Khamis, Disember 30, 2010

Di saat umur begini, suatu isu biasa yang timbul adalah kahwin. Sume orang sibuk bertanya, "bile nak kawen?", "dah ade calon k?", "ehh,belajar dah nak habes, bile walimahnye?", bla..bla..bla... dan soalan yang sewaktu dengannya.

Sewaktu diusia 21, ada jugaklah soalan2 begitu muncul, dan saya akui, agak fragile untuk menghadapinya ketika itu. Terlalu overwhelmed untuk budak 'sekecil' saya menjawab soalan bertubi-tubi tentang nikah- kawen. Term 'kawen' itu terlalu asing untuk saya proses pada waktu itu. Maka, kerap kali jugalah saya berendam air mata bila tak tahan sangat ditanya dan diusik sedare mara.

Dan kini, diusia yang lewat setahun dari 21, (ie;22), saya rasa saya dah faham sikit dengan term kawen tu. Kawen as in apa rencah sebenarnya kawen itu. Bukan kawen akad nikah, kenduri kendara sehari dua tu. Kawen dalam konteks kawen seluruhnya. 

Ya, kita boleh berkawen dgn sesiapa saje. Bila-bila masa je (of coz dgn izin ALLAH). Tapi, betulkah kawen tu semudah itu? Wut will happen after the wedding?

Ya, kawen doesn't mean u just marry ur prince charming. It's not as simple as that!!

Kawen dengan husband kita bemakna kita kawen dgn seluruh keluarganya. Bermakna keluarga kita akan bertambah satu lagi. Kita akan ada mak sendiri, ayah sendiri, mak mertua, dan ayah mertua. Tu tak masuk ipar duai lagi!

Kawen bukanlah sebulan dua. Jadi fikiran orang yang nak kawen bukanlah hanya pada persiapan untuk naek pelamin sahaja. Tapi kena jugak fikir, mampukah untuk kita dan dia melayar bahtera bersama-sama?

Siapkah kita?

Oleh kerana bernikah bukan sehari dua, bukan sebulan dua, bukan setahun dua, maka kita harus sedar, selepas nikah, kita insya Allah akan dikurniakan cahaya mata oleh Allah. Dan pada titik ini, bersediakah kita menjadi ibu bapa yang dapat membentuk anak2 kita menjadi org2 yang soleh wa musleh?

Siapkah kita?


Siapkah kita merancang kehidupan bersama pasangan yang akan menemani hari-hari kita untuk suatu jangka masa 10-20-30 atau 40 tahun akan datang jika diizinkan Allah?

Mungkin anda fikir saya terlalu kompleks.Senyum. Benar, tidak semuanya under our control. Sometimes, we just go for it. Just gamble. Tapi, mindset itu perlu betul sebelum kita benar2 melangkah ke suatu alam yang penuh barakah ini (jika betul jalannya).

Hmm..di usia 22 tahun ini juga, ada yang bertanya apakah saya punya calon? Ada yang datang mahu menghulur khidmat matchmaker (ie; dlm konteks baitul muslim yang dianjurkan islam), ada yang mahu berkawan yang lebih kurang couple tu, adalah version2 laen jugakkan.

Dan saya akui, kalau sebelum ini, saya pasti agak fragile untuk menghadapi semua ini. Namun, selepas melalui tarbiyyah yang panjang di bumi UK ini, saya sedar satu perkara. 

Apa-apapun yang kita buat, apa-apapun yang kita harap, sedarlah bahawa Allah itu Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Allah itu telah menyusun segala-galanya untuk hamba-hambaNya. Allah, Dia takkan pernah menzalimi. Apa-apapun yang terjadi, adalah kerana Allah sayangkan kita.

Allah tahu apa yang kita tak tahu. Allah Dia bukan tak boleh nak bagi macam apa yang kita mintak, tapi sebab Allah tu Dia sangat lemah-lembut dan penyantun dengan hamba-hambaNya.

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan???

Masa depan itu bukan kerja manusia. Masa depan itu kerja Allah. Allah yang menyusun. Allah yang mengatur.

Seperti saya sendiri. Saya pun tak tahu wut will happen next. Saya pun tak tahu kalau lepas ni saya akan stay UK atau balik Malaysia. Saya tak tahu whether saya dapat sambung belajar atau tak. Dan saya sendiri pun tak tahu apa warna dan corak hidup saya kalau saya balik ke Malaysia nanti.

See?

Siapakah kita untuk menilik apakah yang bakal terjadi?

Baiklah, saya fikir saya sudah agak merepek-repek. Tapi, berbalik kepada topik kahwin tadi, sebenarnya, Allah tu, Dia dah cakap dalam satu surah, (saya tak ingat surah mana), Dia cakap, yang Dia boleh je kalau Dia nak buat kita semua ni jadi satu kaum dan satu agama. Tapi kenapa Dia tak buat macam tu? Bukan kerana Dia tak boleh, tapi kerana Dia lebih tahu apa yang kita tak tahu. Dan dalam ayat lain Allah kata, Aku boleh je nak turunkan mukjizat dari langit untuk menundukkan tengkuk org kafir tu kpd Nabi Muhammad. Tapi Allah tak nak buat macam tu. Kenapa? Sebab Dia lebih tahu dari kita.

Allah selalu ulang dalam Quran, Allah kata, Aku Maha Mendengar lagi Maha Tahu. Aku Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa.

Masya Allah, kalau Allah nak, "kun fayakun" je, terus jadi!

So, again, berbalik kepada soal kawen tadi, kalau Allah nak kita kawen, kalau Allah nak kita bahagia bersama suami dan keluarga sendiri dan keluarga mertua, kalau Allah nak kita dapat anak2 yang soleh, boleh je. Tapi....itulah, Allah lebih Tahu apa yang Dia rancangkan untuk kita.

Allah boleh je nak buat apa saja. Dan kesimpulannya, siapkanlah dirimu ke arah menuju TuhanMu. Selebihnya biar Allah yang uruskan. Jagalah reputasimu di hadapan Allah. Nescaya Allah akan menjaga reputasimu dihadapan manusia-manusia. Insya Allah-Insya Allah-Insya Allah...Ameen...Sekian.

p/s; Maaf kalau maksud tak sampai dan bnyk merepek.

hadiah saya untuk kalian yg membaca;-)






Love you as always,
diDie AiNoRi

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam alayk
Didie! awak ape kabar?
bila balik malaysis ( for good ke?)

Aniisah , intec
( ingat lagi x?)

dR.DidiE berkata...

salam anisah!!ingat3!!mane boley lupa awk..huhu...i.Allah awl bulan 8 ni saya balek.yerp, for good insya Allah. Anisah ktne skang?

Tanpa Nama berkata...

salam alayk

o,ok . nnti sambung KPLI la kan?

saya 'OTW' ke manchester awal bulan 8 ni

sekarng tgh cuti sem. bulan 2 ke hospital seremban

Aniisah ^_^

Tanpa Nama berkata...

salam alayk

o,ok . nnti sambung KPLI la kan?

saya 'OTW' ke manchester awal bulan 8 ni

sekarng tgh cuti sem. bulan 2 ke hospital seremban

Aniisah ^_^

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.