Jumaat, Mei 27, 2011

Salam...
Apa khabar semua?
Harap Sihat walafiat.;-)

Saya? Acnes tak sembuh lagi, scars banyak lagi bertempek kat muka ni. Tapi saya dah tak muntah-muntah lagi dah sebab saya da berhenti makan antibiotik untuk acnes ni...*dalam hati, lantaklah, saya dah tak tahan muntah macam orang pregnant!*

Oye, hari ni, tak nak cakap pasal acnes. Tapi nak share tentang isu-isu semasa yang terjadi di Malaysia. Saya sebenarnya jarang suka mengulas isu di blog. Tapi, entahlah, hari ni berasa terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.

Sebagai rakyat Malaysia, orang muda pulak tu, saya memang tak tahan melihat situasi yang berlaku dalam negara sendiri. Bermula dengan penyebaran video seks secara berleluasa tanpa di bendung, sehinggalah kepada harga gula dan elektrik naik.Ya Allah...apa nak jadi dengan negara aku ni...

Entahlah, saya tak faham kenapa Malaysia mesti begini. Mengapakah permainan nya sekotor dan sejijik ini? Tidak bolehkah menjadi ketua atau pemimpin yang lebih matang? Saya tidak tuju kepada sesiapa secara spesifik. Anda makan aiskrim, andalah yang rasa manis.

Arghh..tahu tak saya rasa nak jerit kuat-kuat, "Tolong hentikan ini!!!"

Apa itu "ini"?

Rasuah, birokrasi, kroni, khianat dan sebagainya.

Tolonglahhhh....

Saya nak tanya, ke mana anda nak bawa duit-duit yang banyak tu? Tak ingat mati ke?

Ya Allah..sedar tak, ramai lagi rakyat yang menderita dan melarat di luar sana? Kenapa nasib mereka tidak dibela?Kenapa asyik suruh mereka berjimat-cermat sahaja sedangkan pemimpin-pemimpin bermewah-mewahan???

Argghhh..stressnyer bile geram.....

Kenapa setiap kali harga barang naik, rakyat yang kena berkorban?

Pemimpin, kamu ingat kamu siapa? Kamu, kami yang gaji taw!

Terkini, kisah Loji Nuklear Lynas. Saya masih tidak dapat mencari jawapan kukuh mengapa kerajaan sanggup meluluskan projek itu. Sedangkan kesannya penduduk yang pasti kena tanggung!!!

Kenapa pemimpin tak dahulukan rakyat?Kenapa?????

Tahu taksisa radioaktif itu sangat bahaya? Kalian boleh menjanjikan macam-macam. Operasinya selamat la, akan ada mesin kitar semula sebelum sisa dilepaskan la..and so on..Tapi what if berlaku kebocoran semasa operasi? Apa solusi kalian?Apa akan jadi kepada penduduk kampung yang tinggal hanya beberapa kilometer dari kawasan loji???Fikirkah kalian tentang mereka????

Kalian cuma fikirkan wang dan keuntungan kalian!!Kalian tamak!Kalian tak pernah dahulukan rakyat! Kalian memang pentingkan diri sendiri!!

Tolonglah kalian dengar suara hati kami sekali ini. Hentikan Lynas!Kalau kalian tak nak hemtikan penyebaran video lucah pun, kalian tolonglah ikut permintaan kami yang ini. Kami tak nak Lynas!!!Dengar tak?

Saya tak faham kenapa kalian susah sangat nak faham.Kalian ni kena bius dengan duit ke?Sampai dah lupa kisah Bukit Merah?

Ya Allah...Bukakanlah pintu hati mereka agar mereka menghentikan projek berbahya ini ya Allah, ameen...


Love my family and my country,
didie ainori

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.