Isnin, Mac 14, 2011

Ya, saya dan anda semua.Kita kena positif! Saya tahu-saya tahu...Kadang-kadang ada perkara yang terjadi dalam hidup ini memberi tamparan yang hebat buat diri kita. Tetapi ingatlah, bahawa kita sentiasa punya pilihan. Sama ada kita hendak memilih untuk menelantarkan hidup akibat tamparan yang hebat itu, atau kita nak terus berlari ke depan dengan menukar kesan tamparan itu kepada kebangkitan. Anda pilih. Mahu yang mana?

Dengar ya! Kita sebetulnya harus sentiasa positif dalam kehidupan ini. Tak kira walau apapun yang terjadi. Kita tidak boleh terlantar atau terbaring terlalu lama. Kita kena bergerak!

Sebab... air yang bertakung terlalu lama pasti akan rosak!

Kereta yang statik di tengah jalan pasti akan mematikan trafik!

Begitu juga dengan kita. Manusia yang terlalu lama tidak memberhasilkan dirinya hanya akan memusnahkan dirinya sendiri!

Saya faham... Bukan mudah untuk bangun semula daripada suatu kekalahan atau suatu keputusasaan, namun begitu kita tetap juga kena bangun.

Dengar aku duhai kawan,
Engkau jiwa-jiwa yang baik dan luhur,
maka,  jangan engkau mempersiakan dirimu.
Jangan engkau mempersiakan keremajaanmu.
Walau engkau jatuh ke dalam lubang Alice Wonderland sekalipun,
tetaplah harus kau kembali mencari jalan pulang.
Tidak ada kalah dalam hidup ini
yang ada hanyalah bagaimana untuk kau berubah.
Kau harus menang dengan bergaya sahabat!

Akhir kata, percayalah, pada sikap yang positif itu wujud seribu pintu kebaikan. Bahkan mungkin bakal membuka jutaan pintu kebaikan buatmu. Lalu, mengapa harus kau berwalang hati? Teruslah berlari, jangan ragu-ragu tentang hidup ini, kerana masa depanmu itu akan pasti penuh dengan keraguan dan ketidaktentuan seandainya engkau tiada pergantungan kepada Tuhan!

Fikir-fikirkanlah...

Love you as always,
diDiE AiNoRi

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.