Selasa, Januari 12, 2010

salam wbt...
sebagai renungan bersama.. tak tahu sapa tulis.. terjumpa, dan sgt terkena dengan bait2 tulisan ni...


RENUNGAN….
Apabila kita memandang keliling, hendaklah kita melihat kejadian. Bukit tidak akan rata kerana kata-kata. Bintang tidak akan gugur kerana nista. Jalan perjuangan menjadi mudah apabila sikap dan tindakan datang serupa. Bagaimana kita hendak selaraskan hal demikian. Lihatlah pada diri. Cungkil penyakit hati yang masih cintakan dunia. Akhirat tidak akan datang sekeping demi sekeping menggauli keyakinan apabila terselit cinta dunia. Buangkan perkara-perkara dan kelakuan yang tidak memanjangkan persahabatan. Sebarkan khabar gembira seperti seekor lebah yang patuh membawa setitis madu kepada permaisurinya. Jadilah seorang hamba yang terlalu rindu untuk berbuat kebajikan. Contohi para sahabat di dalam berjuang. Perlumbaan mereka pada kerja-kerja kebajikan bagai tiada hari esok. Siangnya dibasahi keringat, malamnya dihiasi munajat. Esak tangisnya memecah-milu hati yang mendengar. Sedangkan siangnya tubuh sasa itu juga yang meratakan kemakmuran dengan langkah jihadnya. Hidupnya memburu iman dan taqwa. Seisi bumi memberi laluan mudah. Seluruh langit menyeru sajadah. Hatinya telah makmur. Rohnya penuh syukur. Insannya terbangun dengan syahadat dan selawat. Hidup dan matinya hanya untuk Islam. Bertolaklah dari cita-cita yang pernah ditanam di dalam sanubari para sahabat Rasulullah SAW. Apabila dipalu gendang jihad, anak isteri, harta dan pangkat kuasa, tinggal teresak-esak menggamit pemergiannya. Sesungguhnya akhirat itu terlalu manis dan kekal abadi bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh berjuang mencari keredhaan ALLAH. Maka cuba ditinjau diri kita pula. Sudahkah kita melayakkan diri sebagai para sahabat Rasulullah di dalam perjuangan? Atau sebagai Asoib yang benar-benar bersedia untuk bangun bersama kecintaannya? Jika belum, mari bersama-sama di dalam medan ini. Kerana cuma ada satu kepastian yang menanti. Itulah kemenangan abadi. Pertama, apabila dunia berada di tangan dan tidak di hati. Kedua, gugur syahid dalam erti perjuangan haq ini. Kekuatan ini hanya boleh diukur dari daya yang ALLAH pinjamkan kepada diri. Atau pada kemampuan yang berpaksi dari iman. Tidak akan berjaya diperolehi iman jika tidak benar-benar mahu bermujahadah melawan hawa nafsu. Yakinlah, iman yang subur adalah anak kunci kepada semua masalah hidup yang boleh dibuka tutup dengan kehendak hati. Berusahalah kita untuk mendapatkan anak kunci ini. Bagi orang yang telah berjaya membuka pintu hati, maka ia melihat cahaya yang terang benderang. Memantuli hatinya yang jelas dalam tindak dan sikap hidupnya. Ia bukan cahaya fizikal yang kita nampak dengan mata kasar tetapi sangat gemilang cahayanya dengan renungan mata hati yang diberikan basyirah oleh ALLAH. Hanya mata hati yang begitu boleh melihat penyakit-penyakit hati, kesumat-kesumat rohani dan dendam-dendam sanubari. Tetapi kita bukan orang pilihan yang boleh meminta langsung kepada ALLAH. Segala rahsia alam ini terbongkar dari pancutan orang-orang pilihanNYA itu. Maka carilah dia hingga ke hujung dunia dan penghabisan masa. Jika telah bertemu, jangan teragak-agak untuk sungguh-sungguh memegang jubahnya. Ia dapat dikenal pasti dari akhlaknya. Akhlak contoh Rasulullah yang dianugerahi ALLAH. Oleh itu, marilah kita berusaha dengan yakin untuk menjadikan impian itu benar-benar satu realiti...insyaALLAH.

Adilah W Ab Rahim
3rd Year Medicine,
University College Cork


keyakinan kpd allah ibarat air tenang yg tidak pernah kering, menjadikanseorang muslim itu tetap thabat disaat orang lain berguguran, tetaptenang disaat orang lain ketakutan. Semakin dekat bahtera kitakepadaNya, semakin hebat taufan yg melanda...
"ya Allah, tiadalah Engkau menjadikan semua ini sia-sia"

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.