Khamis, April 30, 2009

Cakap je pandai, sampaikan itu, sampaikan ini. Komen itu, komen ini, tegur itu, tegur ini. Konon amar maaruf nahi mungkar. Tapi diri sendiri??? Kering dari amalan. Jauh dari suruhan. Yang banyak, hanya khayalan. Tak tertaksir daei2 yang karam. Karam dalam kebanjiran ilmu yang melimpah. Hairan. Bagaimana seorang daei juga bisa tenggelam ya? Dia yang cakap itu tempoh hari, alih-alih, hari ini dia yang buat benda itu. Apa kalau di tangan seorang daei yang haram bisa jadi halal?Yang jahil bisa jadi alim? Apa semudah itu?

Saya menulis untuk mengingatkan diri, mengetuk hati, dan menyedarkan orang yang ingin sedar. Mungkin kadang-kadang, kita dah banyak sangat ilmu di dada, maka nak tak nak, kena cakap jugak. Kena sampaikan jugak. Memang tidaklah salah menyampaikan. Malah digalakkan lagi. Rasulullah sendiri bersabda, "sampaikanlah kepadaku walaupun sepotong ayat".Tapi yang menjadi masalah baru hari ini ialah ramai yang cakap tapi tak buat.

Tahu yang ini tak boleh, tapi buat jugak. Tahu yang itu haram,tapi lakukan jugak. Tahu yang ini jahil, tapi teruskan jugak. Dalam hati bertangguh-tangguh. Takpe....hari ni aku rasa bosan la, sebab tu aku boleh marathon movie..Takpe..hari ni mood aku tak brape baik sangat la, sebab tu aku boleh buang masa dan buat perkara-perkara tak berfaedah ni. Takpe...aku dah lama dah tak kontek mamat ni, dia ni kawan lama aku dulu ni, so, kira nak mengeratkan silaturrahim je. Tak salah kot...Takpe itu,takpe ini....Semua jadi takpe. Apa kita fikir kita ni siapa?

Maaf, saya menulis dengan hati yang 'bengkek'(bahasa orang kampung saya). Mungkin kerana tengah mereflek diri juga.

Kita buat sesuka hati. Sesedap rasa bila kita rasa kita sudah bosan, penat dan letih. Kita tak peduli lagi semua ilmu yang pernah kita semat di dada. Pergi daurah sana sini, buat usrah seminggu sekali, tu tak kira ikut ceramah umum dan kuliyyah online lagi. Ditambah baca buku karangan Al-Maududi,kitab Muntalaq dan Rahiq Maktum. Kita tahu serba-serbi. Tetapi sedarkah kita, ada masa kita lupa diri....Hanyut...hanyut dalam lautan ilmu tanpa amal.

Astagfirullah.. Apa kita ingat semua amalan kita selama ini sudah diterima oleh Allah? Apa kita fikir solat sunat 2 rakaat itu benar-benar ditulis sebagai amalan oleh malaikat?Dan bila kita melakukan jahiliyyah, adakah kita fikir kita tidak akan dihisab? Astaghfirullah......

Kembali ke pangkal jalan. Masa masih berbaki. Pintu taubat masih terbuka. Saya mahu insaf. Anda? Terpulang... wallahualam...

Selasa, April 28, 2009


Pantun orang Melayu zaman dahulu:

Nasi lemak buah bidara
daun selasih saya lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan

Kalau roboh kota Melaka
papan di Jawa saya sorongkan
kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga saya serahkan

Orang muda kita pula berkata:

‘cinta itu buta’
‘cinta tak boleh dijual beli’
‘cinta medic’
‘sms On Cinta’
‘engkau bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu’
‘dua hati jadi satu bila kita bertemu’
‘bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu’
‘aku memang pencinta wanita tapi ku bukan buaya’

gila-gila cinta
harganya mahal
nak beli tidak daya
tapi ia datang percuma
dengan sepenuh jiwa dan raga
meredah, melanggar sesiapa sahaja yang menghalangnya
kerana ia tidak bermata
emak sendiri pun sanggup dibuang demi kesetiaan pada si dia
mata sepet tidak mengapa
hidung kembang alangkah lawanya
sudah bersatu dunia kita
susah senang kita berdua
dunia akhirat kita bersama

wah …. wah …. wah

Datang zaman kebangkitan Islam. Arus dakwah terkena kepada sesiapa sahaja samada orang ini memang nak berdakwah atau orang ini adalah sasaran dakwah. Berubah nilai dan neraca. Yang dahulunya jahiliah bertukar jadi Islamik dengan sedikit ‘dakwahisasi’. Orang muda sekarang cerdik sungguh…. Pandai ‘adjust-adjust’. Pandai ‘modify’. Mereka ni mungkin tak pernah lagi berjaya mengislamkan orang bukan Islam,tapi mengislamkan unsur-unsur jahiliah ni cekap bukan main. Bukankah Adam dulu juga bercinta dengan Hawa? Bukankah Nabi Sulaiman juga bercinta dengan Ratu Balqis? Bukankah qudwah cinta sejati itu pada Ali dan Fatimah? Ni semua akibat baca silibus usrah tak betullah ni.

Lalu da’ie zaman moden pun bercintalah juga. Tapi mereka bercinta tidak sama macam orang lain tahu. Sempadannya batasan syarak. Main-main perasaan sahaja, tidak lebih dari itu. Takut Allah murka, tak berkat dakwah nanti.

kau tahu ku mencintaimu
ku tahu kau mencintaiku
ooohhhh kasih
bersabarlah sayang
saat indah kan menjelma jua

tapi …….

‘sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan’

Temu janji bukan di panggung wayang. Bukan kat Dataran Merdeka. Bukan kat Hard Rock Cafe. Ni da’ie ni ….. Tempat-tempat lagho macam tu tak mainlah ….

alangkah riangnya hatiku
luahan rasaku mendapat perhatian
ku terima balasan darimu
kau jua menyimpan perasaan

warkahmu memberi kepastian
agar kejayaan menentu pertemuan
setiap kali di akhir katamu
kau selalu tulis
SEE YOU DI ICV
eeh silap IPT (sorry orang Victoria)

Mereka ada fikrah Islamiah …. fikrah asolah lagi. Sebab tu bila bercinta mereka ni setia dan sanggup berkorban segala-galanya. Maklumlah … cinta mereka ni lahir dari tasawwur yang jelas dan fikrah Islamiah yang tulen.

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biar pun sengsara
berkorban segala-gala

Samar …. Buka Lampu Sikit

Sikit membebel ni bukan kerana apa. Kerana sayang dan harapan yang kami berikan kepada pendakwah-pendakwah muda. Harap-harap jangan tertipu dengan perkara-perkara seumpama ini.

Cinta sememangnya fitrah manusia. Jalan terbaik untuk menyalurkan fitrah adalah pada perkahwinan. Penegasan diberikan oleh Rasulullah s.a.w.: “Tetapi aku berkahwin dengan wanita. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku.”


Jaga pandangan mata. Jaga pergaulan. Kita ada batas pergaulan kita sendiri.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.” Sabdanya lagi: Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”

Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie. Jangan suka sangat chating dengan orang yang kita sendiri pun sebenarnya tak tahu mana datangnya. Buang masa satu hal. Letih melayan perasaan satu hal lagi. Letih nak ‘mengayat’ satu hal lagi.

Jangan juga ambil kesempatan untuk buat ‘marketing’ dalam aktiviti-aktiviti bersama lelaki perempuan. Kalau aktiviti sesama lelaki, pakai kain pelekat dengan t-shirt pun tak pe. Busuk sikit, tu bukti kita kuat buat dakwah sampai tak sempat nak mandi. Kalau aktiviti bersama, siap mandi dan sental seluruh badan. Seterika baju, pilih baju, pakai stokin, kiwi kasut, pakai gel rambut dan pastikan ‘gaya thiqah’.

Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.” Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’. Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu? Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat.

Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.

Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama. Macam pelik je bunyinya tu.

Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.

Memanglah pendakwah muda ni kalau tulis email dan berchating, dia tak tulis macam orang lain. Jiwang-jiwang tak mainlah. Mereka ni baca kitab Muntalaq. Kami adalah anak-anak singa dan bukannya kijang yang jinak. Amboiii. Tapi kadang tu kita tak perasan, jiwang tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Jahiliah berubah bentuk. Maka begitulah juga dengan jiwang. Dulu ‘I love you’. Sekarang ‘bersamalah kita memburu cinta Allah’. Dulu ‘demimu sayang lautan sanggup ku redah’. Sekarang ‘moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini’.

Ini adalah sikit nasihat. Harapnya tidak ada yang berasa hati. Moga kita dapat menjaga diri kita lebih dari kita menjaga diri orang lain.


Nukilan:Ustaz Fauzi.

p/s: Sama-sama ambil iktibar.semua orang, lepas baca ni, fikir-fikirkan balik eh.

Isnin, April 27, 2009

Video di bawah ini telah saya lihat banyak kali. Berkali-kali. Tetapi saya tidak pernah puas menontonnya kerana setiap kali saya melihat video ini, setiap kali itu jugalah semangat baru meresap ke dalam jiwa saya.


Mungkin ada di antara sahabat-sahabat yang sudah pun menontonnya. Namun, pada saya, tidaklah salah untuk kita refresh balik mesej yang ingin disampaikan melalui video ini. Insya Alllah, sama-sama kita mengambil iktibar daripadanya.




****sila ke youtube.com untuk melihat bahagian kedua video ini. (highly recomended)
.:Arah mana perlu kutuju?:.

Alhamdulillah…tidak mungkin utk kita mempunyai ruang utk kufur (yakni TIDAK bersyukur)…Mengapa begini???

Cube kte reflect blk diri kte sume;
Dari berjuta-juta sperm, Allah pilih kita utk dijadikan manusia yg mana MANUSIA = SEBAIK2 CIPTAAN
“Sungguh kami telah menciptakan manusia dlm bentuk yg sebaik2nya.” (95:4)

Dan dari berjuta2 manusia di muka bumi ini, Allah pilih kita utk tergolong dlm kalangn hambaNya yg bergelar UMAT ISLAM = SEBAIK2 UMAT.
“Kamu umat Islam adalah umat yg terbaik…” (3:110)

Seterusnya, tidak cukup dgn itu, Allah pilih pula kita untuk tergolong dr kalangan hambaNya yg FAHAM tentang agama Islam…
(interpretation dr hadis Rasulullah: sesiapa yg Allah mengkehendaki baginya kebaikan, Allah akan menganugerahkan kepadanya KEFAHAMAN dalam agama)

Tapi agaknya sejauh manakah Allah akan pilih kita??
Mampukah kita menjadi hambaNya yg sentiasa menjadi pilihanNya??
Sukakah kita utk menjadi seperti sperm yg terputus ekornya dlm perjalanan utk mensenyawakan ovum??
Mahukah kte menjadi org yg tidak dipedulikan Allah…yg tidak menjadi pilihanNya??…yg tidak memenuhi cita rasa Allah?? dan criteria2 yg Allah tetapkan dlm requirementNYA??

Dan sejauh manakah ‘aim’ kita? adakah hanya setakat menjadi hambaNYA yg faham…dan kemudian kita hanya menjadi ‘just another muslim’?

Sebagai seorang yg beragama Islam…sewajarnya kita agree on satu end yg sama…sbb hanya dgn ‘end in mind’ barulah kita dpt mengatur langkah sedikit demi sedikit ke arah long term aim itu…insyaAllah…

Tp apakah ultimate aim yg boleh kita aim for?
Adakah hanya seperti ‘end in mind’ of a secularist..i.e..for e.g nk jadi seorang dr specialist yg berjaya…n that’s it??
Itu je ke kemampuan seorang muslim yg merupakan sebaik2 umat??

Sepatutnya, each n everyone of us (muslim) should aim for jannatulfirdaus…syurga yg paling tinggi di sisi Allah…insyaAllah…

Sbb aim for jannatulfirdaus la yg akan membantu kita utk bersungguh2 dlm study, dakwah dan apa jua yg kita lakukan dlm daily life kita insyaAllah….

Dan sentiasalah berdoa supaya Allah sentiasa memilih kita dalam pilihanNya dan akhir sekali memilih kita utk tinggal di dlm syurgaNYA yg tertinggi i.e. jannatulfirdaus…amin3…insyaAllah…

~post-’talk Prof Latiff’ reflection~


Sumber; Heart To Heart

Ahad, April 26, 2009


Once upon a time, there was a king who ruled a prosperous country. One day, he went for a trip to some distant areas of his country. When he was back to his palace, he complained that his feet were very painful, because it was the first time that he went for such a long trip, and the road that he went through was very rough and stony.


He then ordered his people to cover every road of the entire country with leather. Definitely, this would need thousands of cows’ skin, and would cost a huge amount of money. Then one of his wise servants dared himself to tell the king, “Why do you have to spend that unnecessary amount of money? Why don’t you just cut a little piece of leather to cover your feet?” The king was surprised, but he later agreed to his suggestion, to make a “shoe” for himself.


There is actually a valuable lesson of life in this story: to make this world a happy place to live, you better change yourself - your heart; and not the world.

Khamis, April 23, 2009

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

Sehingga hari ini masih diberi peluang untuk hidup. Alhamdulillah...

Teman-temanku sekalian....

Dengarkanlah, Allah swt berfirman;

“Dan bacakanlah kepada mereka, berita orang yang telah Kami Berikan ayat-ayat Kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang yang sesat. Dan sekiranya Kami Menghendaki nescaya Kami Tinggikan (darjat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah), maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya,dijulurkan lidahnya, dan jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya (juga).Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir. Sangat buruk perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami; mereka menzalimi diri sendiri.”

(Al-A’raf:175-177)


Insya Allah, moga cahaya Allah sentiasa berbisik di hati kita semua. Ameen.....

Kasih-sayang adalah sesuatu yang sangat halus yang wujud di dalam jiwa, yang tidak boleh dipaksa-paksa kehadirannya atau kadarnya. Ia sukar untuk digambarkan bagi yang tidak mengetahui, hampir mustahil untuk difahami bagi yang tidak merasai. Tambah sukar lagi untuk memupuk kasih-sayang yang sejati, yang ikhlas, yang tidak bersyarat, yang tidak mengharap balas dan tidak mementingkan diri.

.

Aku sukar sungguh untuk memahami bagaimana yang dikatakan kasih-sayang itu bukti kesempurnaan iman. Kalau sudah sayang, maka sayanglah. Apa kaitan dengan iman? Aku tidak nampak.

.

love

Namun Tuhanku Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang masih sudi untuk menunjukkan kepadaku. Ia memakan masa bertahun-tahun, memerlukan berpuluh-puluh hadith tentang kasih-sayang diceritakan kepadaku sebanyak beratus-ratus kali, membaca sirah & kisah-kisah tentang kasih-sayang berulang-ulang kali dan memerlukan lautan kasih-sayang dilimpahkan kepada diriku terlebih dahulu oleh manusia-manusia luar biasa… untuk akhirnya aku memahami perlahan-lahan, apa ertinya kasih-sayang kerana Allah itu. InshaAllah, apa yang sebelum ini terasa amat samar bagiku sudah semakin jelas.

.

Memahami dan dapat merasai kasih-sayang seperti itu aku merasa telah dikurniakan satu nikmat yang maha hebat oleh Rabbku. Dulu, aku hanya menyayangi sebahagian dari manusia-manusia di sekelilingku, dan sayangku itu selalu bersyarat dan ada waktu-waktunya. Hatiku seringkali menuntut balasan dari insan-insan yang aku kasihi. Aku akan rasa jauh hati jika teman-teman rapatku terlupa harijadiku, atau jika aku sahaja yang menefon mereka bertanya khabar, atau jika sahabatku tidak menolongku ketika aku dalam kesusahan, sedangkan aku pernah menolongnya. Aku akan bersedih hati dan merasa tidak diperlakukan dengan adil. Mungkin aku tidak mengungkit, namun hatiku tidaklah begitu lapang.

.

Kasih-sayang kerana Allah tidak begitu. Ukhuwah fillah tidak begitu. Aku teringat Hadith ke-13 dari kitab Hadith 40 Imam Nawawi, Nabi (saw) kita yang tersayang pernah bersabda:

“Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Terlalu hebat gambaran baginda tentang kasih-sayang. Macam tak realistik jer. Menyayangi orang lain sama macam diri sendiri?? Mustahil. Aku menyangka tidak ada orang sebegitu di dunia ini, mungkin ibu dengan anak je kot. Namun, pengalamanku berulang-ulang kali telah membuktikan tanggapanku itu salah sama sekali.

.

Ketika aku bermusafir dengan beberapa orang sahabat, ketika hendak tidur malam di sebuah bilik yang agak kecil dan berdepan dengan tandas, aku terkejut ketika sahabatku yang pertama hendak tidur terus membentang tilam bujangnya di lokasi yang paling dekat dengan tandas. Aku menyangka dia akan ambil spot yang terjauh dari tandas, dan orang yang terakhir baring pasti akan terpaksa tidur paling dekat dengan tandas. (Ya lah, siapa yang suka baring dekat-dekat dengan pintu tandas?) Tapi dia telah melebihkan sahabat-sahabat lain dari dirinya sendiri. Biarlah dia yang tidur di tempat yang paling tidak disukai itu. Aku tidak dapat menahan diriku dari bertanya; kenapa bentang kat situ? Tanpa bicara, dengan selamba dia baring dan memejamkan matanya dalam senyuman. Aku terharu.

.

Aku juga pernah berkata secara bersahaja kepada seorang sahabatku, aku teringin makan coklat. Itu sahaja. Tanpa aku ketahui, dia telah keluar dan berjalan ke kedai dalam kesejukan Ireland ini demi untuk membelikanku… coklat! Oh sungguh aku tidak berani untuk bercakap atau meminta sebarang-sebarang dari manusia-manusia luar biasa ini.

.

Jikalau berkongsi makanan, sudah pastilah ketulan ayam yang lebih kecil akan habis dahulu, dan ketulan yang paling besar dan sedap akan ditinggalkan untuk orang yang terakhir makan. Tidak mustahil untuk melihat kerak nasi dimakan dahulu, dan orang yang terkemudian makan akan mendapat nasi yang lembut.

.kain

Jikalau aku meletakkan bakul baju kotor yang aku hendak basuh di tepi dinding dan kemudian aku keluar rumah seketika, seringkali aku kembali dan mendapati baju-bajuku sudah siap berbasuh & tersidai di ampaian!

.

Pada awalnya, aku merasa seronok dengan layanan dan keutamaan yang tidak putus-putus diberikan kepadaku. Namun lama-kelamaan aku terfikir, MasyaAllah, apakah dunia sudah terbalik?? Aku hairan dengan sahabat-sahabatku ini. Namun, kasih-sayang merekalah yang telah menyentuh hatiku dan mendidik jiwaku. Apabila aku mempelajari Hadith 13 (rujuk di atas) itulah baru aku mengerti apa yang selama ini mereka amalkan. Barulah aku mengerti dalam Sirah kenapa orang Ansar menyerahkan rumah tempat tinggalnya kepada orang Muhajirin. Kerana mereka beriman dengan ajaran Rasulullah. Kerana kasih dan sayang yg amat sesama mukmin. Sungguh masih ada manusia-manusia di zaman ini yang benar-benar mengamalkan hadith itu, tidak sekadar ditulis di dalam buku.

.

…..mendahulukan sahabat sebelum diri sendiri dalam segala hal. Makanan yang sedap dihebahkan dan dikongsi, yang tak sedap saja dimakan sendiri. Barang yang best dan disayangi dihadiahkan kepada sahabat, yang tidak cantik dan kurang digemari disimpan sendiri.

…..bukan bagi orang apa yang diri sendiri taknak….. bukan habiskan coklat dalam beg yang tinggal sikit sebelum orang lain nampak, sebab takut tak cukup nak kongsi….. kalau mempunyai sesuatu yang disukai oleh si sahabat, tetapi kuantitinya tidak cukup, janganlah kongsi. Kasi saja semua padanya!

.

Dan apabila aku membaca semula (buat kali yang entah keberapa) & mula menghayati Hadith ke-35 pula, baru aku sedar kenapa sahabat-sahabatku selalu amat berusaha menjaga diriku, barang-barangku, hati dan perasaanku dari terguris oleh sesiapapun atau apa-apapun. Aku baru sedar… aku baru sedarhadith ini yang rupanya selama ini mereka imani……..

.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah saw telah bersabda:

“Jangan kamu saling dengki-mendengki, tipu-menipu, benci-membenci, belakang-membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual di atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorg muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini (sambil baginda menunjuk ke dadanya 3 kali). Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim ke atas muslim yang lain itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

.

bunga

Rasulullah mengaitkan antara menjaga saudara dengan taqwa! Hadith yang jika sungguh diamalkan, akan langsung merubah dunia! Persahabatan menjadi bermakna dan sangat indah. Mungkin tidak perlu pun kepada International Friendship Day atau messages/email yang comel & penuh teddy bear untuk mengatakan kita menghargai sahabat kita. Kebanyakannya hanyalah kata-kata indah yang tidak disertai pun dengan makna dan keikhlasan hati. Hanya forward sbb rasa comel. Sedangkan hakikatnya, pada hari-hari lain, tidak ada pun pertanyaan khabar, tidak wujud pun sikap berhati-hati yang sangat untuk menjaga perasaan kawan ketika berkata-kata atau bergurau, jarang pun mendahulukan dirinya dalam apa-apa hal, tidak protective pun kalau orang lain merendah-rendahkan dirinya, tidak rasa keberatan pun untuk menolak ajakan & permintaannya, bahkan selalu berharap supaya dia yang faham kita. Itu semua adalah hak-hak ukhuwah, hak-hak persahabatan yang tidak ditunaikan. InshaAllah, pasti ada di antara kawan-kawan yang forward emails & messages comel itu dengan seikhlas hati. Maka, sempurnakanlah hak-hak ukhuwah itu.

.

Imam Al-Ghazali telah berkata,

“Ukhuwah itu bukanlah terletak pada kata-kata yang manis atau pertemuan, tetapi terletak pada sejauh mana ingatanmu terhadapnya di dalam doamu kpd Allah Subhanahu Wa Taala.”

.

Rasa kasih bukanlah kerana sahabat itu satu negara, atau satu sekolah, atau satu bangsa, atau satu rumah sewa, atau satu kampung, atau satu pertalian darah, tetapi hanya kerana dia itu satu aqidah dan satu iman. Itulah kasih-sayang kerana Allah yang tidak ada tolok-bandingnya.

.

Berimanlah kepada hadith-hadith Rasulullah saw dgn sungguh-sungguh & berimanlah kepada Allah dengan sebenar-benarnya, hingga iman itu terlahir sebagai amal. Wallahi, kemudian kasih-sayang pasti akan dirasai hingga memenuhi jiwa kita, lantas akan melimpah ruah buat manusia yang lain pula. Beriman, dan kemudian saksikan sajalah bagaimana Allah Ar-Rahim menyatukan antara hati-hati hambaNya…..

“Dan ALLAH LAH YANG MENAUTKAN HATI-HATI mereka. Jikalau ENGKAU MEMBELANJAKAN segala apa yang ada di bumi, nescaya engkau TIDAK akan dapat menautkan hati mereka, tetapi Allah telah menautkan hati mereka. Dan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Anfaal:ayat 63)

.

Semoga Allah menautkan hati-hati kita….


sumber: msm's blog

Selasa, April 21, 2009

Mengimbau nostalgia di sekolah rendah berbelas tahun yang lalu. Saya bukanlah seorang pelajar yang famous yang punya banyak jawatan, bukan juga seorang yang aktif berpersatuan dan bersukan. Saya hanyalah student yang lebih biasa dari biasa.Saat kakak dan adik saya menjadi pengawas sekolah, saya hanya bisa berpuas hati dengan jawatan pengawas buku teks suatu ketika dulu. Saat kakak dan adik saya merangkul tempat pertama atau kedua saban tahun, saya terpaksa redha dengan nombor berbelas-belas atau terkadang mencecah puluhan. Itu cerita silam yang saya tinggalkan belasan tahun yang lalu. Namun, saya kembali berfikir, kenapa jadi begitu? Di sini, saya nampak dua sebab besar.


1)Takut untuk bermimpi.

Ya, saya kira masih ramai anak bangsa saya di luar sana yang mungkin punya se kisah dengan saya.Kalian tahu kenapa? Kerana kita takut untuk bermimpi. Bermimpi yang indah-indah. Kerana kita rasa cukup dan selesa dengan apa yang ada.

2)Tidak yakin diri.

Siapa bilang anda bodoh? Siapa bilang anda tiada bakat? Siapa bilang anda murah? Siapa bilang anda kalah? Siapa bilang, kalau bukan anda dulu yang menyerah. Jangan salahkan ibu mengandung, salahkan diri sendiri yang cepat tersadung. Teringat satu kata-kata hikmah,

“ Kalau kita letakkan harga diri kita seringgit, takkan ada orang yang akan naikkan harga itu menjadi sepuluh ringgit, tapi kalau kita letakkan harga diri kita sejuta (atau tak ternilai), tidak ada orang yang boleh turunkan harga itu”

Samalah juga dengan kata-kata ini;

“Kalau kita tak sayang diri sendiri, tak de sape yang nak sayangkan kita, tapi kalau kita sayang diri kita sendiri, takde orang pun di dunia ini yang boleh buat kita benci pada diri kita”

Haaa...kan tu!

Kalau anda masih takut untuk bercita-cita, mari kita lihat video ini. Lihat Mak Cik yang berusia 40-an yang sungguh percaya pada dirinya.

Ingatlah, sesiapapun berhak untuk bermimpi dan bercita-cita. Kemudian, iringi mimpi itu dengan usaha-usaha yang sepatutnya. Insya Allah, dengan rahmat Allah, kita semua akan Berjaya dunia dan akhirat. Ameen. Salam sayang dari UK buat semua sahabat Diari Didie...

Mimpi indah yang jadi nyata! Terima kasih Allah!


p/s: Ingatlah Allah berfirman ; " Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah....."(sehingga akhir ayat) _ Ali-Imran:110


 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.