Sabtu, Ogos 23, 2008




Tak sangka rasanya,sedar tak sedar aku telah pun menamatkan pengajianku di INTEC.INTEC,sebuah pusat persediaan untuk pelajar yang akan ke luar negara ini banyak memberi inspirasi pada aku.Pelbagai kenangan tercipta di sini.(cheewah..tiba-tiba aku jadi syahdu bila mengingatkan INTEC...sesuatu yang jarang aku buat sebelum ni!)hehe...ntah..tula manusia kan..bila sesuatu tu berada kat depan mata,sikit pun kita tak hargai..tapi bila sumenya tinggal memori,barulah terhegeh-hegeh nak merindui...huhu...Ini boleh aku namakan sebagai ‘teori fitrah’.


O ya,berbalik kepada cerita kenangan 4 semester aku..hmm...jujurnya,aku amat menghargai setiap semester yang aku lalui di INTEC kerana selalu jer ada benda baru dalam hidup aku untuk setiap semester tu.Banyak yang aku belajar di sini.Malah,aku dapat merasakan setiap perubahan yang berlaku pada diri aku.Daripada seorang budak perempuan yang biasa-biasa je sampailah aku menjadi aku yang hari ini...Aku yang tidak senaif dan sejahil dulu...aku yang lebih mengerti akan hakikat sebuah kehidupan yang tidak semudah itu...serta semakin mengerti akan hakikat maruah peribadi sejati yang tidak semurah itu...

Kenangan suka,duka,manis,pahit,masam,masin,sumenye ada....tapi yang pasti,kenangan manis sentiasa mengiringi semester-semester yang aku lalui....Masa sem satu,aku rasa,aku ni agak kebudak-budakan...(perangai zaman sekolah masih terbawa-bawa) Aku akui,aku memang sorang gadis yang tidaklah begitu lemah-lembut seperti ‘gadis-gadis idaman’ yang lain...tapi aku yakin pada diri,setiap ciptaan Allah itu ada hikmahnya.Bukankah Allah itu Maha Adil.Dia tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.Setiap makhluk ciptaanNya pasti ada peranan mereka tersendiri.Bukankah Saiyidina Umar juga seorang yang kasar sedangkan Abu Bakar pula dijadikan Allah sebagai seorang yang lemah lembut pekertinya.Tetapi mereka tetap boleh bersatu atas nama Islam.

Jadi persoalannya di sini,kenapa tak Umar tu dijadikan lemah-lembut sifatnya seperti Abu Bakar?Mesti ada sebabnya,kan?Setiap apa yang Allah ciptakan tu dah ditentukan kelebihan mereka masing-masing.Macam aku jugak.Mungkin,pada orang yang tak mengenali diri aku,tentu saja mereka akan nampak kekurangan aku ni.Tapi,tak de la 24 jam aku macam tu kan...Siapa tahu perempuan yang kasar pada zahir mata memandang,sebenarnya memiliki hati yang jauh lebih lembut daripada perempuan yang zahirnya lemah –lembut.Siapa tahu perempuan yang nampak kasar tu jauh lebih sanggup berkorban untuk kebahagiaan orang lain tanpa memikirkan dirinya sendiri.kan?kan?kan? hehe..masuk bakul angkat sendiri la pulak aku ni...astaghfirullah...tazkiyatun Nafs!!!

*Uh,rasa cam melalut je lebih..abaikanlah perenggan kat atas ye....*


Sem satu...


Aku seolah-olah blur dengan persekitaran yang aneh di sekeliling aku ni...macam-macam gaya manusia yang aku jumpa.Lagipun,aku tidak tahu siapa yang patut aku contohi dan ikuti...Sikap siapa yang perlu aku teladani....Pendeknya,aku masih mencari diri sendiri masa tu...Nasib baiklah pengalaman lima tahun bersekolah asrama sedikit sebanyak membantu mengawal keseimbangan pertumbuhan aku di sini...(heh,macam tumbuh-tumbuhan lak aku ni...=)walau bagaimanapun, sesekali aku terjatuh dan tersungkur lantaran pusat graviti aku yang tak berapa seimbang.hehe... Mujurlah sentiasa ada bisikan-bisikan daripada Allah yang menyeru aku agar menetapkan iman di hati setiap kali aku mula menapak ke daerah yang tidak sepatutnya...
hu...:-)

Sem dua...



Aku mula serius study...Dah pandai pergi library..jadi ulat buku tak bertauliah lagi...hehe...aku mula cuba muhasabah diri...Sampai bila aku yang comel ni nak jadi macam kanak-kanak ribena lagi?Ya,aku mungkin serius study,tapi,aku langsung tak serius dengan kehidupan aku.Pokoknya,aku sentiasa fikirkan keseronokan..Setiap hari adalah untuk dinikmati sepuas-puasnya...Setiap hari adalah hari untuk mengukir kenangan terindah...Tidak pernah sekalipun terlintas di fikiran tentang kesusahan hidup yang bakal aku hadapi pada masa akan datang.Tak pernah terfikir tentang mati dan azab kubur.Tentang api neraka yang menyala-nyala...Kalaupun pernah,tak terserlah rasa gerun di hati...Mungkin cuak dan insaf seketika..kemudian,ketawa lagi...Yang aku tahu hanyalah enjoy sampai mati! Apapun,usaha setiap manusia sentiasa ada balasan yang setimpal daripada Rabbi...Maka,aku dapat apa yang aku buat...Aku lepas pointer dan aku really enjoy my life for almost the whole sem...walaupun masa cuti sem 2,aku telah menghabiskan berbaldi-baldi air mataku kerana seorang sahabat..huhu...(itu termasuk dalam kenangan yang paling pilu+pahit pernah aku lalui..




Sem tiga...


Sedikit demi sedikit...aku mula bertatih ke dunia baru...Dunia yang penuh dengan ketenangan,kedamaian dan pengisian kerohanian...kakak kesayanganku memainkan peranan secara langsung dalam mengheret aku masuk ke dimensi baru ini...Mata hatiku yang selama ini rabun dengan kesenangan hidup di dunia mula diterangi dengan kanta keimanan...echee...Lagipun kehadiran seorang ustaz bersama isterinya yang cantik jelita sedikit sebanyak berjaya mentarbiahkan diri aku ke arah menjadi insan yang lebih baik...akak usrah yang paling kusayangi juga sangat sabar melayan kerenah aku yang macam-macam ni...terima kasih semua...didi sayang kalian...walaupun penghijrahan ini terpaksa dibayar dengan air mata dan pengorbanan jiwa yang kadang-kadang amat menyeksakan,tapi sebenarnya,inilah ketenangan yang hakiki dan abadi...terima kasih kerana memahamkan didi dengan erti sebuah ISLAM....(huhu..rasa macam mualaf pun ade..=)


Sem tiga adalah sem yang paling tough bagi aku...aku tak sangka berhijrah ni tak semudah menyalakan mancis...Emosi aku kerap kali sensitif...Aku agak tertekan sebenarnya...Tetapi kukuatkan jua langkah yang sudah kumulakan...dengan keyakinan yang mantap bahawa Allah sentiasa ada di sisi...Aku terpaksa bekerja keras untuk mendalami sesuatu yang tidak pernah aku tahu sebelum ini...Aku tidak mahu lagi menjadi orang yang keliru antara kebenaran dan persekitaran...Aku cuba sedaya-upaya mengingati dan mengamalkan setiap pengetahuan baru yang aku pelajari.Tetapi tanpa aku sedari,aku telah kehilangan eksistensi diri sendiri lantaran terlalu cuba menyesuaikan diri dengan ‘environment baru’.. Aku telah menjadi Adilah yang beda....Yang pasti,aku masih dalam proses belajar dan memahami...


Lantaran tekanan perubahan yang cukup hebat ketika itu,pointer peperiksaanku agak jatuh sedikit.Subjek fizik bahkan jatuh merudum...Semua teori yang aku pelajari seolah-olah bertaburan.Oksigen dalam darah aku tak seimbang agaknya masa aku jawab fizik hari tu.Sampaikan soalan yang mudah pun,aku gagal menjawabnya dengan betul...Mujur Chemistry dan Maths belum sampai ke tahap kritikal....huh...kawalan emosi....tabah didi!! Aja Aja fighting!! itulah yang aku laung-laungkan dalam hati...walhal,bila aku sendiri,aku sedar aku taklah sekuat itu.....Sekali lagi aku membazirkan stok air mataku..uh..aku tak dapat nak menerima hakikat akan kegagalanku itu...cukup perit...terasa banyaknya dugaan dalam menempuh ‘jalan ini’....

Walau bagaimanapun,Alhamdulillah...selepas beberapa ketika,aku dijernihkan fikiran oleh Allah...dan aku membuat konklusi begini: “Tak kisahlah pointer jatuh sikit...ni cuma ujian daripada Allah.Tanda tarbiyyah berterusan daripadanya...ya,mungkin aku gagal exam kali ni,tapi sekurang-kurangnya,aku ditemukan Allah dengan insan-insan yang telah banyak mengubah corak fikrahku....Bukankah itu lebih berharga daripada sebuah result exam??Lagipun aku masih ada masa untuk memperbaikinya...”

Begitulah lebih kurang kata-kata semangat yang aku tiupkan ke dalam hatiku...pujuk diri sendiri..kawalan emosi lagi....hu....


Be-U-Teen memori yang masih basah...


*members Of Be-U-Teen

Walau bagaimanapun , Program Be-U-Teen anjuran bersama ALED dan CiTU banyak membentuk diri menjadi seorang pemimpin yang terpimpin...ya,bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang baik dan berwibawa...bak kata seorang sahabat yang aku hormati: “dipimpin untuk memimpin”....renung-renung balik,btol jugak apa yang dia kata..kita mesti sedia untuk dipimpin dan memimpin kerana sebagai manusia yang lemah ni kita memang perlu saling melengkapi antara satu sama lain,kan? Be-U-Teen,miss that programme much!sayang adik-adik dan sahabat-sahabat Be-U-Teen...thanks ustaz Ridha...banyak sabar dengan saya...banyak gak beri tunjuk ajar dengan sangat sabarnya...huhu...rindu Kak Arfah(isteri ustaz Ridha),Kak Wani,Kak Lin,Kak Jue dan akak2 yang lain...hope kita semua dapat berkumpul lagi di masa akan datang...


Sem 4...


Mula-mula,aku sangka segala-galanya sudah stable...Aku fikir mental dan fizikalku sudah bersedia dengan alam yang baru kutempuhi ini...Alam yang hanya ada satu jalan lurus tetapi penuh onak dan duri... Tetapi aku tidak setegar itu...Kadang-kadang,aku terasa fikrah macam ‘kami-kami’ ni sungguh asing di zaman moden kini..Kerap kali juga aku terasa seakan-akan aku invisible di depan sahabat-sahabatku sendiri...(especially di depan kawan-kawan lelaki)...Mungkin kerana sikap aku sendiri yang agak dingin dengan mereka semua.Ya,memang aku tak nafikan,setelah aku belajar tentang ikhtilat (pergaulan) antara ikwah dan akhowat (lelaki dan perempuan),aku jadi tidak semesra dulu...Tidak lagi bebas bertegur sapa dan beramah mesra...Bercakap hanya jika ada hal yang benar-benar penting...Ketahuilah,betapa sukarnya aku sepanjang waktu ini...Aku teringin seperti dulu...Tapi mana mungkin?Aku bukan lagi Adilah yang dulu...Aku sudah tahu banyak perkara...Aku tak lagi boleh sebebas dan sesuka hati seperti dulu...seperti ketika aku belum tahu apa-apa...Malah kini,aku menggalas satu misi besar...Dan yang lebih penting,aku kini sedar akan tugasku sebagai khalifah Allah...


Sejak aku tahu bahawa couple itu HARAM,aku jadi lebih berhati-hati dengan perasaan sendiri...Aku mengingatkan diri : “jodoh itu dipilihkan (oleh ALLAH),bukan kita yang memilih..” Kadang-kadang,aku rasa aku seolah-olah menipu diri sendiri...Aku tidak jujur dengan perasaan aku sendiri...Walaupun hati sangat sakit,tapi biarlah...aku yakin dengan janji Allah.surah an-nur:26,Allah berfirman,


“lelaki yang baik adalah utk perempuan yang baik,lelaki yang jahat adalah utk perempuan yang jahat”


Hmm...inilah harga yang perlu aku bayar utk sebuah penghijrahan ini....Aku sungguh bimbang kalau aku futur dan lupa tentang ini...Teringat nasihat Ustaz Rushdi yang amat mendamaikan di suatu pagi...katanya, “biasalah kalau futur...Zaman nabi dulu pun pernah terjadi perkara sebegini..Malah terjadi kepada sahabat yang sudah 13 tahun ditarbiah Nabi...Jadi,antum semua ni,kan belum sampai pun lagi 13 tahun....Ntah2 baru 2, 3 bulan dapat usrah,sudah merungut selalu futur...Jangan jadikan alasan futur untuk tidak berdakwah..Cepat-cepat banyakkan istighfar...”ustaz berkata sambil tersenyum tenang...hmm..Damailah hati...



Lagi,aku juga jadi lebih peka dengan busana yang aku pakai...Jika dulu,aku bebas berfesyen...Tetapi kini aku muncul dengan busana muslimah...Ketahuilah juga,bukan mudah untuk melakukan perubahan ini...Sangat berat nak terima teguran dan tazkirah daripada sahabat-sahabat..Mereka sebetulnya sungguh tegas dengan aku kali ini...Aku tidak salahkan mereka...Ya,aku bukan lagi adik-adik hingusan yang perlu dimanja-manja...Aku kini orang yang sudah mengenal usrah,daurah,dakwah, dan sebagainya....Jadi wajarlah teguran yang agak keras diberikan padaku.....Seminggu aku cuba mengkoreksi diri...Aku hampir demam menerima teguran demi teguran...Aku takut,kalau aku berubah kerana manusia,bukan kerana Allah...Jadi aku mengambil masa untuk berfikir semasak-masaknya...Akhirnya, Alhamdulillah...hatiku sedikit demi sedikit mula terbuka untuk mengenakan busana yang lebih sempurna dengan kehendak diri,bukan kerana rasa bersalah akibat teguran kanan dan kiri...


A level yang semakin menghampiri...


Tekanan mula dirasai sekali lagi...fokus Adilah!!
Aku sedaya upaya cuba menyeimbangkan hormon-hormon di dalam tubuhku agar aku tetap ceria walaupun dalam minggu exam...But Allah knows the best...Aku sekali lagi diuji..seperti biasa,ujian kesabaran daripada Allah...aku gaduh dengan seorang sahabat yang paling aku sayangi dan kagumi hanya gara-gara mazmumah yang bersarang di hatiku...aku memarahi diri sendiri.Uh,bagaimana aku boleh berjauh hati dengan sahabat sebaik dia??Kenapa tidak aku bersabar sedikit saja?uhuhu...Tekanan exam semakin menjadi-jadi...semua orang nafsi-nafsi...semuanya hendak menyediakan diri untuk exam yang penting ni.Akasia jadi sunyi sepi...Aku juga begitu..tak banyak bercakap dengan orang...Sebab mood aku benar-benar tak sesuai untuk beramah mesra waktu tu.Aku takut nanti,lain pula jadinya...Biarlah aku begini...Soalan-soalan past years aku telaah sungguh-sungguh...Moga A Level nanti dapat kuhadap dengan tenang dan tenteram...


Alhamdulillah..Perang dingin dan mogok muncung dengan sahabat tersayang sudah berakhir...Tak rugi aku turunkan ego...Hari seterusnya terasa semakin membahagiakan...=)...INTEC oh INTEC...bukan senang nak mantain emosi...Exam yang semakin hari semakin tough benar-benar menguji ketahanan rohani.Aku jadi muak menghadap buku-buku fizik.Rasa mual dan loya mula kembali..huh,sebijik macam orang baru nak pregnant pertama kali...huhu...Sehingga satu saat aku rasa macam nak get rid from INTEC!!Tak nak amek A level lagi....Tapi nasib baik Allah kurniakan kekuatan,kalau tak..hu...Setelah hampir sebulan bergelumang dengan buku,pen dan kertas,aku akhirnya berjaya menamatkan A level..Alangkah leganya! Ukhuwah dengan sahabat-sahabat ku bina kembali...Baru sedar yang aku sangat sayangkan mereka...

Ema,Yanie,Saedah,Fani,Nik,Husna,Syaza,Eng,Aishah,Ezzati,Nana,Sarah,Faizah,Moon,Aimi, dan ‘daq2 medic surau’ yang akan sentiasa aku rindui...Moga perjuangan ini tak terhenti di sini...

Konklusi

Jangan takut untuk menapak selangkah lagi...jangan segan menuju perubahan yang lebih baik dan pasti...Banggalah dengan cara hidup Islami...Tiada resipi kejayaan menghiasi..Tiada ramuan rahsia menemani...yang tinggal hanyalah kita sendiri...sama ada kita memilih yang ‘itu’ ataupun yang ‘ini’...jika kita yakin dengan diri sendiri,maka kita akan jadi manusia yang lebih hebat insya Allah...amek cermin,cermin-cerminkan diri anda...itulah rahsia orang yang berjaya...mereka melihat ke dalam cermin,dan apa yang mereka lihat adalah diri mereka sendiri...ingatlah satu pepatah: “yesterday is history,tomorrow is mystery,but today is gift”...so,let’s rise our daily life to its fullest!!


p/s: Sahabat-sahabat,aku bukanlah seorang insan yang kamil...maksum...tidak sama sekali...Jadi jangan kalian fikir aku tidak pernah berbuat salah setelah aku mengenali dakwah...Aku juga manusia biasa...Jadi aku mohon agar kalian sentiasa menasihati aku...Sesungguhnya,sahabat yang baik akan memberitahu kebenaran,bukan membenarkan apa yang dibuat oleh sahabatnya...wallahualam...

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.