Khamis, Januari 01, 2009

Hari ini,saya rasa penat sangat…balik dari kelas tadi, pukul 5,sampai kat bilik, terus pergi toilet, buat apa yang patut dan solat maghrib.Lepas solat saya menghadap laptop sekejap>>bosan + rasa penat yang menggunung….Kemudian, saya terus syahid berbungkuskan duvet yang hangat…NIKMATNYA…lena sampai tak sedar apa dah…

Namun, tiba-tiba saya rasa sejuk sangat (seperti biasa, heater wat hal la ni) Adeh…Masa mamai-mamai tu,saya bangun nak pakai sweater,sekali entah macam mana sweater saya terkena lampu bilik.PRANG!!! Lampu tu jatuh dan pecah berderai…huhu…Maka bergelaplah bilik saya…Tetapi anehnya,dalam kemamaian itu, saya cuma senyum tengok lampu tu pecah…sedih tak,marah pun tak (yela..nak marahkan sape???huhu..).

Dalam cahaya yang malap dibantu lampu meja yang belum arwah, saya pun mengutip serpihan-serpihan kaca yang bertaburan…Aduhai lampuku…Jadi satu kerja pula malam-malam mengutip kaca..huhu…

Tetapi,masa ni la saya terfikir sesuatu…Alangkah mudahnya kalau ALLAH nak ambil nikmat daripada kita..Sekelip mata pun dah boleh hilang…Teringat kisah lampu ni masa saya baru beli dari ebay.Saya rasa sayang sangat kat lampu ni sebab 2 bulan saya bermastautin di UK, ini la lampu bercahaya putih yang pertama pernah saya ada….Saya beli lampu ni dengan harga 9.50pounds semata-mata ingin merasa lampu macam kat Malaysia…sebab,kalau tak saya terpaksa guna lampu kuning yang romantic tu je la dalam bilik..huhu..nak study pun susah…

Mungkin sebab saya terlalu sayangkan lampu tu, maka Allah menguji saya hari ini… (mode: senyum lagi…)..nak buat macam mana..biarlah..dah bukan rezeki saya…Belajarlah bersabar dan redho..kan!kan!hehe..

Ataupun,mungkin juga disebabkan minggu ni saya macam tak diuji sangat…Hidup saya bahagia je..Ujian tu ada..tapi,biasa-biasa saja…Maka hari ni s aya pasrah..Rasa bersyukur di dalam hati sebab bila saya dapat ujian, itu bermakna saya masih di bawah perhatian Allah,kan? Leganya,bila mana Kekasih hati masih sayangkan saya…

Saya jadi terfikir,Allah sekadar hilangkan cahaya lampu dari saya…Secebis nikmat sahaja…dan nasib baik jugalah Allah tidak menarik cahayaNya dari hati saya…nauzubillah…Jangan Kau palingkan hatiku daripada cahaya imanMu ya Rabb…ameen…Semoga aku sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangAmu..Aku tahu ya Rabb,cintaMu bahkan tiada bertepi…=)Alhamdulillah….

***Dan malam ni, terpaksalah saya pasang lampu kuning yang sangat romantic ni..huhu…tak mengapalah…***(sigh)


Dr Didie : Mengimpikan lampu 'lip lap' dalam bilik. =P



0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.