Khamis, Februari 25, 2010

Nah, dalam dunia ini, ramai orang yang sakit jiwa kerana memikirkan perkara-perkara yang bukan kerja seorang manusia.

Ada benda yang boleh kita fikir, kita rancang...Tetapi ingatlah bahawa masa depan dan seisinya itu milik Allah taala semata.

Kita siapa untuk risau terlebih tentang hidup ini?

Kita tak punya ilmu ghaib, kita tak punya perbendaharaan langit, hatta kita tak punya apa-apa walau sekelumit!

Tetapi, dalam kita miskin papa, Allah tak pernah meninggalkan kita terkapai-kapai begitu sahaja. Dia bekalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah. Dan seperkara yang kita terlepas pandang, Dia offer kita DOA!!

Dia tahu kita adalah makhluk yang lemah dan bersifat tergesa-gesa. Kemahuan kita tinggi. Namun, kemahuan sering dibatasi kemampuan.

Ingatlah, ikhtiar dan doa, hanya itu kerja kita. The rest of your life, itu kerja Allah!


Maha Suci Allah daripada menzalimi hamba-hambaNya... Allahuakbar!

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.