Ahad, Julai 10, 2011

Salam semua.. Sudah agak lama juga saya meninggalkan blog ini menyepi. Dulu, ingat nak tinggal sekejap je atas alasan nak exam, so, nak study. Tapi, ni da lama dah habis exam, result pun dah dapat, namun, blogku masih dibiarkan berhabuk dan bersawang. Aduhai..Didie-Didie..Memang tak multitasking sungguh! Adoi~

Baiklah, berbalik kepada topik hari ni. Hmm..nak citer pasal apa eh? Apa yang tengah hot sekarang?Well...Apa lagi..BERSIH 2.0 la..

Apapun, jom layan gambar dulu...

Rakyat berbangsa India juga dilayan ganas oleh polis.

Antara muslimat yang join the rally. Salute!

Anwar yang cedera.

Wanita juga diperlakukan kasar. Cis!


Ada berani kata 4000 je yang datang BERSIH? Puluhan ribu beb....

Alhamdulillah...tamat sudah demonstrasi para pejuang keamanan negara semalam. Daripada sana, berbagai-bagai reaksi yang dapat kita saksikan. Bermula dari pemerintah yang lebih banyak guna skrip kosong daripada otak, polis dan FRU yang setia dengan gas pemedih mata dan pancuran airnya sehinggalah kepada para wartawan, jurugambar dan pendemo itu sendiri. Masing-masing beraksi dan masing-masing bekerja. Ya, bekerja keras menuju Allah taala semata-mata.

Biarpun para pendemo BERSIH 2.0 itu dikatakan sebagai penderhaka dan pendemo PATRIOT itu dilabelkan sebagai perwira bangsa oleh pemerintah, namun, itu semua tidak melunturkan semangat para pendemo BERSIH 2.0. Ya, buktinya, puluhan ribu pencinta keamanan semalam telah turun menyatakan pendirian mereka masing-masing.

Berlainan bangsa dan agama bukan lagi persoalan. Perhatian dan fokus kini hanya tertumpu kepada 8 tuntutan BERSIH 2.0 yang majoriti disepakati lapisan rakyat. Mahu tahu apa itu 8 tuntutan tersebut? Ini, di bawah saya senaraikan untuk kita teliti:

1. Bersihkan Senarai Undi

2. Mereformasikan Undi Pos

3. Gunakan Dakwat Kekal

4. Masa Kempen Minima 21 Hari

5. Akses Media Yang Bebas Dan Adil

6. Kukuhkan Institusi Awam

7. Hentikan Rasuah

8. Hentikan Politik Kotor

Yes, inilah dia! Apa kata anda yang bijak pandai setelah membaca dan menghalusi 8 tuntutan ini? Adakah anda rasa ianya tuntutan yang BERSIH lagi murni ataupun adakah ianya tuntutan yang kotor lagi berpotensi untuk menggugat keamanan negara?
 
Saya kira, secara peribadi, 8 tuntutan ini langsung tidak berbahaya kepada negara bahkan ianya akan menguntungkan semua pihak terutamanya rakyat yang hidup dalam negara berdemokrasi. 8 tuntutan ini  hanya menuntut ketelusan dan keadilan dalam pilihan raya umum dan tidak lebih dari itu!
 
Jadi, tang mana yang kata BERSIH ni nak menumbangkan kerajaan secara haram? Ce cite sikit....
 
Melainkanlah orang yang tidak sukakan keBERSIHan, dia pasti bimbang jika ada orang yang ingin memBERSIHkan kekotoran yang ada. Dia suka hidup dalam kekotoran dan tidak kisah bergelumang dengan najis!Oh, jijiknya orang seperti ini! Nauzubillah~
 
Sekitar menjelang BERSIH 2.0 semalam, saya lihat ada antara jaringan rakan-rakan saya di laman sosial Facebook yang tidak bersetuju dengan BERSIH. Ya, saya raikan perbezaan pendapat mereka. Namun, jika saya lihat semula pendirian-pendirian mereka ini, semuanya pendirian yang bersifat mementingkan diri sendiri dan pendirian yang dangkal tanpa isi!
 
Saya beri contoh. Antara yang mereka katakan ialah;
 
1)"Menyusahkan betollah BERSIH 2.0 ni! Aku nak keluar pun susah. Nak gi kenduri pun tak leh!"

2)Nape la mereka ni nak berdemo segala, bukankah ada jalan yang lebih aman dari berhimpun dan berarak?"

3)"Ikut la Si Ambiga tu! Kapir laknat!"

4)"Tak bersyukur langsung dengan kerajaan. Dahla kerajaan bagi duit biasiswa, lagi nak menentang kerajaan."

5) Dan seterusnya, seterusnya....
 
Buat yang berkata-kata begini, meh sini saya nak nasihat sikit. Nak dengar, dengar, tak nak dengar, sudah!
 
Jika anda tidak buta huruf dan tahu membaca, anda baca balik 8 tuntutan BERSIH 2.0 yang saya senaraikan tadi. Kemudian, saya nak tanya anda, ada ke tuntutan tu menyusahkan anda? Tak ada kan? Malah orang-orang yang bersengkang mata dan berusaha memperjuangkan tuntutan ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk kesenangan anda dan anak cucu anda juga di masa hadapan! *Lainlah kalau anda nak jadi pak turut dan rela diperhambakan seumur hidup!*
 
Yang berkata berhimpun tu haram dan tak aman, saya tegaskan di sini, di Malaysia ni tidak akan berlaku perubahan melainkan dengan datangnya gelombang secara besar-besaran. Pemerintah tidak akan sedar jika hanya beberapa orang wakil rakyat pergi dan serahkan memorandum. Mereka tidak akan anggap rakyat serius. Tapi, dengan berhimpun dan berdemo begini, barulah pemerintah akan sedar tahap SUPER SERIOUS rakyat dalam menginginkan keadilan dan ketelusan pilihan raya.
 
Tentang presiden BERSIH kali ini, Ambiga, saya tidak mahu mengulas lanjut, kerana ia satu topik lain yang memerlukan ulasan yang panjang. Cukuplah saya lampirkan sebuah link tentang persoalan ini dan anda baca sendiri. *Baca! Jangan tak baca!*  : MENGAPA AMBIGA?
 
Manakala buat yang berkata, tak bersyukur langsung dengan kerajaan tu, saya jemput la dengar ulamak kita kata apa:
 

Dan seterusnya, ko pikirla sendiri!

Bercakap jangan ikut sedap mulut. Ye..pakai fakta. Jangan pakai fakta dari risalah Utusan, tu sampah jer sumer.

Buat kajian sendiri, lihatlah debat dalam parlimen, bacalah akhbar-akhbar yang tidak berat sebelah seperti malaysiakini.com, malaysiaharmoni.com, themalaysianinsider.com, al-jazeera, BBC dan sebagainya. Jangan lupa membuat perbandingan antara berita arus perdana dan berita dari akhbar yang independent. Jangan lupa juga compare dengan berita di media UMNO. Kemudian, nilailah, buatlah keputusan, gunakan akal dan berhentilah dari bersifat keakuan dan ketidakpedulian. Berhenti berada dalam me-me world.

Ya, jadi..saya kira, begitu dulu buat masa ini. Bacalah! Bacalah dan berfikirlah! Kerana disebabkan sifat tidak membacalah penyakit aku-tidak-pedulisme semakin membarah dan penyakit 'bantai ajalah' semakin menjadi-jadi.

Sebelum saya berhenti, ingin saya berkongsi 2 buah video tribute untuk pejuang keamanan semalam dengan anda:






Sekian dulu. Assalam~

8 comments:

ecz emz berkata...

this is the democracy, malaysian style! H.A.H.A.

The Black Jubah berkata...

Assalamualikum Didie,
Just nak Didie fikirkan ini juga:

1000 ke 20,000 ke 50,000 ke yang hadir tidak semestinya melambangkan aspirasi seluruh rakyat Malaysia. Only 0.18% kalau ambik 50,000 yang keluar berhimpun out of 27.565 million.

Saya sendiri tidak mahu langgar undang-undang untuk memprotes against BERSIH 2.0.

Polis-polis itu semua hanya menjalankan tugas mereka, bukan setia ke tak setia. Mereka makan gaji dan wajib bagi mereka membawa rezki yang halal untuk isteri dan keluarga.

Hari Sabtu sepatutnya mereka bersantai bersama keluarga, sebaliknya mereka terpaksa bertugas demi KEAMANAN Negara.

Berhati-hatilah apabila berbuat baik dengan orang kafir. Jangan terpedaya dengan JANJI ibarat rumah gula-gula Hansel dan Gretel, luarnya nampak manis dan cantik, dalamnya terdapat "Wicked Witch".

The Black Jubah berkata...

Sedih teramat sedih apabila PAS (Tuan Hj Had Awang)sanggup bergabung dengan DAP hanya kerana dijanjikan pangkat PERDANA MENTERI jika Saudara Anwar didakwa.

Bayangkanlah jika ditakdirkan suami kita ialah seorang Polis. Orang lain duduk dalam kereta aircond sedangkan mereka berdiri di tengah jalan, panas dan berhabuk, terdedah kepada bahaya dilanggar, adakah kita akan kutuk suami kita sendiri, bapa atau abang kita hanya kerana mereka menjalankan tugas mereka?

Fikir-fikirlah.....mereka hanya mencari rezki yang HALAL....

dR.DidiE berkata...

Wslm the aunty (seingat saya aunty kan?hihi)

Jazakillah kerana sudi berkongsi pandangan, saya hargai dan saya raikan perbezaan cara kita melihat isu ini.

Masing-masing ada hak bersuara, ada hak untk meneliti dan ada hak untuk menilai, kerana itulah demokrasi:)

1)saya setuju bahawa kehadiran puluhan ribu peserta BERSIH tidak menggambarkan aspirasi seluruh rakyat Malaysia, namun begitu, kehadiran yang begitu besar dalam susah payah sekatan polis (yang saya kira kalau tiada sekatan dibuat, kehadiran mungkin dengan mudah mencecah jutaan), itu sudah cukup menunjukkan bahawa rakyat sangat serius menginginkan KEADILAN dalam PILIHAN RAYA.

by the way, topiknya adalah KEADILAN DAN KETELUSAN DALAM PILIHAN RAYA.

Sepatutnya, tiada isu tentang KEKACAUAN @ KETIDAKAMANAN diangkat di sini. *rujuk tuntutan BERSIH 2.0

2)Polis jalankan tugas?

Ya.Siapa kata polis sedang makan nasi.Memang mereka sedang bekerja. Namun, saya nak tanya, mengapa polis tanpa alasan yang kukuh sesuka hati menembak gas pemedih mata STRAIGHT, saya ulangi, STRAIGHT ke arah PUBLIC PEOPLE?????
Dan menyembur air STRAIGHT ke arah pendemo yang elok2 berhimpun???? Bukankah sepatutnya mereka tiada alasan untuk berbuat begitu? Dan kalaupun ada alasan, air itu sepatutnya dipancutkan ke udara. Gas pemedih mata jg begitu.

Saya malas nak cakap banyak, tengok video sendirilah supaya terang lagi bersuluh.

Apapun, saya bersangka baik, polis pun mungkin tak ingin berbuat begitu, mungkin mereka cuma dijadikan alat oleh pihak berkuasa.Mungkin mereka cuma mengikut arahan pihak berkuasa. Hmm..sendiri buat, sendiri jawablah di Sana~

3)Hari Sabtu pun hari minggu bagi semua orang aunty. Bukan hari minggu polis jer. Puluhan ribu yang berhimpun itupun sedang mengorbankan hari minggu mereka. Meninggalkan isteri, suami dan anak-anak mereka.

4)Saya bab terpedaya dengan kafir tu, saya bukan tak nak ambil langkah berhati2 aunty. Cumanya,saya rasa dah 50 tahun dah tertipu dengan orang ISLAM sendiri.Nak terpedaya ni, tak payah tunggu Kafir, Islam yang munafiq pun Rasulullah pesan supaya berhati-hati! *Rujuk surah Al-Munafiqun dalam A-Quran*

5) Bab haji hadi jadi PM tu, leh aunty lampirkan source.Teringin saya nak baca.:)

6)Suami polis?Wallahualam...Saya pun belum bersuami.Harap2nya Allah kurniakan yang terbaik buat saya sbb DIA lebih tahu.Kalaupun polis, saya harap, biarlah polis yang jelas fikrahnya.Wallahualam.

Seronok dapat baca point of view dari orang lain jugak.Peace!

dR.DidiE berkata...

Sorry, sebenarnya nak cakap , aunty the black jubah, tp typo jadi the aunty jer. ekekeke

The Black Jubah berkata...

Tengoklah orang muda sekarang, cakap baik-baik pun nak melatah. Didie tak kenal saya tapi Didie sanggup mengata saya. Adakah saya membuat serangan peribadi?

Cuba buka web site Persatuan Pengguna Islam..."Malay should know Ambiga"adakah mereka ini Islam Kafir juga?

dR.DidiE berkata...

Maaf kalau saya termengata aunty.Tapi bahagian mana ya?Mohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki~

The Black Jubah berkata...

Aunty pun nak mintak maaf kat Didie, munkin Aunty salah faham. Begitulah kita berbeza umur..memang berbeza pendapat. Orang muda macam Aunty muda2 dulu (tak kisah, nak panggil nenek pun boleh), senang terpengaruh.

Kalau Didie belum bukak blog PPIM, Datuk Ambiga pernah membawa kes Lina Joy ke mahkamah untuk membuang perkataan Islam di MyKad beliau.

Bab Munafiq ni, Rasulullah SAW sendiri tidak dapat mengenali orang munafiq ini kecuali dengan wahyu dari Allah SWT. Orang munafiq ini pakaian dia Islam, solat, puasa, zakat semua hebat tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu. Mereka berbuat demikian kerana sesuatu sebab atau kepentingan. Saya tak berani nak tuduh-tuduh orang munafiq atau kafir.

Pada hemat saya yang daif ini, orang Islam sekarang banyak yang JAHIL. Tidak berilmu dan tak mau berilmu, mereka sayang akan Islam tapi mereka sayang dunia lebih lagi.

Memang isu nya ialah BERSIH. Jika SPR kotor kenapa dia orang tak boleh buat sesuatu untuk dapatkan Kelantan? yang sudah sekian lama dibawah PAS?

Pada saya ini adalah isu untuk memecah belahkan umat Islam. Kita 50% kalau semua undi untuk orang Islam atau Melayu Malaysia milik kita. Bila kita berpecah jadi berapa? 20:30?, 25:25?, the Chinese +Indian+dll more than 30%+ yang diSabah Sarawak?

Lihat disebalik yang tersurat.

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.