Ahad, Februari 28, 2010

Baru lepas tengok gambar-gambar kak cik di Melbourne. So wonderful pics she took.

And the most interesting one was the appearance of kakak2 di Melbourne. Oh, saya terkedu!

Ah, kali ini bukan hendak membanding bezakan. Tapi mereka memang berbeza!

Benarlah, yang mengamalkan Islam itu dagang!

Dagang di bumi sendiri, lebih dagang di bumi orang. Terkesan melihat cara mereka berpakaian. Aduh, santun sekali kok!

Hmm..semoga perlahan-lahan saya bisa mencontohi mereka...

Khamis, Februari 25, 2010

Nah, dalam dunia ini, ramai orang yang sakit jiwa kerana memikirkan perkara-perkara yang bukan kerja seorang manusia.

Ada benda yang boleh kita fikir, kita rancang...Tetapi ingatlah bahawa masa depan dan seisinya itu milik Allah taala semata.

Kita siapa untuk risau terlebih tentang hidup ini?

Kita tak punya ilmu ghaib, kita tak punya perbendaharaan langit, hatta kita tak punya apa-apa walau sekelumit!

Tetapi, dalam kita miskin papa, Allah tak pernah meninggalkan kita terkapai-kapai begitu sahaja. Dia bekalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah. Dan seperkara yang kita terlepas pandang, Dia offer kita DOA!!

Dia tahu kita adalah makhluk yang lemah dan bersifat tergesa-gesa. Kemahuan kita tinggi. Namun, kemahuan sering dibatasi kemampuan.

Ingatlah, ikhtiar dan doa, hanya itu kerja kita. The rest of your life, itu kerja Allah!


Maha Suci Allah daripada menzalimi hamba-hambaNya... Allahuakbar!

Selasa, Februari 23, 2010

"Jangan tengok orang yang lebih daripada kita, tetapi tengoklah orang yang kurang daripada kita."

Ayat itu bermain-main dalam fikiran saya.

Bukan apa, akhir-akhir ini, saya perhatikan sesuatu. Kadang-kadang kita suka membandingkan apa yang kita tak ada dengan orang yang ada serba serbi.

Kita sering lupa mensyukuri apa yang telah kita miliki dan sentiasa tidak berpuas hati dengan keadaan sendiri.

Hmm..sedar tak sedar ramai yang telah menyusahkan diri mereka dengan mengamalkan sikap ini...Membanding-bandingkan sehingga terlahir konflik dalam diri...

Tak de pasal, cari pasal

Kenapa anda provok diri anda sendiri?

Benar, kadang-kadang provok itu bagus kalau kena pada tempatnya. Tetapi kalau salah tempat, anda juga yang melarat. Akibatnya, rasa yakin diri anda akan terhenyak, tertekan jauh ke dalam hati disebabkan rasa rendah diri yang anda cipta sendiri.

Comparison itu baik, tapi jangan sampai melemahkan jati diri!

Anda perlu teguh berdiri di atas keyakinan anda sendiri.Jangan sibuk pandang orang lain sampai lupa peduli tentang diri.

Jangan begitu... Anda mesti yakin dengan apa yang anda ada..

Orang kata, " Kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat."

Haa..kan tu!

So, from now on, berhentilah membanding-bezakan diri anda dengan orang sekeliling.

Cubalah kenali diri, gali potensi yang anda miliki.

Jangan lemah semangat, jangan mengalah cepat sangat! Anda cuma perlu ingat, anda sebenarnya hebat dan mampu menyengat!



Love you as always,
diDie AiNoRi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
"I cried because I had no shoes, until I met a man who had no feet."..Nikos Kazantzakis
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terdiam sejenak.

Ah, terpukul benar bila berbicara soal dosa.

Hati yang berdosa, bagaimana akan diterangi cahaya?

Umpama objek legap, pasti akan menyerap semua cahaya yang cuba menembusinya.

Astaghfirullah...

Jiwa yang rosak, hanya Allah penyembuhnya... Ya Allah, ampunkan seluruh dosaku ya Allah..Walau ku tahu ia seluas langit dan bumi, tidak layak dimaafi...

Ya Allah, bantu aku pelihara diri.
Bantu aku mendidik hati.

Jangan Kau pergi dari sisi.
Jangan Kau tinggal aku sendiri.

Ampunkan aku dalam setiap dosaku yang silih berganti....

Isnin, Februari 22, 2010

"Tak semestinya jalan yang lurus itu benar, dan tak semestinya jalan yang bengkang-bengkok itu salah!", kata seorang teman berbangsa India yang saya temui di Leeds, UK. Senyum tak pernah lekang dari bibirnya. Salah satu sifat yang sepatutnya ada pada seorang daie.

Hmm.. saya tertawa kecil mendengar celotehnya. Diam-diam, saya mengangguk perlahan, mengiakan katanya.

Benar, jalan yang lurus tak semestinya membawa kita sampai ke tempat selamat. Kadang-kadang jalan yang lurus membawa ke longkang kalau lupa belok kanan kiri, kan?

Hakikatnya, mana ada "siratul mustaqim" kat dunia ni!

Sebab itulah kita perlukan map dan Mr Tom-tom untuk sampai ke destinasi.

Begitu juga dalam hidup ini... Jiwa ini... Diri ini...

We need a "map" to figure out where are we now and what we should do after this so that we will not lost in this whole wide world....

Jadi, apa petunjuk jalan kita?
Adakah Mr Google?

Hey, hello...
We have more than Mr Google, ok!

Here it is..The Holy Quran from Allah!

Subhanallah..Have you ever think? Al-Quran hanyalah sebuah "map", "torch light", penunjuk jalan dan petunjuk arah yang Allah hadiahkan kepada kita.

But, if you don't choose to follow the direction that Al-Quran showed you, then will you be safe?


No, you won't!

Well, it was just like if you found a "map", but you just ignored "it", then nothing would happen to you.


So, tepuk dada, tanya iman;

"Have you ever try to find your "torch light"? And if you ever found it, have you used it? Or, did you just ignore it?"



 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.