Isnin, Oktober 25, 2010

Sekadar motivasi buat diri sendiri yang semakin hilang arah...

Tadi sempat menonton TV dan secara tak sengaja keluarlah sebuah iklan yang cukup menarik kata-katanya.Saya pun amat teruja betul apabila membaca dan mendengar bait-bait ini.

"Who knows how far you would go?"
"What will you sacrifice to make your dreams come true?"

Gulp! Zapp!!Rasa macam pedang tajam memancung leher saya. Ya, siapa yang tetapkan limit saya? Siapa yang tahu sejauh mana saya bisa pergi? Siapa yang tahu sehebat mana saya?

Jawapannya, tiada siapa tahu dan tiada siapa boleh pandai-pandai letakkan limit pada kebolehan saya. Hanya saya sahaja yang bisa memilih dan menentukan haluan hidup dan pencapaian saya. (Of course dengan pertolongan Allah).

Dan untuk mencapai yang terbaik itu, apakah saya sudah melakukan pengorbanan? Pengorbanan masa bermain, pengorbanan masa tidur, pengorbanan masa facebook dan sebagainya?

Ya, seolan kedua itulah yang memenggal leher saya saat ini. Sebab saya kira, saya memang belum betul-betul berkorban!!!

Dan sesungguhnya, kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa pengorbanan. Maka, seharusnya saya dan anda, mari kita sama-sama membuktikan kemahuan kita untuk berjaya itu bukan main-main. Bukan hanya impian atas angin yang terawang-awang tanpa tali matlamat yang jelas.

Pernah dengar kata-kata ini?

"Orang yang berjaya adalah orang yang tak pernah putus asa setelah berusaha."

Kata kuncinya, berusaha! Usaha itu sama maksudnya dengan berkorban. Kerana apa saya kata begitu? Kerana tiada orang yang berusaha di dunia ini terlepas dari melakukan pengorbanan. Kerana usaha itu sendiri bahagian dari pengorbanan!

Justeru, saya ingin menyeru diri saya sendiri dan kalian agar kita sama-sama berusaha dan berkorban untuk mendaki puncak jaya yang tiada had dan batasan. Kerana had dan batasan itu, hanya kita yang tentukan!

Wallahualam...

P/s; Kalau tak percaya, tontonlah video ini;


0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.