Jumaat, Mac 11, 2011

Salam semua...

Just nak share. Minggu ni minggu kedua last untuk Group Research Project (GREP) saya. Bermakna, minggu depan adalah minggu last dan minggu depan lagi satu adalah minggu untuk hantar report! Huh, lega...akhirnya, kegilaan hampir sampai ke garisan penamat. Tapi, yang menjadi kerisauan sekarang adalah, nak taip report. Waaa....Semoga Allah permudahkan. Well, tajuk GREP saya tahun ni adalah The Music Of Magnetosphere. Interesting, huh? *smile*

And, to make things more interesting, this week we all got Physics Challenge thingy which we just finished presenting it in the last few hours.  Basically, Physics Challenge ni akan ada 2 minggu sekali. Dan setiap kali tu juga kami akan lawan dengan group yang berlainan. Dan minggu ni kami lawan dengan group yang pandai gilerrrrrr.................*stress!*

Al-hasil, kami macam kalah je...Tapi, tak pe lah, 1 more Physics Challenge to go next two weeks. Doakan!

After habis Physics Challenge tadi saya terus je ikut my friend, ema , pergi jogging dengan budak-budak netball. Habis satu padang saya round, pueh hati!Sweat day~:-)

Skang saya depan laptop taip everything.haha..Ok la, nak gi solat maghrib dulu. Tata..Malam ni, berazam nak studyyyyyyyyyyyyyyy....Doakan jugaks!!

Love you as always,
diDie AiNoRi


Isnin, Mac 07, 2011

Salam semua...

Semoga semuanya ceria dan hebat selalu...

Saja nak cerita. Hari ni saya rasa sedih sangat. Saya tak tahu kenapa. Mungkin juga kerana sudah lama saya tak merasa sedih sebegini. Mungkin juga kerana sudah lama saya berpura-pura berhati kental. Mungkin juga kerana sudah lama saya berasa saya boleh handle everything. Mungkin dan mungkin juga kerana saya telah banyak melakukan dosa-dosa....T___T...

So, hari ini saya rasa macam nak menangis dan menangis puas-puas. Biar hilang semua tekanan yang saya rasa. Saya tahu, kebelakangan ini saya buat kerja ikut kepala saya je. Kurang fikir syurga neraka. Saya tahu, mesti Allah marah saya...


Hari ni saya nak biarkan diri saya merasakan betapa saya ni memang tak mampu nak buat apa-apa pun tanpa bantuan daripada Allah. Saya nak diri saya merasakan bahawa akal yang Allah anugerahkan kepada saya sangat cetek dan dangkal ilmunya jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah.

Saya tahu, selalu saya macam nak atur je apa yang akan terjadi dalam hidup saya. Saya minta Allah beri itu, beri ini. Sesuka hati saya je mengatur Allah. Ya, saya mengatur! Bukan meminta! Ya Allah..teruknya saya...

Kadang-kadang, bila saya fikir apa yang mungkin terjadi kepada saya pada masa hadapan, saya akan rasa stress sangat. Sebab apa? Sebab saya tak boleh fikir pun!! Sebab sebetulnya, saya tak tahu... Saya benar-benar tak tahu... Hakikatnya saya tak boleh memegang takdir saya sendiri! Ya, baru saya sedar, bukan saya yang mengatur kehidupan ini. Tapi yang mengatur adalah Allah!

Dan susunan Allah itu sangat-sangatlah hebat dan tak terjangkau oleh fikiran seorang manusia biasa seperti saya. Sebab itulah sekarang saya nak menangis je. Menangis puas-puas...

Ya Allah, sungguh aku hambaMu yang lemah. Aku tidak tahu apa aturanMu untukku ya Allah. Apakah aku akan menjadi manusia yang baik atau sebaliknya. Apa aku akan menjadi penghuni syurga atau neraka. Aku tidak tahu ya Allah... Sungguh, aku tidak tahu!! Maka suluhlah hidupku ya Allah. Suluhlah hidupku ke jalanMu yang benar. Tunjukkanlah kepadaku satu per satu apa yang telah kau catatkan untukku. Ampunkanlah segala dosa dan kejahilanku ya Allah. Ampunkanlah...Ameen...


Love you as always,
diDie AiNoRi

Ahad, Mac 06, 2011

Salam semua..

Semoga semuanya ceria dan hebat selalu.

Hari ini saja nak share tentang kajian tak rasmi saya berkaitan peribadi-peribadi  yang berjaya.

Ya, orang yang berjaya itu adalah orang yang berbuat sesuatu dalam diam.

Orang yang berjaya  itu biasanya orang yang berbuat sesuatu kerana passion yang dia ada dalam perkara tersebut.

Contohnya, orang yang suka memasak akan memasak dan memasak dan memasak sehinggalah dia pakar dalam bidang masakan.

Orang yang suka menyanyi akan menyanyi dan menyanyi dan menyanyi sehinggalah dia pakar dalam nyanyian.

Orang yang suka menulis akan menulis dan menulis dan menulis sehinggalah dia pakar dalam bidang penulisan.

Orang yang suka menjahit akan menjahit dan menjahit dan menjahit sehinggalah dia pakar dalam bidang jahitan.

Dan begitulah seterusnya dan seterusnya.

Satu lagi, orang yang berbuat sesuatu dengan passion ini lebih berjaya daripada orang yang berbuat sesuatu kerana manusia.

Orang yang berbuat sesuatu dengan passion ini biasanya akan menjadi peribadi yang diminta massa.

Orang yang berbuat sesuatu dengan passion ini biasanya dia tidak sedar yang dia telah berbuat sesuatu yang besar.

Orang yang berbuat sesuatu dengan passion ini biasanya akan menjadi peribadi yang menarik dan disenangi.

Dan biasanya juga orang yang berbuat sesuatu dengan passion ini akan melakukannya dengan sepenuh hati dan akan cuba melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan terbaik.

Ya, maka kesimpulannya, carilah di mana passion anda. Apa sebenarnya yang anda suka lakukan dalam hidup ini dan develop lah skill yang anda minat itu dengan penuh passion.

Ok, itu saja mahu berkongsi. Semoga saya dan anda, kita sama-sama akan bertemu passion kita dan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. All the best everybody! You are the best soul peeps! :-)

Ingat, Orang Berjaya itu Melakukan Apapun Sedaya Upaya!

Oh ya, seperti biasa, saya ada hadiah untuk anda. Inilah salah seorang yang saya kira peribadi yang hebat. Saksikan ya!


Love you as always,
diDie AiNoRi        

Sabtu, Mac 05, 2011

Salam buat sahabat-sahabat yang hatinya bersih dan sejuk.

Sekadar perkongsian. Semalam, saya lihat ada seorang gadis. Katanya, dia telah membuat suatu dosa besar. Dia sedih kerana hatinya sudah kotor dan dia berasa seolah hilang jiwanya. Dia ingin menangis. Tetapi dia merasakan air matanya tidak sudi lagi keluar. Dia berfikir bahawa mungkin Allah sudah benci kepadanya. Allah mungkin tidak mahu memaafkan kesalahannya lagi.

Hatinya hiba. Tapi air matanya tidak mahu keluar-keluar juga. Dia buntu. Mahu sendu, tapi bagaimana? Kalau Allah sendiri tidak mahu mendengar rintihan hati, siapa lagi yang sudi?


Gadis ini berasa seolah-olah hilang diri. Takut untuk melakukan dan mengajak orang berbuat baik lagi kerana dia berasa dia sendiri sangat jahat. Bagaimana mungkin seorang yang melakukan dosa akan bisa mengajak orang lain membuat pahala?

Sedih dan sayu hatinya. Terasa jauh dari rahmat Allah. Gadis ini  baru teringat. Hari ini dia ada Quranic Circle dan dia harus mengisi slot tazkirah dalam QCnya. Termenung panjang dia.

Sekali lagi dia bertanya diri, bagaimana mungkin hati yang kotor ini dapat membersihkan hati-hati orang lain? Tidak mungkin-tidak mungkin...

Ditakdirkan Allah, gadis ini mengadu halnya kepada seorang teman.

Katanya, "Bagaimana saya mahu ke QC sedangkan saya sangat teruk hari ini."

Dibalas rakannya, "Bawalah hati kamu ke sana."

Dijawab semerta, "Bagaimana mahu dibawa hati sedangkan aku tidak punya hati lagi. Hatiku telah kotor."

Sahabatnya tersenyum lalu menutur, "Sememangnya QC itu tempat untuk kita menyucikan hati yang kotor...Oleh itu, bawalah hatimu ke sana. Insya Allah, moga disucikanNya."

Gadis ini terdiam. Sejuk hatinya tiba-tiba. Lalu dia pun melangkah ke QC dengan jiwa yang diserah penuh kepada Allah. Diam-diam dia berdoa,

"Ya Allah, moga aku bukan menjadi penyebab terhalangnya hidayahMu untuk sampai kepada sahabat-sahabatku yang lain. Moga dosa-dosaku bukan menjadi penutup rahmatMu buat teman-temanku.Ameen."

Sekian perkongsian dari kisah gadis yang saya lihat.

Love you as always,
diDiE AiNoRi

Khamis, Mac 03, 2011

Salam sahabat-sahabat sekalian. Apa khabar anda? Harapnya semua dalam semangat dan motivasi yang tinggi.

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya hidangkan anda dengan video ini terlebih dahulu. :)




Nah...sudah tengok? Bagaimana? Terinspirasi dengan ulat beluncas ini? Hihi... Sebenarnya, saya ingin berkongsi suatu kisah. Kisah ini, kisah benar. Biar saya namakan watak dalam kisah ini sebagai Laila.

Laila adalah seorang gadis yang biasa, sekali imbas, tiada langsung keistimewaan padanya. Dia bukanlah seorang yang rupawan. Bukan juga seorang cendikiawan. Dia cuma biasa-biasa saja. Sewaktu kecil, dia selalu menjadi mangsa buli kawan-kawan sepermainannya. Sehinggakan, sampai suatu ketika, dia tidak merasa sekolah itu tempat yang 'best' lagi. Dia malah benci untuk ke sekolah. Kalau boleh, mahu saja dia ponteng kelas supaya dia tidak perlu bertemu dengan kawan-kawannya yang pembuli itu.

Laila adalah seorang anak kecil yang sukar memahami apa yang gurunya ajar di dalam kelas. Terutamanya bahasa Inggeris. Laila pernah dipukul oleh gurunya kerana tidak faham maksud "row" iaitu "garisan" dalam bahasa Melayu. Sebab itu, Laila semakin bencikan alam persekolahannya.

Sifat yakin dirinya semakin menurun. Dia tidak berani untuk menonjolkan bakat yang ada dalam dirinya. Sewaktu di darjah enam, dia pernah diketawakan kerana dia bertanya seorang rakan tentang bagaimana untuk menghasilkan kraf tangan yang begitu kreatif semasa dalam kelas pendidikan seni. Dia terdiam selepas ditertawakan. Malas lagi untuk bertanya itu dan ini.

Pernah suatu ketika, dia berjaya menghasilkan anak patung telur yang sangat cantik. Semuanya dari hasil kerja tangan Laila sendiri. Dari mencari pasir, batang aiskrim dan telur untuk dibuat kepala dan badan anak patung sehinggalah kepada baju dan rambut anak patung, semuanya Laila siapkan. Namun, apabila tiba saat pemarkahan, gurunya pula memperlekeh Laila. Gurunya tidak percaya bahawa Laila yang mencipta sendiri anak patung itu. Dia menuduh Laila meminta tolong daripada ibunya. Laila berasa sangat sedih. Segala usahanya bagaikan tidak dihargai hatta oleh gurunya sendiri.


Masa berlalu, Laila masih budak perempuan yang biasa-biasa. Tidak menonjol dan kerap bersendiri. Laila hilang percaya kepada orang lain kecuali dirinya sendiri. Dia tidak pernah menganggap yang dirinya mempunyai kawan baik kerana baginya tiada orang yang baik di dunia ini melainkan semuanya pembuli dan menunggu masa untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Lama-kelamaan, Laila membesar menjadi budak yang liar. Laila semakin berani memonteng kelas dan roll-call. Di asrama, Laila senang bergaul dengan budak-budak nakal dan seronok membuat bising agar mengganggu ketenangan orang lain. Dia puas dapat membalas semula apa yang pernah kawan-kawan waktu kecilnya buat kepadanya dahulu. Dia berasa dendamnya terbalas dengan cara itu. Laila semakin hilang kawalan.

Namun Allah itu sentiasa tahu apa yang ada dalam dada hamba-hambaNya. Suatu hari, Laila dipanggil oleh guru disiplin sekolahnya. Dua jam Laila 'dibasuh'. Sehingga akhirnya, hati yang keras membatu itu mengalirkan air mata keinsafan. Laila sedar, dia tidak boleh terus begini jika dia ingin berjaya dalam hidupnya. Dia tidak boleh terus dengan disiplin yang buruk ini. Hari itu, Laila menapak keluar dari bilik guru disiplin itu dengan suatu semangat. Ya, Laila mahu berubah!

SPM semakin hampir. Laila berusaha bersungguh-sungguh untuk skor dalam peperiksaan kali ini. Dia tidak kisah lagi apa orang mahu kata tentang dirinya. Baginya, yang berlalu, biarlah berlalu. Dia mahu pelangi yang indah muncul dalam hidupnya. Biarlah pandangan manusia sinis padanya, asalkan dia sendiri hormat kepada dirinya.

Result SPM keluar akhirnya. Alhamdulillah, Laila lulus cemerlang. Walaupun tidak straight A's namun cukup untuk melayakkan dia terbang ke luar negara. Laila berasa sungguh terharu dengan kebaikan Tuhan kepadanya. Setelah apa yang dia lakukan, setelah apa yang telah dia kerjakan, Tuhan masih sayangkannya. Laila berasa sungguh kerdil dihadapan Allah.

Siapa sangka. Dulu, Laila adalah seorang yang paling tidak menonjol. Selalu dibuli, dan memang tiada harapan langsung untuk menjadi salah seorang pelajar tajaan mana-mana institusi. Namun hari ini, Laila sedang belajar di salah sebuah universiti terkemuka di luar negara.

Laila selalu termenung sendiri. Memikirkan bahawa hebat dan ajaibnya hidup yang diatur oleh Allah. Laila kagum. Bukan dengan dirinya. Tapi dengan kekuasaan Allah yang telah menghantarkan hadiah yang sebegini hebat dan agung kepadanya. Laila masih berasa seperti di alam mimpi. Sedar-sedar, tahu-tahu, dia telah sampai ke bumi "orang putih". Sedar-sedar dia bakal menjadi seorang saintis lulusan luar negara.

Allah-Allah-Allah....Tiadalah semua ini tanpa kekuasaan dariMu ya Allah...Begitu bisik Laila.

Sahabat-sahabat, kisah Laila adalah salah satu kisah dari ribuan kisah yang terdapat di dunia ini. Kisah bagaimana luar biasanya aturan dan susunan Allah. Saat Laila merasakan dunianya tidak lagi berguna, Allah memberi Laila kesenangan berlipat-ganda. Kisah Laila adalah contoh kekuasaan Allah yang nyata.

Tawakkal dan usaha, hanya kepada Allah lah sandarannya. Allahu...Moga saya dan anda semua mendapat iktibar dari cerita Laila ini. Sebagai hadiah, saya tinggalkan anda dengan video yang penuh simbolik ini. Saksikan!




Love you as always,
diDiE AiNoRi
 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.