Disamping menghirup udara Sheffield yang nyaman,sempat juga saya menyinggah di satu dua kedai untuk membeli cenderamata buat keluarga di kampung. Ah, rindu sudah membukit, cinta sudah melangit, tanah airku semakin menggamit!! Besut, nantikan aku!! Huhu... Setelah berjalan-jalan, dari pukul 9.30 a.m (kalau tak silap) sampailah pukul 12.30 p.m. macam tu, kami menaiki tram untuk ke University of Sheffield bagi memeriahkan acara NEXT. Berbaloi juga pergi ke NEXT, dapat tengok persembahan Akbar dan Izzat (Mirwana). Wah, rupanya memang patutlah mereka bergelar artis, suara mantop-matop semuanya. Huh...tak terlawan den...=)
Akbar dan Izzat gandingan mantap
Sebenarnya, bukan itu saja yang saya dapat semasa jaulah Sheffield. Saya sebenarnya telah bertemu dengan figures yang hebat-hebat semuanya. Yang mana kata-kata mereka bukan sahaja mutiara buat saya malah bekal buat jiwa sepanjang masa. Mereka memberi kata-kata semangat buat diri ini. Memberikan buah fikir tentang hidup ini. Menyedarkan bahawa reality tidak semanis mimpi jua tak seindah bayangan di alam fantasi. Hidup ini sesuatu yang perlu dihadapi dengan penuh tabah dan berani. Benar ia penuh cabaran dan onak duri. Namun itulah takdir buat manusia dulu dan kini. Hidup ini mesti, mati itu pasti. Lalu ayuh, kita melangkah di atas tanah yang bernama Bumi! Tapak demi tapak kita susuni. Usah pandang ke belakang lagi. Memori silam itu biarkan ia berlalu pergi. Kini engkau punya hari ini. Hari untuk kau melangkah dengan optimis, penuh visi dan misi. Jaulah kali ini benar-benar menemukan saya dengan manusia dari pelbagai posesi dan posisi. Semuanya berbeza dari sudut pandang tentang tema yang satu>>> HIDUP INI.Insya Allah, entry yang akan datang akan saya kongsi fikrah daripada figure-figure ini dengan sahabat-sahabat.
Mengikut perancangan, saya sepatutnya balik malam Isnin. Namun, oleh sebab syok berborak dengan seorang sister yang baru dikenali, saya telah terlepas train untuk balik ke Leicester malam itu, lalu terpaksalah saya bermalam di Sheffield sehingga esoknya, hari Isnin, barulah saya pulang dengan menaiki bas. Sepanjang perjalanan pulang, sayang saya nak tutup mata. Pemandangan cantik sangat! Rumput-rumput di padang terhampar indah. Hijau...Luas...Saujana mata memandang... Sekali lagi lagu rindu menyanyi di hati saya. Rindu Kampung Padang Luas! Ma, Abah, doakan anak gadismu tabah!!
on the way pulang
Sebetulnya, pulang ke Leicester bukanlah pilihan saya, kalau boleh saya ingin meneruskan jaulah ke tempat-tempat lain pula. Namun apakan daya. Kuliah-kuliah sedang menanti dan melambai-lambai saya. Mana mungkin saya ponteng kesemuanya. Itu cari nahas namanya. Hehe. Tapi, tak mengapalah. Kelas pun not that bad. Quite enjoy it. Dan salah satu kelas yang paling best minggu ni adalah lab fizik. Jom layan experiment kami.Zassss~~~
Inilah kumpulan saya, dari kiri, Nathan, Nick, Ema dan Alex. Saya tukang ambil gambar=)
Experiment minggu ini
Nathan dan Nick memang 2 sejoli =)
Keadaan kelas saya
Nah..Rasanya, ini saja yang dapat saya kongsikan setakat ini. Insya Allah, semoga ketemu di lain hari. Jangan risau, kanvas hidup ini takkan berhenti kecuali dengan mati. Allahualam...
Dr Didie : Homesick!!
0 comments:
Catat Ulasan