Salam sume...
Ni minggu ke berapa ntah kat UK. Saya pun dah lupe.Malas dah nak menghitung minggu.huhu...Yang pasti, nikmat Allah pada saya setakat ni pun dah tak terhitung saya kira...huhu...rasa syahdu lak malam ni..ntah la nape...Nak nanges...
Sampai hari ni, saya rasa saya sentiasa di bawah kasih-sayang Allah yang tiada bertepi....
He really Loves me...
Though I always rebel to Him.
But He always always be there for me...
Huhu...
Ya Allah...Forgive me for everything I did wrong...
Ya Allah...
Often...I knew that was wrong, but I did that...
Often... I knew that was not right but I followed that...
What did I do to You O Almighty God?
Am I really could be called as a good Muslimah?
I wasn't sure enough.
I'm not qualified for that I think...
Ya Allah...forgive me...Plz make me strong all the way in my life...
Plz..Plz..make me rely only on You...
Plz..Plz..make me a tough brave girl...
I love Allah and I don't want Him to hate me. I want Him to Love me back..God, I know U always will...Instead, I am the one who always break the promise...
Give me the strenght to face every single thing in my life ya Allah.
I love U...And I know U does too...
Sabtu, Disember 19, 2009
Selasa, November 24, 2009
Dalam sibuk dengan urusan seharian terkadang datang perkara yang tidak diundang.
Datang perkara-perkara yang sukarnya untuk meletakkan batas TIDAK.
Padahal berkata TIDAK demi mentaati Allah itu balasannya syurga sedang mentaati TIDAK beerti ganjarannya neraka!
Namun bila INGIN itu diutamakan, hati jadi degil dan keras.
Nasihat-nasihat yang diterima singgah ibarat angin lalu.
Hmm..mungkin, ada satu sahaja nasihat yang bisa menggentarkan hati ;
"ambil tangan, letak atas api!"

“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [al-Jaathiyah 45: 23]
Ahad, November 15, 2009
Salam alaik~~
Sudah 2 minggu blog ini terbiar...Sepi tak berhuni...
Bukan tuannya hilang, tapi kesibukan yang menelan...
huhu...
2 minggu lepas, saya menghadiri program kecemerlangan pendidikan anjuran sponsor kesayangan saya, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA di Warwick, UK.
Kalau boleh, ingin saya kongsikan segala ilmu dan motivasi yang saya dapat daripada program mantap tersebut.
Ya Allah...hanya Allah saja yang tahu betapa saya merasakan bahawa program itu adalah suatu rahmat yang terbesar buat diri saya.
Kerana jujurnya, pada minggu keenam di UK saya tidak boleh menipu diri sendiri lagi. Saya stress! Tension dengan study yang saya rasakan saya tak terdaya lagi nak bawa. Dengan tanggung jawab2 lain yang perlu saya pikul.
Saya lemah, saya hilang semangat sebagai seorang fata, saya hilang motivasi sebagai seorang syabab. Saya tenggelam dalam kalut urusan dunia yang menyesakkan.
Huhu...Namun alhamdulillah...Allah itu sentiasa di sisi...Sesiapa sahaja yang mengharapkan bimbingan dan pimpinanNya, mengharapkan rahmat dan pertolonganNya, pasti Dia akan Mengurniakannya...
Alhamdulillah, motivational talk yang disampaikan oleh TKSU KPM, Datuk Kamruzzaman itu telah berjaya membasahkan jiwa saya kembali. Menyemarakkan semangat yang hampir-hampir saja luntur.
Terkesan saya dengan kata-kata beliau,
"Untuk menjadi seorang yang excellent, cemerlang dalam semua segi, kita perlu ada PENGORBANAN. Kita MESTI sanggup berkorban! Tidak ada orang yang berjaya tanpa pengorbanan."
Subhanallah....tegas sekali kata-kata beliau, sesuai dengan karismanya sebagai bekas best student Oxford, UK.
tambah beliau lagi,
"untuk menjadi cemerlang kita perlu ada 3 perkara;
KNOWLEDGE + SKILLS + ATTITUDE "
Attitude atau dalam bahasa Melayunya, SIKAP!
Sikap itu adalah paling penting dalam ketiga-tiga perkara itu.
Kerana sikaplah yang menentukan knowlegde dan skills.
Saya sebenarnya masih bertatih dalam memperbetul sikap. Sikap yang negatif kepada positif, contohnya seperti malu tak bertempat.
Malu bertanya, malu menonjol, malu mempamerkan kualiti yang ada dalam diri.
Sebaliknya, bahkan kita dalam Islam amat dituntut untuk menjadi seorang yang berketrampilan, berdaya maju, berdaya saing, jujur, amanah, hebat, ikhlas dan sebagainya.
Begitulah, dalam dakwah juga kita perlu pengorbanan.
Dalam apa jua pun, kalau namanya inginkan KEJAYAAN tuntasnya haruslah pengorbanan.
Pokoknya kalau sanggup berkorban, ikhlas demi Allah, insya Allah, akan diganjari kefahaman, kejayaan seterusnya kebahagiaan.
Hmm..Indahnya....
Tetapi ingat, di sisi manusia, selain malaikat yang menjaga, adanya syaitan yang menggoda.
Kita tidak boleh terlalu yakin diri dengan menyangka;
" Nahhh....aku sudah berkorban, sudah tetap hati untuk belajar dan bekerja dijalan Allah, maka Allah pasti akan memelihara aku."
Tidak boleh sama sekali!!!
Kerana detikan seperti ini hanya mengundang syaitan bertamu.
Riak, bongkak, takabbur, ujub. Perasaan halus yang disuntik syaitan saat hati terlalu yakin.
Oleh itu, perkara yang paling sukar tetapi mesti dibuat adalah muhasabah dan istighfar.
Hati ini boleh saja berbolak balik. Hati ini bagaikan tudung periuk yang isinya menggelegak. Ia berbolak balik semudah itu.
Hanya kepada Allah jualah kita sandarkan doa dan harapan...
Ya Allah,
Sering aku cuba lari dariMu.
Sering aku remehkan arahanMu...
Sering aku rendahkan ayat-ayatMu...
Sering aku pandang enteng pahala dan balasanMu...
Sering aku ragu dengan syurga dan NerakaMu...
Sering aku tidak peduli dengan dosa-dosaku...
Sering aku ambil mudah rahmat dariMu...
Ya Allah,
apakah masih layak aku berada dalam barisan fata pilihanMu?
apakah masih ada tempat untuk manusia sehinaku?
Ya Allah,
aku benci teori,
aku benci retorik,
aku benci cakap kosong,
aku benci falsafah,
yang semuanya tiada nilai kalau tanpa amal...
yang semuanya sampah kalau tidak ditunai...
Tapi ya Allah...
Sering kali akulah yang terjatuh ke dalam lembah itu..
Akulah yang cakap tak serupa bikin
Akulah yang paling kuat membantah
Akulah yang paling melulu menurut hati
Akulah, akulah yang sering ya Allah.....
Ya Allah...
Ampunkan andai darah mudaku pernah menghiris jalan dakwahMu...
Ampunkan kalau darah mudaku pernah melemahkan barisan syababMu...
Ampunkan kalau darah mudaku pernah menghalang rahmatMu turun kepada orang lain...
Ampunkan aku ya Allah.....
Alhamdulillah juga pada minggu ketujuh saya telah diberi peluang lagi untuk menghadiri suatu sesi daurah ataupun seminar di Birmingham.
Pada saya, isi daurah kali ini hampir saling tak tumpah dengan apa yang saya dapat di Warwick.

Intinya sama, cuma matlamatnya saja yang berbeza. Yang satunya untuk cemerlang dalam belajar, yang satu lagi untuk cemerlang dalam dakwah.
Tetapi sebenarnya, dakwah adalah study dan study adalah dakwah.
Ia satu bentuk hubungan relatif,seiring dan saling berkait.
Maka kita perlu cemerlang study dan berusaha untuk cemerlang juga dalam mengajak orang kepada Allah.
RABBANI...dakwah menuju Allah, bukan dakwah menuju manusia...
Dakwah menuju syurga, bukan dakwah menuju bala...
Wallahualam bisshawab...
Ahad, November 01, 2009
Salam Alaik semua~
Menjerit lagi shoutbox di sebelah sana..huhu...
Minggu ni adalah minggu kelima di UK.
Minggu ni boleh dikatakan free jugak la...
Disebabkan meletakkan pilihan 'NO' untuk Notts' Games, maka saya pun punya saaaaaaangat banyak masa free...Hehe...
Besarnya pengaruh NO or YES dalam kehidupan sebenarnya kan?
So, natijahnya, minggu ni saya isi dengan menyiapkan nota-nota yang berselerak dan tak lengkap serta study yang mana-mana lagi belum catch up.
Tapi..sebanyak mana pun masa saya ada, saya hanya mampu memberi kosentrasi penuh pada 2 jam pertama study, lepas tu saya dah kena stop, pergi buat kerja-kerja lain (ie:basuh kain, basuh toilet, vacuum bilik etc..=) hehe..
so, sebenarnya jugak, saya rasa, tak elok pun ada banyak masa kosong ni...
Bak kata pepatah arab, 'masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita..'
huhuh...terkena..terkena...
Betul...sebab tula As-Syahid Hasan Al-Banna kata, 'orang yang sibuk, adalah orang yang banyak masa.'
Sebab, kalau kita sibuk, kita akan buat je semua benda, kita akan nak siapkan je sume benda dgn on time nye..
Tapi bila kita banyaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk sangat masa, kita akan tend to procastinate, tend to delay it first... do it later lah...hehe...
So, kesimpulannya, marilah kita sama-sama menyibukkan diri kita, agar kita tidak dibunuh oleh masa.
"Sesungguhnya, manusia itu di dalam kerugian..."
huk3...
Semoga kita semua tak termasuk dalam golongan yang rugi,ameen...
Kita sebenarnya sentiasa dalam kondisi membunuh atau dibunuh! Maka , berhati-hatilah!
Nota: Saya tengah study kat library ni, hanya berhenti sekejap utk update blog.=P

Sabtu, Oktober 24, 2009
Sebulan sudah saya di UK untuk tahun kedua ini....
Muhasabah kembali....
Kalau di tahun pertama, saya masih sedang terkial-kial menyesuaikan diri pada hari genapnya sebulan di UK. Tapi hari ini, saya beda....
Banyak bedanya....
Adilah yang dulu, tidak sama dengan Adilah yang kini...
Alhamdulillah, itu tandanya saya belum menjadi manusia celaka!
Bukankah hari ini harus lebih baik dari semalam? =)
Berbalik ke minggu pertama tahun kedua di UK.
Sesampainya dari Malaysia, saya terus menuju ke rumah baru di Windermere Street. Tiba saja di rumah, saya disambut adik2 first year yang menginap di rumah kami untuk beberapa malam. Waktu tu saya pun terdetik; "oh, dah senior rupanya aku! huhu...."
Rasa penat tak terasa bila melihat wajah-wajah polos adik2 first year yang masih homesick dan manja-manja. Hmm... sume perlukan perhatian senior.
Seminggu pertama saya sangat sibuk. Menguruskan adik2 dan study.
Minggu kedua saya diberi amanah untuk menjadi project director bagi program BOOM! untuk student di leicester, especially adik2 junior...
Alamak, bertambah lagi kesibukan!
Mampukah saya menggalas semuanya??
Ah, tipu kalau tiada tekanan. Tetapi semua itu adalah tarbiyyah langsung daripada Allah.
2minggu bertungkus-lumus bersama AJK2 lain untuk merealisasikan BOOM! akhirnya berbaloi....
Alhamdulillah....semua berjalan lancar, Allah menolong, dan Allah melindung....
Walaupun bekerja dengan orang yang tak sama wavelenght, tapi saya sangat suka dengan potensi2 hebat dan kualiti2 bernilai yang mereka ada. Banyak yang saya pelajari daripada sosok2 hebat itu.
Saya personally enjoy bekerja dengan mereka. Sungguh, pengalaman menjadi pengarah projek kali ini amat memberi kesan mendalam kepada hati saya.
Benarlah, semua orang harus diberi peluang untuk beraksi dan mencoret bakat.
Tidak kira mereka itu ikhwah atau bukan ikhwah. Akhowat atau bukan akhowat. Itu tidak penting. Yang penting, percaya bahawa kita semua harus diberi peluang dan yakin akan kebolehan yang ada pada setiap manusia.
Ya, saya dapat mengesan penyakit yang menimpa sesetengah ikhwah dan akhowat kita iaitu mudah BERSANGKA BURUK kepada 'group lain'.
Mungkin kerana kita terlalu atau selalu berada dalam group yang kecil, dalam circle kita-kita saja, seputar itu-itu juga.
Sehingga kita merasakan bahawa group kitalah yang terbaik dan boleh bekerja dengan paling baik dan orang lain tidak boleh menjadi sebaik kita.
Hmm...ini terjadi...terjadi dalam kalangan kita tanpa disedari....
Padahal, sedarlah, sebahagian prasangka itu adalah dosa....
Maka marilah kita sama-sama membersihkan tanah hati kita daripada lalang-lalang dan semak samun dosa yang tumbuh di tanah gersang hati kita. Mari kita siram tanah hati kita dengan benih-benih mahmudah dan kita kutip semua batu-batu dosa yang berat menimbun dalam hati dan kita gantikan dengan baja iman dan taqwa.
Semoga pohon yang tumbuh nanti adalah pohon-pohon keimanan dan keikhlasan yang segar dan sihat. Moga tanah hati kita basah dengan hujan zikrullah....
Jauhkan sangka buruk.
Dakwah itu seribu cara.
Jangan terlalu taksub dengan satu cara.
Jangan terlalu jumud pada satu rasa.
Kita semua berbeda dalam banyak perkara.
Maka raikanlah perbedaan itu.
Manusia senang jika diraikan.
Dan sangat suka jika menerima.
Mungkin kita harus lebih banyak bersabar dengan memberi.
Kerana mereka belum mengerti.
Jadilah sedikit manusiawi tanpa mengorbankan ukhrawi.
Bingkisan hati ini, ingatan untuk kita dan diri sendiri...
Moga ikatan ini kekal selamanya....
Saya sayang ikhwah akhowat semua....
Dan saya sayang juga sahabat2 saya yang lain...
Saya gembira dengan bimbingan kalian, tetapi kadang-kadang saya juga punya pendapat dan pandangan sendiri.
Maafkan kalau saya tidak selari dalam beberapa hal.
Hmm....
Kini sudah tamat minggu keempat, maknanya sebulan genap saya di UK. Saya harap saya akan menjadi lebih matang dalam membuat keputusan, lebih sensitif dalam membaca hati orang, lebih faham akan liku-liku di dunia dan saya amat berharap agar Allah sentiasa memimpin saya di jalanNya..
Ameen.....
(Ah...musim luruh dalam hatiku!!!Apakah akan terjadi pada minggu-minggu mendatang?Wallahualam....)=P
Selasa, Oktober 13, 2009
penatnye...penatnye...penatnye....uwaaaa.....
balik kelas kena g town, pastu kena fikir untuk program, buku berlambak nak kena baca, bilik pun da tak sempat nak kemas, baju nak kena basuh, penatnye, penatnye,penatnye.................
huhu...nak nanges je rase...Tapi, tak boley nanges depan tetamu, depan adik-adik, depan kawan-kawan yang baru balik kelas sebab dorg pon penat gak dan aku takde hak utk ruin kan mood dorg.
Mesti kena dahulukan hak mereka. mulut kena senyum, wajah mesti ceria walaupun dalam hati menjerit, "ya Allah.....nak tumpah dah air mata ni...penatttttt....."
Ya Allah, Kau lebih tahu hatiku yang rapuh ini ya Allah.
Pimpin aku, kuatkan aku dalam menempuh jalanMu...
Biarlah penat yang sepahit hempedu ini berbuah nikmat semanis madu ya Allah....
Ameen...