Ahad, Mei 15, 2011

Hi all...
Salam semua...
May you guys happy always;-)

Today nak reflek diri sendiri~


Guys, korang perasan tak, kadang-kadang kita lebih cepat nampak kesalahan orang lain berbanding kesalahan kita sendiri.

Kita lebih cepat menghukum orang lain berbanding menghukum diri kita sendiri.

Saya bagi contoh;

Kita selalu nampak yang ahli parlimen ini tidak buat kerja beliau, mengabaikan kebajikan rakyat dan selalu keluar makan angin dengan keluarga sambil sesuka hati menghabiskan duit negara.

Ironi; Sebenarnya, kita pun sama je.Lebih kurang je dengan beliau itu. Cuma kita terkadang tak nampak kesalahan kita sendiri.

Contoh; Kita diberi biasiswa untuk belajar dan mendapatkan ijazah. Tapi, ada masanya, kita culas jugak kan masa belajar? Kita guna je duit biasiswa untuk pergi makan angin kan? Kita kalau time nak exam tu ada jugak  curi-curi tulang malas belajar kan?

So, kesimpulannya, kita ni, selalu cepat mengata orang lain, walhal diri sendiri pun dua kali lima je dengan orang tu...Kita sebenarnya, kena ingat satu perkara, kita mustahil boleh mengubah orang lain, tapi kita boleh ubah diri kita sendiri. Maka, bermulalah dengan diri sendiri. Baikilah diri sendiri dan janganlah kita lakukan perkara yang kita tak suka orang lain lakukan.

Kita benci pemimpin yang menghabiskan wang negara, jadi, kita janganlah membazirkan wang amanah yang kita ada.

Kita benci pemimpin yang khianat, jadi kita pun kenala amanah dalam kehidupan ini.

Kita benci pemimpin yan tak buat kerja dan tak pandai mengurus negara, jadi, kita pun kenala pandai mengurus diri sendiri dan kita kena do the best dalam kerja-kerja kita...

And the list goes on.....

Jangan buat apa yang kita tak suka orang buat~

Jangan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali~

Jangan time demonstrasi je mengamuk-ngamuk dan lantang bersuara, tapi bila balik rumah, kain dua baldi tak basuh lagi ataupun assignments bertimbun tak siap lagi~

Jangan duk mimpi nak ubah dunia jika gelanggang kecil di rumah pun kita tak mampu nak uruskannya~

Akhirul kalam, buat diri sendiri, renung-renungkanlah~~~



Love you as always,
diDiE AiNoRi

3 comments:

The Black Jubah berkata...

Setuju sangat...kita semua kena jadi seperti Umar Abdul Aziz, yang padamkan lilin milik kerajaan, apabila anak nya ingin berbicara hal peribadi. Subhanallah, betul cakap didie, suruh orang pandai, diri sendiri ini apa halnya....

dR.DidiE berkata...

Tula..saya tujukan khas untuk diri sendiri ni..sangat senang menuding jari ke arah org lain berbanding menuding jari ke atas diri sendiri..astaghfirullah...

dR.DidiE berkata...

tapi dalam pada itu, saya tidak bermaksud mengatakan pemimpin yang 'begitu' itu benar.mereka kalau salah, jadi tetap salah. perlu ditegur.cuma dalam kita menegur mereka, kita juga kena melihat ke dalam diri~wallahualam...

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.