Jumaat, Februari 13, 2009

Har ini saya banyak releks.Memanjakan diri.Layan intenet. Bace blog ke blog.Tengok cerita kartun dan chatting!!!huhu..Apekah??Apekah ini yang dibuat oleh seorang muslimah??huhu...Baeklah,saya mengaku,hari ini,saya sangat tak larat nak study.Baru masuk topic baru >>OPTICS<< dan saya balik dari lecture dengan kepala yang sangat pening-pening lalat kerana tak faham apa yang lecturer saya membebel selama sejam.huhu..Lalu saya pulang dengan suhu badan yang sudah sedikit naik.Uh,adekah saya hampir demam??tidak...tapi,tanda-tandanya positif.Dengan kepala yang pusing2 spring dan suhu badan yang sekejap panas,sekejap sejuk,saya rasa tak lama lagi saya akan berbungkus dalam duvet...huhu...

Dan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini,saya telah menelan dua bijik panadol sebagai ikhtiar.Dan, saya memang bercadang untuk tidur,tapi malangnya, ym saya di buzz dengan aktifnya oleh sahabat-sahabat saya.Maka,saya memilih untuk melayan mereka dan tidak jadi tido.Kepala semakin pusing dan saya mengambil keputusan tuk menamatkan semua conversation dan saya pun pergi bersiram bagi mengurangkan suhu badan yang semakin menggila.Selepas menyantap dinner malam ni,saya bercadang untuk study, tapi ternyata,kakak saya pulak membutuhkan chatting dengan saya..Maka,layan je laa~~=P

Minggu ni,saya belajar banyak benda tentang kehidupan terutama tentang peri pentingnya bersangka baik pada Allah.Tentang betapa kalau kita tak serahkan segala urusan pada Allah maka kita akan terseksa-menderita-kecewa-dan-resah-gelisah-yang-tak-tentu-hala...Dan hari ni,saya telah mendapat result essay saya yang agak tidak memberangsangkan,tapi saya bersyukur.Kesyukuran saya bertambah apabila saya menyedari bahawa kawan omputih saya pun tak de la dapat markah tinggi sangat.So, saya menenangkan hati dan saya fikir saya masih boleh memperbaiki lagi kelemahan essay saya.(perhatian:saya memang tak pandai bahasa Inggeris,tapi saya akan berusaha!=)hehe.

Hmm..untuk langkah pertama,saya telah bertemu dengan lecturer saya dan bertanyakan kelemahan saya serta tips-tips yang perlu saya amalkan untuk score essay fizik.Hmm..tak banyak yang saya dapat melainkan tips yang biasa2 je iaitu banyakkan baca journals dan practise wat essay banyak-banyak.haihh...Tapi,tak mengapa.Saya tahu lecturer saya sayang saya.Dia mahu saya berjaya.Maka saya juga mahu dia tahu bahawa saya lagi-lagi la nak berjaya.Saya tidak mahu mengecewakan sesiapa terutama ISLAM, mak ayah saya,rakyat Malaysia yang meng'sponsor' saya serta diri saya sendiri.Saya mengaku,saya bukan pelajar yang pandai,tapi saya akan berusaha.Ma,abah,lecturer,KPM,saya akan berusaha!!=)walaupun saya akan demam2 dan mata saya lebam macam panda serta jadual tido saya tak menentu,tapi,saya tak kisah tu semua.Kerana saya nak berjaya dan saya tak sampai hati nak kecewakan sape-sape...huhu..

Bila saya duk kat negara orang,saya sedar, saya kena jaga diri saya sendiri.Tak de orang yang nak jaga sakit penim dan kisah kalau saya tensi study ke ape.Memang la ade usrah every week.Tapi itu tidak cukup membantu kalau kita tak bergantung pada Allah.Menangis dan minta pada Allah itu lebih berbaloi berbanding berkongsi dengan manusia yang masing-masing pun ade masalah sendiri dan kadang-kadang tak memahami sangat pun perasaan kita.Allah is everything here,now and forever.Saya sayang diri saya,saya nak berjaya dunia akhirat.Saya selalu doa supaya Allah suburkan sifat mahmudah dalm diri saya.Supaya Allah tiupkan sifat sabar dan lemah-lembut kepada saya supaya saya bisa bersikap lemah-lembut terhadap saudara-saudara saya.Saya juga berdoa supaya Allah menjauhkan bisikan-bisikan syaitan durjana yang membisikkan kejahatan di hati saya.

Saya tidak mahu jatuh sakit untuk sesuatu yang tidak berbaloi.Saya mahu menjadi dae'i dalam erti kata yang sebenar.Saya tidak mahu terhanyut dengan hal-hal picisan seperti couple dan sebagainya.Saya mahu menjadi mujahidah yang punya identiti dan jati diri yang teguh.Sya mahu serius fokus pada ummah.Saya tak mahu termasuk dalam kategori dae'i yang masih penim2 dengan isu 'kapel islamik' nya.Saya telah menanamkan azam dan tekad untuk melakukan yang terbaik dalam hidup sejak saya berumur 19 tahun.Huhu..Ampun,saya sedar agak lambat,tapi saya serius!!Saya tak nak leka+lalai lagi.Saya sedar saya sedang membangun.Allah sedang memberi peluang pada saya utuk menaikkan darjat saya dengan menjadikan saya sebagai penuntut ilmu di bumi UK ini.Maka saya berjanji tidak akan mensia-siakan peluang daripada Allah.Saya akan belajar bersungguh-sungguh.Saya tidak amhu menyesal kerana menjadi orang yang tidak berusaha.Saya akan mencuba sedaya-upaya.Saya mahu bersangka baik pada Allah.Bukankah Allah telah berfirman, "hanya kepada Allah kesudahan segala urusan"(luqman:22)
"Milik Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi." (Luqman:26)

Sahabat-sahabat,memang nampak macam simple je bersangka baik pada Allah,tapi percayalah,kita takkan mampu buat itu tanpa punya rasa kesedaran yang tinggi bahawa kita ini hanyalah hamba yang tak punya apa-apa dan kita sendiri tidak mengerti apakah rencanaNya selepas ini.Apabila kita sedar kekerdilan kita,kita takkan salahkan takdir.Takkan salahkan Pembuat Takdir.Kita akan redho,dan dada kita akan lapang serta wajah kita tetap akan berseri dengan senyuman walaupun masalah kita sebesar gunung Sinai.Justeru itu,marilah sama-sama kita mensyukuri segala nikmatnya.Kita berusahalah menjaga nikmat yang dianugerahkanNya.Contoh mudah,macam saya sekarang,nikmat terbesar yang saya miliki ialah mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke UK.Bukan semua orang dapat,tapi saya dipilih oleh Allah untuk merasai nikmatNya ini.Terus, apakah pantas saya bersenang-lenang tanpa berusaha belajar bersungguh-sungguh dan menjaga nikmatNya ini?

Apakah tercatat dalam sejarah orang-orang yang berjaya dengan hanya bermalas-malsan,tidur,melangut dan termenung??Tidak bukan?Tetapi sejarah telah menunjukkan bahawa tidak dapat tidak pelajaran itu harus diraih dengan perahan otak penuh perasaan, sekuat dan semampu tenaga,seluruh keringat menjadi taruhan.Bahkan kalau perlu, nyawa pun harus digadai untuk meraih setetes ilmu!Dan ingatlah,jangan sekali-kali putus asa wahai NOOR ADILAH AB AZIZ dan seluruh sahabat-sahabat yang berjuang diluar sana kerana segala yang ada di lanagit dan di bumi itu adalah milik Allah.Maka mintalah ilmu itu daripadaNya.Jangan bersedih andai belum memahami apa yang dipelajari hari ini.Allah tidak melihat hasil,tapi Allah menilai usaha!

hasan-al-banna

“Jika kamu merujuk kepada sejarah kebangkitan berbagai umat di Barat dan di Timur, dulu dan kini, kamu akan melihat mereka yang berjuang disetiap kebangkitan yang berjaya dan berhasil ,adalah kerana mereka mereka mempunyai manhaj yang digariskan yang di atasnya mereka berjuang. Mereka mempunyai hadaf (objektif-objektif) yang kearahnya mereka tuju … tanpa bosan dan futur. … Aku percaya wahai saudara, setiap putaran sejarah dan semua kebangkitan dalam sesebuah ummah berjalan diatas Undang-undang Alam ini, termasuk kebangkitan-kebangkitan agama yang dipimpin oleh para Nabi dan Rasul as. … Aku dapati sifat gopoh tertanam kukuh didalam peribadi kita, cepat terkesan, gelora perasaan dan sebagainya, menjadikan kebangkitan kita sekadar lonjakan perasaan , didesak oleh faktor yang sementara sifatnya, kemudian menyejuk dan padam seolah-olah macam tiada apa-apa berlaku … Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain. Sesiapa yang bersabar bersama aku sehingga benih tumbuh, pokok menghijau, buah meranum dan tiba hari memetiknya, maka pahala bagi dia ada disisi Allah. Tidak akan terlepas dari kita dan dia pahala dari 2 kebaikan samada Kemenangan dan Kepimpinan atau Syahid dan Kebahagiaan”. [Hasan Al-Banna]



Semoga saja kita semua dilimpahkan rahmat dan hidayah daripada Nya.Ya Allah,jadikan aku sebagai hambaMu yang tahu bersyukur!!Wallahualam...Segala isi kandungan entry kali ini hanyalah luahan dan perkongsian daripada penulis...Yang baik dijadikan panduan,yang buruk jangan lupa perbetulkan.Sehingga ketemu lagi.Salam~~

3 comments:

ecz emz berkata...

if semudah itu tuk kekalkan semangat and kesedaran ni......sudah pasti aku tidak seperti ini..namun, apa yg pasti, aku akan terus cuba utk berikan yg terbaik utk YANG TERBAIK..kerana DIA selalu berikan apa yg terbaik utk ku. cuma kerana kelemahan diri ini..segalanya kabur.. jazakillah 4 da nice entry.

dR.DidiE berkata...

betul...mmg bukan mudah dan tersangat tidak senang.ianya susah,kerna syurga dan kejayan itu manis.Kna bykkan bercakap dgn hati.bykkan pujuk diri sdiri.bykkan ingt Allah..hnya itu saje yg kita mampu buat..huhu...wallahualam..

dr muthiah berkata...

:)jzkk ukhti

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.