Saudaraku dan diri manisku,
Pernahkah kita mendengar kalimat memberdayakan hidup?
Ya, kalimat yang singkat tapi tidak ramai yang kuat untuk melaksanakan.
Berdaya bermaksud berusaha keras melakukan yang terbaik untuk lebih sukses dalam hidup.
Saudaraku, kita sering bicara tentang apa yang mahu kita lakukan esok, tentang cita-cita 20-30 tahun akan datang, tetapi sedar atau tidak, kita lupa tentang apa yang boleh dilakukan hari ini untuk memperbaiki kualiti hidup kita. Mari kita telusuri sebuah hadis yang berbunyi,
Rasulullah bersabda,"Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan. Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di sore hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya sore. Pergunakanlah masa sehatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati” (HR. Bukhori)
Nah..gitu dong..:-)
Rasulullah bersabda,"Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan. Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di sore hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya sore. Pergunakanlah masa sehatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati” (HR. Bukhori)
Nah..gitu dong..:-)
Kunci Berdaya untuk Berjaya
Saudaraku, manusia ini sifatnya persis orang tua nyanyuk (maaf ya!). Tak kira peringkat umur, sama saja. Justeru, harus sesama kita ingatkan.
Sekarang, masih mahu tahu apa kuncinya untuk berdaya?
Dengar ini baik-baik ya!
Pertama: Azam
Sudah tentu pertamanya harus punya azam, semangat, cita-cita yang membakar dan berkobar-kobar. Tanpa ini semua, jasad yang hidup pun akan menjadi seperti bangkai bernyawa ataupun mayat berjalan. Mahu gitu? Eeeii..Naudzubillah..
Kedua: Ketegasan
Saudaraku, azam sahaja tidak mencukupi tanpa disertai dengan ketegasan untuk terus tetap dalam ambisi yang tinggi. Ingat, ketegasan adalah kunci istiqamah. Istiqamah pula selalunya datang bersama ketegasan! Kita justeru harus tegas kepada diri kita sendiri.
Ketiga: Tidak membuang masa
Tidak mahu mengulas lanjut tentang ini. Cukup anda baca sendiri kalimah daripada Rasulullah yang berbunyi;
"Sebahagian daripada kebaikan islam seseorang ialah dia meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat baginya. " (Diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas)
Keempat: Usaha! Usaha! dan Usaha!
Ya, untuk berdaya, kita kena berusaha. Pelikkan? Bukankah berdaya itu sendiri maksudnya usaha. Tak..sebenarnya tak pelik pun. Untuk makan ubat, kita mesti makan ubat. Seperti itu juga untuk berdaya, kita mesti berdaya. Untuk berusaha, kita mesti berusaha. Faham? Ke berbelit-belit ayat saya? Hihi, ok-ok, kalau dalam bahasa orang kampung saya, mereka sebut, "Keep going!Keep going!" =) Pokoknya, jangan pernah berhenti untuk berusaha.
Seperti firmannya Allah,
"Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”( Q.S Yusuf: 87) ."
Nah..mahu jadi kaum yang kafir? Nauzubillah...
Kelima: Jangan tengok orang yang lebih dari kita
Secara peribadi, saya katakan ini poin penting. Kerana apa? Kerana terkadang kita bisa putus semangat untuk berusaha disebabkan kita 'down' melihat kehebatan orang lain. Kita berasa seolah-olah kita mustahil mencapai seperti mereka. Kita berasa kita teruk. Kita berasa kita jauh lagi. Kita berasa kita tak mampu. Dan berbagai-bagai lagi perasaan yang mendorong putus asa dalam diri muncul.
Sebab itulah saudaraku, jika kita hendak memberdayakan hidup, kita teruskan memberdayakan hidup tanpa kita memandang sejauh mana orang lain telah berdaya dan berjaya. Biarkan mereka, kerana niat kita untuk memberdayakan hidup itu bukan untuk manusia tetapi hanya untuk Allah semata-mata.
Kita bukan mencari redha manusia, iktiraf manusia, penghormatan manusia. Tetapi kita mencari validation dan verification daripada Allah taala semata.
Kita sedar rezeki adalah ketentuan Allah sejak kita dalam rahim ibu lagi, jadi kita takkan sekali-kali rebah atau lemah walaupun kita masih rendah dan orang lain mungkin sudah gah kerana kita tidak memandang dan menjadikan kejayaan manusia lain sebagai kayu ukur kejayaan peribadi kita.
Keenam: Berdoalah, bertawakkallah.
Saudaraku, sepatutnya, saya letak ini diawal tips lagi. Kerana harus diingat ya, tawakkal dan doa itu sepatutnya ada di permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Tuntasnya harus sepanjang masa! Kerana segala-galanya daripada DIA!
Baiklah, itu dulu perkongsian ringkas buat saudara-saudara dan diri manisku jua. Moga sama-sama mengingatkan ya!
Love you as always,
diDie AiNoRi
0 comments:
Catat Ulasan