Selasa, Mac 10, 2009


Salam alaykum semua...hehe...Jom kita tutup dulu bab-bab couple-jodoh-nikah-kahwin ni yee... Sekarang, mari kita hayati drama di bawah:


“Didie, I rasa satu hari nanti mungkin I akan pakai tudung,” kata seorang wanita cantik kepada saya. Dia sudah bergelar isteri orang dan usianya lewat 20-an.


“Laa..pakaila tudung..apa salahnya..kan manis...nanti mesti akak jadi lagi cantik..”balas saya bersahaja. Sebetulnya, saya memang benar-benar memaksudkan apa yang saya kata. Tentu dia lebih cantik jika bertudung. Tapi...apalah daya saya untuk menyuruh dan mengarah sedang saya cuma diperintah untuk berdakwah dengan cara yang paling berhikmah. Ukhuwah dulu Didie! Saya mengingatkan diri sendiri...


Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan itu) [al-Ghasyiyyah 88: 21-22]


Dalam kejadian yang berlainan di mana lokasi dan masa dirahsiakan,


Didie, tengok la sms ni..husband akak cakap Akademi Fantasia dah start. Dah 12 orang dah pesertanya...Sedihnya...Akak memang tak pernah miss AF dari dulu ,”kata seorang kakak berusia 30-an yang sudah pun bergelar Hajjah sambil menunjukkan sms daripada suaminya kepada saya. Saya pun tersenyum dan merespon seadanya walaupun dalam hati terdetik, betapa peliknya manusia akhir zaman!

* * * * * * * *


Itu adalah antara dua senario berlainan yang meletakkan diri saya dalam situasi yang hampir sama. Tersepit! Tersepit antara kebenaran yang perlu ditegakkan dengan kejahilan yang tertanam dalam jiwa mereka. Saya tidak salahkan mereka juga tidak salahkan sesiapa pun. Mengapa? Kerana bila saya telusuri kisah hidup dan latar belakang keluarga mereka, saya jadi faham dan tidak mudah menghukum. Cara pandang manusia terhadap kehidupan ini berbeza-beza . Ada yang pakai tudung, tapi tak sembahyang pun. Ada yang free hair, tapi cukup waktu ringan saja tunaikan solat. Ada yang siang malam kepit awek, hingga kita yang tengok pun meremang segala bulu, tapi bila solat Jumaat, dialah orang pertama yang sampai dulu. Memanglah manusia ini unik dan pelik-pelik.


Saya masih ingat, suatu ketika dulu pernah bermalam di rumah seorang kawan. Kami beramai-ramai waktu tu. Ada lelaki, ada perempuan. Baru balik dari sebuah program. Ketika menapak ke rumah itu, hati rasa serba tak kena. Risau, takut, resah, gelisah, semua bercampur-baur. Bila tengok sekitar ruang tamu, Masya-Allah...botol-botol arak jadi perhiasan. Kawan-kawan saya yang buka peti sejuk semua terkejut beruk. Tin-tin dan botol-botol arak mengisi ruangan. Istighfar saya dibuatnya. Lidah kelu, mulut bisu, badan kaku. Salah masuk rumah ke aku? Huhu...Namun, dek kerana hari sudah kian larut, kami semua tiada pilihan melainkan merelakan hati menginap semalaman di situ. Tuan rumah pun dah bersungguh-sungguh mengajak, takkanlah kita nak menolak...Tak baik jual mahal, hormati orang lain.Maka malam itu, budak-budak perempuan ditempatkan di sebuah bilik di tingkat atas manakala budak-budak lelaki bergelimpangan di ruang tamu.


Sepanjang malam tersebut, saya cuba mengorek cerita bagaimana keadaan sebenar isi rumah ini. Saya tidak dapat menahan hati daripada bermonolog sendiri. Apa jenis kehidupankah yang sedang mereka lalui? Ajaran nabi manakah yang sedang mereka anuti sampai jadi begini? Adakah ini realiti atau hanya fantasi aku di malam hari? Oh, saya hampir tidak bisa melelapkan mata, namun penat punya pasal, akhirnya berdengkur jua.


Toyyib, back to the point, sebenarnya, apa yang ingin saya highlightkan di sini ialah sebuah realiti umat yang kini kian tenat dan perlu dirawat. Tetapi ingat saudaraku, caranya bukan dengan menyergah, sebaliknya mencegah dengan sulaman dakwah penuh hikmah. Ukhuwah itu letaknya di tangga teratas dalam usaha menyelami lautan jiwa seorang manusia. Sangat tidak logic untuk melarang mereka melakukan itu dan ini tanpa didikan jiwa terlebih dahulu. Jangan ingat mereka tahu apa yang kita tahu, dan jangan sangka mereka faham apa yang kita faham.


Apa yang penting, jangan kita bersikap keras sehingga mereka lari lebih jauh daripada kita. Biasanya, mereka lari bukan kerana benci bila mendengar hadis-hadis dan dalil-dalil berbicara, tapi mereka menyampah dan meluat dengan si penyampai yang menyeru tak kena cara. “Carilah jalan tengah antara keduanya. Jangan terlalu berkeras dan jangan terlalu berlembut dalam beragama,”pesan seorang ustaz kepada saya. Pokoknya, HIKMAH!! Hikmah itu seni. Dalam berdakwah, caranya abstrak. Ada mad’u yang hatinya bisa tersentuh dengan hanya mengajaknya minum kopi dan sembang-sembang santai di warung Pak Mat. Ada pula mad’u yang cair dengan bicara tentang dosa pahala dan azab neraka, dan ada juga mad'u yang hatinya langsung tak rasa apa-apa.Keras membatu walau puas kita menyeru. Tak mengapa...ukhuwah dahulu...Kita sedang membentuk manusia, bukannya membentuk tanah liat. Manusia diciptakan dengan penuh maruah dan martabat, maka haruslah kita sebagai daie’ meraikan martabat itu. Jangan dimarah dan direndah-rendah, nanti hatinya bisa berubah 180 darjah!


Ingat ukhuwah dan hak-hak muslim yang perlu dipenuhi. Sabda baginda Rasulullah;


“ Jangan saling menghasut, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, dan janganlah sebahagaian dari kalian membeli barang yang telah dibeli orang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, maka janganlah berlaku aniaya kepadanya, jangan menelantarkannya, jangan membohonginya dan jangan merendahkannya. Taqwa itu di sini, (baginda mengucapkan ini sambil menunjuk ke dadanya dan mengulang tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan jelek apabila dia merendahkan saudaranya sesama muslim. Darah, harta dan kehormatan setiap muslim adalah haram bagi muslim yang lain.” (hadis riwayat muslim)


Sekadar ingin berkongsi sebuah video yang saya kira wajar kita ambil ibrah daripadanya.



Mungkin inilah dilema wanita-wanita di luar sana. Oleh itu, fahami mad'u kita. Seek first to understand than to be understood. Kemudian,berdebatlah dengan baik dan lontarkanlah kata-kata yang membekas di hatinya. (4:63)


Allahualam.Segala penambahan dan perkongsian fikrah amatlah dialu-alukan.Wassalam...


2 comments:

wal berkata...

assalamualaikum w.b.t

jazakillah didie.. perkongsian yang baik.. dan bg wal, wal rase, untuk mengajak seseorg ke arah kebaikan dan melarang dari kejahatan adalah dgn kita membina ukhwwah, mengenali hati budi dan cara yg sepatutnye, yg sesuai ntuk die.. sebab, kita hnyalah mengajak dan mencegah, tetapi Dia yg berkuasa untuk memberi hidayah.. dan sgt takot kalo org yg diajak makin jauh dari apa yang kita nak.. kan... manusia, macam2 ragam.. so, kene gunakan perencah yg betol untuk menghasilkan masakan yg lazat..insyaAllah..

jazakillahi khairan khathira.. :)

dR.DidiE berkata...

waiyyaki wal...dd pun belajar dari kesilapan..sedang bertatih jugak..kadang jatuh, bangun balik..huhu..begitulah hidup ni.moga apa yg dd tulis jadi peringatan buat dri sendiri dan berguna tuk org lain juga yg ingin mengambil pengajaran..ameen

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.