Jumaat, April 01, 2011

Tazkirah buat diri...

Kerana manusia ini terkadang terlalu menurut hawa nafsu dan kata hati...
Kerana manusia ini terkadang terlanjur lupa diri...
Kerana manusia ini terkadang apabila dia berdoa,
dia terlupa untuk meminta yang terbaik untuk dirinya,
Tapi sebaliknya, dia meminta sekian-sekian dan mengatur sekian-sekian...
Dia lupa Allah lah yang berkuasa menetapkan segala-gala
Dan Allah tidak memberi kepada kita mengikut masing-masing keinginan
Tapi sebaliknya Dia memberi mengikut keperluan seseorang...


Oleh sebab itu,
Gantunglah harapanmu hanya kepada Allah,
Gantunglah cintamu hanya kepada yang Maha Cinta,
Gantunglah hati dan jiwamu hanya kepada Dia...

Ingat...
Dahulukanlah Allah dalam hidupmu,
Nescaya engkau akan dapati Allah sentiasa berada di depanmu,
Ingatlah Allah dalam tasbihmu,
Nescaya Allah jua akan mengingatimu,

Dan terakhir sekali,
Tenangkanlah jiwamu dalam waktu-waktu tertentu,
Kerana jika hati itu merasa letih,
ia akan menjadi buta...

Wallahualam




Love you as always,
diDiE AiNoRi

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.