Rabu, Mac 04, 2009


Hehe..saya tak dapat menahan gelak apabila membaca blog Abu Saif yang berjudul Jodoh Tak Datang Bergolek. Sambil membaca, sambil saya terkenangkan sebuah perbualan santai dengan ibu tak berapa lama dulu.

“Ngah, ade doh ke?”

Itulah soalan selingan setiap kali saya menelefon ke rumah. Dan seperti biasa, saya yang masih belum terlalu serius memikirkan baik soal jodoh, pelamin dan lampin, menjawab seadanya.

“Tok ready lagi ma.hehe...” kadang-kadang saya menjawab, “Ho, ado doh..ramai calonnya ma...sapa tok tahu hok mano so nok pilih...”,kemudian tergelak besar, tanda saya langsung tak serius dengan apa yang saya kata.

Dan sejak mengenal dunia dakwah setahun jagung ini, juga sejak trend blog memblog semakin meluas, semakin banyak pulak hujah-hujah mantap yang nyaris tiada kekurangan dalam dalilnya yang membicarakan tentang halal haramnya bercouple sebelum nikah. Maka, kini skema jawapan saya kepada ibu pun naik setingkat. Dah ada dalil-dalil, hadis-hadis yang menerangkan tentang itu dan ini. Tetapi benarlah, orang tua makan garam dulu sebelum kita. Masih ingat ibu saya membidas kembali hujah saya,katanya,

“Doh kalu tok cari, jodoh tok mari sdiri. Nok nikoh bukan main-main, keno kenal sapo mok ayoh, ore nyo lagu mano, setaro mano prangai dio. Tok leh main nikoh jah..Kito ni ore pue (orang perempuan) nikoh sekali seumo hidup, jange main-main.”

Wahh...panjang lebar pesan ibu.Saya? Terdiam dan terkesima.Menghadam isi-isi penting nasihat seorang veteran yang sudah punya anak lima. Namun waktu itu, saya sungguh rigid dengan prinsip yang saya pegang. Oh, kalau ingin ikut pendapat ibu, maka jalannya hanya satu, kena la bercouple (interpretation seorang remaja yang masih jahil tentang dunia). Kalau tak, macam mana nak tahu semua tu. Tapi masalahnya, couple tu bertentangan dengan arahan Allah. Bukankah saya sudah dibentangkan dengan dalil-dalil yang tahap kesahihannya tidak boleh disangkal sama sekali. Firman Allah dari Al-Quran. Bukan main-main.Walaa taqrabuzzina...(Jangan kamu mendekati zina..)..Ha..amik engkau! Maka,jadilah saya ditelan mati mak, diluah mati bapak.

Lantas, dengan pening-pening lalat campur tak serius sangat, saya pun mengambil jalan mudah, beramal dengan apa yang saya yakini benar disisi Allah. Sesuai dengan sebuah hadis baginda Rasulullah, “tinggalkan perkara yang meragukanmu dan kerjakan perkara yang tidak meragukanmu” (Hadis riwayat Tarmizi dan Nasa’i). Pada saya, nanti kalau saatnya telah tiba, serunya telah menyapa, lambat-laun jodohnya akan datang jua ke riba. Wah, optimis sekali saya ya! Hehe...

Namun, semakin usia menginjak, semakin saya terfikir ada benarnya kata ibu. Kalau jodoh tidak dicari, bagaimana ia akan datang sendiri? Nah..kini, artikel terbaru ustaz Hasrizal telah menjawab persoalan muda-mudi. Usaha itu perlu dalam mencari yang terbaik untuk dijadikan teman sehidup semati. Tetapi ingat, tiadalah usaha yang lebih murni melainkan mengikut panduan yang telah digariskan Illahi iaitu menggunakan khidmat orang tengah yang lebih ampuh dalam mencegah aib dan menjaga maruah diri.

Saya tak berniat pula nak mengulas lanjut tentang ini. Eloklah semua orang duduk dan berfikir sendiri. Islam itu agama Allah. Agama fitrah. Mana mungkin suruhan Allah itu menyalahi fitrah makhluknya. Allah tak pernah melarang hamba-hambaNya berpasangan, cuma Allah menggariskan beberapa peraturan bagi menjaga kemaslahatan umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia suka buat-buat tak tahu. Kita enak mengikut nafsu sendiri. Kalau rasa sedap, kena pada selera, selalu kita turutkan saja. Ye tak? Lebih malang lagi, kalau nafsu itu dikendalikan oleh orang-orang yang telah ditarbiyyah, tetapi tetap saja kalah pada selera hati. Mereka ini biasanya lebih kreatif mencari kesempatan dalam kesempitan. Mencari ruang-ruang dalam hukum-hakam yang mungkin bisa memberi sedikit kelonggaran. Malang sungguh! Mereka tidak sedar tinggi rendah langit dan bumi. Melampiaskan nafsu dengan cara yang inovatif sekali sehingga terbitlah fenomena cinta anta-anti, ana-ukhti, ana-akhi dan macam-macam istilah Arab lagi. Semuanya plastik dan kosmetik semata-mata...

Sedarlah, kalian sedang menipu diri sendiri. Cukup-cukuplah tu..Insaf-insaflah eh...Jom, sama-sama kita koreksi diri. Allahualam.

Dr Didie : Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tetapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinknnya. Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai, tetapi bila hati itu telah mati, dengan mudahnya dapat dipengaruhi, itulah perumpamaan jiwa-jiwa insan, mudah leka, lupa dan alpa. Sedarlah dan sama-sama kita saling ingat mengingatkan, Semoga hati kita dipelihara dan terpelihara. Amin..

11 comments:

Tanpa Nama berkata...

yup.. x datang bergolek.. tunggu ana sampai dulu eh?? Baru nikah.. ngeh2..

dR.DidiE berkata...

akak tgg bln purnama, tp stakat ni bru nmpk bulan sabit je.hehe...

sinar_islami berkata...

hehe..sha pun tertarik ngan artikel tu..
nice olahan~rancak ye anak beranak sembang bab ni..tak lama la tu
jemput sha pape pun :)

dR.DidiE berkata...

Hehe..bkn rancak, mak akak yg sibuk2.mcm dy nk kawen...hehe..pepom,akk kna study dlu..huhu..fizik..tenat2...sgt byk cacing2 yg perlu dihafal~~layan..

Dr Amad berkata...

Salam ziarah...

Pandangan saya,apa kedua-dua pandangan dari dua generasi itu betul.Tiada yang bertentangan.Mak saudari menyuruh untuk mencari dan mengenal,dan saudari menolak couple.Itu cantik...ada pertalian disitu.

Persoalannya,adakah untuk mengenal itu perlu bercouple?Adakah dengan bercouple itu cukup membuat kita kenal si dia?Jika jawapan itu YA,kenapa masih ada penceraian selepas bercinta sepuluh tahun dengan alasan tidak serasi sampailah picit ubat gigi salah tempat?

Benar kata mak saudari itu...rancanglah,kenallah,taaruflah, "manage"lah urusan ini dengan panduan iman.Saya pun yakin,mak tidakkan redha anak gadis kehulu kehilir dengan jantan tanpa ikatan.

Ingat agama sendiri pun tidak melarang kita kenal bakal pasangan kita.Sabda Rasulullah s.a.w

Dari Jabir bin 'Abdillah, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika seseorang dari kamu yang akan meminang wanita boleh melihat lebih dahulu apa yang menjadi tarikan untuk mengahwininya,hendaklah ia lakukan"(HR Abu Dawud)

Jadi kenallah seadanya dengan panduan dan landasan yang agama kita tetapkan.Melebih dalam pergaulan itu kecelakaan...

p/s: Teringat lagu Sudirman...Milik siapakah gadis ini? ahaks

dR.DidiE berkata...

wah..jazakallah dr amad..pjg benor pesannye.ni boleh masuk geng mak sye neh..hehe..pepom, itulah,moga Allah tetapkan hati..cuak juga keluarkan artikel macam ni sebab Allah biasanya akan uji apa yang kita kata. Ya Allah, tsabatkan hatiku..ameen..

sinar_islami berkata...

hebat ulasan Dr Amad kat sini
ada benarnya..

mga Allah thabtkn kita smua
Didie boleh hadapi ujian ni :)sbb tu leh keluarkn artikel ni kan~
peringatan utk semua~harus dikongsi

Doakan sha jua..byk lagi ujian mendatang yg kta tak tau kan..
dari sudut nk menjaga kesinambungan dakwah dan tarbiyah harus dititik beratkan~Rabbuna yusahhil..Allah mudahkn insyaAllah

dR.DidiE berkata...

jazakillah sha..moga Allah mudahkan segalanya..dari sekecil-kecil hal sampailah ke sebesar-besar hal...ameen..takutnya..Ya Allah, jadikanlah aku cerminan kepada orang yang soleh...Ameen..

hazirahamzah berkata...

carik la didie
mak dah mnunggu,entri pon dah byk psl mende cmneh.heh :)

dR.DidiE berkata...

=)..entri ni ditulis bkn bermkna sye nk kawen skrang cik hazirah oii..hehe..i just try to make things clear that couple is HARAM. but, i choose to lean this entry on my story, so that the people can take it as a qudwah.I don't want to write the other people story bcoz I think ustaz hasrizal had done that. So, it's better for me to wite mine. Again..it does not mean..that..I will get marry soon..Later, maybe.But not now syg..=)

dR.DidiE berkata...

salah eja: **write** mine

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.