Rabu, Julai 20, 2011

Salam semua...

Alhamdulillah, sekarang saya sudah berada di Malaysia. Pulang dari UK pada 18 Julai dan selamat tiba pada 19 Julai, Alhamdulillah. Segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik telah saya dapatkan, dan kini saya tenang bersama keluarga. Allah Maha Besar~

Hmm..tiba di Malaysia, saya kira, isu BERSIH sudah tamat, namun saya silap. Rupanya isu ini masih hangat di kampung halaman. Saya tidak terkejut melihat perkembangan ini. BERSIH bukan setakat isu keadilan dalam pilihan raya tapi ia lebih kepada isu hak rakyat yang perlu didengari.

Orang kampung saya pun terbahagi dua. Ada yang pro, ada yang cont. Saya? Senyum. Macam biasa, malas nak cakap banyak. Apapun, saya lebih suka untuk berkongsi beberapa video iaitu pandangan dari sudut ulamak pro pemerintah dengan ulamak yang tidak pro mana-mana. Saya kongsikan ya. Kemudian, anda buatlah perbandingan. Bak kata sahabat saya, kurangkan emosi dan dengar dengan hati. Hihi.

Saya mula dulu dengan video ulamak UMNO:




Sekarang, mari kita dengar apa kata Dr. Maza




Sudah anda dengar keduanya? Tarik nafas dulu...Bertenang, dan fikir. Senyum, dan mari kita teruskan dengan video seterusnya. Kembali kita kepada ulamak UMNO:-)



Sampai point ini,  cuba anda renungkan lagi. Apabila sudah hadam, mari saya kongsi sebuah lagi video daripada Dr. Maza.




Alhamdulillah dan tahniah jika anda sudah dengar semuanya. Sekarang, saya tanya anda, sudahkah anda menilai? Sudahkah anda faham isu sebenar?

Saya bukan mahu anda pro atau cont sesiapa. Saya cuma mahu mengajak anda berfikir. Maka fikir-fikirkanlah. Kalau orang kampung saya juga masih berfikir, amat malang jika anda di luar sana sudah berputus asa dan berhenti berfikir.

Sentiasalah berfikir. Sentiasalah membuat perbandingan. Sentiasalah membuat tapisan. Cukup setakat ini dulu. Saya tinggalkan anda untuk berfikir, ok!:-)

Apapun, saya mahu hadiahkan artikel buat ulamak UMNO ini yang saya linkkan dari blog ustaz hasrizal jamil. Sudi-sudikan diri untuk membaca!:)



Senyum santai,
diDiE AiNoRi

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.