Manusia adalah makhluk yang indah,
Yang hidupnya dengan fitrah,
Yang hidupnya tidak suka dimarah,
Yang hidupnya tidak selesa difitnah,
Yang hidupnya tidak betah digugah...
Manusia adalah makhluk lemah,
Lemah apabila resah datang menyinggah,
Lemah apabila masalah melimpah-limpah,
Lemah apabila ujian bagaikan air bah
Lemah...Lemah seluruh tubuh, bagaikan lumpuh...
Alhamdulillah, baru siap solat Asar. Segala peristiwa tadi berlaku Zohor tadi...Hmm..now dah reda sikit ombak di hati. Biarlah.TAk payah fikir sangat perangai manusia...If nak jaga, ramai sangat hati-hati manusia yang perlu kita jaga dan memang kita tak mampu nak jaga semua orang.Huhuu...
Dunia ini, hanya pinjaman...
Untuk menguji keimanan...
Dunia ini hanyalah tempat
untuk menguji siapakah yang lebih baik amalnya...
Allahu Allah, jika ujian tadi adalah kaffarah dosa-dosaku ataupun ujian itu sebagai pembentuk akhlakku, maka bantulah aku perbaiki peribadiku menjadi lebih rasional dan sabar.
Ampunkan aku dan segala khilafku. Peliharalah aku dari dengki khianat manusia ya Allah..Amiin~
Guys, today I feel soooo pissed off dengan beberapa kakitangan yang perasan pangkat tinggi sangat nih. warghhhhhh bengang betol aku!
First tu, aku tanya dia betul-betul, dijawabnya dengan sindiran, second, aku tak wat pape pun kat dia, suka hati dia sindir aku depan kawan-kawan. Dan third pulak, aku pandang jer dia, siap aku senyum, boleh dia dengan sombongnya, tak reply pun senyum aku, tapi sebaliknya siap bagi arahan dengan isyarat je kat aku!! warrrgggghhh aku panas ni, aku panas, memang aku pantang benor la dengan orang mcm ni. And for your info, sume2 manusia ni, POMPUAN!!! yes, kaum aku! wah, wat malu kaum jer.
Adoi, aku da la serabut dengan banyak masalah lain, lagi nak serabutkan otak aku dengan perangai korang. Hmm, tak kuasa aku nak layan, lebih abik aku balik umah, tido, takpon mandi dan solat!habes cite! Suka hati korang la dengan perangai korang. Susah kalo org dah rasa dia bagus sangat niiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Alhamdulillah, now I'm at IPTI, Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, kena buat KPLI setahun kat sini. Huhu, nak cite, masa mula-mula sampai sini, memang rasa nak nanges jer sebab rasa culture shocked. Tak biasa dengan sistem. Bayangkan, kami orientasi cuma 2 hari, kemudian, esoknya da start masuk kelas, belajar dan dapat homework sekaligus!!!Hooooo-maiiii-godddd~
Kemudian, tak cukup dengan itu, kami kena masuk kelab, persatuan dan olahraga. Alaaa macam sekolah dulu-dulu tuuu...Huhu..Saya bukan la nak kata tu tak bagus, saya cuma nak stress kat sini, saya terkejut je.huhu. Serius dah lama saya tak terlibat dengan benda-benda macam ni. Sekali bila datang sini diWAJIBkan, mestilah otak saya jammed buat seketika. Opss, bukan seketika, 2 minggu otak saya cramped. Dengan kerja sekolah yang makin menimbun, jadual yang padat dan kepenatan belajar ilmu-ilmu pendidikan yang penuh falsafah, saya akui, saya collapse, dan dengan tragisnya saya angkat bendera putih. Tak larat-tak laratttttttttt. End up, saya nanges.Huwaaa~
But, saya sedar, nanges takkan baikkan keadaan, cuma boleh legakan hati saya je...So, dipendekkan cerita, cuti hari minggu pertama, saya keluar pergi lepak kat Pontian, cuti minggu kedua, saya keluar pergi KL(masa tu, ramai yang balik kampung sbb cuti satu malaysia), semuanya gara-gara tak boleh hidup dalam maktab. Naik gila!huhu...
Saya stress kan di sini, maktab tak salah, maktab saya best jer, cuma saya jer yang terkejut sendiri...Saya jer susah nak cope dengan sume benda ni.But now, dah masuk minggu ketiga. Of courselah kerja dah makin bertambah jugak.Tapi, insya Allah, saya feeling better dan insya Allah, saya akan cuba untuk memautkan hati dengan kerjaya guru ni walaupun pada awlnya, mmg saya tade feeling lah nak jadi cikgu.Huhu..Bukan sebab apa, sebab memang saya tak minattt...Tapi, insya Allah, memandangkan saya dah terjun lam bidang keguruan ni, saya akan cuba buat yang terbaik.Berusaha kan tangga kejayaan!
Apapun, insya Allah, if lepas ni saya lulus KPLI, dan setelah disahkan jawatan, saya nak sambung masters and insya Allah after dat nak mohon biasiswa untuk sambung phD.
Saya taknak berhenti di sini, saya nak lagi dan lagi. Insya Allah, saya tahu, walaupun pasti banyak halangan di hadapan, insya Allah, Allah ada bersama-sama saya. Awak semua, doakan saya taw!
Oye, pagi-pagi tadi, sebelum gi kelas, dapat satu mesej dari mak, "carila cik abe yg juruh2 tu.." lol *slaps my forehead* mommmmm~ :p
Sepertinya, malam ini terasa lain macam. Saya rasa rindu. Rinduuuuuuuuuuuu sangat-sangat. Rindu dekat INTEC, tarbiyyah di INTEC yang lebih tepat. Entah kenapa, setiap kali teringatkan INTEC, cepat benar hati saya tersentuh, mudah benar air mata bertakung, lantas menitis membasahi pipi. Entah, orang lain mungkin takkan faham. Yalah, perasaan ini kan sesuatu yang tak nampak, subjektif dan takkan dapat ditafsir kecuali bagi yang merasa. Mungkin perasaan saya sekarang ni termasuk dalam kategori perasaan yang sukar untuk dijelaskan.
Yang pasti, saya rindu...Kebasahan tarbiyyah di INTEC, tak lagi saya temui di mana-mana pun yang saya pergi...Saya rindukan orang-orangnya...Saya rindukan suasananya...Saya rindukan semuanya...Semuanya tentang INTEC...
Ah, bosan kan mengulang benda sama. Tapi, lantaklah, ni diari saya, memang saya akan tulis apa saja yang saya rasa.
Hmm...aneh! Bukan saya tiada pengalaman pahit di INTEC. Seingat saya banyak! Malah ada yang menyakitkan pun bila diingat-ingat. Tapi...tetap juga saya sayangkan INTEC dan seisi warganya. Betullah, perasaan ini kadangkala ajaib!
Biarlah pengalaman yang sakit itu, sebab pengalaman manis pun tak kurang banyaknya. Mungkin Allah nak mengajar saya langsung melalui pengalaman2 buruk itu. Mungkin Allah ada cerita yang tersendiri untuk saya? Bukankah ada pepatah mengatakan, "everyone is destined a different path"?
Hmm..bukankah ada hadis yang mengatakan, kita takkan dapat lebih dari apa yang telah dituliskan untuk kita dan kita takkan dapat apa yang dikurangkan lebih dari apa yang ditulis untuk kita?
Saya percaya, hanya Allah lah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik sandaran. Perlukah lagi saya terasa sakit dengan segala peristiwa lalu? Sedangkan saya tahu Allah ada ceritaNya untuk saya?
Maka, nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?
Tiada! Tiada yang bisa saya dustakan. Benarlah kata nabi Zakaria, sejak dulu sehingga baginda berambut putih, baginda belum kecewa lagi dalam berdoa kepada Allah. Benarlah juga kata Ashabul Kahfi, "wahai Tuhan kami, berikanlah rahmatMu kepada kami dan sempurnakanlah petunjuk bagi kami dalam urusan kami."
Lagikan nabi juga berdoa penuh yakin, apa lagi saya untuk tidak yakin dan bersandar kepada Allah?
Liku-liku hidup di INTEC memang mencabar, bagai duri menusuk daging juga ada kadang-kadang. Tapi Allah tak pernah lupa hadiahkan madu juga buat saya.
Jika dihalusi semula, mungkin duri-duri itu juga adalah jalan-jalan untuk saya bertemu madu-madu yang manis tu. Hmm..hidup ini memang berseni, memang berfalsafah tak habis. Hehe...Tapi..itulah hidup.
Yang penting, usah difikirkan sangat yang sakit itu, jadikan sempadan untuk hari depan. Yang sakit itu hanya untuk menambahkuatkan sistem keimunan. Biar hati dan jiwa jadi lebih kuat dan kental, kan?
Memang benar, sejak saya kecil, sampai saya besar, belum pernah lagi saya kecewa dalam berdoa kepada Allah. Lalu, apakah kini saya harus berpaling? Tidak, dan tidak mungkin saya akan! insya Allah.
Ya Allah, sesungguhnya segala urusan itu kembali kepadaMu. Aku rindu, dan rinduku ini terkandung seribu satu kisah dan makna. Kebasahan tarbiyyah itu, benar-benar terkesan dalam hatiku. Allahu Allah....
Ya Allah, sesungguhnya aku takkan mampu mengubah apa yang telah Engkau takdirkan..Kuatkan hati aku, tenang jiwa dan diri aku. Ya Allah...Tolong leraikan kusut fikir ini...Ameen ya Robb
Sebelum saya kenal apa itu usrah, saya adalah budak-budak nakal yang naif dan hanya inginkan keseronokan. Tidak sedar bahawa adanya saya di dunia ini dihantar oleh Allah, dipilih dan ditapis oleh Allah. Sedari saya kenal kakak-kakak yang baik ini, dimensi perspektif saya tentang dunia dan hidup berubah 180 darjah. Saya tidak kenal usrah dengan usrah. Tapi saya kenal usrah dengan ukhuwwah, dengan akhlak dan dengan personaliti seseorang ini, yang sehingga kini kekal istimewa di hati saya.
Ya, ketepikan dulu soal siapa personaliti itu. Sekarang ini saya tengah muhasabah diri. Oh, rupanya begitu saya kenal kelompok baik ini. Kenal bukan dengan usrah, tapi dengan akhlak mulia mereka. Astaghfirullah...Sungguh, saya pohon maaf buat semua yang pernah terguris dengan akhlak saya, yang hampir tidak merasa ukhuwwah pun setelah mengenali saya, saya pohon maaf sepenuh hati...Maafkan ya!
Yes, akhlak yang baik adalah pengenalan kepada hasil acuan yang baik. Dan hasil acuan yang baik itu tidak akan hadir tanpa proses-proses dan usaha-usaha pembentukan yang panjang masanya. Mungkinkah saya belum berjaya terbentuk menjadi lebih baik? Bagaimana 10 muwassofat tarbiyyah saya?
1. Aqidah yang sejahtera 2. Ibadah yang shahih 3. Akhlak yang mantap 4. Luas pengetahuan 5. Sihat tubuh badan 6. Mampu berdikari 7. Melawan nafsu 8. Sangat menjaga masa 9. Tersusun urusannya 10.Bermanfaat pada orang lain
Adakah saya sudah mampu tick kesemuanya? Oh-oh...Jauh lagi...banyak lagi...
Usrah yang saya kenal dulu adalah melalui akhlak dan identiti seorang personaliti yang saya kagumi, yang membawa saya terjebak dalam kancah dakwah dan tarbiyyah ini. Yang mengenalkan saya tentang kepentingan nucleus usrah ini. Yang memimpin saya tanpa lelah dan jemu. Tapi kini, setelah pelbagai ranjau saya lalui, setelah pelbagai ujian saya hadapi, apakah saya masih saya?Atau telahkah saya berubah menjadi saya yang lebih baik?
Sudahkah saya lengkapkan yang sepuluh itu? Akhlak, penampilan, rohani, tutur kata, mimik muka dan segala-gala...Sudahkah saya jaga? Astaghfirullah..
Adakah selama ini saya berangan-angan sesuatu yang tidak pernah saya usahakan?Mengharap Allah membina syurga di akhirat sana buat saya, namun saya sendiri tidak berusaha pun membina akhlak2 mahmudah dalam diri.Oh!!
Didie,mari, lengkapkan dirimu dengan 10 muwassofat!!
Salam semua..Alhamdulillah, dah 21 hari berpuasa kan? Teringat semalam, mak saya kejut bangun sahur, katanya lain macam suasana semalam, sejuk, sunyi, hujan yang renyai, tak bising tapi mendamaikan. Subhanallah..Mungkin tandanya lailatul qadar. Wallahualam.
Hari ni, 21 Ogos 2011 adalah hari lahir saya. :) Alhamdulillah, dah cukup 23 tahun akhirnya umur ini, bermakna, dah 23 tahun hidup di dunia. Syukur kepada Allah. (Sebenarnya, jika diberi pilihan, saya harap umur saya akan sentiasa sama dengan tarikh hari lahir saya tu, 21!!! hihi..Nak umur 21 seumur hidup. Tapi mana mungkin, umur yang sama selama-lamanya hanya berlaku di syurga.huhu)
Jika fikir-fikir, memang telah banyak yang saya lalui. Ah, sesiapa pun di umur ini akan melalui pelbagai perkara kan? Bukankah hidup ini ibarat sebuah explore race? Di dunia ini, kita seperti seorang pengembara, jadi, seorang pengembara tu pasti akan sentiasa bertemu perkara baru dalam hidupnya.
Sama macam saya dan anda semua. Jujur cakap, saya banyak belajar benda baru seiring umur meningkat. Seronok jika kita memberanikan diri explore the new world! And that's what I did. Especially when I was in UK before.
Hmm..apapun, kutiplah ilmu selagi kita bernafas dan hidup di dunia ni. Kerana, hidup ini hanya sementara. Esok lusa, mungkin pulang menghadapNya. Siapa tahu? Kita takkan tahu bila dan di mana kita akan mati. Sebab itu, buatlah sebanyak mungkin perkara baik selagi nyawa dikandung badan.
Saya banyak tak sempurna, mungkin dari segi akhlak masih tempang. Insya Allah, akan cuba perbaiki dari masa ke masa. Doakan. Insya Allah, saya ingin cuba menjadi lebih baik dan lebih baik lagi. Saya belajar dan sedang belajar. Jadi, di kesempatan ini, di hari lahir saya yang mulia ini, di bulan ramadhan penuh berkat ini, saya susun sepuluh jari mohon maaf pada semua yang pernah saya terkasari, ampunkan kekhilafan saya.
Semoga kalian semua dirahmati Allah. Ameen... Oh ya, harini saya ada appointment dengan doktor gigi saya, nak tampung gigi geraham yang dah berlubang.Ish2..Teruk betul gigi yang satu ni, mungkin sebab banyak makan coklat dulu. Huhu. Apapun, doakan semoga semuanya berjalan lancar ya!:)
Kawan-kawan, pernahkah anda terasa seolah-olah terperangkap dalam persoalan hidup? Ya, biar saya jawab bagi pihak saya dan anda jawab sendiri bagi pihak anda. Kalau saya, ya pernah! Selalu malah. Terperangkap kerana saya sediri yang memerangkap diri. Apa maksudnya? Terkadang, kita sebagai manusia, lagi-lagi perempuan, suka menyimpan dan memendam persoalan-persoalan di dalam hati. Bukan takut meluahkan, tetapi lebih kepada tidak tahu bagaimana menyatakan untuk menjelaskan. Akhirnya, sendiri terperangkap dalam permainan perasangka.
Yes, bersangka-sangka dan bersoal-soal. Kawan-kawan, sebenarnya jika kita mengumpul sedikit kekuatan untuk menerobos sempadan diri, menghimpun keberanian untuk merealitikan persoalan, maka yakinlah, kita akan mendapat jawapan yang akan membawa kita lebih jauh ke hadapan. Sama ada jawapan itu kita suka atau tidak, tetap ia akan memandu kita lebih jauh. Subhanallah..Tapi persoalannya, bagaimana untuk menguatkan hati?
Jawapannya dengan sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah. Dengan sentiasa percaya dan yakin bahawa Allah itu dekat. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mnegetahui dengan jelas sesuatu perkara. Kerana apabila kita yakin, berserah dan bertawakkal hanya semata-mata kerana Allah, maka insya Allah kita akan memperoleh jalan keluar dari arah yang tidak disangka-sangka. Urusan kita akan lancar. Kadang-kadang walaupun kelihatan tidak lancar di mata orang, tapi Allah memperlihatkan urusan itu lancar dan mudah di hati dan di mata kita. Allahuakbar. Dia yang menyusun dan Dia yang mengatur.
Dia yang mempermudah dan dia yang boleh mempersusah. Percayalah, akhirnya persoalan-persoalan hidup itu akhirnya akan terjawab dengan berani, tawakal dan percaya penuh kepada Allah...WA~
hanya Allah yang tahu betapa leganya hati saya hari ni. Ketenangan yg Allah limpahkan...Subhanallah...Benarlah, Allah ada cerita tersendiri untuk saya. Allah ada aturan sendiri untuk saya. Allah, Dia lebih mengetahui. Allah lah yang menggerakkan hati saya untuk berbuat apapun yang saya buat. Tapi Allah takkan tolong saya if saya tak start dulu. Allah tolong saya bila saya force diri saya untuk buat. Masya Allah...Subhanallah...Saya boleh bergerak lebih jauh dengan hanya sedikit keberanian. Dan saya yakin, Allah lah yang memandu saya. Dan Allah sentiasa tetap akan ada dalam pemanduan saya seterusnya ke depan sana.
Ya Allah, baru saya tahu dan faham erti mencabar diri. Mencabar limit diri. Saya berjaya! Alhamdulillah, rupanya ianya tidaklah sesusah mana. Cuma perlu lebih lapang dada. Banyakkan istighfar dan bertasbih memuji Allah...Insya Allah hati kita akan sentiasa besar je walaupun kita menghadapi rintangan setinggi gunung.
Maha suci Allah dari segala kezaliman. Sesungguhnya, Allah tidak pernah dan tidak akan pernah sekali-kali menzalimi kita hamba-hambaNya~ Dia Tahu dan Dia lebih Tahu...Dia ingat dan Dia takkan pernah lupa. Ya Rahman, Ya Rahim...sempenan keberkatan bulan Ramadhan ini, aku pohon kepadaMu dengan kerendahan hati, kurniakanlah kepadaku pertemuan dengan malam lailatul qadar. Izinkan aku berjumpa dan bermunajat ke hadratMu pada malam tersebut ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...Ya Fattah..Ya Alim...Allah, ampunkan segala kesalahanku, beri maaflah kepadaku, limpahkanlah ilmu dan hikmahMu kepadaku. Simbahilah hatiku dengan kesabaran dan ketabahan serta ketenangan ya Allah...Ya Allah, permurahkanlah rezekiku, permudahkanlah rezeki.Jika rezekiku jauh, dekatkanlah ya Allah, jika ia di dalam perut bumi, keluarkanlah ya Allah. Sungguh, kepadaMu kembali segala urusan.Ameen ya Rabb~
Salam semua...Insya Allah, saya ingin mengajak sahabat-sahabat agar sama-sama mendengar apa yang akan dikatakan oleh pemimpin UMNO, Dato Saifuddin, yang sangat saya hormati ini.
Apa yang beliau akan bicarakan adalah apa yang rakyat majoriti selama ini cuba sampaikan. Beliau ialah permata BN yang saya kira satu dalam seribu. Doa saya moga beliau terus konsisten dalam perjuangannya. Syabas Dato'!!!
Alhamdulillah.
Dah 3 tahun rupanya saya di UK. Itulah, sedar tak sedar. Pejam celik pejam celik, tamat pun akhirnya kembara saya di rantau orang.
3tahun yang penuh air mata dan senyum tawa. 3 tahun yang penuh sakit dan usaha. 3 tahun yang penuh doa dan harapan. Dan 3 tahun yang akhirnya membuahkan kejayaan. Alhamdulillah, syukur tidak terhingga.
Di bawah, saya kongsikan beberapa gambar di hari bahagia saya:-)
Buat sahabat-sahabat diari didie yang masih lagi berjuang, teruskan berjuang! Belajar sungguh-sungguh taw! Sebab bila dah berjaya, dah habis, rasa best sangat!
Alhamdulillah, sekarang saya sudah berada di Malaysia. Pulang dari UK pada 18 Julai dan selamat tiba pada 19 Julai, Alhamdulillah. Segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik telah saya dapatkan, dan kini saya tenang bersama keluarga. Allah Maha Besar~
Hmm..tiba di Malaysia, saya kira, isu BERSIH sudah tamat, namun saya silap. Rupanya isu ini masih hangat di kampung halaman. Saya tidak terkejut melihat perkembangan ini. BERSIH bukan setakat isu keadilan dalam pilihan raya tapi ia lebih kepada isu hak rakyat yang perlu didengari.
Orang kampung saya pun terbahagi dua. Ada yang pro, ada yang cont. Saya? Senyum. Macam biasa, malas nak cakap banyak. Apapun, saya lebih suka untuk berkongsi beberapa video iaitu pandangan dari sudut ulamak pro pemerintah dengan ulamak yang tidak pro mana-mana. Saya kongsikan ya. Kemudian, anda buatlah perbandingan. Bak kata sahabat saya, kurangkan emosi dan dengar dengan hati. Hihi.
Saya mula dulu dengan video ulamak UMNO:
Sekarang, mari kita dengar apa kata Dr. Maza
Sudah anda dengar keduanya? Tarik nafas dulu...Bertenang, dan fikir. Senyum, dan mari kita teruskan dengan video seterusnya. Kembali kita kepada ulamak UMNO:-)
Sampai point ini, cuba anda renungkan lagi. Apabila sudah hadam, mari saya kongsi sebuah lagi video daripada Dr. Maza.
Alhamdulillah dan tahniah jika anda sudah dengar semuanya. Sekarang, saya tanya anda, sudahkah anda menilai? Sudahkah anda faham isu sebenar?
Saya bukan mahu anda pro atau cont sesiapa. Saya cuma mahu mengajak anda berfikir. Maka fikir-fikirkanlah. Kalau orang kampung saya juga masih berfikir, amat malang jika anda di luar sana sudah berputus asa dan berhenti berfikir.
Sentiasalah berfikir. Sentiasalah membuat perbandingan. Sentiasalah membuat tapisan. Cukup setakat ini dulu. Saya tinggalkan anda untuk berfikir, ok!:-)
Apapun, saya mahu hadiahkan artikel buat ulamak UMNO ini yang saya linkkan dari blog ustaz hasrizal jamil. Sudi-sudikan diri untuk membaca!:)
Berjuang itu tidak pernah senang
Sebab itu orang kata
"Kalau takut tumbang, jangan bicara soal berjuang!"
Berjuang itu banyak lapangan
Ada yang memilih akademik sebagai medan
Ada yang memilih politik sebagai medan
Ada pula yang memilih agama sebagai medan
Ada lagi yang memilih kerja-kerja sukarela sebagai medan
Dan tak kurang, ada yang memilih individualistik sebagai medan.
Apapun, berjuanglah!
Bekerjalah!
Kerana itu fitrahnya manusia dicipta.
Hidup ini memang sebuah perjuangan, bukan perjudian!
Biar apapun medan yang kita pilih,
Ingatlah nanti bahawa itulah yang akan kita persembahkan untukNya~
Dan ingat juga,
Tiada perjuangan yang senang
Tiada perjuangan yang tidak memerlukan pengorbanan
Tiada perjuangan yang menerima orang yang hidupnya lenggang-lenggang
Semuanya memerlukan usaha, doa dan tawakal.
Salam semua.. Sudah agak lama juga saya meninggalkan blog ini menyepi. Dulu, ingat nak tinggal sekejap je atas alasan nak exam, so, nak study. Tapi, ni da lama dah habis exam, result pun dah dapat, namun, blogku masih dibiarkan berhabuk dan bersawang. Aduhai..Didie-Didie..Memang tak multitasking sungguh! Adoi~
Baiklah, berbalik kepada topik hari ni. Hmm..nak citer pasal apa eh? Apa yang tengah hot sekarang?Well...Apa lagi..BERSIH 2.0 la..
Apapun, jom layan gambar dulu...
Rakyat berbangsa India juga dilayan ganas oleh polis.
Antara muslimat yang join the rally. Salute!
Anwar yang cedera.
Wanita juga diperlakukan kasar. Cis!
Ada berani kata 4000 je yang datang BERSIH? Puluhan ribu beb....
Alhamdulillah...tamat sudah demonstrasi para pejuang keamanan negara semalam. Daripada sana, berbagai-bagai reaksi yang dapat kita saksikan. Bermula dari pemerintah yang lebih banyak guna skrip kosong daripada otak, polis dan FRU yang setia dengan gas pemedih mata dan pancuran airnya sehinggalah kepada para wartawan, jurugambar dan pendemo itu sendiri. Masing-masing beraksi dan masing-masing bekerja. Ya, bekerja keras menuju Allah taala semata-mata.
Biarpun para pendemo BERSIH 2.0 itu dikatakan sebagai penderhaka dan pendemo PATRIOT itu dilabelkan sebagai perwira bangsa oleh pemerintah, namun, itu semua tidak melunturkan semangat para pendemo BERSIH 2.0. Ya, buktinya, puluhan ribu pencinta keamanan semalam telah turun menyatakan pendirian mereka masing-masing.
Berlainan bangsa dan agama bukan lagi persoalan. Perhatian dan fokus kini hanya tertumpu kepada 8 tuntutan BERSIH 2.0 yang majoriti disepakati lapisan rakyat. Mahu tahu apa itu 8 tuntutan tersebut? Ini, di bawah saya senaraikan untuk kita teliti:
1. Bersihkan Senarai Undi
2. Mereformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Masa Kempen Minima 21 Hari
5. Akses Media Yang Bebas Dan Adil
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Yes, inilah dia! Apa kata anda yang bijak pandai setelah membaca dan menghalusi 8 tuntutan ini? Adakah anda rasa ianya tuntutan yang BERSIH lagi murni ataupun adakah ianya tuntutan yang kotor lagi berpotensi untuk menggugat keamanan negara?
Saya kira, secara peribadi, 8 tuntutan ini langsung tidak berbahaya kepada negara bahkan ianya akan menguntungkan semua pihak terutamanya rakyat yang hidup dalam negara berdemokrasi. 8 tuntutan ini hanya menuntut ketelusan dan keadilan dalam pilihan raya umum dan tidak lebih dari itu!
Jadi, tang mana yang kata BERSIH ni nak menumbangkan kerajaan secara haram? Ce cite sikit....
Melainkanlah orang yang tidak sukakan keBERSIHan, dia pasti bimbang jika ada orang yang ingin memBERSIHkan kekotoran yang ada. Dia suka hidup dalam kekotoran dan tidak kisah bergelumang dengan najis!Oh, jijiknya orang seperti ini! Nauzubillah~
Sekitar menjelang BERSIH 2.0 semalam, saya lihat ada antara jaringan rakan-rakan saya di laman sosial Facebook yang tidak bersetuju dengan BERSIH. Ya, saya raikan perbezaan pendapat mereka. Namun, jika saya lihat semula pendirian-pendirian mereka ini, semuanya pendirian yang bersifat mementingkan diri sendiri dan pendirian yang dangkal tanpa isi!
Saya beri contoh. Antara yang mereka katakan ialah;
1)"Menyusahkan betollah BERSIH 2.0 ni! Aku nak keluar pun susah. Nak gi kenduri pun tak leh!"
2)Nape la mereka ni nak berdemo segala, bukankah ada jalan yang lebih aman dari berhimpun dan berarak?"
3)"Ikut la Si Ambiga tu! Kapir laknat!"
4)"Tak bersyukur langsung dengan kerajaan. Dahla kerajaan bagi duit biasiswa, lagi nak menentang kerajaan."
5) Dan seterusnya, seterusnya....
Buat yang berkata-kata begini, meh sini saya nak nasihat sikit. Nak dengar, dengar, tak nak dengar, sudah!
Jika anda tidak buta huruf dan tahu membaca, anda baca balik 8 tuntutan BERSIH 2.0 yang saya senaraikan tadi. Kemudian, saya nak tanya anda, ada ke tuntutan tu menyusahkan anda? Tak ada kan? Malah orang-orang yang bersengkang mata dan berusaha memperjuangkan tuntutan ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk kesenangan anda dan anak cucu anda juga di masa hadapan! *Lainlah kalau anda nak jadi pak turut dan rela diperhambakan seumur hidup!*
Yang berkata berhimpun tu haram dan tak aman, saya tegaskan di sini, di Malaysia ni tidak akan berlaku perubahan melainkan dengan datangnya gelombang secara besar-besaran. Pemerintah tidak akan sedar jika hanya beberapa orang wakil rakyat pergi dan serahkan memorandum. Mereka tidak akan anggap rakyat serius. Tapi, dengan berhimpun dan berdemo begini, barulah pemerintah akan sedar tahap SUPER SERIOUS rakyat dalam menginginkan keadilan dan ketelusan pilihan raya.
Tentang presiden BERSIH kali ini, Ambiga, saya tidak mahu mengulas lanjut, kerana ia satu topik lain yang memerlukan ulasan yang panjang. Cukuplah saya lampirkan sebuah link tentang persoalan ini dan anda baca sendiri. *Baca! Jangan tak baca!* : MENGAPA AMBIGA?
Manakala buat yang berkata, tak bersyukur langsung dengan kerajaan tu, saya jemput la dengar ulamak kita kata apa:
Dan seterusnya, ko pikirla sendiri!
Bercakap jangan ikut sedap mulut. Ye..pakai fakta. Jangan pakai fakta dari risalah Utusan, tu sampah jer sumer.
Buat kajian sendiri, lihatlah debat dalam parlimen, bacalah akhbar-akhbar yang tidak berat sebelah seperti malaysiakini.com, malaysiaharmoni.com, themalaysianinsider.com, al-jazeera, BBC dan sebagainya. Jangan lupa membuat perbandingan antara berita arus perdana dan berita dari akhbar yang independent. Jangan lupa juga compare dengan berita di media UMNO. Kemudian, nilailah, buatlah keputusan, gunakan akal dan berhentilah dari bersifat keakuan dan ketidakpedulian. Berhenti berada dalam me-me world.
Ya, jadi..saya kira, begitu dulu buat masa ini. Bacalah! Bacalah dan berfikirlah! Kerana disebabkan sifat tidak membacalah penyakit aku-tidak-pedulisme semakin membarah dan penyakit 'bantai ajalah' semakin menjadi-jadi.
Sebelum saya berhenti, ingin saya berkongsi 2 buah video tribute untuk pejuang keamanan semalam dengan anda:
Jaulah yang panjang. Penat memang penat. Letih memang letih. Mengah memang mengah. Tapi kakinya teguh melangkah. Menapak dan menapak. Matanya menyorot lurus ke depan. Peluh dingin terpercik di dahi, namun semangat di hati untuk meneruskan jaulah disemat padu.
Jaulah kali ini, bukan jaulah biasa-biasa. Di sudut hati dia sebenarnya mahu mencari sesuatu. Ya, dia mahu meluruskan kembali sudut fikirnya. Dia mahu menemukan kembali Rabbnya. Dia mahu mencari potensi dirinya, dia mahu menambah iman dan mencambahkan pemikirannya dengan bertukar-tukar pandangan dan menghirup nasihat-nasihat daripada orang-orang yang lebih berpengalaman.
Alhamdulillah, lebih 8 hari hari dia berjaulah. Rasanya dia temui hampir kesemua yang dicari. Namun, jaulah ini masih panjang. Jaulah ini tidak terhenti di sini. Dia sedar, sebagai manusia, hidup ini memang sebuah jaulah. Tidak berhenti selagi tidak mati. Bukankah manusia itu sebenarnya ibarat pengembara di bumi ini?
Dia tiba-tiba teringat akan kata-kata sahabatnya, "Jaulah ini jangan hanya beroleh penat dan keringat, tapi pastikan iman kita semakin bertambah."
Benar katanya. Kalau kantong kosong, duit habis dan tenaga pun berkurang, tapi di akhirnya tiada juga menambah iman, alangkah ruginya!
Dia tiba-tiba terasa kerdil dan hina. Ya, kadang-kadang, apabila matanya menangkap indahnya alam, dia terasa seolah-olah selama ini dia selalu lupa akan keagungan Rabbnya, kehebatan Tuhan yang menciptakan luasnya bumi, tingginya langit, hijaunya rumput dan gagahnya gunung. Bermacam haiwan dan tumbuh-tumbuhan, berbagai warna bunga-bungaan, namun di mana teguhnya sebuah keyakinan? Adakah seteguh gunung yang dia daki hari ini? Adakah semapan itu imannya?
Dia terdiam. Bertafakur sendiri. Bukan dia tiada jawapan. Tapi jawapannya terlalu jelas untuk dinyatakan. Ah, Allah lebih tahu. Kerdil lagi terasa~
Gua yang dia telusuri sebentar tadi dipandang penuh kekaguman buat terakhir kali. Pemandangan dari atas bukit itu pun dia perhatikan lagi dan lagi. Indah! Tidak puas! Oh, hebatnya Sang Pencipta!
Alhamdulillah kerana dia berpeluang merasai nikmat ini. Subhanallah kerana keindahan yang tak tertanding. Allahuakbar buat Pencipta yang Agung!
Sometimes, some people are too scared of something...The world is not exactly.... should...They are afraid to change.Even if they change, they're gonna give up~ Sometimes, they cannot figure out what they need.Or..maybe they can figure it out,but they are too afraid to move forward.
Salam...
Apa khabar semua?
Harap Sihat walafiat.;-)
Saya? Acnes tak sembuh lagi, scars banyak lagi bertempek kat muka ni. Tapi saya dah tak muntah-muntah lagi dah sebab saya da berhenti makan antibiotik untuk acnes ni...*dalam hati, lantaklah, saya dah tak tahan muntah macam orang pregnant!*
Oye, hari ni, tak nak cakap pasal acnes. Tapi nak share tentang isu-isu semasa yang terjadi di Malaysia. Saya sebenarnya jarang suka mengulas isu di blog. Tapi, entahlah, hari ni berasa terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.
Sebagai rakyat Malaysia, orang muda pulak tu, saya memang tak tahan melihat situasi yang berlaku dalam negara sendiri. Bermula dengan penyebaran video seks secara berleluasa tanpa di bendung, sehinggalah kepada harga gula dan elektrik naik.Ya Allah...apa nak jadi dengan negara aku ni...
Entahlah, saya tak faham kenapa Malaysia mesti begini. Mengapakah permainan nya sekotor dan sejijik ini? Tidak bolehkah menjadi ketua atau pemimpin yang lebih matang? Saya tidak tuju kepada sesiapa secara spesifik. Anda makan aiskrim, andalah yang rasa manis.
Arghh..tahu tak saya rasa nak jerit kuat-kuat, "Tolong hentikan ini!!!"
Apa itu "ini"?
Rasuah, birokrasi, kroni, khianat dan sebagainya.
Tolonglahhhh....
Saya nak tanya, ke mana anda nak bawa duit-duit yang banyak tu? Tak ingat mati ke?
Ya Allah..sedar tak, ramai lagi rakyat yang menderita dan melarat di luar sana? Kenapa nasib mereka tidak dibela?Kenapa asyik suruh mereka berjimat-cermat sahaja sedangkan pemimpin-pemimpin bermewah-mewahan???
Argghhh..stressnyer bile geram.....
Kenapa setiap kali harga barang naik, rakyat yang kena berkorban?
Pemimpin, kamu ingat kamu siapa? Kamu, kami yang gaji taw!
Terkini, kisah Loji Nuklear Lynas. Saya masih tidak dapat mencari jawapan kukuh mengapa kerajaan sanggup meluluskan projek itu. Sedangkan kesannya penduduk yang pasti kena tanggung!!!
Kenapa pemimpin tak dahulukan rakyat?Kenapa?????
Tahu taksisa radioaktif itu sangat bahaya? Kalian boleh menjanjikan macam-macam. Operasinya selamat la, akan ada mesin kitar semula sebelum sisa dilepaskan la..and so on..Tapi what if berlaku kebocoran semasa operasi? Apa solusi kalian?Apa akan jadi kepada penduduk kampung yang tinggal hanya beberapa kilometer dari kawasan loji???Fikirkah kalian tentang mereka????
Kalian cuma fikirkan wang dan keuntungan kalian!!Kalian tamak!Kalian tak pernah dahulukan rakyat! Kalian memang pentingkan diri sendiri!!
Tolonglah kalian dengar suara hati kami sekali ini. Hentikan Lynas!Kalau kalian tak nak hemtikan penyebaran video lucah pun, kalian tolonglah ikut permintaan kami yang ini. Kami tak nak Lynas!!!Dengar tak?
Saya tak faham kenapa kalian susah sangat nak faham.Kalian ni kena bius dengan duit ke?Sampai dah lupa kisah Bukit Merah?
Ya Allah...Bukakanlah pintu hati mereka agar mereka menghentikan projek berbahya ini ya Allah, ameen...
Hi all...
Salam semua...
May you guys happy always;-)
Today nak reflek diri sendiri~
Guys, korang perasan tak, kadang-kadang kita lebih cepat nampak kesalahan orang lain berbanding kesalahan kita sendiri.
Kita lebih cepat menghukum orang lain berbanding menghukum diri kita sendiri.
Saya bagi contoh;
Kita selalu nampak yang ahli parlimen ini tidak buat kerja beliau, mengabaikan kebajikan rakyat dan selalu keluar makan angin dengan keluarga sambil sesuka hati menghabiskan duit negara.
Ironi; Sebenarnya, kita pun sama je.Lebih kurang je dengan beliau itu. Cuma kita terkadang tak nampak kesalahan kita sendiri.
Contoh; Kita diberi biasiswa untuk belajar dan mendapatkan ijazah. Tapi, ada masanya, kita culas jugak kan masa belajar? Kita guna je duit biasiswa untuk pergi makan angin kan? Kita kalau time nak exam tu ada jugak curi-curi tulang malas belajar kan?
So, kesimpulannya, kita ni, selalu cepat mengata orang lain, walhal diri sendiri pun dua kali lima je dengan orang tu...Kita sebenarnya, kena ingat satu perkara, kita mustahil boleh mengubah orang lain, tapi kita boleh ubah diri kita sendiri. Maka, bermulalah dengan diri sendiri. Baikilah diri sendiri dan janganlah kita lakukan perkara yang kita tak suka orang lain lakukan.
Kita benci pemimpin yang menghabiskan wang negara, jadi, kita janganlah membazirkan wang amanah yang kita ada.
Kita benci pemimpin yang khianat, jadi kita pun kenala amanah dalam kehidupan ini.
Kita benci pemimpin yan tak buat kerja dan tak pandai mengurus negara, jadi, kita pun kenala pandai mengurus diri sendiri dan kita kena do the best dalam kerja-kerja kita...
And the list goes on.....
Jangan buat apa yang kita tak suka orang buat~
Jangan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali~
Jangan time demonstrasi je mengamuk-ngamuk dan lantang bersuara, tapi bila balik rumah, kain dua baldi tak basuh lagi ataupun assignments bertimbun tak siap lagi~
Jangan duk mimpi nak ubah dunia jika gelanggang kecil di rumah pun kita tak mampu nak uruskannya~
Akhirul kalam, buat diri sendiri, renung-renungkanlah~~~
I guess you should know what I'm going to share today. Yea, spot on! About my face now that full with acne and scars because of the stress!!!
Gosh, I'm not kidding at all. My smooth beautiful skin was gone! It was just like GAME OVER~
I have no nice face anymore, and now, I have to face the examination. Oh guys, seriously it's not funny! How I'm gonna get married with face like this. Waaarrrggghhhh~~
NOT COOL, oki!
Well, I went to see the doctor last week and here was our conversation;
Doctor; How can I help you?
Me; Oh, it's about my face. I don't know what happen to it but I think it's because of acne. What do you think?
Doctor; Ah yea...I see..Your face..Hmm..What can I give you is maybe some antibiotics or cream.
Me; Antibiotic please doctor. I can't stand my face like this.
Doctor;*Took her medical book and start revising* Ok, this medicine is bla....bla...bla... Oki, let me check it further through internet.
*In the meanwhile*
Doctor; Where are you from?
Me; Malaysia.
Doctor; Oh, I love Malaysia so much. It was my honeymoon destination before. I went to Langkawi. *Her face and eyes still focus straightly on the computer screen*
Me;Oh, I see. I never go to Langkawi.
Doctor;Oh, you should go, it's nice. Ok, now I'm going to ask you a few questions. 1) Are you sexually active?
Me; No.
Doctor; Are you pregnant?
Me; No. *In my mind, pliz doctor, just give me the prescription. I just have the acnesssss..*
Doctor; Oraite, take this medicine 2 twice daily oki. And then come to see me again after a month.
Me; A month????That's too long doctor...
Doctor; Yea..I know, usually acne will heal within 3 months.
Me; What???Oh gosh~
Doctor; But dont worry, take this medicine first, and if it still has no effect then we'll try to think something else to treat your face, oki.
Me; Oki doctor.Tq...
Doctor; Welcome.
*Then I headed to town to buy the medicine according to the prescription given by the doctor*
And now, after a week taking this, I think my face a bit better but still, not really good. Sob2...*cries blood*
Guys, plis do pray for me ya...I want good result in the exam and I want good face condition as well..Pray for me..T_T
Today, just wanna share with you how happy we will be if we have a good housemate. I did experience that. *I mean, I AM experiencing that*.I had a really good housemate named Farah. She always be nice and treat me well. Cook for me, give me some preach if I go wrong, sharing while I listen, just listen while I sharing, and list goes on....She is sooooo nice~
Like last night, as usual, she always had something sweet to give me, so tasty and fresh fruits!!!Here we go!!
Tempting huh? Oh..tq my housemate!!I love our ukhuwwah!!
Harap semua sihat walafiat hendaknya...Terima kasih buat yang masih berkunjung walaupun tiada update sangat sebulan dua ini..Huhu..Maaf ye...
Orait, yesterday I had usrah with my juniors, Rai, Rin and Ain. We actually wanted to have fun in the sun, picnic and enjoy together. So, a day before the gathering, we promised to meet each other at their hall, Walnut Hall and have picnic together at the backyard just beside their flat. We all excited to meet that tomorrow.
As a good senior, I came early and waited for them calmly on that green green grass with all sort of foods that I brought along with me. *lol*
Yeah...could you see how excited was I? I made a special cake for us, yes, just for four of us!lol~ And actually I did some egg sandwiches and brought some trifles as well;-)
But after 5 minutes waiting....
I can feel some drops of water touched my face. OMG! Raining!!! *panic*
I packed up everything and went to Ain's flat. Finally, we ended up meeting and picnic in the flat.LOL~
Soo sad..But hey, we still had had a good time together yesterday! We played Quran Challenge Games from 10 a.m till Zuhr. Subhanallah...Alhamdulillah...Got a lot of new knowledge from that game too. And Rai, Ain and Rin actually made a lot of foods as well..*Full* Seriously~
Lamanya saya tak update kan? Busy? Duhh...Puhlizzz~ Am not really...But..kind of perasan busy...sigh~
Guys, you know lately, I AM soooo LAZY~ Feel like I dont wanna care about my final result. In my mind, I just said, "oki, let it be. Pass or fail, let it be. I dont even care anymore!"
Gosh, how and why on earth do I have such stupid thinking?
Am I that depressed?
Am I that fool?
Am I that useless?
Am I that crazy?
Oki, I guess, I AM too emotional. I guess I am not myself anymore. Coz I know, my old self will not say such things.
I know, my old self was really-really ambitious, focus, and eager to do the BEST.
So, after thinking awhile yesterday, I conclude that I cannot fail in this final exam coz it's not just about the result. It's more about me!!!
What will happen to me if I fail?
What will happen to my relationship with my mom if I fail?*coz you should know guys that my mom really put high hope on me*
What will happen to the rest of my life? Will I have good friends after this if I fail my exams? or will they leave me alone? How do I face the world if I fail this important exam?
And..what will Allah think about me? Will He give me some more nikmat after this? Will He love me some more after this? Or maybe He will hate me as well like others?
Gosh~ These scary questions came to my mind yesterday and so, I think, I really2 think that I cannot live my life without good result.
I am not a high achiever, but I just cannot accept myself if I do not succeed in some important arenas, say, exams.
So, I dont wanna face that dark world...I wanna flying colours...I wanna succeed...Plz..plz..plz...now, I have less than 20 days before exam..Can I make it????
Guys, can I make it??????
Pray for me...I love myself so much and so I dont wanna make myself disappointed or upset...I wanna be happy, and happy will only come if I have good results...Guys, you maybe will say that my thinking is too simplistic or wutsoeva narrow thinking. But yea..this is me...I want to SUCCEED...
Sebenarnya nak minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak update. Maafffff sangat-sangat.... Sekarang ni saya tengah pulun study untuk exam. So, idea menulis dah makin menurun, even keghairahan untuk update apa-apa yang saya buat pun dah mula low. So, natijahnya, blog ini terbiar sepi, berhabuk, bersawang segala bagai. Maaf ye rakan-rakan yang menyinggah. Insya Allah, kalau saya ada masa dan ada semangat, saya akan update lagi ok. Buat masa ni, baca la dulu entry-entry lepas tu. Hihi. Kalau tak sedap pun, baca je la kan:) Apapun, May you all do your best in your life, be happy, be steadfast, assalamualaikum wrt.
I AM nobody and still learn how to be somebody for I'm just a Didie...This is my secret playground, but it opens to anybody. You can leave your comments and share your thoughts here if you want to.Sharing is Caring.=)
Bertaqwalah kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.