan bicara soal berjuang!"

Berjuang itu banyak lapangan
Ada yang memilih akademik sebagai medan
Ada yang memilih politik sebagai medan
Ada pula yang memilih agama sebagai medan
Ada lagi yang memilih kerja-kerja sukarela sebagai medan
Dan tak kurang, ada yang memilih individualistik sebagai medan.

Apapun, berjuanglah!
Bekerjalah!
Kerana itu fitrahnya manusia dicipta.
Hidup ini memang sebuah perjuangan, bukan perjudian!
Biar apapun medan yang kita pilih,
Ingatlah nanti bahawa itulah yang akan kita persembahkan untukNya~

Dan ingat juga,
Tiada perjuangan yang senang
Tiada perjuangan yang tidak memerlukan pengorbanan
Tiada perjuangan yang menerima orang yang hidupnya lenggang-lenggang
Semuanya memerlukan usaha, doa dan tawakal.

Diri, berjuanglah!
Teman, berjuanglah!

Jalan juang kita masih panjang!




Love you as always
diDiE AiNoRi


Isnin, Julai 11, 2011

Respon buat yang kesiankan polis. Anda nilailah sendiri. Saya tak nak cakap banyak...


Ahad, Julai 10, 2011

Salam semua.. Sudah agak lama juga saya meninggalkan blog ini menyepi. Dulu, ingat nak tinggal sekejap je atas alasan nak exam, so, nak study. Tapi, ni da lama dah habis exam, result pun dah dapat, namun, blogku masih dibiarkan berhabuk dan bersawang. Aduhai..Didie-Didie..Memang tak multitasking sungguh! Adoi~

Baiklah, berbalik kepada topik hari ni. Hmm..nak citer pasal apa eh? Apa yang tengah hot sekarang?Well...Apa lagi..BERSIH 2.0 la..

Apapun, jom layan gambar dulu...

Rakyat berbangsa India juga dilayan ganas oleh polis.

Antara muslimat yang join the rally. Salute!

Anwar yang cedera.

Wanita juga diperlakukan kasar. Cis!


Ada berani kata 4000 je yang datang BERSIH? Puluhan ribu beb....

Alhamdulillah...tamat sudah demonstrasi para pejuang keamanan negara semalam. Daripada sana, berbagai-bagai reaksi yang dapat kita saksikan. Bermula dari pemerintah yang lebih banyak guna skrip kosong daripada otak, polis dan FRU yang setia dengan gas pemedih mata dan pancuran airnya sehinggalah kepada para wartawan, jurugambar dan pendemo itu sendiri. Masing-masing beraksi dan masing-masing bekerja. Ya, bekerja keras menuju Allah taala semata-mata.

Biarpun para pendemo BERSIH 2.0 itu dikatakan sebagai penderhaka dan pendemo PATRIOT itu dilabelkan sebagai perwira bangsa oleh pemerintah, namun, itu semua tidak melunturkan semangat para pendemo BERSIH 2.0. Ya, buktinya, puluhan ribu pencinta keamanan semalam telah turun menyatakan pendirian mereka masing-masing.

Berlainan bangsa dan agama bukan lagi persoalan. Perhatian dan fokus kini hanya tertumpu kepada 8 tuntutan BERSIH 2.0 yang majoriti disepakati lapisan rakyat. Mahu tahu apa itu 8 tuntutan tersebut? Ini, di bawah saya senaraikan untuk kita teliti:

1. Bersihkan Senarai Undi

2. Mereformasikan Undi Pos

3. Gunakan Dakwat Kekal

4. Masa Kempen Minima 21 Hari

5. Akses Media Yang Bebas Dan Adil

6. Kukuhkan Institusi Awam

7. Hentikan Rasuah

8. Hentikan Politik Kotor

Yes, inilah dia! Apa kata anda yang bijak pandai setelah membaca dan menghalusi 8 tuntutan ini? Adakah anda rasa ianya tuntutan yang BERSIH lagi murni ataupun adakah ianya tuntutan yang kotor lagi berpotensi untuk menggugat keamanan negara?
 
Saya kira, secara peribadi, 8 tuntutan ini langsung tidak berbahaya kepada negara bahkan ianya akan menguntungkan semua pihak terutamanya rakyat yang hidup dalam negara berdemokrasi. 8 tuntutan ini  hanya menuntut ketelusan dan keadilan dalam pilihan raya umum dan tidak lebih dari itu!
 
Jadi, tang mana yang kata BERSIH ni nak menumbangkan kerajaan secara haram? Ce cite sikit....
 
Melainkanlah orang yang tidak sukakan keBERSIHan, dia pasti bimbang jika ada orang yang ingin memBERSIHkan kekotoran yang ada. Dia suka hidup dalam kekotoran dan tidak kisah bergelumang dengan najis!Oh, jijiknya orang seperti ini! Nauzubillah~
 
Sekitar menjelang BERSIH 2.0 semalam, saya lihat ada antara jaringan rakan-rakan saya di laman sosial Facebook yang tidak bersetuju dengan BERSIH. Ya, saya raikan perbezaan pendapat mereka. Namun, jika saya lihat semula pendirian-pendirian mereka ini, semuanya pendirian yang bersifat mementingkan diri sendiri dan pendirian yang dangkal tanpa isi!
 
Saya beri contoh. Antara yang mereka katakan ialah;
 
1)"Menyusahkan betollah BERSIH 2.0 ni! Aku nak keluar pun susah. Nak gi kenduri pun tak leh!"

2)Nape la mereka ni nak berdemo segala, bukankah ada jalan yang lebih aman dari berhimpun dan berarak?"

3)"Ikut la Si Ambiga tu! Kapir laknat!"

4)"Tak bersyukur langsung dengan kerajaan. Dahla kerajaan bagi duit biasiswa, lagi nak menentang kerajaan."

5) Dan seterusnya, seterusnya....
 
Buat yang berkata-kata begini, meh sini saya nak nasihat sikit. Nak dengar, dengar, tak nak dengar, sudah!
 
Jika anda tidak buta huruf dan tahu membaca, anda baca balik 8 tuntutan BERSIH 2.0 yang saya senaraikan tadi. Kemudian, saya nak tanya anda, ada ke tuntutan tu menyusahkan anda? Tak ada kan? Malah orang-orang yang bersengkang mata dan berusaha memperjuangkan tuntutan ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk kesenangan anda dan anak cucu anda juga di masa hadapan! *Lainlah kalau anda nak jadi pak turut dan rela diperhambakan seumur hidup!*
 
Yang berkata berhimpun tu haram dan tak aman, saya tegaskan di sini, di Malaysia ni tidak akan berlaku perubahan melainkan dengan datangnya gelombang secara besar-besaran. Pemerintah tidak akan sedar jika hanya beberapa orang wakil rakyat pergi dan serahkan memorandum. Mereka tidak akan anggap rakyat serius. Tapi, dengan berhimpun dan berdemo begini, barulah pemerintah akan sedar tahap SUPER SERIOUS rakyat dalam menginginkan keadilan dan ketelusan pilihan raya.
 
Tentang presiden BERSIH kali ini, Ambiga, saya tidak mahu mengulas lanjut, kerana ia satu topik lain yang memerlukan ulasan yang panjang. Cukuplah saya lampirkan sebuah link tentang persoalan ini dan anda baca sendiri. *Baca! Jangan tak baca!*  : MENGAPA AMBIGA?
 
Manakala buat yang berkata, tak bersyukur langsung dengan kerajaan tu, saya jemput la dengar ulamak kita kata apa:
 

Dan seterusnya, ko pikirla sendiri!

Bercakap jangan ikut sedap mulut. Ye..pakai fakta. Jangan pakai fakta dari risalah Utusan, tu sampah jer sumer.

Buat kajian sendiri, lihatlah debat dalam parlimen, bacalah akhbar-akhbar yang tidak berat sebelah seperti malaysiakini.com, malaysiaharmoni.com, themalaysianinsider.com, al-jazeera, BBC dan sebagainya. Jangan lupa membuat perbandingan antara berita arus perdana dan berita dari akhbar yang independent. Jangan lupa juga compare dengan berita di media UMNO. Kemudian, nilailah, buatlah keputusan, gunakan akal dan berhentilah dari bersifat keakuan dan ketidakpedulian. Berhenti berada dalam me-me world.

Ya, jadi..saya kira, begitu dulu buat masa ini. Bacalah! Bacalah dan berfikirlah! Kerana disebabkan sifat tidak membacalah penyakit aku-tidak-pedulisme semakin membarah dan penyakit 'bantai ajalah' semakin menjadi-jadi.

Sebelum saya berhenti, ingin saya berkongsi 2 buah video tribute untuk pejuang keamanan semalam dengan anda:






Sekian dulu. Assalam~
 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.