Sabtu, Mac 26, 2011

Salam semua....

Dah 3 hari saya tak update diari ni kan? Hmm..so sorry...

Well, let's sharing now. First of all, saya  nak buat satu confession which is minggu ni memang otak saya tak balance sikit. Perubahan musim agaknya (musim sejuk ke musim bunga). Cuaca dah jadi makin panas sekarang, mungkin itu effect juga sedikit sebanyak kepada cuaca di hati.*:-P alasan!*

Actually, yesterday, supposed I had a dinner with malaysian students at Eat Away Restaurant , but so sorry guys, I couldn't make it. Semalam balik sekolah dah lambat, sebab after Physics Challenge, terus gi sembahyang maghrib kat uni. Sampai-sampai umah dah almost 6. Maghrib masuk pukul 6.20 macam tu.

Dinner tu pulak after maghrib. Huu...I don't know, supposely I should try to go dan tidak menguzurkan diri. But then, I can't help myself. Bila sampai je kat umah, I feel like crying. So I cry as much as possible as I can. Because I want to burst out all of my stressful feelings that I holding on this week.

Saya sebenarnya tak suka sangat bila saya rasa hati saya ni macam sakit ke, busuk ke, tak sihat ke, tapi minggu ni, hati saya ni sakit sungguh-sungguh.. Ya Allah, sebab tu semalam saya memang dah tak boleh nak tahan air mata dari jatuh. Saya biarkan je sampai mata saya bengkak macam kena sengat tebuan. And then, my housemate suddenly knocked my door and asked, "Didie, are going to farewell dinner tonight?"

Saya cuma cakap, "Tak kot.". Muka saya tutup ngan selimut sebab tak ley nak bercakap pun, apa lagi tunjuk muka kat my housemate. Muka kan dah jadi macam orang yang alergik udang je. And then, my housemate said, "ok, kalau macam tu kita pergi dulu eh. Bye didie." Saya cuma menyahut "ya" dalam selimut.

Ok, so, that's why saya tak pergi semalam. Saya kena rawat dulu hati ni. Saya cakap sekali lagi, saya tak suka sakit-sakit hati kat orang, saya akan benci dan marah diri sendiri bila saya ada perasaan macam tu. And then, bila saya tak tahan sangat, saya akan menangis. Dan bila saya menangis ia tak ada kaitan pun dengan orang lain, ia adalah masalah saya dan diri saya sendiri.

Saya cuma nak menangis sebab saya nak rawat hati saya. Saya cuma nak tenangkan jiwa saya sendiri. Saya cuma nak bersangka baik pada orang lain........

Huu...Dan pagi ni, bila saya bangun, hati saya jadi jauh lebih tenang. Alhamdulillah...Saya cuba ingat kembali nama-nama orang yang saya sakit hati sepanjang minggu ni. Tiba-tiba saya perasan satu benda. Saya dah tak rasa apa-apa!

In fact, saya rasa saya sayang sangat kat mereka semua. Saya sayang dan rindukan kenangan-kenangan kami semua. Saya tak nak benci-benci. Semua pun pernah ada kenangan manis dengan saya. Tak banyak pun sikit. Tapi still, masih ada yang indah untuk dikenang.

Alhamdulillah..Saya harap, saya boleh lupakan apa semua yang mereka dah lakukan pada saya. Curi masa saya ke, tak beradab ke, tak hormat ke, biarlah..Biarlah berlalu pergi semuanya.....

Saya cuma mahu ukirkan kenangan manis di atas dunia ini. Biar saya dapat mati dengan tenang bila tiba saatnya. Sekarang, hari ni, saya rasa lebih fresh dan saya tak nak menambah seorang lagi musuh di hati.  Hidup ini kan terlalu singkat? Jadi untuk apa penuhi hari dengan berdebat? Mengumpat?

Tak perlu Didie, tak perlu itu semua...Tak akan bisa membawamu ke syurga nan indah di akhirat pun.

Ya Allah, kekalkan hatiku dalam rasa kasih dan sayang. Teman-teman, adik-adik, semalam mungkin saya ada rasa marah kepada anda, (sama ada anda sedar atau tidak), tapi insya Allah saya dah maafkan. Saya maafkan semuanya. Marilah kita hidup dengan aman damai dan harmoni. Saya sayangkan anda semua dan saya tak nak ada dendam dan benci antara kita.

Yang berlalu, biarlah berlalu. Yang mendatang, mari kita ukirkan harapan dan kenangan terindah. Kalian ada buruknya, saya juga ada buruknya. Kita tidak sempurna. Kadang saya tak boleh tahan rasa marah, lalu saya meluah. Tapi sebenarnya di hati, sayang saya masih bersisa untuk setiap seorang dari anda. Saya manusia biasa, anda juga manusia biasa. Saya buat silap, anda juga buat silap. Saya pernah termengata, anda juga pernah melakukan yang sama.

Justeru saya mengajak diri saya, marilah Didie Ainori, kita berdamai rasa. Untuk kebahagiaan dan cinta sesama. Kita maafkan saja. Dunia ini luas, hidup ini juga luas dengan syarat kasih sayang itu yang menjadi tunjang. Ya, jujur, saya masih sayangkan setiap seorang dari anda! MASIH!




Love you as always,
diDiE AiNoRi

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.