Salam semua...
28 Julai lalu, saya dan akhowat Rusia serta beberapa adik yang akan fly ke England September ini telah pergi bercuti ke Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
Alhamdulillah, pengalaman cutinya 'amazing'!! Cap jempol gitu lho! hehe....
Walaupun cuma dua hari satu malam, namun ianya antara memori yang pasti terukir indah di hati. Best sangat-sangat.
Pulau yang cantik dengan pasir pantainya yang memutih, ditambah lagi dengan ombak yang menderu dan angin yang sepoi-sepoi bahasa menampar pipi dan mengibarkan tudung-tudung kami, Subhanallah! Hatta kamera yang tercanggih sekalipun tidak dapat mengalahkan apa yang dirakam mata kami.
Terlalu cantik!
Pengalaman ber 'snorkelling' juga pasti takkan saya lupakan. Keajaiban alam bawah laut yang seolah-olah suatu alam lain yang penuh misteri dan rahsia. Batu-batu karang dan ikan-ikan yang berwarna-warni dengan pelbagai bentuk dan jenis. Subhanallah...Tidak hairanlah ada manusia yang gilakan laut!
Memang menarik sungguh!
Ah, alam yang sentiasa memberiku inspirasi dan ketenangan hati. Membawa aku menyelami diri. Mencari apa mahuku selama ini. Mengkoreksi kelemahan diri, menginsafi, seterusnya mencari langkah memperbaiki.
Ah, aku anak muda. Sudah kucoretkan sebelum ini, tentang diriku yang bagaimana sebelum kukenal dakwah dan tarbiyyah.
Bukan mudah untuk kuterus thabat dalam jalan ini. Terkadang, pabila jemu menjengah di pintu hati, aku tertanya sendiri. Apa benar aku memilih jalan ini?
Dan ku masih ingat seorang teman yang kelelahan meluahkan rasa yang terbuku;
"Kenapa ey, kadang-kadang kita rasa rindu pada zaman jahiliyyah kita?"
Zapp!!
Luahan atau lebih tepat, persoalan yang dilontarkan oleh temanku itu bagai menghiris jiwaku sendiri. Kerana apa? Kerana rasa itu juga terkadang menggamit dan melambai-lambai dipinggir hati.
Astaghfirullah.
Memang bernafas di jiwa hamba ini bukan mudah. Tak pernah tak payah. Susah dan acap disulam kesah.
Aku manusia biasa. Banyak noda dan cela. Aku selalu buta. Pada mata dan rasa.
Berjuta kali aku berikrar mahu berubah. Berhijrah. Tapi setiap kali itu juga aku tersungkur di tengah jalan.
Imunisasi aku belum cukup teguh melawan bakteria jahiliyyah yang bagaikan membarah di dalam hati. Dan aku sering beralasan, aku butuh waktu. Aku butuh waktu untuk jadi jitu.
Tapi sampai bila? Aku semakin berusia. Aku tak mahu umurku sia-sia. Aku mahu umur yang berkat. Biar umur singkat tapi amalku padat.
Ah, mimpi deh aku barangkali!
Bisakah digapai awan di langit biru? Sedangkan tanganku panjangnya cuma sejengkal.
Ya Allah, jauh di sudut hati,
diri ini mahu merapat lagi,
mengadu di malam sepi,
hanya pada Engkau ya Rabbi.
Ya Allah, jauh di sudut hati,
aku mahu menjadi abdi,
yang berharap hanya pada Illahi,
tak langsung gentar pada cemuhan manusiawi.
Hmm...gagahlah wahai jiwa muda! jangan hanya lantang menyalak bukit. Jangan hanya mahu tunjuk jantan atau betina. Buktikan dengan amal.
Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Moga semangatmu membara api. Jangan jemu melawan yang namanya naluri. Jalan masih jauh lagi Didie!