Sabtu, Ogos 20, 2011

Salam semua..Alhamdulillah, dah 21 hari berpuasa kan? Teringat semalam, mak saya kejut bangun sahur, katanya lain macam suasana semalam, sejuk, sunyi, hujan yang renyai, tak bising tapi mendamaikan. Subhanallah..Mungkin tandanya lailatul qadar. Wallahualam.


Hari ni, 21 Ogos 2011 adalah hari lahir saya. :) Alhamdulillah, dah cukup 23 tahun akhirnya umur ini, bermakna, dah 23 tahun hidup di dunia. Syukur kepada Allah. (Sebenarnya, jika diberi pilihan, saya harap umur saya akan sentiasa sama dengan tarikh hari lahir saya tu, 21!!! hihi..Nak umur 21 seumur hidup. Tapi mana mungkin, umur yang sama selama-lamanya hanya berlaku di syurga.huhu)

Jika fikir-fikir, memang telah banyak yang saya lalui. Ah, sesiapa pun di umur ini akan melalui pelbagai perkara kan? Bukankah hidup ini ibarat sebuah explore race? Di dunia ini, kita seperti seorang pengembara, jadi, seorang pengembara tu pasti akan sentiasa bertemu perkara baru dalam hidupnya.

Sama macam saya dan anda semua. Jujur cakap, saya banyak belajar benda baru seiring umur meningkat. Seronok jika kita memberanikan diri explore the new world! And that's what I did. Especially when I was in UK before. 

Hmm..apapun, kutiplah ilmu selagi kita bernafas dan hidup di dunia ni. Kerana, hidup ini hanya sementara. Esok lusa, mungkin pulang menghadapNya. Siapa tahu? Kita takkan tahu bila dan di mana kita akan mati. Sebab itu, buatlah sebanyak mungkin perkara baik selagi nyawa dikandung badan.

Saya banyak tak sempurna, mungkin dari segi akhlak masih tempang. Insya Allah, akan cuba perbaiki dari masa ke masa. Doakan. Insya Allah, saya ingin cuba menjadi lebih baik dan lebih baik lagi. Saya belajar dan sedang belajar. Jadi, di kesempatan ini, di hari lahir saya yang mulia ini, di bulan ramadhan penuh berkat ini, saya susun sepuluh jari mohon maaf pada semua yang pernah saya terkasari, ampunkan kekhilafan saya.

Semoga kalian semua dirahmati Allah. Ameen... Oh ya, harini saya ada appointment dengan doktor gigi saya, nak tampung gigi geraham yang dah berlubang.Ish2..Teruk betul gigi yang satu ni, mungkin sebab banyak makan coklat dulu. Huhu. Apapun, doakan semoga semuanya berjalan lancar ya!:)


Love you as always,
diDiE AiNoRi

1 comments:

Nurul QisDhira berkata...

Selamat Hari Lahir Kak Didie...
sedapnya kek tu.. post la kt cni sikit..hehehehe :D

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.