Maaf sebab lama meninggalkan blog. Maaf kepada blog, maaf kepada sesiapa yang melawat,tapi tak jumpa apa yang dicari dan maaf juga untuk diri sendiri kerana menyepi.
Saya juga tidak tahu di mana silapnya sehingga saya merasakan tulisan saya tidak lagi basah dan berkeupayaan membasahkan hati-hati yang kering, yang dahaga dan hauskan makanan rohani. Mungkin kerana saya sendiri sedang tandus, lalu bagaimana botol yang kosong boleh menyiram pohon-pohon bunga yang layu?
Maafkan saya....
Saya tidak mahu salahkan buku fizik dan exam yang semakin hampir dan mendekat.
Saya tidak mahu salahkan bilik dan katil saya yang terlalu selesa untuk sebuah tidur yang nikmat.
Saya tidak mahu salahkan angin sepoi-sepoi bahasa di musim bunga ini.
Saya tidak mahu salahkan sesiapa dan apa-apa.
Cukup saya tengok balik ke dalam diri, ke dalam hati.
Hati yang kering dan lapar. Hati yang tidak cukup makanan. Hati yang berpuasa dan kempunan untuk berbuka.
Kurangnya membaca buku-buku motivasi, dan kurangnya membaca sirah-sirah nabi, inilah hasilnya.
Kaku.
Beku.
Keras mengalahkan batu.
Baru tadi hati tergerak mencari makanan motivasi di youtube, diri ini seolah-olah diketuk bertalu-talu dengan kata-kata yang dilontarkan oleh En. Motivator. Ada benarnya kata beliau. Lantaran terlalu memikirkan kelemahan, saya menjadi hilang semangat, lantaran terlalu memfokuskan kepayahan, saya pun putus asa. Lantaran sering mengingatkan kegagalan, maka saya pun menjadi malas. Lalu masa yang ada, bukan diisi dengan membaca, mentelaah, tapi diisi dengan perkara-perkara lagho. Kerana hati sudah hilang satu kuasa. Kuasa untuk tidak berputus asa.
Tapi insya Allah sekarang saya nak bangkit dari kepompong besi ini. Saya mahu membebaskan diri dari belenggu yang membelit jiwa dan tangkai hati ini.
Masa masih ada. Selagi hari yang di nanti belum tiba, selagi itu peluang yang bertakhta. Saya yakin saya bisa!!! Insya Allah~~~

0 comments:
Catat Ulasan