Semoga semuanya sihat sejahtera dan senyum-senyum selalu. Buat yang sedang mulut memuncung je tu, jom, kita belajar-belajar senyum. Kalau orang kampung saya, mereka suka sebut, "smile....!"
*sambil giggle* hihi. Ok2, gurau je..:)
*sambil giggle* hihi. Ok2, gurau je..:)
Sebenarnya, saya ada satu soalan nak tanya, pernah tak kita semua rasa penat bila kita buat sesuatu tu sebab orang lain? Contoh simple, macam senyum tadi.
Penat tak kalau senyum bukan dengan kehendak kita?
Enjoy tak senyum dalam terpaksa?
Haa...kalau saya tanya diri sendiri, mesti la jawapannya tak enjoy sama sekali! Sebab, mana boleh nak menjiwai watak yang kita tak terima dengan rela hati.Ye dak?:)
Jadi, macam tu juga dalam dakwah. Kalau siapa yang biasa dengan jalan ini, mereka tahulah bagaimana rasanya. Dalam jalan dakwah ini, kita selalu diajar untuk mengajak orang kepada Allah. Ajak adik-adik, kawan-kawan, ahli keluarga, sanak saudara semua satu batalion ikut jalan Allah. Dan dalam misi untuk mengajak itu, kita diajar untuk dakwah fardiyyah (DF) dengan mereka. Dakwah one by one kata orang putih.
Namun malangnya, ramai daei telah karam pada peringkat ini di mana mereka berasa down apabila DF mereka tidak membuahkan hasil ataupun tidak mendapat respon yang diharapkan daripada mad'u atau orang yang diajak itu.
Di sinilah timbulnya persoalan. Kenapa karam? Adakah kerana kita tidak enjoy melakukan DF lagi? Atau yang lebih tepat, adakah selama ini kita buat DF tu sebab orang suruh dan sebenarnya DF tu bukan akhlak kita pun? Bukan hidup kita pun?
Nah... bila kita senyum kepada mad'u, bila kita ziarah mad'u di rumahnya, bila kita tolong mad'u dalam masalahnya, bila kita belanja mad'u makan, adakah kita buat dengan seikhlas dan setulus hati? Ataukah kita masih punya sekelumit rasa untuk dibalas semula segala usaha kita itu hatta dengan sedikit respon terima kasih ?
Jika ya jawapannya, maka, ketahuilah! Ketahuilah! Ketahuilah! Ketika itulah anda sedang karam...Ketika itulah anda sedang terbenam...
Kerana, bak kata Ibnu Jauzi, "Kita akan menjadi sakit jiwa jika kita mengharapkan balasan dan ucapan terima kasih daripada orang lain."
Sebab itulah, jadikan DF dan Dakwah Tarbiyyah itu sebagai hidup kita. Berakhlak dengan akhlak daei. Senyum kerana kita memang suka senyum, bukan terpaksa senyum sebab nak tarik adik-adik. Bukan senyum sebab hari itu ada usrah. Bukan-bukan dan bukan!!!
Jadikan senyum itu akhlak, dan perkara-perkara lainnya itu sebagai amalan hidup agar dengan itu, kita tak lagi akan penat. Insya Allah. Saya menulis, kerana saya ingin mengingatkan diri sendiri. Dan sesiapa yang membaca dan berasa seperti terkait dan menemui faedah dalam tulisan ini, maka Alhamdulillah...
Semoga sama-sama saling mengingatkan. Apapun, hanya Allah lah yang akan menyatukan hati-hati kita semua.
Akhir kata, saya kongsikan kata-kata ini dengan anda;
"Buat sesuatu tu biarlah untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain, barulah kita takkan berasa penat. Jadikanlah ia akhlak, bukan kita menjadi seperti itu pada waktu-waktu tertentu dan atas sebab-sebab tertentu sahaja."
"Buat sesuatu tu biarlah untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain, barulah kita takkan berasa penat. Jadikanlah ia akhlak, bukan kita menjadi seperti itu pada waktu-waktu tertentu dan atas sebab-sebab tertentu sahaja."
Love you as always,
diDiE AiNoRi
0 comments:
Catat Ulasan