Selasa, April 21, 2009

Tarik nafas...Hembus..Tarik..Hembus...

Kembali ke dunia realiti...
Aku pembawa risalah Islam.
Aku khalifah di muka bumi.
Kerjaku mengangkat Islam ke martabat tertinggi.

Tarik nafas...Hembus..Tarik..Hembus...

Masalah menimbun,otak berserabut,jiwa gundah, hati resah.
Tapi masalah tak selesai-selesai juga.
Ambil ma'thurat,baca.Ambil Quran,hayati.
Tepu.Releks...Cool down..
Tengok orang lain yang lagi besar masalahnya daripada engkau.

Ada kawan melarikan diri dari UK, pergi ke Ireland hanya kerana ada masalah family. Mungkin mencari secebis ketengan di sana. Ada kawan tertekan dengan persiapan kahwin yang tak ready-ready lagi,walhal nak kahwin musim panas nanti. Ada kawan yang tension sebab putus cinta. Ada kawan tension sebab tengah mencari makna diri tapi tak jumpa-jumpa. Ada kawan terlibat dalam cinta tiga segi. Ada kawan di Palestin keluarga mati semua sekali. Ada kawan....Huuu..
Rupanya, ramai lagi yang ada masalah lagi besar dari saya. So, Releks....#

Tarik nafas...Hembus..Tarik...Hembus...

Sekarang cuba menongkat hati yang semakin luluh dan luruh.
Tetapkan otak agar tak jatuh, saat ini penting letakkan akal di depan.
Jangan ikut hati. Ikut hati nanti mati,binasa.
Ini bukan kali pertama berhadapan dengan masalah.
Dari kecil sampai sekarang dah umur 20 tahun, selalu diiringi masalah.
Penyelesaiannya cuma satu>>> ALIH FOKUS!!!!

1) Fikir sesuatu yang lebih besar
2)Fikir sesuatu yang lebih indah dan bermanfaat untuk ummat
3)Fikirkan kerja-kerja yang menimbun
4)Fikir tentang orang lain.Jangan terlalu berada dalam kasut sendiri, takut-takut hanyut dibawa arus ciptaan naluri.

Tarik nafas..Hembus..tarik..hembus..

Alhamdulillah,sekarang dah OK sikit..
Buka buku..Study..Fokus..Exam..Score!
{Cool Down...}

Isnin, April 20, 2009


Haih..Kadang-kadang saya terfikir, betul ke saya kasi nama blog ni Diari Didie, padahal hakikatnya saya langsung tak bebas untuk meluahkan pendapat dan perasaan saya di sini. Kena lapik-lapik, kena cover-cover, sebab yang baca blog ni kadang-kadang bukannya kawan-kawan yang saya kenal je, tapi orang lain pun singgah sekali. Nak private kang, rasa bersalah pulak. Hmm.. tak mengapalah.

Cumanya, kena hati-hati semasa menulis dan hati-hati sebelum post the new entry mana tahu kalau-kalau entry yang saya keluarkan tu akan menimbulkan kontroversi atau fitnah kepada hati-hati manusia lain. Hmmm...Sebenarnya, saya ada something nak tulis kat sini, tapi..bila fikir-fikir balik, teringat hadis Rasulullah, “Berkatalah yang baik atau lebih baik diam sahaja...”

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Di alam internet yang serba mudah ini, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja….


P/S.:::Maybe I should make a new private blog for my ownself,should I?....:::.

Ahad, April 19, 2009

Melalui ciri-ciri ini, kita boleh mengenal pasti golongan yang telah ditimpa penyakit 'terpedaya dalam beragama'. Ciri-cirinya ialah:

1) Kepercayaan kepada prinsip: Hanya aku sahaja yang benar.

Orang yang memiliki ciri ini melihat hanya diri sendiri yang benar, orang lain salah. Hanya dia yang bagus amalannya, orang lain tak bagus. Bila berbicara, hanya bicaranya sahaja yang terbaik. Bila memberi pandangan, hanya ideanya saja yang bernas. Jika dia berhadapan dengan idea orang lain yang lebih baik bahkan disokong oleh dalil dan fakta, dia memandang kecil dan jijik idea tersebut kerana pada pandangannya, ideanya tidak mungkin mengalami sebarang kesalahan. Maksum!

2) Mudah bergembira dengan amalan ketaatan walaupun sedikit.

Bila dia melakukan ketaatan, dia tidak melakukannya dengan perasaan bimbang dan takut jika amalan ini tidak diterima Allah Ta'ala. Bahkan dia merasa gembira dengan amalannya walaupun sedikit. Tidak salah bergembira, tetapi yang salahnya ialah terlalu bergembira dengan amalan kecil sehingga merasa aman daripada perasaan bimbang dan takut kalau
Allah Ta'ala tidak menerima amalan tersebut. Imam Ibnu 'Atoillah al Sakandari radhiyallahu 'anhu mengungkapkan menerusi hikamnya:

Di antara tanda pergantunganmu pada amalan; Kurangnya harapan ketika wujudnya kecacatan (pada amalanmu).

Orang yang begini sifatnya, merasa yakin dengan amalan ketaatan yang dilakukan walaupun sedikit dan mudah merasa gembira. Dia tertipu dengan amalannya sendiri dan kerana itu apabila dia meninggalkan amalan yang biasa dilakukan sekali-sekala, dia masih merasa biasa. Seolah-olah amalan yang biasa dilakukan sebelum ini, kesemuanya diterima oleh Allah Ta'ala. Tiada bimbang, gusar dan takut kalau Allah Ta'ala tidak menerima amalannya sebelum ini.

3) Memandang remeh perkara maksiat.

Apabila dia melakukan maksiat walaupun kecil, dia hanya memandang remeh perkara tersebut seolah-olah ia adalah perkara biasa. Sekadar dosa kecil yang boleh dihapuskan dengan sembahyang dua rakaat. Si miskin ini terlupa bahawa boleh jadi sembahyangnya itu tidak diterima Allah Ta'ala. Berapa banyak pula dosa kecil yang mengundang dosa besar?!
Firman Allah Ta'ala mafhumnya:

Maka janganlah kamu terpedaya dengan (keindahan) kehidupan dunia dan janganlah kamu terpedaya dengan Allah. [Luqman: 33]

Ertinya jangan kamu terpedaya dengan maksiat sehingga kamu sering melakukannya dengan sangkaan bahawa keampunan Allah Ta'ala akan sentiasa mengiringi kamu. Adakah kamu yakin akan terus mendapat keampunan-Nya? Adakah kamu yakin segala amalanmu diterima sehingga mampu menebus dosa maksiat yang kamu lakukan? Yang lebih penting, adakah kamu yakin akan terus beriman dan mati dalam keimanan?? Jangan tertipu dengan amalanmu. Jangan tertipu dengan dosa kecil yang kamu lakukan. Jangan tertipu dengan keluasan rahmat Allah sehingga kamu memandang remeh dosamu itu..

4) Terpedaya dengan keadaan diri sendiri..

Memandang diri sendiri sebagai yang terbaik berbanding orang lain. Orang lain sudah rosak. Akhlak rosak, hidup tiada hala tuju dan bermacam lagi perkara yang tidak boleh diharapkan. Hanya diri sendiri yang tidak rosak. Masih boleh diharap. Sedangkan hakikatnya, apabila dia berpandangan demikian, dia adalah orang yang binasa dengan kebinasaan sebenar! Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda mafhumnya:

Apabila kamu mendengar seseorang berkata, "Orang ramai telah rosak!" Sebenarnya, dia yang rosak!!

Hujjatul Islam al Ghazali radhiyyallahu 'anhu ketika mengulas hadith ini menyebut:
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menyatakan begitu kerana perkataan yang diucapkan ini menunjukkan bahawa orang yang mengucapkannya adalah seorang yang memandang rendah orang lain dan tertipu dengan Allah Ta'ala. Dia merasa aman daripada rancangan Allah Ta'ala dan tidak merasa takut dengan kekuasaan-Nya. Bagaimana mungkin dia tidak merasa takut? Bila dia memandang rendah orang lain dan merasa kagum dengan keadaannya sendiri, ini sudah memadai untuk menunjukkan dia adalah seorang yang jahat!

5) Meninggi diri ke atas pelaku maksiat dan golongan yang tidak sependapat dengannya.

Dia melihat golongan yang melakukan maksiat dengan pandangan meninggi diri. Sepatutnya dia melihat mereka dengan perasaan kasihan dan berusaha membimbing golongan ini agar keluar dari kepompong maksiat. Namun apakan daya, disebabkan dia memandang dirinya sahaja yang terbaik, maka sikap ini menutup pintu hatinya daripada belas kasihan. Seolah-olah dia yakin akan terus terpelihara daripada melakukan maksiat. Begitu juga apabila berhadapan dengan golongan yang kurang ilmunya, dia memandang mereka dengan pandangan enteng. Jika golongan ini bersalahan pendapat dengannya walaupun ternyata pendapat tersebut disokong dengan dalil yang kuat, dia melenting kerana pada pandangannya orang yang kurang ilmu daripadanya tidak boleh bersalahan pendapat dengannya. Seolah-olah dia lebih
tahu segala-galanya.

6) Sukar menerima nasihat.

Dia melihat dirinya tidak perlu kepada nasihat. Lebih-lebih lagi jika nasihat itu datang daripada orang yang lebih rendah ilmu atau amalan daripadanya. Dia tidak perlukan nasihat tetapi orang lain perlukan nasihatnya seolah-olah nasihatnya sudah memadai untuk membimbing orang lain ke jalan yang benar. Mana boleh orang yang lebih rendah martabatnya menasihati dirinya yang lebih baik ini!

7) Suka membanding-bandingkan dirinya dalam pegangan agama dengan orang lain.

Dia suka melakukan perbandingan terhadap dirinya dari sudut ilmu, amalan dan pegangan agama dengan orang yang lebih rendah martabat daripadanya. Lantas dia pun menyangka telah menjadi yang terbaik dan akan terus jadi yang terbaik. Natijahnya dia akan terus merasa senang dengan apa yang ada pada dirinya dari sudut ilmu dan amalan. Tanpa perlu
merasa bimbang...

Dr didie: Saya copy paste article ni dari bulletin post kat friendster.Moga memberi manfaat. Astaghfirullah....

Khamis, April 16, 2009

Kamilah Laskar Pelangi!!!


Ilmu peyuluh hidup kerana ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan masuk ke dalam hati yang gelap. Sebab itu,bersihkanlah hati agar ada ruang untuk ilmu itu masuk.

Hehe..pabila Didie berfal'sampah'...=P

Ok2..sebenarnya, saya baru je menonton filem Laskar Pelangi yang mana adunan ceritanya benar-benar menyentuh sekeping hati ini (cheewah..!=P)..

Cerita adik-adik di pedalaman yang kalau nak pergi sekolah pun kena melintasi buaya di tengah jalan. Sudah lah sekolahnya jauh,nunnnnnnnn di ulu sana, mahu beli kapur saja sudah seharian berbasikal. Aduhai, luar biasa sungguh anak-anak ini!

Tereflek dengan diri kita saat ini. Sekolah kita kadang-kadang cuma 15minit jalan kaki dah sampai, tapi tu pun kita liat nak ke sekolah. Astaghfirullah...

Anak-anak Laskar Pelangi tidak punya library pun di sekolah mereka, yang ada cuma sebuah sekolah papan yang usang dan berlubang di sana-sini, yang kalau hujan turun, banjirlah kelas mereka.Tetapi mereka rajin mentelaah mana-mana buku yang ada.

Reflek lagi dengan kita. Di sekolah, kita punya library yang besar...mewah...tapi ada ke kita pergi memanfaatkan library tu? Kalau ada pun ciput je kan?

“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya,bukan menerima sebanyak-banyaknya...”

Terkesan sungguh dengan kata-kata ini. Kadang kita sebagai manusia biasa tak lepas daripada perasaan ingin dihargai, dipuji, disanjungi dan sebarang ‘di’ lagilah. Tapi sebenarnya, semua itu Cuma merosakkan amalan sahaja. Merosakkan pahala yang dijamin syurga, tapi bila niat sudah berubah, nerakalah galang gantinya. Nauzubillah...

Marilah menyuluh hati dengan ilmu. Kerana kita diangkat darjatnya oleh Allah dengan ilmu...Setiap orang harus diberi peluang untuk belajar,untuk bercita-cita...Jangan takut untuk bermimpi sahabat-sahabatku sekalian. Jangan takut untuk bercita-cita tinggi. Biar apa orang ingin kata, tetaplah warnai bintang di jiwamu. Kerana mimpi itulah kunci untuk kita menakluk dunia!!!


Ni hadiah dari saya untuk sahabat-sahabat diari didie=) Dengarkan ya..



p/s;Sape2 yang tak tengok lagi Laskar Pelangi, cepat cari dalam Youtube!!!
 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.