Jumaat, Ogos 19, 2011

Salam semua..

Kawan-kawan, pernahkah anda terasa seolah-olah terperangkap dalam persoalan hidup? Ya, biar saya jawab bagi pihak saya dan anda jawab sendiri bagi pihak anda. Kalau saya, ya pernah! Selalu malah. Terperangkap kerana saya sediri yang memerangkap diri. Apa maksudnya? Terkadang, kita sebagai manusia, lagi-lagi perempuan, suka menyimpan dan memendam persoalan-persoalan di dalam hati. Bukan takut meluahkan, tetapi lebih kepada tidak tahu bagaimana menyatakan untuk menjelaskan. Akhirnya, sendiri terperangkap dalam permainan perasangka.

Yes, bersangka-sangka dan bersoal-soal. Kawan-kawan, sebenarnya jika kita mengumpul sedikit kekuatan untuk menerobos sempadan diri, menghimpun keberanian untuk merealitikan persoalan, maka yakinlah, kita akan mendapat jawapan yang akan membawa kita lebih jauh ke hadapan. Sama ada jawapan itu kita suka atau tidak, tetap ia akan memandu kita lebih jauh. Subhanallah..Tapi persoalannya, bagaimana untuk menguatkan hati?

Jawapannya dengan sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah. Dengan sentiasa percaya dan yakin bahawa Allah itu dekat. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mnegetahui dengan jelas sesuatu perkara. Kerana apabila kita yakin, berserah dan bertawakkal hanya semata-mata kerana Allah, maka insya Allah kita akan memperoleh jalan keluar dari arah yang tidak disangka-sangka. Urusan kita akan lancar. Kadang-kadang walaupun kelihatan tidak lancar di mata orang, tapi Allah memperlihatkan urusan itu lancar dan mudah di hati dan di mata kita. Allahuakbar. Dia yang menyusun dan Dia yang mengatur.

Dia yang mempermudah dan dia yang boleh mempersusah. Percayalah, akhirnya persoalan-persoalan hidup itu akhirnya akan terjawab dengan berani, tawakal dan percaya penuh kepada Allah...WA~

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.