Isnin, Oktober 25, 2010

Sekadar motivasi buat diri sendiri yang semakin hilang arah...

Tadi sempat menonton TV dan secara tak sengaja keluarlah sebuah iklan yang cukup menarik kata-katanya.Saya pun amat teruja betul apabila membaca dan mendengar bait-bait ini.

"Who knows how far you would go?"
"What will you sacrifice to make your dreams come true?"

Gulp! Zapp!!Rasa macam pedang tajam memancung leher saya. Ya, siapa yang tetapkan limit saya? Siapa yang tahu sejauh mana saya bisa pergi? Siapa yang tahu sehebat mana saya?

Jawapannya, tiada siapa tahu dan tiada siapa boleh pandai-pandai letakkan limit pada kebolehan saya. Hanya saya sahaja yang bisa memilih dan menentukan haluan hidup dan pencapaian saya. (Of course dengan pertolongan Allah).

Dan untuk mencapai yang terbaik itu, apakah saya sudah melakukan pengorbanan? Pengorbanan masa bermain, pengorbanan masa tidur, pengorbanan masa facebook dan sebagainya?

Ya, seolan kedua itulah yang memenggal leher saya saat ini. Sebab saya kira, saya memang belum betul-betul berkorban!!!

Dan sesungguhnya, kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa pengorbanan. Maka, seharusnya saya dan anda, mari kita sama-sama membuktikan kemahuan kita untuk berjaya itu bukan main-main. Bukan hanya impian atas angin yang terawang-awang tanpa tali matlamat yang jelas.

Pernah dengar kata-kata ini?

"Orang yang berjaya adalah orang yang tak pernah putus asa setelah berusaha."

Kata kuncinya, berusaha! Usaha itu sama maksudnya dengan berkorban. Kerana apa saya kata begitu? Kerana tiada orang yang berusaha di dunia ini terlepas dari melakukan pengorbanan. Kerana usaha itu sendiri bahagian dari pengorbanan!

Justeru, saya ingin menyeru diri saya sendiri dan kalian agar kita sama-sama berusaha dan berkorban untuk mendaki puncak jaya yang tiada had dan batasan. Kerana had dan batasan itu, hanya kita yang tentukan!

Wallahualam...

P/s; Kalau tak percaya, tontonlah video ini;


Jumaat, Oktober 22, 2010

Mungkin benar dia tidak tahu apa-apa,
Mungkin benar dia selama ini cuma bersangka-sangka,
Mungkin benar dia hanya main pukul rata,
Mungkin benar semuanya...

Mungkin benar hikmahnya sudah dia jumpa,
Mungkin benar tabir rahsia telah terbuka,
Mungkin benar selama ini dia terpedaya,
Mungkin benar semuanya...

Mungkin benar tiada apa-apa,
Mungkin benar apa yang dicari tiada di sana,
Mungkin benar bukan itu destinasinya,
Mungkin benar semuanya...


Mungkin benar, namun dia masih berpinar...
Segalanya kelam dalam sinar,
Entahlah, dia tidak mahu membuat onar,
Biarlah kemungkinan-kemungkinan ini terbayar oleh indahnya sabar...

Rabu, Oktober 20, 2010

Didie rasa tenang...Tenang dalam kesesakan...Kesesakan yang mungkin jika dia adalah Didie yang dulu, pasti menangis tersedu-sedu...

Tapi Didie yang hari ini takkan begitu lagi. Didie yang hari ini adalah Didie yang teguh pada pendiriannya. Didie yang hari ini adalah Didie yang tidak akan membazirkan stok air matanya untuk sesuatu yang sia-sia...

Suatu waktu dulu, Didie sudah berjanji bahawa dia takkan sekali-kali memandang ke belakang lagi. Tak kira walau apapun terjadi, Didie akan tetap kukuh berdiri. Didie sudah berjanji tidak akan membenarkan seorang pun menyakiti hati kecilnya. Didie sudah bertekad takkan menjadi lemah hanya kerana halangan-halangan yang kecil.

Didie sudah berjanji untuk tabah dan berharap hanya pada Allah. Didie kini tak sama lagi dengan Didie yang dulu. Didie kini tak kisah lagi apapun yang manusia akan katakan padanya. Didie dah janji takkan ambil pusing!

Didie tahu, kalau ini adalah dia yang dulu, pasti dia sudah berendam air mata duka. Silap-silap haribulan, bermandikan air mata darah. Ah, Didie sekarang tak selembik itu!!

Didie yakin dengan Allah.

Didie yakin Allah tak pernah zalim.

Didie yakin Allah sangat sayangkan Didie.

Didie yakin Allah sentiasa ada sesuatu untuknya.

Didie yakin Allah merahsiakan hikmah yang besar di sebalik semua ini.

Didie yakin, yakin sangat-sangat. Sebab itu Didie tak nak rasa apa-apa. Biarlah. Biarlah ujian Allah berbicara dengan Didie.

Didie mahu jadi hamba Allah yang kuat yang disukai Allah.

Didie senyum. Senyum yang benar-benar senyum. Allah, genggamlah jiwa Didie...

Kerana Didie hanya seorang Didie dan pasti akan jatuh tanpa Allah di sisi.


Jumaat, Oktober 01, 2010

Salam...

Alhamdulillah...kini saya sudah berada di bumi barokah, Leicester, UK, untuk kesekian kalinya...

Ini semester baru untuk saya. Semester baru yang akan membuka lembaran tahun akhir buat diri ini.

Setelah begitu lama saya cuba menyesuaikan diri dengan susana baru sebagai seorang yang insya Allah ingin memahami Islam dengan elbih mendalam, saya harap kini saya benar-benar telah ranum untuk bersedia melangkah dan terus melangkah.

Menongkah arus yang terkadang derasnya melemaskan.

Tanggungjawab ada di mana-mana.Bukan hanya di UK. Bukan hanya ketika kita membawa usrah seminggu sekali dan bukan hanya ketika menghadiri mesyuarat dan daurah.

Tanggungjawab ada setiap masa dan saat.

Hakim kita adalah Allah. Yang Maha Melihat, Tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai dengan apapun yang kita lakukan.

Ya, bercakap dan menulis memang senang. Tiba saat untuk memlakukan, saya harap, saya dan kita semua bisa mezahirkan ikrar kita.

Saya bukanlah orang yang terbaik untuk berbicara soal tanggungjawab kerana saya sedar, saya juga banyak kali gagal melunaskan pelbagai tanggungjawab.

Tetapi, insya Allah semoga dengan menulis ini dapat saya mengingatkan diri sendiri jugak. Semoga Allah mengukuhkan langkah di jalan ini...

Ameen3x....
 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.