Tiadalah makna jika kita hidup tanpa jiwa, hati dan perasaan. Tiadalah rasa manisnya sebuah kehidupan itu tanpa rasa cinta yang mekar di dalam jiwanya.
Kegagalan memanfaatkan fungsi hati yang menjadi enjin penghangat rasa cinta akan membuatkan kita hilang upaya untuk menikmati dunia ini sepenuhnya.
Kerana hidup kita bukanlah berlandaskan matematik, biologi atau sains semata-mata. Jauh sekali hiruk-pikuk politik dan hiburan yang menyesakkan dada.
Tetapi hidup kita ini berkait rapat dengan hati dan jiwa. Kita menggunakan hati dan sentimen perasaan dalam sehari-hari kehidupan kita.
Kita berinteraksi dengan manusia menggunakan perasaan. Kita berkeluarga pada hari ini kerana limpahan kasih-sayang dan cinta yang terpercik dari hati kita.
Dan cinta yang tertinggi itu pastilah lahirnya kerana Allah. Uhibbukum fillah. Menyayangi mereka semua kerana Allah. Bukan cinta murahan yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata.
Setiap manusia mempunyai hak ini. Hak untuk merasa dirinya dicintai dan menyintai. Hak untuk merasakan bahawa ruhnya dekat dengan Rabbnya. Itulah hak kepada rohani kita.
Gagal memenuhi hak ini bermakna kita gagal dalam kehidupan seorang manusia.
Inilah yang terjadi kepada pemuda-pemudi hari ini. Mereka hilang hati dan perasaan kerana jiwa itu tidak dibajai dengan cinta dan kasih-sayang malah diganti dengan racun nafsu yang memamah seluruh rasa kehambaan.
Akibat terlalu mengikut hawa nafsu membuatkan hati dan perasaan kita menjadi semakin kering, tandus dan gersang. Nafsu tidak kenal erti puas dan cukup.Ia seperti air laut. Semakin diteguk, semakin haus.
Lantaran sekian lama bergelumang dengan dosa dan maksiat, hati kita pun menjadi keras, sekeras tanah di musim kemarau.
Sehinggakan tanpa kita sedar, kita telah lupa bagaimana rasanya nikmat menangis kerana Allah.
Nikmat menangis kerana merasa indahnya berada di bawah lindungan Allah. Nikmat berbuat kebaikan kerana Allah. Nikmat berjihad melawan hawa nafsu kerana Allah dan nikmatnya bermunajat di sepertiga malam-malam yang kita lalui.
Saudaraku,
Oleh itu, simbahlah hatimu, siramlah jiwamu dan tumpahkanlah nuranimu dengan limpahan kasih-sayang dan rasa cinta kepada Allah, Pencipta Agung langit dan bumi.
Biar rasa cinta dan sayang itu membelah kegelapan hati kita dengan suluhan cahaya dan hidayah daripada Rabbi.
Mari kita jalankan hak ini. Berilah makan kepada rohani. Kerana jasad kita cuma sangkar. Adapun yang hidup adalah ruh di dalam jasad itu sendiri.
Dekatkanlah diri kita dengan Allah dengan merasai kehadirannya bersama kita. Rasailah betapa sayangnya Allah kepada kita semua.
Allah, kasihNya tidak bertepi. SayangNya tiada ganti di langit dan bumi. Ayuh, kita bersihkan hati ini!
Allah berfirman,
"Wajiblah cintaku kepada orang-orang yang berkasih-sayang kerana Ku" (hadis Qudsi)
Pada post sebelum ini, pernah saya menyentuh tentang berdakwah melalui filem atau drama. Hari ini, saya kembali lagi dengan isu itu. Bukan untuk mensensasikan, sekadar cuba meluruskan fikiran dengan meluahkan.
Apabila sesebuah filem/drama hendak diangkat menjadi medium baru dalam berdakwah, orang sibuk membangkitkan soal pemilihan artis yang tidak Islami, tentang halal haram pergaulan pelakon-pelakon berlainan gender dan sebagainya. Untuk lebih jelas, mari kita telusuri serabut minda kita ini dengan meng 'highlightkan' points yang mungkin menjadi persoalan buat kita yang selalu ingin berfikir.
1) Bolehkah pelakon-pelakon perempuan yang tidak menutup aurat membintangi filem-filem sebegini?
2) Bolehkan para pelakon bergaul bebas walaupun melanggar syariat Islam dalam lakonan mereka? - ie: Pelakon berlagak macam laki bini, yang berlakon jadi kekasih peluk sana, pegang sini, usap sana, belai sini, etc-etc.
>>>Kita kadang keliru, filem yang membawa mesej Islam, tapi dalam masa yang sama violate hukum Islam. Itu sahaja.
Namun, begitupun kita cuba mempersoalkan perkara-perkara ini, eloklah kita kembali berpijak di bumi nyata. Kembali sedar akan realiti kita pada hari ini. Kita tidak punya pilihan. Kalau dengan filem atau drama itu kita lihat mempunyai potensi besar untuk menyentuh seberapa ramai hati mad'u di luar sana, maka kita tidak ada pilihan melainkan melebarkan sayap dakwah menerusi filem-filem atau drama TV. Tambahan pula, buat masa ini, bukan kita yang berhak sepenuhnya terhadap filem-filem itu. Maksudnya, dalam pada hendak menjayakan sesebuah cerita seperti ini, kita masih perlu berurusan dengan orang lain juga yang mngkin masih belum faham tentang Islam. Contohnya, bukan kita yang berhak memilih barisan pelakon, bukan kita yang berhak mengarahkan drama-drama atau filem-filem ini. Lainlah cerita kalau orang-orang kita pun sudah jadi orang kuat pembuat filem. (Ada kot, mungkin tak ramai)
Lagi satu, kalaupun barisan pelakon yang dipilih itu menutup aurat, atau dikehendaki menutup aurat dalam lakonan mereka, kita tidak akan dapat mengelak babak-babak mesra dalam sesebuah filem, ie: isteri cium tangan suami sebelum pergi kerja. Atau kita juga tidak dapat mengelak apabila ada watak seperti gadis bohsia yang memerlukan pelakon wanita menjadi pelakon yang seksi, lepas laku dan liar.Apakah logik watak sebegini dilakonkan oleh seorang gadis manis yang menutup aurat?
>>>Yee...mungkin ada yang akan mencadangkan begini; "so, kalau macam tu, kita ambillah pelakon bukan Islam untuk berlakon watak macam tu, dorang kan dah tak dikira kalau buka aurat." Hmmm....cadangan menarik. Tapi, sedarkah kita matlamat sebenar kita mempersoalkan hal ini? Kita mempersoalkan tentang dosa pahala! Sedar atau tidak siapa-siapa pun pelakon itu, mata siapa juga yang akan menonton filem itu kalau bukan mata kita?
Kalau nak bercakap pasal dosa pahala, mata kita dulu yang kena jaga. Allah kan dah pesan supaya jaga pandangan mata kita. Lupa?
>>Kita terlalu banyak bertanyakan soalan-soalan yang saya kira kita sendiri keliru dan kabur untuk menjawabnya. Sukar dijelaskan kerana persoalan boleh @ tidak, halal @haram, dosa @ tidak ini sebenarnya tidak ada istilah noktah. Lagi ditanya, lagi rumit untuk menjawabnya.
Dan saya yakin, jika kita terus bertanya persoalan-persoalan ini, tidak mustahil titik jawapan yang akan kita temui adalah hanya semudah, " Tutup je terus TV tu...."
Sebab apa saya berkata begini? Kerana, sesebuah produksi yang menghasilkan filem/drama yang membawa ruh dakwah bersamanya sekurang-kurangnya sudah menjalankan satu tanggungjawab mereka terhadap Allah iaitu menyampaikan dakwah dengan cara yang mereka mampu. Daripada mengeluarkan movie2 lagho, mereka telah melahirkan movie2 yang menyentuh hati dan sesuai menjadi santapan rohani.
Tetapi kita? Pernahkah bertanya pada diri? Apakah yang telah kita sumbangkan pada agama Islam tercinta ini? Pada dakwah dan tarbiyyah yang kita dakwa medan kita berbakti saban hari? Kita kadang-kadang terlalu banyak menganalisa dan mengkomplen kerja-kerja orang. Di mata kita semua tak kena. Itu salah, ini ralat, itu tak betul ini tak tepat. Macam-macam.
Tanya balik diri. Kalau betul kita peduli tentang dosa pandangan mata melihat wanita yang membuka aurat, melihat maksiat terang-terangan di kaca televisyen (yang mana semuanya jadi halal di depan kamera), dan suara-suara wanita yang menyanyi mendayu-dayu, kita pasti tidak kuasa pun untuk menekan butang "ON" pada TV.
Kerana di TV itu 90% adalah suapan tarbiyyah jahiliyyah. Iklan-iklan shampoo, iklan-iklan menguruskan badan serta iklan-iklan kosmetik, semuanya mempamerkan segenap batang tubuh wanita. Kalau boleh saya tanya, berapa banyak sangat program2 TV yang tidak melalaikan?
Dan dalam keadaan kita yang samar beginipun kita masih sibuk mempersoalkan filem-filem dakwah. Ya, saya tahu, niat kita murni. Persoalan sebegitu timbul kerana niatnya hendak mencerahkan yang kelabu, hendak membetulkan yang ragu.
Namun berbaliklah kepada realiti, sekurang-kurangnya buat masa ini. Sedarlah bahawa bukan semua perkara di tangan kita. Bukan semua perkara kita boleh handle. Lagipun, adakah kita sudah menyediakn alternatif kepada persoalan-persoalan kita?
Maksud saya, kalau pelakon yang tidak menutup aurat itu masalahnya, adakah kita sudah sediakan ukhti-ukhti kita yang menutup aurat supaya berlakon? (ops, boleh ke? Nanti timbul isu lain pulak...) Kalau soal pergaulan bebas dalam lakonan itu yang mengganggu hati kita, adakah kita sudah menyediakan garis panduan untuk pelakon-pelakon drama Islami bagi mereka ikuti? Hmm..apa-apa la kan. Cumanya , apa yang ingin saya sampaikan ialah, jangan kita sekadar bertanya dan menimbulkan persoalan tanpa jawapan. Sediakan alternatif sebelum komplen itu ini dan jangan lupa selalu cermin-cermin diri. Orang lain sudah terbang ke langit biru. Takkan kita masih melukut di tepi gantang, menunggu bulan jatuh ke riba. Do something, be somebody. Ok, salam sayang dari saya yang baru habis exam. yippeee!!
Salam alaik sahabat muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah.
Toyyib, tajuk kita pada hari ini ialah berkenaan ‘Cinta Jalanan’. Apa dia cinta jalanan ni? Camana rupa dia? Hehe...
Sahabat-sahabat, let us be clear. Cinta dalam dunia ni hanya ada 2 je. Cinta Allah dan Cinta manusia. Kata yang sama, tapi berbeza pada makna. Cinta Allah akan membawa ke syurga, sebaliknya cinta manusia kalau tak kena cara, boleh membawa ke neraka.
Cinta jalanan yang ingin saya kongsikan hari ini adalah cebisan kisah benar yang memang benar-benar berlaku. (betul,saya tak tipu!)
Kisah satu:
Lokasi: Jalan raya
Johari (bukan nama sebenar) membonceng motosikal beliau dengan penuh berhemah dan berhati-hati. Di hadapan beliau kelihatan ada sebuah motosikal dan kereta yang juga dipandu dalam keadaan stabil dan normal. Johari langsung tidak menyangka apa-apa akan berlaku pada hari itu. Namun tiba-tiba, malang tidak berbau.
Motosikal dihadapannya memberi signal mengejut untuk membelok , Johari yang sedang membonceng santai itu terperanjat lalu cuba mengawal motosikalnya daripada terlanggar motosikal si gadis sunti dihadapannya. Malang buat Johari, motosikalnya terlanggar kereta di hadapan tadi dan beliau langsung tercampak dari motosikal dan tersungkur di tengah jalan raya.
Si gadis sunti kaget. Mujurlah kecederaan yang Johari alami hanya luka-luka ringan dan motosikalnya tidaklah cedera teruk sepertimana kereta yang beliau langgar. Atas budi bicara dengan pemilik kereta, Johari dan gadis belasan tahun itu berpakat untuk sama-sama membayar ganti rugi.
Selepas kejadian itu, Johari yang sudah beristeri dan beranak dua itu pun pulang ke rumah beliau. Walau bagaimanapun, beberapa hari kemudian....
Bip....bip....
“mesej masuk”
Johari: Eh,sape pulak ni? Hmm..bukak je lah.
Setelah membaca bait-bait mesej yang tertera di handphonenya beliau langsung tidak dapat menahan ketawa. Isterinya juga begitu. Gelak mereka pecah berderai. Mana tidaknya, mesej itu dihantar oleh gadis yang Johari jumpa di tepi jalan tempoh hari.Mesejnya berbunyi;
Ulasan saya: Oppss.... apekah???Haha...lawak la budak perempuan ni. Ada ke patut first mesejnya begitu?Astaghfirullah...(despreto de amor. =P )
Kisah dua:
Lokasi: New Walk, Leicester, United Kingdom
“Hmm...petang-petang begini besnyer jalan sorang-sorang...Ambil angin di musim bunga. Damai.”, Monolog hati kecil saya.
Saya memang berniat hendak bersendirian pada hari itu. Memandangkan semua orang tengah sibuk membuat persediaan untuk peperiksaan, saya memang tidak mahu mengganggu sesiapa dan tidak mahu menyusahkan sesiapa untuk menemani saya ke town.
Suasana di town pada hari itu tidaklah terlalu sibuk walaupun bank holiday. Mungkin ramai orang yang mengambil peluang untuk berehat-rehat di rumah agaknya.
Lantaran semua kedai tutup seawall jam 5 petang pada hari itu, saya tidak sempat membeli apa-apa kecuali 2 bungkus Maryland Fried Chicken.=) Nyum...nyum....
Saya pun menikmati Maryland sambil berjalan-jalan menikmati ketenangan petang itu di New Walk. Tiba-tiba, seorang lelaki (bukan Melayu dan bukan Local) menyapa saya,
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Saya menjawab seadanya kerana kononnya menghormati budaya di sini yang suka greet orang bila jumpa.
“Are you a Muslim?” Tiba-tiba dia bertanya soalan yang tak logic pun untuk ditanya.
(Eh, apa mamat ni.Dah sah-sah aku pakai tudung, memang la aku Muslim.)
“Oh,yea..I’m a Muslim”, kata saya sambil tersenyum kelat.
“Can you read Al-Quran?”
“Sure. I can read Quran.”
“Great... I can read it too!” (Dalam hati; “eh, aku tak tanya pon. Apasal mamat ni.”)
“Where are you going?”
“I’m going home. Oh, erm... I’m going this way then. So, see you later.” Cepat-cepat saya membelok pada selekoh untuk keluar dari New Walk.”
“ No no,it’s ok. I’m going to Morrison actually. I can walk with you.”
“Haa??? Oh, really...”
(Ya Allah..buang tebiat ke jantan nih....entah sapa2 la dia ni. Dah la jumpa tepi jalan. Nak mesra-mesra alam pulak... Haih..Kalau orang Melayu dah lama kena lecture kat aku neh. Panass...Tapi masih cuba reconsider....)
“So, where do you come from?”
“Oh, I’m from Malaysia.”
“Are you Leicester University student?”
“Ah,yea...” Sepatah dia tanya,sepatah saya jawab.
“How old are you then.”
“I’m 21.”
“Ahh..I’m 24...So, if you want someone to talk to in the weekend, erm, why not you give me your phone number, so that I can contact you. Well, I can cook for you and we will have a great time together,ok?”
“haa???” Mata aku bulat memandang kat dia. Apa punya tak de adab la mamat ni. Dia ingat saya ni sapa. Sesuka hati mak bapak dia je. Ok, takpe, mungkin sebab dia duk kat negara omputih, so, that’s why dia bercakap sebebas ni. Sabar didi.... Behave...
“Oh..no..thanks...” Rasanya muka saya dah jadi empat segi kot. Sabar je la dengan orang macam ni. Ikut hati nak je saya silat mamat ni. Ya Allah cepatkanlah perjalananku ini biar cepat sampai ke Opal Court. (My hostel)
“Erm...so, do your people in your country prefer to have a boyfriend?”
(Ya Allah..soalan ape ni?Perlu ke?..)
“Ohhh..it depends actually. Some of them do have boyfriends but....” Tak sempat saya habis cakap, tiba-tiba dia memintas.
“How about you? Do you have a boyfriend?”
“Ohhh...hmm...”
“Come on, don’t be shy, it’s free ok!”
Free kepala hotak dia. Nak je saya lempang dia ni. Dah la ikut orang tak memasal. Ish, rimas!!!
“Well...as you know, having a relationship before you get married is HARAM in Islam. Don’t you know that?”
“err....emm...yea..I know.. I know..It’s wrong yea...”Senyap.Diam. Sepi. Berjalan tanpa bunyi. Huh,padan muka! Kan dah kena sebijik.Tanya lagi!
“But how can you get married before knowing each other first? We must be friends so that we know whether we’re suitable or not.”
“Yeaa.....but,can you makesure that you won’t divorce if you know each other before marriage?”
“Oh...” Senyap lagi. Huh, wahai makhluk asing, boleh tak jangan ikut aku??? Dalam hati menjerit, cepatla sampai Opal!! Tak selesa!!!
“But my mom and my dad and my sisters and my brothers too.They got to know each other first before they married and they never divorce. Instead, they love each other. Well you know,, it’s just a shame if you divorce your wife after you marry her.”
“Oh yea...your family must be a happy family. Alhamdulillah..But it’s your family. What about others outside there?” Compare ngan family dia pulak...Tak nak mengalah lagi dia ni. Ya Allah, langkah kaki ku ayun laju.
“Hmm...well, can we meet in the weekend? Erm, I’ll bring you to my house and I cook for you. It’s fun. Let’s be friend. I live in a house with my two friends. You can meet them too.”
Memang tak reti bahasa la mamat ni.
“No, I’m not used to it. Sorry. I can’t. I don’t want.”
“Why not?”
Senyap. Saya malas nak menjawab lagi dah dengan mamat tiga suku ni. Ya Allah, tinggal beberapa meter je lagi untuk sampai ke pintu pagar hostel.Banyak-banyakkan selawat!
“Hmm..well..ok..it’s your decision.I don’t want to force you. It’s free. It’s yours to choose. But, I want you to know that I really like you and I want to be friend with you. I understand that it’s wrong in Islam but maybe after we know each other, we can plan to marry then.”
Uweekkkkkkkkkkkkkkk...Nak Muntahhhhhhhhh....
“Oh, thanks for understanding. Sorry. I’m home. I must go first.”
Alhamdulillah, akhirnya pagar hostel depan mata aku.
“Oh, yea...Hmm...ok then,bye,see you later.”
“See you. Assalamualaikum.”
Salam terakhir untuk engkau mamat cipan. Huh,lepas tu, terus saya berlari masuk blok. Dan cepat-cepat buka pintu dan masuk bilik.Uwaaaaaaaaa.....fobia dah jalan sorang-sorang....Ingat nak bersendiri. Ambik angin kononnya.Sekali everything turns upside down.Huhuuu...
Apapun, peristiwa meloyakan ni buat saya terfikir sesuatu.
Cinta manusia yang bernama lelaki jalanan ni memang bersepah kat tepi jalan. Senang je nak dapat.Tak de nilai!!
Bodohlah sesiapa yang menukar kasih Allah dengan cinta kera makhluk bernama manusia. Huh, dia ingat perempuan ni barang mainan ke huh??Jumpa tepi jalan, ajak jadi kawan, pastu angkut pergi rumah dia? Senang je eh. Maaflah, saya bukan jenis begitu. I live with an honour and dignity. And Islam is my pride. Bak kata senior saya "We ourselves sometimes take for granted that we were given life as Muslims, who have strong faith and iman. Faith and Islam; they are what guide us, they are the tool we weigh our decisions with, and they are the light that shine our life like a torch and bring us to the right path."
O you who believe! If you obey and fear Allah, He will grant you furqan [(a criterion to judge between right and wrong), or (Makhraj, i.e. a way for you to get out from every difficulty)], and will expiate for you your sins, and forgive you; and Allah is the Owner of the Great Bounty. [8:29]
Berdasarkan kedua-dua kisah tadi, ada satu perasaan mengalir begitu sahaja di dalam hati saya. Perasaan runsing!! Risau dengan kebebasan manusia yang tak kena tempat. Entah di mana sifat malu dicampak mereka. Sudah tidak ada lagi hijab di hati mereka. Sedih, sedih dengan nilai-nilai sekularisme yang nyata ini.
Pesanan saya buat adik-adik perempuan di luar sana:
-Janganlah kalian menggugurkan martabat yang telah dianugerahkan Allah kepada kita. Jangan jadi epal yang luruh, tapi jadilah epal segar yang tempatnya nun di puncak pokok. Biar pemetik terbaik sahaja yang berjaya memetik kita.
-Jangan berjalan seorang diri. Bahaya. Sebenarnya, seorang muslimah itu tidak boleh berjalan seorang diri tanpa mahram yang menemani. Hmm..jangan ikut macam saya ya. Peliharalah diri kita, maruah kita dan agama kita. Lain kali kalau nak ke mana-mana biarlah berteman!
Ok, saya rasa itu je kot nak kongsi hari ni. Kepada para pembaca, doakan saya dapat jawab final exam dengan baik ye.Esok last paper,hoorey!!!!
Skop berdakwah adalah luas dan mempunyai pelbagai cara dan kreativiti. Asalkan ianya disampaikan ikhlas dari hati yang bersih, maka tidak kisah sarana apapun yang kita guna semuanya menuju matlamat yang sama insya Allah. Sama ada memanfaatkan blog sebagai medan dakwah, atau menjadi penulis novel Islami, atau mewujudkan rancangan seperti Al-Kuliyyah di TV, atau menjadi penceramah bebas di sana sini, atau memperjuangkan Islam melalui nasyid seperti kumpulan Rabbani, kita boleh memilih mana-mana sahaja cara yang kita rasa kita mampu menyumbang kepada Islam.
Hmm..Banyak rupanya benda yang boleh kita buat, kan? Tetapi ada satu senario yang sudah lama saya perhatikan dan fikirkan. Soal berdakwah melalui filem atau drama. Dari suatu sudut, saya berasa sangat gembira kerana sudah banyak filem yang berunsurkan dakwah dan tarbiyyah telah dihasilkan. Namun, dari sudut yang lain ada sesuatu yang selalu saya fikir-fikirkan.
Dalam sesebuah filem yang ingin mengangkat mesej Islam, saya terkadang terfikir suatu perkara. Bagaimana sesebuah filem itu bisa menyampaikan mesej Islam, tetapi dalam masa yang sama, pelakon-pelakon terutamanya yang melakonkan watak Hero dan Heroin, bergaul sesuka hati walaupun bukan muhrim. Contohnya apabila mereka melakonkan watak suami isteri yang mesra. Mereka akan beraksi seolah-olah mereka adalah suami isteri yang sesungguhnya. Berpegang tangan, berpeluk pinggang, dan ringan-ringan di dalam filem/drama yang membawa mesej dakwah. Hmmm....boleh ke? Maksud saya, ia seolah-olah mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan.
Hmm...ini cuma sekadar buah fikiran. Mungkin saya terlalu berfikir jauh. Mungkin lain orang lain cara berfikir. Ada ramai yang menyokong filem-filem sebegini kerana boleh menginsafkan dan setidak-tidaknya mengetuk juga hati-hati orang yang ingin tersentuh. Saya amat bersyukur kalau ada hati-hati yang hidup di luar sana tersentuh dengan filem-filem seperti Laskar Pelangi, Ayat-ayat Cinta,Kun Fayakun, Sang Murobbi dan tak ketinggalan drama-drama Melayu seperti Khafi, Air Mata Rajie, Tetamu Allah dan sebagainya. Alhamdulillah...
Cumanya saya sekadar terfikir sendiri, bolehkah begitu? Pelakon yang bukan muhrim selamba je mix together and touch each other like nothing wrong with that.hmmm...Sedang dalam berfikir inipun saya sedar, pelakon-pelakon itu adalah orang biasa-biasa je.Maksudnya ada yang bukan dari kalangan yang faham. Tetapi, bukankah bila kita berbuat begitu seolah-olah menghalalkan yang haram di hadapan kamera???
Hatiku bulat. Tekad. Memang ini yang kuperlu. USRAH!!Sebuah mesej kutaip laju.
"Salam akak.Kak Nurul, dd nak masuk usrah akak boleh?"
###sending.....###
###sent###
Tak sangka, dah send. Hatiku berdebar menunggu balasan penuh harap daripada seorang murobbi yang amat kusanjungi, Ukhti Nurul Adni Adnan.
Bip...Bip....
Mesej masuk. Seram sejuk tangan ni nak buka mesej kak Nurul. Tapi kukuatkan juga hati dan mataku terpaku pada sebuah mesej yang berbunyi;
"Wslm...Boleh dik. Tapi ada dua syarat. Syaratnya ialah didi kena istiqamah dan mahu berubah."
Ya Allah,riangnya hatiku ketika itu hanya tuhan yang tahu. Soal syarat tak syarat kutolak ke tepi,yang penting aku diterima. Syukur, Alhamdulillah...Aku belum terlambat! Azam untuk berubah kusemat padu di dalam hati.
Itu kisah setahun yang lalu. Sewaktu musim cuti sekolah semester ketiga, aku duduk termenung panjang di rumah memikirkan tentang ini.Entah kenapa hatiku bagai diseru-seru untuk menyertai usrah. Dan dalam kepalaku saat itu cuma seorang, Kak Nurul! Hanya dia yang kuharap dapat membimbing hidupku.
Akak, saat ini, air mata didi menitis laju. Benar kak, masa dan jarak memisahkan kita. Tapi hati kita tak pernah terpisah. Walaupun didi sekarang kat UK dan melalui hidup baru sebagai mahasiswi, didi tak pernah lupakan akak. Takkan pernah sekali-kali kak. Didi kenal akak masa semester satu di INTEC. Masih didi ingat, masa tu kita sama-sama mengikuti program SEMPOI dan mulai saat itu, didi dah mula jatuh cinta dengan akak. Setiap nasihat dan kata-kata akak.entah kenapa mudah je masuk dalam hati didi kak. Didi kenal akak dari akak bujang, single, anak dara, sampailah sekarang, akak dah berumah tangga.
Kak Nurul kusayang,
Mungkin memang kita sudah dijodohkan untuk bertemu. Walaupun pada mulanya didi sungguh ego dan menolak usrah, tapi akhirnya didi kalah. Didi tersungkur pada kebenaran yang akak seru. Allah sayangkan didi kak. Waktu family didi terumbang-ambing,kucar-kacir, akaklah satu-satunya orang yang sentiasa disisi didi. Memberi semangat dan menguatkan hati didi.
Yang mengingatkan didi bagaimana kasih-sayang yang Allah kurniakan itu berseni. Akak pegang tangan didi saat didi dah rasa tak de sape-sape dah masa tu. Akak, didi takkan lupa saat kita jalan sama-sama menuju ke masjid Al-Hidayah, akak pesan pada didi, jadilah wanita solehah. Allah sayang didi dan keluarga didi, sebab tu Dia beri ujian. Dia tahu kami kuat dan Dia yakin kami boleh melaluinya. Akak...terima kasih kak...
Kalau nak dihitung, banyak kenangan kita bersama kak. Ingat tak,masa didi suffer sakit perut sampai terguling-guling kat umah akak, akak temankan didi sambil bacakan ayat suci Al-Quran sampai didi tertidur. Tenang sangat masa dengar akak baca Quran. Sakit pun beransur hilang.
Akak, sekarang didi dah hampir setahun belajar di UK tapi aura hati kita masih kuat kan=) Akak macam tahu-tahu je kalau didi tengah down ke apa. Tadi didi terima mesej akak lagi, sweet sangat akak tulis,
"Adikku sayang, masa dan jarak memisahkan kita di dunia....Moga kelak kita tak terpisah di antara syurga dan neraka.Doakan diriku dalam tahajudmu..Jagalah Allah,niscaya Dia menjagamu..."
Thank sangat akak.. Jazakillah...Semoga suatu hari nanti kita akan jumpa lagi,Insya Allah...
**Sesungguhnya, akaklah orang pertama yang mendidik saya dengan hati dan menunjukkan saya teladan yang baik. Jasamu tidak terhingga murobbiku....Semoga Allah membalasmu dengan syurga yang dijanjikanNya..Ameen...
I AM nobody and still learn how to be somebody for I'm just a Didie...This is my secret playground, but it opens to anybody. You can leave your comments and share your thoughts here if you want to.Sharing is Caring.=)
Bertaqwalah kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.