Khamis, Januari 01, 2009

Tuntasnya,artikel ini ditulis sebagai secebis perkongsian daripada apa yang saya dapat semasa PMS 2008 di Loch Lomond, Scotland yang saya ikuti minggu lalu.Saat ini,rasanya perasaan saya tengah bercampur-baur.Dalam hati,ada rasa syukur,puas,gembira,sedih,rasa nak berubah,dan macam-macam lagi.


Sepanjang di Loch Lomond,saya mencari kembali suatu sudut diri saya yang telah hilang.Sudut yang namanya roh yang hidup di dalam jasad saya. Mencari suatu perasaan yang pernah saya rasai suatu ketika dulu,yang kini saya rasa semakin terhakis dek karat-karat jahiliyah yang belum sepenuhnya saya kikis.


Dan Alhamdulillah..saya temui apa yang saya cari…Walaupun bukan dalam semua slot,tapi ada slot-slot tertentu dalam PMS yang berjaya menyentuh hati saya…


Saya tersentuh dengan indahnya ukhuwah…


Saya tersentuh dengan sikap sahabat-sahabat yang cukup molek dan cantik…


Saya tersentuh dengan semangat Yvone Ridley…


Saya tersentuh dengan lagu Demi Matahari…


Saya tersentuh dengan lakonan daripada faci2 (lakonan ttg Palestinian+robot2)


Saya tersentuh dengan Mariam..


Saya tersentuh dengan sempurnanya ISLAM…


Saya tersentuh dengan macam-macam lagi..Huhu..apa saya merepek-repek ni..ok2..clarify

balek…


DEMI MATAHARI




Saya amat tersentuh dengan lagu ini sebab ia mengingatkan saya tentang saat semangat jihad saya yang cukup kental suatu ketika dulu....Saya terkenangkan naqibah saya dulu yang membawa saya mengenal jalan ini…Saya terkenangkan saat saya merasai iman dan Islam mengalir di setiap urat saraf saya…Saya terkenangkan saat saya melakukan segala sesuatu hanya kerana untuk mencapai mardotillah…Ia sukar diungkap dengan kata-kata…Namun itulah yang saya rasa…Walaupun lagu Demi Matahari hanya insignificant slot, tapi lagu itu besar maknanya buat saya..Ia bukan sekadar lagu main-main,lagu aerobic kala mengantuk,tapi ia lebih dari itu…


MARIAM…



Mariam ialah gadis berusia 9 tahun yang saya kenal sewaktu di dalam masjid di Scotland. Dia bersama ibu dan abangnya yang berusia 10 tahun datang melawat kami di masjid malam itu. Hati terpana melihat wajah sang ibu yang bersinar gemilang dengan cahaya iman yang jelas terpancar dari matanya…Saya mendekati Mariam,anak kecil yang matang fikirannya,amat berbeza dengan kanak-kanak di Malaysia.(itu komen pertama saya untuk Mariam).Kami berbicara tentang banyak perkara.Tentang apa yang dia pelajari di sekolahnya,tentang kefahaman Islamnya dan juga main tepuk2..hehe…{Bes jgk layan budak-budak ni} …


Apepun,cara dia memahami Islam sangat mengetuk pintu hati.Kepercayaannya kukuh,lagi teguh.Dia petah berbicara tentang agama Kristian,Budha dan Yahudi yang dia pelajari.Namun di akhir ceritanya,dia berkata, “They believe all that,but we DON’T.” Wahh..Pada saya,betapa kuatnya iman yang diperlukan untuk budak sekecil itu menyematkan Islam di hati..Itu yang saya kagum…Dia berjaya mencabar imannya sedari kecil..Tapi saya??huhu..rasanya berbelas tahun hidup saya hanya dalam Islam WARISAN,bukan Islam PILIHAN…huhu..Sebelum Mariam pulang,saya menghadiahkannya sebentuk cincin sebagai tanda persahabatan kami dan dia menghadiahkan saya sebuah pelukan yang hangat dengan ukhuwwah!Malam itu,saya tidur dengan benak yang ditujah dengan berbagai rasa…


YVONE RIDLEY


yvone

Yvone Ridley yang pakai tudung biru tu..


Dalam banyak-banyak sesi ceramah, Talk Yvone Ridley paling meresap ke dalam jiwa saya…Dia menyedarkan saya,bahawa wanita Islam ni sangat amazing…Muslimah can do everything because we have high self-esteem!


Memandangkan saya mengambil jurusan Physics yang pelajar perempuannya boleh dibilang dengan jari,saya terkadang tergugat oleh keadaan.Walhal saya lupa, saya adalah wanita Islam yang hebat!Yang bisa melakukan apa saja jika di hati tekad berjuang kerana ALLAH! Kenapa perlu berasa inferior berhadapan dengan begitu ramai pelajar lelaki sedangkan saya juga adalah wanita yang dipilih oleh Allah untuk belajar dalam kalangan mereka…We’re the amazing women!Because we are the Muslimah!!


Saya juga jadi terfikir,betapa ke mana perginya umat Islam tatkala Yvone Ridley yang masih Kristian ketika itu pergi memperjuangkan Palestine atas nama KEAMANAN.


Bagaimana seorang wanita bukan Islam tegar mempertahankan manusia yang tiada kena-mengena pun dengan dia.Sedangkan kita,umat Islam,diajar khusus dalam Islam,bahawa semua umat Islam itu berSAUDARA. Maknanya,kita seharusnya punya rasa perSAUDARAAN yang lebih hebat daripada apa yang Yvone Ridley rasa ketika itu(ketika sebelum dia masuk Islam).Jika dia sanggup merentas lautan menongkah arus hanya semata-mata untuk melawat saudara-saudara di Gaza,kita buat apa???Astaghfirullah…Ke mana perginya rijal-rijal Islam??Sudah syahidkah kalian???huhu…sedih-sedih…sape ‘kalian’ tu?Saya pun termasuk juga…huhu…


Lagi…


Saya terkesan dengan kata-kata kak Affah,setiap apa yang kita lakukan ni,semuanya telah diatur oleh Allah dengan cantik..dengan indah..dengan tersusun..dan apapun yang telah,akan dan sedang terjadi pada kita,itulah yang terbaik buat kita…

Allah tahu even sehelai daun pun gugur ke bumi…Allah knows everything..so,never fret,never frown…=) bak kata pepatah sendiri, “muslim women smile in trouble..”=D


Kesimpulan..


Kita manusia..kita perlu masa untuk mencari..Perlu masa untuk belajar dan memahami…Perlu masa untuk baiki kembali kesalahan diri..Perlu masa untuk meneguhkan hati..Perlu masa untuk mengamalkan ilmu yang diberi serta perlu masa untuk biarkan ia sebati dalam diri..Namun begitu, kita sendiri perlu punya kehendak sebab Allah takkan mengubah keadaan suatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka..(ar ra’du:11)


‘Dan sesungguhnya orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami,Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami.Dan sungguh,Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.’ (Al-Ankabut:69)


So,dah dapat ilmu,nak buat apa lepas ni??Tepuk dada, dapatkan fatwa dari hati…wallahualam..

8 comments:

Tanpa Nama berkata...

Yvone Ridley ni tahanan sewaktu perang di Iraq tu kan??Correct me if i'm wrong. Macam familiar sangat dengan nama nih..

By the way, kefahaman islam yang sebenar amat-amat penting. Lihat saja situasi di Malaysia, Islam dipandang pada Hudud, tudung, hari Raya, Kematian.. Benar terdapat nilai Islam di dalamnya.. Cuma Islam bukan setakat itu.. Islam ada di dalam kesemuanya.. Semua perkara boleh dibincangkan dalam aspek Islam..

Kembalilah kepada fitrah mu yang sebenar wahai Naufal..

dR.DidiE berkata...

yup..u rite naufal..dy bekas tahanan taliban..k.dd mmg tersentuh sgt dgn dy..huhu..

amirah fatin berkata...

sy trsentuh tatkala mbace coretan anda....
sy trsentuh meneliti maksud yg cuba anda smpaikn....
sy tersentuh......hihi
Alhamdulillah, byknye nikmat yg dirasai ktk di Loch Lomond.....
(selain istana yg bsr tu)

moga2 kte ketemu lagi....

amirah fatin berkata...

eh..
lupe lak...
tringt kt dd mse dgr lagu demi matahari mse pms tu...
sy 1st time drgr lagu tu mse awk nyayi mse fly high dlu....
hihi

Tanpa Nama berkata...

jazakallu khairan kathira sahibahku amirah fatin...dd cma berkongsi ape yg dirasa..hehe..sowie klw ayt cam jiwang..nk wat cane..itulah yg lahir dr lubuk hati..cheewAhh..hehe

Tanpa Nama berkata...

pembetulan:jazakallahu khairan kathira...

dr muthiah berkata...

huh
jeles!

Tanpa Nama berkata...

hehe..dr.muthiah..tak bek jeles2...=D

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.