Jumaat, Mei 22, 2009

Skop berdakwah adalah luas dan mempunyai pelbagai cara dan kreativiti. Asalkan ianya disampaikan ikhlas dari hati yang bersih, maka tidak kisah sarana apapun yang kita guna semuanya menuju matlamat yang sama insya Allah. Sama ada memanfaatkan blog sebagai medan dakwah, atau menjadi penulis novel Islami, atau mewujudkan rancangan seperti Al-Kuliyyah di TV, atau menjadi penceramah bebas di sana sini, atau memperjuangkan Islam melalui nasyid seperti kumpulan Rabbani, kita boleh memilih mana-mana sahaja cara yang kita rasa kita mampu menyumbang kepada Islam.

Hmm..Banyak rupanya benda yang boleh kita buat, kan? Tetapi ada satu senario yang sudah lama saya perhatikan dan fikirkan.
Soal berdakwah melalui filem atau drama. Dari suatu sudut, saya berasa sangat gembira kerana sudah banyak filem yang berunsurkan dakwah dan tarbiyyah telah dihasilkan. Namun, dari sudut yang lain ada sesuatu yang selalu saya fikir-fikirkan.

Dalam sesebuah filem yang ingin mengangkat mesej Islam, saya terkadang terfikir suatu perkara. Bagaimana sesebuah filem itu bisa menyampaikan mesej Islam, tetapi dalam masa yang sama, pelakon-pelakon terutamanya yang melakonkan watak Hero dan Heroin, bergaul sesuka hati walaupun bukan muhrim. Contohnya apabila mereka melakonkan watak suami isteri yang mesra. Mereka akan beraksi seolah-olah mereka adalah suami isteri yang sesungguhnya. Berpegang tangan, berpeluk pinggang, dan ringan-ringan di dalam filem/drama yang membawa mesej dakwah. Hmmm....boleh ke? Maksud saya, ia seolah-olah mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan.

Hmm...ini cuma sekadar buah fikiran. Mungkin saya terlalu berfikir jauh. Mungkin lain orang lain cara berfikir. Ada ramai yang menyokong filem-filem sebegini kerana boleh menginsafkan dan setidak-tidaknya mengetuk juga hati-hati orang yang ingin tersentuh. Saya amat bersyukur kalau ada hati-hati yang hidup di luar sana tersentuh dengan filem-filem seperti Laskar Pelangi, Ayat-ayat Cinta,Kun Fayakun, Sang Murobbi dan tak ketinggalan drama-drama Melayu seperti Khafi, Air Mata Rajie, Tetamu Allah dan sebagainya. Alhamdulillah...

Cumanya saya sekadar terfikir sendiri, bolehkah begitu? Pelakon yang bukan muhrim selamba je mix together and touch each other like nothing wrong with that.hmmm...Sedang dalam berfikir inipun saya sedar, pelakon-pelakon itu adalah orang biasa-biasa je.Maksudnya ada yang bukan dari kalangan yang faham. Tetapi, bukankah bila kita berbuat begitu seolah-olah menghalalkan yang haram di hadapan kamera???

Tepuk dada, jawab sendiri=)Wallahualam...

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.