Cinta itu bahasa,
Bahasa itu kata,
Kata itu rasa,
Rasa itu jiwa,
Dan jiwa itu Cinta buat yang Esa...:)
Ramai yang kata
Islam ini untuk 'mereka-mereka'
Orang seperti 'kita-kita' tidak layak untuk bicara,
Pokoknya, Islam itu bagaikan untuk satu golongan sahaja,
Sedangkan itu bertentangan dengan firmanNya.
Islam itu RAHMATAN LIL 'ALAMIN...
Islam untuk semua...
Islam itu amal...
Dan amal itu bertebaran...
Banyak cara, banyak gaya, banyak saluran...
Justeru, mari kita berkarya,
Karya yang akan kita persembahkan buat yang Maha Karya,
Mari kita ukir segala cinta, kata, bahasa dan jiwa kita,
Buat Dia dan segala nikmat yang dijanjikanNya,
Syurga yang sudah tentu mahal harganya!
Selamat beramal, selamat bercinta!
Love you as always,
diDiE AiNoRi
0 comments:
Catat Ulasan