Selasa, April 07, 2009

Ketika Ibrahim bin Adham,seorang sufi, berada di tengah-tengah pasar Basrah. Beliau telah dikerumuni oleh orang ramai, di antara mereka ada yang bertanya, kenapa doa kami tidak dimakbulkan Allah sedangkan kami bermohon kepadaNya?

Jawab Ibrahim, “kerana hati mereka buta kerana sepuluh perkara.”

1. Kamu kenal Allah,tapi kamu tidak menunaikan suruhanNya.

2. Kamu menyangka kamu Cinta kepada Rasulullah tapi kamu meninggalkan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.

5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8. Kamu berkata mati itu benar tapi kamu tidak bersedia untuknya.

9. Kamu bangun dari tidur dan kamu bercerita tentang keaiban org lain tetapi kamu lupa tentang keaiban kamu sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudaramu tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Astaghfirullah….Sama-sama kita koreksi diri…Astaghfirullah….

2 comments:

bunda yulia berkata...

salam ziarah... thank you for sharing
Insha Allah menjadi i'tibar bagi diri saya

dR.DidiE berkata...

Wslm...alhamdulillah..insya Allah..sama-sama kita muhasabah diri..astaghfirullah...

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.