Rabu, Oktober 20, 2010

Didie rasa tenang...Tenang dalam kesesakan...Kesesakan yang mungkin jika dia adalah Didie yang dulu, pasti menangis tersedu-sedu...

Tapi Didie yang hari ini takkan begitu lagi. Didie yang hari ini adalah Didie yang teguh pada pendiriannya. Didie yang hari ini adalah Didie yang tidak akan membazirkan stok air matanya untuk sesuatu yang sia-sia...

Suatu waktu dulu, Didie sudah berjanji bahawa dia takkan sekali-kali memandang ke belakang lagi. Tak kira walau apapun terjadi, Didie akan tetap kukuh berdiri. Didie sudah berjanji tidak akan membenarkan seorang pun menyakiti hati kecilnya. Didie sudah bertekad takkan menjadi lemah hanya kerana halangan-halangan yang kecil.

Didie sudah berjanji untuk tabah dan berharap hanya pada Allah. Didie kini tak sama lagi dengan Didie yang dulu. Didie kini tak kisah lagi apapun yang manusia akan katakan padanya. Didie dah janji takkan ambil pusing!

Didie tahu, kalau ini adalah dia yang dulu, pasti dia sudah berendam air mata duka. Silap-silap haribulan, bermandikan air mata darah. Ah, Didie sekarang tak selembik itu!!

Didie yakin dengan Allah.

Didie yakin Allah tak pernah zalim.

Didie yakin Allah sangat sayangkan Didie.

Didie yakin Allah sentiasa ada sesuatu untuknya.

Didie yakin Allah merahsiakan hikmah yang besar di sebalik semua ini.

Didie yakin, yakin sangat-sangat. Sebab itu Didie tak nak rasa apa-apa. Biarlah. Biarlah ujian Allah berbicara dengan Didie.

Didie mahu jadi hamba Allah yang kuat yang disukai Allah.

Didie senyum. Senyum yang benar-benar senyum. Allah, genggamlah jiwa Didie...

Kerana Didie hanya seorang Didie dan pasti akan jatuh tanpa Allah di sisi.


Jumaat, Oktober 01, 2010

Salam...

Alhamdulillah...kini saya sudah berada di bumi barokah, Leicester, UK, untuk kesekian kalinya...

Ini semester baru untuk saya. Semester baru yang akan membuka lembaran tahun akhir buat diri ini.

Setelah begitu lama saya cuba menyesuaikan diri dengan susana baru sebagai seorang yang insya Allah ingin memahami Islam dengan elbih mendalam, saya harap kini saya benar-benar telah ranum untuk bersedia melangkah dan terus melangkah.

Menongkah arus yang terkadang derasnya melemaskan.

Tanggungjawab ada di mana-mana.Bukan hanya di UK. Bukan hanya ketika kita membawa usrah seminggu sekali dan bukan hanya ketika menghadiri mesyuarat dan daurah.

Tanggungjawab ada setiap masa dan saat.

Hakim kita adalah Allah. Yang Maha Melihat, Tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai dengan apapun yang kita lakukan.

Ya, bercakap dan menulis memang senang. Tiba saat untuk memlakukan, saya harap, saya dan kita semua bisa mezahirkan ikrar kita.

Saya bukanlah orang yang terbaik untuk berbicara soal tanggungjawab kerana saya sedar, saya juga banyak kali gagal melunaskan pelbagai tanggungjawab.

Tetapi, insya Allah semoga dengan menulis ini dapat saya mengingatkan diri sendiri jugak. Semoga Allah mengukuhkan langkah di jalan ini...

Ameen3x....

Jumaat, September 24, 2010

Cuti musim panas sudah hampir tiba ke penghujung. Alhamdulillah, banyak yang telah aku pelajari sepanjang cuti ini. Walaupun aku miss dua pertiga daripada program tarbiyyah, namun aku yakin bahawa semua ini ada hikmahnya.

Ya, sepanjang 3 bulan ini, aku benar-benar tidak ke mana-mana. Banyak terperap di rumah, menghabiskan masa dengan keluarga tercinta. Aku biarkan kakak ku yang seorang itu pergi ke mana saja program yang dia mahu dan aku pula dengan rela hati menawarkan diri menjadi cover line di rumah untuknya.

Cover line dalam erti kata agar mak aku tak de la terasa sangat anak-anak tak ade kat rumah...
Sekurang-kurangnya, aku tetap ada menemani walaupun, aku ni tak de la membantu sangat.
Hehe...

Barang-barang yang hendak dibawa belum pun seratus peratus aku kemaskan. Itulah piawaian kesungguhan aku nak fly atau tak. Bahkan baju yang aku nak pakai esok pun belum kugosok lagi. Aduhai Adilah, apa nak jadi dengan kamu ni...

Dulu, waktu tengah cuti, terasa lama sangat berada di Malaysia. Sekarang, sudah tinggal beberapa jam lagi untuk terbang, aku jadi macam cacing kepanasan pula. Itulah manusia. Suka tak puas hati dan menyalahkan masa. Kalau silap hari bulan, dengan cuaca-cuaca sekali jadi mangsa!

Manusia memang sifatnya tergesa-gesa. Dan mungkin aku pun termasuk dalam kategori itu juga , agaknyalah. Kalau tak selalu pun, sekali-sekala. Dah namanya pun aku manusia kan. Maka, sama sajalah sifatnya.

Ermm...ermm..ada sesuatu yang ingin diuluahkan..Tetapi, ,mengingatkan tak semua luahan boleh dikongsikan, jam lah pulak otak aku ni. Adeeh...

Tak mengapalah, biar saja aku kongsikan dengan si Pemberi masalah, Allah.

Dia mesti lebih tahu kan? OKlah, doakan esok aku fly dengan selamat!





Rabu, September 15, 2010

Alhamdulillah3x...

Hari ni, senget saya da betul sket dah...

Tadi saya pergi kedai buku ngan adik2, dapatlah grab 2 biji buku.

Satu from imam Al-Ghazali, second from Hilal Asyraf.

Alhamdulillah, lepas baca buku tu rasa lebih tenang dan hilang kecelaruan...

Allah, memanglah manusia ni perlu selalu diingatkan.

Perlu selalu dinasihatkan...

Perlu selalu diberi bimbingan...

Hmm..saya suka ayat dalam kitab imam Ghazali;

Rasulullah bersabda; "Janganlah engkau bunuh hatimu dengan banyak makan dan tidur. Sesungguhnya, hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air.."

Best kan sabda ni!

Ada lagi satu sabda Nabi yang best, "Sesungguhnya Allah benar.Tidak ada dunia yang dibanggakan melainkan Allah akan menghinakannya."

Waah...dunia ni bagi rasul2, para sahabat dan siddiqin ni rupanya tade ape2 pun. Kalau nak dibandingkan dengan saya yang selalu pikir nak beli kereta apa, nak pakai baju apa, nak g melancong kat mana, nak rumah besar mana dan nak family yang macam mana.

Huhu...Semua tu, dunia-dunia-dunia...............

Bak kata adik saya; "Tak de share pon!"

Huhu..memang betollah! Kalau hati tak aman, jiwa tak tenteram, hidup pon tiada makna. Harta banyak tapi tak bahagia, buat apa?

Baru-baru ni hangat berita pembunuhan kejam tokoh perniagaan kosmetik, Dato' Susilawati. Dia dibunuh 2 peguam adik-beradik.

Bapak kejam sangat mereka ni! Tu la yang kita sepatutnya pelik. Mereka ni dah kaya-raya. Yelah, kata peguam kan...Peguam mestilah sikit sebanyak tu kaya la jugak...

Tapi mereka ni nak jugak jadi lagi kaya sampai sanggup bunuh orang!

Agak-agak, rasa-rasa, bahagia ka hidop diaorang ni?

Mananya nak bahagia cik kak oiii...Lainlah kalau mereka ni hati kering, jiwa binatang. Takde hati dan perasaan. Boleh hidup dalam jenyah berprofile tinggi tu.

Haa..poinnye kat sini, dunia ni, makin dikejar, main jauh dia bawa kita lari. Makin dihambat, makin kita tertambat.

Nak2 lagi kalau dalam hati ada hasad dengki...Lagilah...

Nauzubillah...Okla, tamo cakap lg..Saya nak baiki diri, anda??=)

Selasa, September 14, 2010

Salam...

Hmm...Astaghfirullah...Astaghfirullah..Astaghfirullah...

Aku snanye in a senget state ni...huhu...

Orang kata kalau senget2 tak elok tulis entry, nati kluar tah hape2...huhu..

Tapi tak kire, nak tulis gak!!

Kenapa kadang-kadang manusia ni, bila dia dewasa, dia masih lagi nak wat perangai budak2,huh?

Kenapa kadang-kadang manusia ni dengki pada yang xpatot?

Kenapa kadang-kadang manusia ni cemburu buta?

Kenapa kadang-kadang manusia ni dia mengata orang yang lebih, tapi diri sendiri xsedar pulak!

Kenapa kadang-kadang manusia ni senget benget?

Kenapa kadang-kadang manusia ni sukar menerima hakikat?

Kenapa kadang-kadang manusia ni suka rasa terikat?

Kenapa kadang-kadang manusia ni suka pada benda yang tak patot pon dia suka?

Kenapa kadang-kadang manusia ni dia tak tahu nak define perasaan dia sendiri?

Kenapa kadang-kadang manusia ni fikir apa yang dia fikir tu la yang terbaik?

Kenapa kadang-kadang manusia ni....haishhh...

Entah, baik berenti merepek.Ngaji quran lagi bagos!huhu...
 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.