Ahad, Mac 22, 2009



Lama sudah tangan ini tidak menari. Kalau ditari pun cuma diatas kertas kajang yang kemudian direnyuk-renyuk kerana ketandusan idea. Dan hari ini cuma ingin berkongsi secebis pengalaman hidup.(sigh**)

Saudaraku,
Dalam liku ada lurusnya,
dalam pahit ada manisnya,
dalam futur ada bangunnya,
Dan bila kita melangkah, dengan izin Allah semuanya jadi nyata..=)

Semalam anda mungkin bersedih, rasa tiada sesiapa untuk dituju, rasa seolah-olah dunia ini terlalu sempit untuk bersembunyi, rasa bumi tidak lagi berbumbungkan langit, rasa keseorangan dan tiada kawan-kawan yang memahami, rasa andalah yang paling susah sedunia, dan mungkin juga semalam anda berasa anda seorang yang tidak berguna, dan anda tidak dapat menyumbang apa-apa...

Saudaraku,
dalam susah ada senangnya,
dalam sedih ada gembiranya,
Allah menguji tanda sayang pada hambaNya...

Begitulah warna-warna kehidupan. Ia langsung tidak pelik dan bukan lagi ajaib. Allah sentiasa memberi kita ujian dari kanan dan kiri, depan dan belakang hanya untuk menguji dan menolong kita untuk menghadapi esok kerana hanya Allah yang tahu betapa hari esok itu lebih sukar buat kita dan ujian hari ini adalah untuk menguatkan jiwa-jiwa kita. Mengajar kita menjadi lebih teguh, mengasah bakat-bakat kepimpinan diri sendiri yang mungkin belum kita kuasai, dan sesungguhnya Allah lah yang Maha Bijaksana.

Inilah yang biasa saya alami. Jatuh bangun dalam kehidupan buat saya jadi lebih matang dalam berfikir dan menilai sesuatu. Siapa sangka kalau semalam saya terasa seolah-olah hilang segala-gala, tetapi hari ini Allah kurniakan anugerah berlipat-ganda. Sungguh benar Allah berfirman.

“Bersama kesusahan ada kesenangan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan,”
(5-6,Al-Insyirah)

Sewaktu datangnya susah, telinga seakan-akan tuli, hati menjadi buta dan mata tak nampak apa-apa. Telinga seperti tidak pernah mendengar bahawa Allah sentiasa memujuk kita dengan firmanNya,

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran
(Al-Baqarah 2 : 186)

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Al-Baqarah 2 : 286)

“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan(pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.”
(Ali-Imran:139)

Masya Allah, damainya jiwa bila membaca ayat-ayat cinta daripada Kekasih Hati. Sungguh akan hilang sendu dan senyum pun menguntum, bahagia bersemi dan damai pun bertandang. Itulah ayat-ayat Allah dalam Al-Quraanul Karim. Kita sering terlepas pandang, dalam kesibukan melalui hari-hari penuh mehnah.

Kita terlupa untuk menghayati pesanan-pesanan daripada Allah,dan ingatan-ingatan daripada Rasulullah. Tapi percayalah, saat hatimu gersang dengan kemarau cinta dunia, siramlah ia dengan zikrullah dan bacaan-bacaan Al-Quran agar hatimu basah dengan cinta akhirat. Kembali kepada fitrah dan asalmu. Engkau hidup bukan untuk dunia, tetapi dunia ini cuma penerus hidup untuk ke akhirat sana. Tidak berbaloi saudaraku untuk kita menjadi gila di dunia sementara. Gila materi, gila kuasa, gila pangkat, gila nama, gila glamour dan sebarang gila lagi. Entah apa yang kita kejar sebenarnya dengan kegilaan-kegilaan itu. Semuanya memenatkan hati dan menyesakkan otak yang sedia sendat dengan masalah-masalah dunia yang tidak putus-putus.

Maka mari kita celik hati. Bukan saja kena celik IT, tapi celik mata hati itu sendiri. Lihat betapa dunia ini luas dan anda tidak pernah bersendiri. Kerana firman Allah,

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran
(Al-Baqarah 2 : 186)

Betapa Allah sentiasa ada bersama kita. Allah sudah berjanji akan mengkabulkan semua doa-doa kita jika kita taat padaNya. Maka perkataan siapakah yang lebih benar selain Allah?? Oleh itu saudaraku, jangan kalian patah hati, pandang rendah pada diri sendiri, hilang visi dan misi dan meratap sendu setiap hari.

Tiada gunanya semua itu. Jadi sekarang tukar mood anda. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jual kereta lama, jom pandu kereta baru. Ubah suasana, mari melihat dan megkagumi kebesaran Allah pada alam ciptaanNya. Kita semua adalah amazing! We can do beyond the norm! Ingat tu, kita adalah amazing people! Sudahlah fikirkan hari semalam, mari mulakan hidup baru.

Mari memaknakan hidup saudaraku!!

Sabtu, Mac 21, 2009

Salam alaik kepada sahabat-sahabat semua. Moh ramai-ramai kita berpantun!

Manis rupawan si gadis desa,

Berjalan bersama teman sebaya,

Jagalah hati jagalah jiwa,

Tambahkan pahala elakkan dosa.


Kadang-kadang kita lupa

Apa yang disebut apa yang dikata

Kadang-kadang ada yang terasa

Apakan daya kita hanya manusia


Tinta dikarang dengan pena

Dikarang buat renungan bersama

Ingatlah sabda Rasulullah tercinta

Kendalikan lidah kunci ke syurga (hadis 28:riwayat Tirmidzi)


Anak muda enak bercinta

Bermadu kasih di taman bunga

Hatinya tunduk nafsunya beraja

Syaitan dan iblis tertawa bangga


Itik dan swan berenang bersama

Mengocak air di Tasik Perdana

Aku keliru antara dua

Yang mana dosa yang mana pahala


Pahala itu akhlak terpuji

Jiwa gundah tanda berdosa

Tanyakan pada hatimu sendiri

Apakah engkau rasa selesa?

.::(hadis 27: riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Ad- Darimi)::.


Mari adik mari abang

Kita membeli kain selendang

Hidup mati ditangan Tuhan

Kita hanya menunggu paggilan


Kuih karipap kuih lepat

Dimakan bersama kopi pekat

Pantun ini hanya nasihat

Moga sama-sama mendapat manfaat


Ikan di laut asam di darat

Saya sudah terasa penat

Apa kata kita berehat

Semoga berjumpa di lain hayat =)

Khamis, Mac 19, 2009


Sedar tak sedar dah hampir setahun saya di bumi UK ni atau Leicester tepatnya. Dan hampir setahun juga rupanya saya telah bergelar mahasiswi. Tiba-tiba saya bertanya diri sendiri, adakah aku ni dah semakin besar? Ya, umur memanglah confirm meningkat. Tapi adakah fikiranku pun meningkat seiring umurku? Hmm..Bila difikir-fikir kembali, saya rasa saya ni masih seperti anak-anak di sekolah menengah lagi. Kadang-kadang, perangai-perangai lama tu susah betul hendak dibuang. Degil, angin, suka ikut kepala sendiri, ego, suka merajuk tak semena-mena dan suka menangis sorang-sorang sebab tak suka berkongsi masalah dengan orang lain hanya dengan alasan orang bukannya faham perasaan saya sangat pun...Huh, Adilah..Adilah...Dan saya pun perasan juga yang saya ni seorang yang terlalu serius dan bukanlah orang yang jenis lepak , chill atau cool...Isk3....Rasanya dah tiba masanya untuk saya menjenamakan balik pakej diri saya supaya lebih banyak sifat-sifat mahmudah yang wujud dalam diri ini. Maka untuk melakukannya, saya mestilah menyental karat-karat mazmumah yang sudah bertahun-tahun menempel dan melekat di hati saya ni. Degil ya! Isk3...

Cintakah saya pada Allah? Sayangkah saya pada Rasulullah?

Hm..kenapa ye saya bertanya soalan-soalan ni? Sebenarnya, kalau nak ikutkan, mulut sentiasa je menyebut ‘aku CINTA Allah, aku sayang sangat Rasulullah..’. Tapi hakikatnya, cara hidup saya langsung tak menggambarkan itu. Bila saya hitung-hitung balik, saya lebih banyak menghabiskan masa saya dengan computer dan buku-buku saya berbanding dengan manusia. Oh, adakah ini bahana dari arus modenisasi atau saya yang tak pandai urus masa sendiri? Kata nak jadi daie yang sehebat besi waja, nak jadi wanita solehah yang perkasa, nak berbakti pada agama, tapi......Isk3... Tiba-tiba saya terfikir, ni baru ada komitmen dengan study semata-mata, belum ada suami dan anak-anak yang perlu dijaga, pun sudah gagal mengurus masa antara dunia manusia, dunia buku-buku dan dunia maya. Adakah saya akan jadi salah seorang daripada manusia yang mengaku dirinya daie tetapi akhirnya tenggelam dalam kesibukan ciptaannya sendiri? Aduhai...Adilah..Adilah...


Bila muhasabah diri, saya teringat pesan seorang sahabat. Katanya, kalau banyak sifat mazmudah lagi dalam diri, mungkin kena check balik amal-amal kita sebelum ni. Check semula solat kita. Hubungan kita dengan Allah.Hmm...bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia. Pendek je formulanya. ‘Jaga Allah, Allah jaga kita.’ Simple. Benar katanya, saya mesti menilai kembali ibadah saya sebelum-sebelum ni...Adakah saya ikhlas dalam beramal atau terselit dicelah-celahnya riya’? Adakah saya benar-benar menghayati solat saya, bacaan Al-Quran saya? Bacaan Ma’thurat saya? Atau saya hanya mengamalkannya sebagai ritual tanpa langsung menjana spiritual? Tepuk dada, tanya iman? Soal hati. Ikhlaskah aku selama ini?

Jadilah orang yang memprovok orang lain, bukan hanya menunggu diri diprovok.

Inilah lagi satu masalah saya. Selalu menuggu booster daripada orang lain. Sepatutnya, bila saya futur, saya tidak boleh hanya menunggu datangnya kata-kata hikmat dari langit yang bisa membuatkan hati tersentak lalu baru saya nak bangkit semula. Itu teori sampah namanya. Saya tak sepatutnya tunggu usrah next week dan berharap jampi serapah daripada murobbi saya untuk menghidupkan hati saya kembali. Mana mungkin Allah tolong orang yang tak tolong dirinya sendiri. (Ar-Ra’du:11). Saya yang kena bergerak mebaiki apa yang tak kena dengan hati. Repair hati bukan macam repair body kereta, main ketuk-ketuk je dah siap. Repair hati ni perlu masa, mujahadah, istighfar, ingat Allah, kotakan kata yang dilafaz (ie; kata CINTA Allah kan..), dan kena cari inisiatif untuk jadi manusia yang lebih baik.

Kalau nak untung, jangan hanya menunggu barang dijual, jadilah pengeluar dan penjual barang itu sendiri. Oh, apa saya merepek-repek ni? Ada kena mengena ke analogi ni? Hehe...( Takpe2, asal saya faham..=))Sebenarnya, ada lagi satu formula yang saya dapat daripada Dr Fadzilah Kamsah yang sampai hari ni pun saya belum gunakan lagi. Katanya, “Apa yang keluar dari diri anda, adalah apa yang akan anda dapat.’ Maksudnya, what you give, you get back. Kalau kita tak ceria, kita pergi la ceriakan orang lain, nanti kita pasti akan ceria. Kalau kita bosan, kita pergi la gembirakan orang lain, nanti bosan kita mesti akan hilang. Kalau kita benci kat seseorang, kita cubalah berkasih-sayang dengan dia, nanti mesti kita akan betul-betul sayang dia dan dia pun akan sayang kita. Haa...kan senang hidup!! Hehe..Tapi Dr Fadzilah Kamsah.....Haa..tak mo tapi-tapi!!! Buat!!! =P

Oklah, saya nak sambung buat lab report dan prepare untuk final. Doakan saya. Bukan senang nak harungi hidup ni. Kena hadapi manusia, bukan setakat buku-buku, laptop dan handphone sahaja. Ubahlah diri sebelum mengubah orang lain. Sesungguhnya mengubah diri sendiri itu lebih mudah berbanding mengubah orang lain. Dan musuh yang nyata bagi seorang manusia itu adalah nafsunya sendiri... Awaslah kalian dengan Al-Hawa!! Wallahualam bishawab...


Dr. Didie: Kita ada Allah tempat bergantung, orang kafir tak de. So, nak bergantung dengan Allah kenalah rapat dengan DIA dulu. Takkan ada orang nak bagi kita pinjam duit kalau orang tu tak kenal kita kan... Haa..macam tula jugak kita dengan Allah..Kalau selama ni kita suka buat tak kenal Allah, pastu tiba-tiba nak minta tolong, agak-agak Allah tolong tak? Wallahualam... Pendeknya, kalau kita tak nak cari DIA, DIA pun tak kisah dengan kita.. Bukannya Allah luak apa-apa pun... Yang rugi kita. Kalau tak dunia, di akhirat sana...Beringatlah duhai diri!! Oleh itu muhasabahlah untuk mengelakkan musibah di dunia dan akhirat...

-SELAMAT BERCUTI SEKOLAH SEMUA!!! Easter break's coming!!

Selasa, Mac 17, 2009




“Wahh....cantiknya taman ni!”. Jerit saya riang semasa menjejakkan kaki ke sebuah mini park di hujung Bandar Sheffield. Jiwa kampung ini sudah lama merindukan suasana damai begini. Bunyi deru air dan kehijauan daun serta tawa riang anak-anak berkejaran ke sana ke mari. Indahnya!!! Hati saya menjerit bahagia...Jiwa terasa damai, dada terasa lapang, hati terasa segar.. Jauh dari kesibukan buku-buku dan suasana belajar yang menyempitkan dada dan menyesakkan nafas, sekali-sekala elok juga saya berjalan-jalan begini. Sebenarnya, niat asal di hati bukanlah mahu makan angin di Sheffield, tetapi datang untuk satu misi ummah dan untuk menghadiri NEXT (Nasyid Extravaganza Sheffield 2009). Namun, alang-alang menyelam, minum la air sekali, ye dok? Hehe...


Waterfall UK. hehe


I love fountain!!


Persis suasana di Spain


Alianie, teman sekampung saya

Disamping menghirup udara Sheffield yang nyaman,sempat juga saya menyinggah di satu dua kedai untuk membeli cenderamata buat keluarga di kampung. Ah, rindu sudah membukit, cinta sudah melangit, tanah airku semakin menggamit!! Besut, nantikan aku!! Huhu... Setelah berjalan-jalan, dari pukul 9.30 a.m (kalau tak silap) sampailah pukul 12.30 p.m. macam tu, kami menaiki tram untuk ke University of Sheffield bagi memeriahkan acara NEXT. Berbaloi juga pergi ke NEXT, dapat tengok persembahan Akbar dan Izzat (Mirwana). Wah, rupanya memang patutlah mereka bergelar artis, suara mantop-matop semuanya. Huh...tak terlawan den...=)



Akbar dan Izzat gandingan mantap

Sebenarnya, bukan itu saja yang saya dapat semasa jaulah Sheffield. Saya sebenarnya telah bertemu dengan figures yang hebat-hebat semuanya. Yang mana kata-kata mereka bukan sahaja mutiara buat saya malah bekal buat jiwa sepanjang masa. Mereka memberi kata-kata semangat buat diri ini. Memberikan buah fikir tentang hidup ini. Menyedarkan bahawa reality tidak semanis mimpi jua tak seindah bayangan di alam fantasi. Hidup ini sesuatu yang perlu dihadapi dengan penuh tabah dan berani. Benar ia penuh cabaran dan onak duri. Namun itulah takdir buat manusia dulu dan kini. Hidup ini mesti, mati itu pasti. Lalu ayuh, kita melangkah di atas tanah yang bernama Bumi! Tapak demi tapak kita susuni. Usah pandang ke belakang lagi. Memori silam itu biarkan ia berlalu pergi. Kini engkau punya hari ini. Hari untuk kau melangkah dengan optimis, penuh visi dan misi. Jaulah kali ini benar-benar menemukan saya dengan manusia dari pelbagai posesi dan posisi. Semuanya berbeza dari sudut pandang tentang tema yang satu>>> HIDUP INI.Insya Allah, entry yang akan datang akan saya kongsi fikrah daripada figure-figure ini dengan sahabat-sahabat.


Mengikut perancangan, saya sepatutnya balik malam Isnin. Namun, oleh sebab syok berborak dengan seorang sister yang baru dikenali, saya telah terlepas train untuk balik ke Leicester malam itu, lalu terpaksalah saya bermalam di Sheffield sehingga esoknya, hari Isnin, barulah saya pulang dengan menaiki bas. Sepanjang perjalanan pulang, sayang saya nak tutup mata. Pemandangan cantik sangat! Rumput-rumput di padang terhampar indah. Hijau...Luas...Saujana mata memandang... Sekali lagi lagu rindu menyanyi di hati saya. Rindu Kampung Padang Luas! Ma, Abah, doakan anak gadismu tabah!!

on the way pulang

Sebetulnya, pulang ke Leicester bukanlah pilihan saya, kalau boleh saya ingin meneruskan jaulah ke tempat-tempat lain pula. Namun apakan daya. Kuliah-kuliah sedang menanti dan melambai-lambai saya. Mana mungkin saya ponteng kesemuanya. Itu cari nahas namanya. Hehe. Tapi, tak mengapalah. Kelas pun not that bad. Quite enjoy it. Dan salah satu kelas yang paling best minggu ni adalah lab fizik. Jom layan experiment kami.Zassss~~~


Inilah kumpulan saya, dari kiri, Nathan, Nick, Ema dan Alex. Saya tukang ambil gambar=)

Experiment minggu ini

Nathan dan Nick memang 2 sejoli =)

Keadaan kelas saya

Nah..Rasanya, ini saja yang dapat saya kongsikan setakat ini. Insya Allah, semoga ketemu di lain hari. Jangan risau, kanvas hidup ini takkan berhenti kecuali dengan mati. Allahualam...


Dr Didie : Homesick!!

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.