Salam...
Buat blogku yg berhabuk, fuh, fuhhhhh...sapu-sapu sket...
#hehe..#
kenapakah blog ini dizalimi?Aduh, ampun kerana sudah lama tidak menulis apa-apa.
Al-kisah hidup manusia, kadang-kadang kita berasa penuh ilmu, dan ilmu itu harus dikongsi, maka seiring, tangan pun menari.
Ilmu ibarat iman, kadang bertambah melimpah-limpah, adakalanya berkurang, kering berkeping-keping. Maka dengan itu, otak jadi dangkal, akal jadi sempit, tangan pun tak lagi mampu menulis bait.
Apa saja yang ditulis bagaikan tiada isi. Kosong. Hanya layak direnyuk dan dibakulsampahkan saja. Tiada apa-apa nilai ilmiahnya di situ.
Kemarau ini mula berpanjangan. Agaknya kerana cuti pada musim panas. hehe...
Alhamdulillah, kini hati terisi lagi.
Tangan pun kembali menari.
Moga hati tidak menyanyi, sebaliknya berzikir mengingat Illahi...=)
Doaku, moga diri ini tabah, tsabat, sabar, sedar, dan istiqamah di jalan ini....Ameen...
Istighasah, boleh ke tak?
2 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan