Sebelum saya kenal apa itu usrah, saya adalah budak-budak nakal yang naif dan hanya inginkan keseronokan. Tidak sedar bahawa adanya saya di dunia ini dihantar oleh Allah, dipilih dan ditapis oleh Allah. Sedari saya kenal kakak-kakak yang baik ini, dimensi perspektif saya tentang dunia dan hidup berubah 180 darjah. Saya tidak kenal usrah dengan usrah. Tapi saya kenal usrah dengan ukhuwwah, dengan akhlak dan dengan personaliti seseorang ini, yang sehingga kini kekal istimewa di hati saya.
Ya, ketepikan dulu soal siapa personaliti itu. Sekarang ini saya tengah muhasabah diri. Oh, rupanya begitu saya kenal kelompok baik ini. Kenal bukan dengan usrah, tapi dengan akhlak mulia mereka. Astaghfirullah...Sungguh, saya pohon maaf buat semua yang pernah terguris dengan akhlak saya, yang hampir tidak merasa ukhuwwah pun setelah mengenali saya, saya pohon maaf sepenuh hati...Maafkan ya!
Yes, akhlak yang baik adalah pengenalan kepada hasil acuan yang baik. Dan hasil acuan yang baik itu tidak akan hadir tanpa proses-proses dan usaha-usaha pembentukan yang panjang masanya. Mungkinkah saya belum berjaya terbentuk menjadi lebih baik? Bagaimana 10 muwassofat tarbiyyah saya?
1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang shahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10.Bermanfaat pada orang lain
Adakah saya sudah mampu tick kesemuanya? Oh-oh...Jauh lagi...banyak lagi...
Usrah yang saya kenal dulu adalah melalui akhlak dan identiti seorang personaliti yang saya kagumi, yang membawa saya terjebak dalam kancah dakwah dan tarbiyyah ini. Yang mengenalkan saya tentang kepentingan nucleus usrah ini. Yang memimpin saya tanpa lelah dan jemu. Tapi kini, setelah pelbagai ranjau saya lalui, setelah pelbagai ujian saya hadapi, apakah saya masih saya?Atau telahkah saya berubah menjadi saya yang lebih baik?
Sudahkah saya lengkapkan yang sepuluh itu? Akhlak, penampilan, rohani, tutur kata, mimik muka dan segala-gala...Sudahkah saya jaga? Astaghfirullah..
Adakah selama ini saya berangan-angan sesuatu yang tidak pernah saya usahakan?Mengharap Allah membina syurga di akhirat sana buat saya, namun saya sendiri tidak berusaha pun membina akhlak2 mahmudah dalam diri.Oh!!
Didie,mari, lengkapkan dirimu dengan 10 muwassofat!!
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan