Sabtu, Ogos 21, 2010

Salam semua...

Alhamdulillah-Alhamdulillah-Alhamdulillah....

Ramadhan terus berlari, cepatnya masa berlalu pergi.

Aku masih melukut di tepi perigi.

Bukan kerana patah hati, tapi aku sedang menghadam tentang alam ini...

Tak lama lagi, aku bakal terbang untuk kesian kali.

Ah, ke mana lagi kalau bukan ke Leicester bersama pesawat Emirates kesayangan?

Saat ini, hatiku berbunga riang, bukan kerana ingin terbang, tapi kerana aku merasa disayangi Tuhan.

Kasih-sayang Allah adalah hadiah teragung sedunia...Hadiah yang tiada galang gantinya...

Subhanallah...

Tafakkurku tentang alam terhenti sejenak.

Semuanya bagaikan menjadi suatu puzzle lengkap. Ya, bila cinta dari Allah berbicara, di sini huraiannya tiba.

Dunia hanya akan penuh dengan teka-teki apabila kita tidak pasti akan janji Illahi. Dunia hanya penuh dengan tragedi apabila kita jauh dari Rabbi. Dunia hanya tidak pernah tercukupkan apabila cinta Allah tidak pernah kita rasai.

Dunia...hakikatnya hanyalah gurau senda...Suatu laman untuk saling berbangga.Ya, itu dunia. Yang nyata hanya ilusi. Bayangan nafsu nafsi. Penuh kontroversi. Penuh warna-warni.

Kini aku memahami...Biarlah dunia kekal sebagai dunia... Yang penting, aku tidak lena, dengan hiasan dunia yang fana.

Palestin, Pakistan, China, Iraq...Ah, dunia bagai neraka.

Pembuangan bayi, pelacuran, pembunuhan... dunia penuh duka.

Dunia, apa mahumu sebenarnya???

Allah adalah jawapan.

Dunia hanya tempat ujian.

Ia memberi harapan dan ia juga menghadiahkan dugaan.

Dunia hanya tempat persinggahan.

Ia bukan destinasi, tetapi sebuah perjalanan.

Apapun, aku tidak mahu menjadi pengeluh.Nanti hasilnya cuma peluh.

Yang pasti, dunia hanya bisa diubah oleh individu-individu yang menggerakkan diri mereka untuk berubah.

Hmm..Shift You Paradigm!





2 comments:

dr muthiah berkata...

kenapa rasa di sayangi tuhan?
huhu
did i miss sumting at home? ;)

dd berkata...

lol..
mmg setiap aripon rasa Tuhan syg..=)

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.