Ahad, Mei 03, 2009

Seminggu tanpa ujian. Bebasnya hidup, terasa memang mudah semudah-mudahnya. Dengan meng ‘ignore’ kan tekanan exam, hidup saya terasa memang tanpa ujian. Saya dengan bilik saya, dengan computer saya, menyiapkan assignment2 di fasa terakhir, memang langsung tiada tekanan!


2 Mei, jam 4, saya dan ahli usrah sepatutnya naik tren menuju ke Nottingham. Siapa sangka, sewaktu menuruni tangga train station, kaki saya terpele’ot (bahasa orang kampung saya) dan terus saya hilang nikmat sebelah kaki. Langsung lepas tu saya tak boleh jalan 2 belah kaki.


Astaghfirullah...Mungkin ini tandanya Allah masih sayangkan saya. Walaupun saya dah semakin jauh dengan Dia minggu ni, tapi ternyata Allah langsung tidak melupakan saya. Ujian kan tanda sayang Allah pada hambaNya...Alhamdulillah...


Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Tren pun sudah sampai. Rancangan kami untuk berusrah di Notts hampir saja terbatal lantaran keadaan kaki saya yang tidak mengizinkan. Sakit sewaktu minit pertama terpele’ot memang maha hebat. Ngilunya naik ke kepala. Telinga jadi pekak, saya dengan dunia saya, muka pun kalau ditoreh sudah tiada darah, pucat!


Dalam hati terus berdoa, “ Ya Allah, janganlah kaki aku ni patah lagi sekali!”


Dan Alhamdulillah, setelah setengah jam kemudian, sakit saya sedikit reda. Namun, dari pukul 4, tertangguh ke pukul 4.30 petang, barulah kami decide untuk meneruskan rancangan. Kesian kawan-kawan, terpaksa memapah saya naik ke tren.


Sebenarnya, saya amat merasakan bahawa ujian kali ini bukan sebarang ujian. Allah sedang berbicara dengan saya. Berbicara dengan tegasnya kepada saya. Allah sedang menegur kesalahan-kesalahan saya. Dan Allah sedang menguji keikhlasan hati saya.


Bukan semua orang tiba-tiba terpele’ot kaki macam saya. Seramai-ramai orang yang turun tangga train station tu, saya telah dipilih oleh Allah untuk merasa azab itu. Untuk apa? Pasti bukan saja-saja!


Teringat saya sebuah firman Allah;


“Dan jika Kami Berikan rahmat Kami kepada manusia, kemudian (rahmat itu) Kami Cabut kembali, pastilah dia menjadi putus asa dan tidak berterima kasih. Dan jika Kami Berikan kebahagiaan kepadanya setelah ditimpa bencana yang menimpanya, niscaya dia kan berkata, “ Telah hilang bencana itu dariku”. Sesungguhnya dia (berasa) sangat gembira dan bangga, Kecuali orang-orang yang sabar, dan mengerjakan kebajikan, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar.” (11:9-11)


Subhanallah kan?


Terang-terang lagi Allah dah terangkan dalam Al-Quran. Manusia ni kalau diberi nikmat, seronok sangat, mulalah lupa dunia, lupa Tuhan. Tapi once nikmat tu sudah dicabut, terus berputus asa dan sudah melupakan nikmat yang selama ini Allah kurniakan. Bak kata seorang kawan saya , “I have a God, but I’m acting like I don’t have one!” haa...serupa itu la kot manusia ni.


Dan saya tak nak jadi macam tu. Saya nak jadi orang yang terkecuali yang Allah sebutkan dalam ayat tu.


“Kecuali orang-orang yang sabar, dan mengerjakan kebajikan, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar.”


Sebab itu, bila dah merana sakit macam ni, saya paksa juga otak saya supaya muhasabah kembali kesalahan-kesalahan saya minggu ni. Allah takkan uji saja-saja. Allah takkan buat sesuatu main-main. Mungkin ini kaffarah dosa saya. Ya Allah, atas dunia saja sudah sakit begini. Bagaimana di alam barzakh dan di akhirat kelak? Astaghfirullah.

Moga selepas ini, suluh cahaya itu menerangi segenap jiwa saya.... amen....




2 comments:

ecz emz berkata...

hmm...betul2 istimewa..kita diuji dgn hari yg sama utk segala kesilapan kita sepanjang mgu nih, tapi dgn cara berbeza.. Allah tu kan Maha teliti dgn setiap yg DIA lakukan..cume xsempat nk qadaya je, sibuk duk bincang mende lain..hehe.. tapi tu la, sometime not everything we can tell others, let it just be between Allah and us only.. apa2 pun ,jaga diri, jaga kaki..hehe..salam

secreat berkata...

betullah k.didie. kite pn x sedar sume tu. thanks for sharing. nanti jaga diri elok2. Your leg need rest tu...Salam

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.