"Jangan fikirkan jangka panjang yang pendek. Tapi fikirkanlah tentang jangka panjang yang panjang." -Pahrol Mohd Juoi, Nota Hati Seorang Lelaki.
Ayat ini membuat saya berfikir...Ya, kadang-kadang kita terlalu sibuk merancang hidup dan kehidupan. Bila nak ambil master, bila nak sambung ph.D, kewangan nak simpan banyak mana, family yang ideal macam mana dan everything lah!
Semuanya, rancangan yang nampak seperti jangka panjang, tetapi sebenarnya pendek.
Hakikatnya mati itu lebih dekat. Hakikatnya, adakah kita merancang untuk menghadapi kematian? Permulaan hidup yang tak mati-mati lagi?
Hakikatnya ramai yang tak sedar...
Lupa merancang hidup untuk mati...
Dan itulah kita, menyangka perancangan jangka panjang hidup kita sudah cukup hebat, mantap walhal, kita tak sedar, sebenarnya ia belum cukup bijak...
Rasulullah bersabda,
"Orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati."
Jadi, adakah kita telah mengaitkan perancangan hidup dengan "permulaan hidup" (kematian) ?
Hmm...juruskan segala-galanya kepada "permulaan" yang sebenarnya. Niatkan kerana Allah, agar semua perancangan jadi ibadat dan beroleh manfaat di alam barzakh kelak...
Sebenarnya, hidup ini untuk mati, mati ini untuk hidup(hidup yang selama-lamanya).Jom,merancang hidup untuk mati!!
p/s: didi, belajar sggh2!! rancang hidup dan mati betol2!!jangan malas2!! orang bijak tapi malas beerti akhirnya dungu! orang rajin tapi tak kenal potensi diri akhirnya binasa! fokus, tetap hati, lawan hawa nafsu! Sedar yang dirimu sgt bertuah. Belajar di bumi UK ini, bukan semua orang dapat! bersyukurlah dan zahirkan dengan memanfaatkan masa dgn study dan kerja2 dakwah! subhanallah..Alhamdulillah!
Istighasah, boleh ke tak?
2 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan